Friday, July 31, 2009

Sayu, tapi masih meneruskan hidup

Sokmolah sayu. Tapi entah kenapa hari ni macam over sikit. hiks. Duduk dalam lab sampai Sa*ra siap-siap nak balik. Agaknya muka saya memang nak nangis, sebab Sa*ra pon mcm tammo pandang muka saya lama-lama. hiks, over pulak rasa. Dah tu wij*dan pulak dok cakap kat Sa*ra - 'I can assure you she will cry everyday' pandai propa sungguh makcik ni sekarang.
Sa*ra bagi pinjam tv. Dia ada 3 katanya. So, sekarang sudah ada tv. Sa*ra kata boleh pinjam sampai nak kembali Malaysia - kalau kembali lah, katanya. Sentap.

Sa*ra bagi pesanan berjela-jela untuk kitorg. Siap nak amik gambo lab sebab nak compare before and after. Haha. Ga*reth je mcm kontrol macho bila tau Sa*ra dah siap-siap nak balik. Tapi dia senyap, saya tau la dia pon sikit terasa. Saya tammo drama lebih-lebih, bagi lambaian ratu awal2 sebelum dia sampai ke kereta. Saya dok dalam opis, dan lepas beberapa minit keluar tengok kereta dia dah takde. Sob. Sob.

Dia sangat dedikasi dan sangat menjaga kami, anak-anak didik Le*wis dan S*teve. Tu sebab kitorg rasa close dengan dia setakat ni. Akan datang saya tak tahu, tapi saya harap persahabatan akan makin utuh. Terima kasih Tuhan kerana takdirkan kontrak Sa*ra disambung lagi 2 tahun. Maka kami berasa lega kerana terjamin kemaslahatan dalam lab.

Encik bos pun takde hari ni, keje kat luar rasanya. So, beberapa hari lepas, Sa*ra sempat pesan berjela kat bos apa yang kena buat. Nak tergelak pon ada tengok muka encik bos. Boleh rasa dia pon libang libu bila tau Sa*ra nak cuti 3 minggu. Dahla Sa*ra tu mcm secretary lab je dah, semua urusan sampling memang dia yang ketuai, memang dia yang drive ke farm, memang dia yang siapkan semua barang. Teringat lagi masa Sa*ra cuti 2 hari, encik bos ngan gar*eth tak jumpa carik tube kecik, last2 guna tube besar alam untuk proses sampel sikit. Aih, manja sungguh! Ada je benda yang depa cari tuh..nak Sa*ra jugak yang carik.kekeke. Itu masa dia cuti 2 hari ye kawan-kawan. Ini 3 minggu! 3 minggu!
Hari yang sangat sayu, series.

Terima kasih Sa*ra sebab belikan makanan bebiri, belikan polycarbonate jar, belikan alkohol, belikan potassium iodide dan belikan plastik untuk ikat kat bontot bebiri sebelum anda bercuti.
Terima kasih juga untuk tivi ini. hiks.

Semoga dia berehat dan enjoy cuti 3 minggu sepuasnya, bersama kereta baru =).

hnnnnnns *kesat hingus*

----
'Why are you taking photos?'
'Because I wont be here forever. I will go back to my country and wont be able to come here again'
'You will be here forever!'
'Can I be your neighbour?'
'Haha, of course!'
.

'You can have this tv until youre going back to Malaysia, if youre going back'
*sentap* 'Haha, thanks'
.

'I think you will get an australian boyfriend, so you can stay here and work with us. We enjoy working with you' kata encik bos suatu hari di kandang bebiri.
'Haha' tu jelah yang boleh respond.
Kalau yang soleh dan hot apa salahnye kannnnnnnnnnn? kekeke

*mak, jangan freak out yer, jodoh, ajal maut semua di tangan tuhan. doa je lah yang baik2, ok? Kalau dapat menantu yang hot mcm Yamapi atau Peter dan soleh, mak juga yang beruntung kan? kekeke* - pulling your leg.

2 comments:

  1. lamanyer dia cuti... cuti pe tu?

    pak arab ramai ke kt sana?

    ReplyDelete
  2. saje cuti panjang. depa sini selamber sikit, yang penting keje beres. even cuti, depa buat keje dari umah.
    pak arab? ramai, tapi mostly dah berfamily n tak campur sangat ngan orang.

    ReplyDelete