Thursday, December 30, 2010

Bye-bye 2010

This will be my last entry for 2010. Sebab esok akan cuba pulun siapkan lit review (at least 60%) sebab dah nak kena submit kat supervisor. Hari Jumaat sampai Ahad akan bercuti ke tepian pantai - last berjoli sebelum kembali untuk meroyan buat eksperimen. Minggu depan kene start komited balik - which is difficult considering dah berlepakan sakan sepanjang minggu lepas, dan minggu nih. Kena tengok balik previous reports dan kena siapkan eksperimental design untuk the final experiment. Hope kuranglah drama masa buat eksperimen nanti tapi belum pon sempat start eksperimen (experimental design pon tak buat lagi), dah dengar angin bertiup kencang Jay nak mai Sydney 2011 nanti. Lebih memeroyankan bila depa tak dapat nak set up tarikh so, kinda difficult for me to adjust my experiment :(
And yes, minggu depan dah mula pasang kanopi utk start sampling for observation. Hope semua ok.

2010 was a good yer for me alhamdulillah. Walau ada drama, penuh dengan tangisan dan diselangseli dengan adegan luka-luka manja, I survived. Terima kasih buat semua yang tak putus-putus bagi kasih sayang, semangat dan sokongan. Saya doakan semoga Allah beri kekuatan dan ketenangan kepada kalian sebagaimana kalian bantu saya mencari kekuatan dan ketenangan. Amin.

Takda benda yang terlalu besar berlaku untuk saya tanda 2010. Mebi Halim kawin, atau sembelih 84 bebiri sampai lepas tu physically and emotionally stressed sampai masuk sepital, atau nekad nak berenti, hikhikhik. Oh, mebi juga start beli kereta cabuk dan kereta tuh dah jadi bumper car skang. Atau tahun saya menjadi rapat dengan Ake, dan tahun yang sama kami terpisah sebelum sempat sambut birthday sesama - kami beza 8 hari je tau! (wah gituh). Walau 2010 adalah tahun Jay park bersinar bagaikan bintang, saya takmo ingat sangat sebab slowly dia berubah menjadik gedik-gedik gatal. Fangirl yang lemah peparu mcm saya nih memang tak boleh lah..hehehe. Hope 2011 nanti dia jadik macho sikit - kurangkan koyak baju, kurangkan lirik berkonsep gatal dan tarian erotis yang tak sanggup ahkak menengoknyer..

So, 2011, a step closer to finish my study - to come back and be with my parents :)

Fighting!!!

Wednesday, December 29, 2010

Royan kat blog sendirik

Saya mintak maap kat sesapa yang terkecik hati kalau saya ada buat sesi luahan perasaan. Saya percaya pada anda, sebab tu lah saya buat sesi luahan perasaan. Kalau korang nak rasa saya keras hati berdendam kesumat takmo maafkan orang, takmo berbaik, up to you.

Memang saya pendendam, memang saya keras hati, memang saya dah takmo berbaik dengan orang yang sakitkan hati saya. Why? sebab selama ni pon ramai orang yang dah tak maafkan saya dan menjauh, so kenapa bila saya buat mcm tu kecoh pulak?

Saya tak feeling-feeling suci, tapi saya dah penat bila ada perselisihan paham orang akan salahkan saya. Sebab apa? sbb saya tak pakai tudung labuh? sebab saya lagi tua? sebab saya mulut kurang ajar? sebab saya tak 'cantik' mengikut tafsiran korang? sbb orang lain ada usaha berbaik tapi saya takmo?

Helo, senangnya hidup lepas kurang ajar ngan aku, senang-senang nak mintak maap macam tu je then 'pling!' semua jadi ok? (abang s, saya mohon pinjam skrip).
Kalau saya gado ngan orang boleh tak jangan suruh saya berbaik? Saya pernah kecikkan hati kawan sekolah menengah dan sampai ke hari ni dia masih tak boleh maafkan salah silap saya. Saya ada selisih paham dengan kawan baik saya kat sini dah nak masuk setahun. Tapi dia masih tak boleh nak maafkan saya. Tapi saya tahu depa perlu masa, kalaupun sampai mati depa takleh nak maafkan saya, saya terima.
So now, jangan feeling-feeling macam tau apa ada segala sesuatu yang ada di langit dan bumi. Saya tak suka orang cakap macam tau semua perkara yang jadik.

and oh yes, buat sesapa yang masih belum kenal saya, selalunya kalau saya mengomel tu tanda saya nak luahkan perasaan. SAYA TAKMAU ORANG BAGI NASIHAT ATAU PANDANGAN UTK SELESAIKAN MASALAH. Its not a problem pon. Just want to vent it out. So saya mintak maaf kalau orang salah paham konsep luahan perasaan saya. So, Ayu I guess it will be you only. Siap sedialah bateri telefon sebab nampaknya orang lain tak paham konsep luahan perasaan.

Disable komen. budak taayah je yang dibenarkan kontek until i recover. thanks.

ps: mak, ni konsep royanan kita malam tadi. kita senasib mak. people always judge us. dah takleh percaya dah dalam dunia nih.

Tuesday, December 28, 2010

Tulis

I am not sure if it is now a trend. Trend bukak akaun FB anak sebaik anak lahir ke bumi. Akaun dibukak guna nama anak, then kengkunun anak ni la yang menaip dan membalas segala komen-komen makcik2 dan pakcik2 (ahli keluarga dan kengkawan mak bapak dia). Ada yang guna bahasa pelat sebab nak menzahirkan yang lakonan menjadi anak berjaya (yelah kan, baby mana reti guna bahasa standard) dan ada jugak yang guna ejaan biasa2 – mebi malas nak memelatkan diri. Saban hari akaun macam ni makin bertambah. Akaun untuk kucing pon ada orang buat. Akaun untuk almari, katil, labah-labah, semut, cicak rumah, katak pisang, takmau buat???

Masa saya account hopping,saya jumpa lagi akaun budak2 kecik. Mcm tetiap hari ada je akaun baby yang baru. Bukanler nak mengomel sangat, Cuma citarasakan berbeza, I have a different idea on this. Saya tau mak bapak sayang sangat anak-anak. Sanyangggggggggg sangatttttttttttttttttt. Banyak mana pun huruf g dan huruf t yang saya guna untuk menggambarkan banyaknya kasih sayang mak bapak pada anak, pasti tak akan cukup. Cumanya, saya cuma kurang paham apa tujuan akaun anak dibukak. Mebi nak senang manage gambar anak-anak dan updates – so atok nenek senang nak view dan update dengan berita terkini dan sensasi. Tapi tulah, I don’t really get the concept of mak ayah yang gedik2 tulis menyamar jadik anak. Sama tak mcm konsep saya bukak akaun Fb untuk opah dan tuliskan semua untuk opah. Personally saya rasa mcm kurang best. Buat akaun macam biasa udah ler kan..ni siap "hello atuk...atuk sehat tak?"..atuk pon feeling2 cucu panggil..padahal budak tu sebut gugu pun belum boleh.

Call me lame, tapi bagi saya, saya lebih suka catatan untuk anak dibuat dalam bentuk blog. Lebih bermakna gitewwww. Progress, gambar, luahan hati – semua boleh tulis dalam blog dan dengan lebih tersusun. And most importantly, bila anak tu besar dia boleh baca balik apa yang kita tulis untuk dia. Apa perit jerih yang dah dilalui untuk membesarkan dia. An example – website yang diperkenalkan oleh Tra an Kak Yan in 2008 kalau tak silap. Sumpah, kalau saya jadik Madeline, saya akan hargai ayah saya sungguh-sungguh (cikgu saad, saya tetap hargai anda walau tiada luahan di blog tentang penat membesarkan dan merotan kami..keke) sebab sampai ke hari ni kalau saya baca post yang Matt tulis, saya pasti nangis. Pasti.

Saya teringat citer Jepun Shotgun Marriage yang bila pompuan tu masih teenager dan termengandung, dia buat buku scrap untuk anak dia sejak dari awal kehamilan. Setiap gambar scan dia akan lekat dalam buku dan setiap benda yang dia rasa dia akan tulis, untuk anak dia baca satu hari nanti. Saya suka konsep jiwa-jiwa macam tu. hehehhehehehehehehe

Dan tetiba saya mengidam partner yang pandai menulis. Err, tapi takmolah penulis tahap tinggi yang mana perlambangan saya langsung tak paham...Kang dia tulis pasal lain, saya paham lain..kekekeke. Biasa-biasa sudah... So, kalau dia suka menulis, saya harap kalau gadoh saya tak kena sembur – tapi dia tulis dan saya akan cuba paham bila baca luahan hati (ececececececeh). Saya hati memang macam ais. Kalau kena dengan suhu, cepat beku, cepat cair. Takyah iPhone segala, cerpen pendek luahan hati will make my day. Macam tulisan mak kat blog – lebih memberi kesan berbanding mak bagi ceramah panjang secara vokal..kekeke. Macam tulisan adik kat blog – menggembirakan, sebelum dia berubah imej tetiba menjadi warak saya terus tak baca dah entry2 dia sbb saya tau dia berlakon suci…Kerols, that’s soooooooooooooo not you! kekeke.

Jay Park memang suka menulis, ada tulis lagu, sedap. Tapi lagu terbaru dia tulis lirik explicit sket, menyebabkan hati saya rasa seperti dirobek-robek. Sedih.

Lirik Jay yang paling saya suka :
"I want to put you in my pocket and carry you around" - Bestie 2009
heheheheheheheheheheheeheheheheheheheheheheheheheeheheheheheh. comel kan??? heheheheheheheheheheheheheheeheheheheheh

p/s: Jay, kembali lah ke jalan yang benar. Janganlah hanyut dengan dugaan duniawi..hukhukhuk

Sunday, December 26, 2010

Krismas

Sambutan Krismas di seluruh dunia adalah meriah. Di negara Islam Hadhari terchenta pon sambutan meriah - sales dah sama macam kat negara omputis, mampu memuntahhijaukan dan menjulingkan. Tadi saya baca yang arahan dah dikeluarkan kat majikan2 supaya tak mengerah pekerja berpakaian seperti Santa. Saya baca artikel pasal hukum sambutan Krismas/Deepavali ni tiap-tiap tahun kat paper. Sama macam setiap 4 tahun menjelang WC perbincangan hukum pakai jersey ada salib/baju MU ketika solat, setiap tahun hukum pakai inhaler/korek hidung/kumur-kumur masa puasa. Tu belum masuk perbincangan tak bermusim seperti hukum masuk gereja, hukum pompuan period masuk masjid, hukum bela anjing, hukum cium babi, hukum makan pakai tangan kiri, hukum jadi gay.

Back to topic. Satu hari saya tanya kat member saya. Tapi tersilap la pulak sebab dia nih bukannya penganut tegar. Saya terpikir sebab kita percaya nabi Isa kan? So, saya nak tau jugak if betul ke ni birthday nabi Isa. Masa sekolah dulu tak ingat le pulak ustazah sebut Nabi Isa lahir 25 Disember. Nabi Muhammad pon kita tau lahir 12 rabiul awal tahun Gajah. Saya tatau bab conversion ke kalender gregory. Ke Christmas ni hari dia disalib (bak kata depa - tapi bagi kita diangkat ke langit)? Maka saya tanya

'Christmas ni birthday Jesus ke?'
'Entah. Bukan rasanya. Ni bukan betoi dalam agama Kristian pon. Ni pengaruh Pagan ni." 
katanya.

Wah, sentap!
 
Saya pon tak buat banyak research tapi hasil pembacaan saya yang minimum ni saya pun dapat maklumat yang 25hb ni dipilih sebabkan macam-macam reason. Yang jelas, depa tak sure pon ni birthday Jesus/Isa.

Bagi saya pulak cuti Krismas adalah hari yang dinantikan tahun ni. Sebab apa? Sebab kami tak dibenarkan ke lab/opis di waktu ni sebab cuti rasmi - dikhuatiri kalau ada kecemasan takdak sapa nak tolong. So pucuk dicita ulam mendatang bangun lambat melepak kat umah sampai tengahari. Pastu ke rumah supervisor Elodie untuk makan-makan Krismas. Yang buat saya terharu ya amat bila wife dia memang masak berjenis makanan dengan resepi berbeza - biasa, halal, lactose free dan vegan (sorg budak china ni vegan dan lactose intolerance). A week before depa tanya Elodie apa dietary requirement saya, so saya suh dia ckp saya vegetarian sbb saya malas nak elaborate. Tapi since Elodie memang tau saya bukan vege pon dan memang akan juling kalau makan sayur je, kekeke dan family sv dia nih bagus2 depa carik maklumat sendiri. Saya sentap bila sebelum nak amik sayur mayur tetiba depa explain - "hat ni tak halal, ada lemak itik". Very the detail dan saya sangat hepi sbb depa usaha sungguh-sungguh nak cater guests (padahal saya takde kena mengena pon ngan depa).

Sepanjang majlis, takde pon walau sesaat depa berdoa reramai ke, nyanyi ke, baca kisah nabi Isa ke..sebut Jesus pon tak. Doa sebelum makan pon tak. Topi Santa pon langsung takde...Even landlord ni ha, tak nampak pon pergi mengimarahkan church nun ha. So saya berpandangan, depa ni dah jadikan Krismas ni satu budaya bersosial yang wajib. Kompol ramai-ramai, makan banyak-banyak, main games dan wajib bagi hadiah. Bunyik macam kita musim raya je kan..hehehhehehe. Puasa pon tak, tapi sambut raya feeling2 macam dah jumpa lailatul qadr - baju liplap sampai sebatu leh nampak...hehehehhehehehhehehheheh.

Konsep bagi hadiah masa Krismas ni dari St. Nicholas yang depa kata terpuji - sbb rajin bagi hadiah especially kat orang miskin sampaikan kata mereka dia penah bagi duit selamatkan 3 beradik dari jadi pelacur. So, kata depa Santa Clause ni imej St. Nicholas tu ler. Anak landlord, bangun pukul 4 pagi nak bukak hadiah kat bawah pokok. Even bebudak ni pon tau Santa nun tak wujud sebab obviously depa dah tau apa yang depa akan dapat. Yelah kan, kalau mak bapak amik risk beli benda mahal tapi anak2 tak taste, susah jugak. end up terpaksa jual kat ebay..Kang ada pulak sekali lagi entry meroyan sebab menang banyak bids. opssssss.keke

Saya ada terbaca kisah satu orang yang buat pengakuan yang suami dia convert masuk Islam (omputis). So, bila raya depa balik umah pompuan ni dan bila krismas balik osea untuk gather sesama satu keluarga masa krismas. So, makcik2 kampung ramai dok menjoyah kata dia nih terpesong akidah sbb pi raikan krismas.

Kesimpulan entry panjang berjela: saya harap korang taklah kata saya ni terpesong akidah kalau tahun depan lepas bertemu jodoh, saya berkompol bersama family Dr. Chris Brown untuk sambutan Christmas. Mesti jadi menantu yang baik kan??? (pssst, dia dah ada gf tapi masih ada harapan..kekekekke).








p/s: selalu nangis tgk citer bondi vet nih..sedih sgt :(

Krismas

Sambutan Krismas di seluruh dunia adalah meriah. Di negara Islam Hadhari terchenta pon sambutan meriah - sales dah sama macam kat negara omputis, mampu memuntahhijaukan dan menjulingkan. Tadi saya baca yang arahan dah dikeluarkan kat majikan2 supaya tak mengerah pekerja berpakaian seperti Santa. Saya baca artikel pasal hukum sambutan Krismas/Deepavali ni tiap-tiap tahun kat paper. Sama macam setiap 4 tahun menjelang WC perbincangan hukum pakai jersey ada salib/baju MU ketika solat, setiap tahun hukum pakai inhaler/korek hidung/kumur-kumur masa puasa. Tu belum masuk perbincangan tak bermusim seperti hukum masuk gereja, hukum pompuan period masuk masjid, hukum bela anjing, hukum cium babi, hukum makan pakai tangan kiri, hukum jadi gay.

Back to topic. Satu hari saya tanya kat member saya. Tapi tersilap la pulak sebab dia nih bukannya penganut tegar. Saya terpikir sebab kita percaya nabi Isa kan? So, saya nak tau jugak if betul ke ni birthday nabi Isa. Masa sekolah dulu tak ingat le pulak ustazah sebut Nabi Isa lahir 25 Disember. Nabi Muhammad pon kita tau lahir 12 rabiul awal tahun Gajah. Saya tatau bab conversion ke kalender gregory. Ke Christmas ni hari dia disalib (bak kata depa - tapi bagi kita diangkat ke langit)? Maka saya tanya

'Christmas ni birthday Jesus ke?'
'Entah. Bukan rasanya. Ni bukan betoi dalam agama Kristian pon. Ni pengaruh Pagan ni." 
katanya.

Wah, sentap!
 
Saya pon tak buat banyak research tapi hasil pembacaan saya yang minimum ni saya pun dapat maklumat yang 25hb ni dipilih sebabkan macam-macam reason. Yang jelas, depa tak sure pon ni birthday Jesus/Isa.

Bagi saya pulak cuti Krismas adalah hari yang dinantikan tahun ni. Sebab apa? Sebab kami tak dibenarkan ke lab/opis di waktu ni sebab cuti rasmi - dikhuatiri kalau ada kecemasan takdak sapa nak tolong. So pucuk dicita ulam mendatang bangun lambat melepak kat umah sampai tengahari. Pastu ke rumah supervisor Elodie untuk makan-makan Krismas. Yang buat saya terharu ya amat bila wife dia memang masak berjenis makanan dengan resepi berbeza - biasa, halal, lactose free dan vegan (sorg budak china ni vegan dan lactose intolerance). A week before depa tanya Elodie apa dietary requirement saya, so saya suh dia ckp saya vegetarian sbb saya malas nak elaborate. Tapi since Elodie memang tau saya bukan vege pon dan memang akan juling kalau makan sayur je, kekeke dan family sv dia nih bagus2 depa carik maklumat sendiri. Saya sentap bila sebelum nak amik sayur mayur tetiba depa explain - "hat ni tak halal, ada lemak itik". Very the detail dan saya sangat hepi sbb depa usaha sungguh-sungguh nak cater guests (padahal saya takde kena mengena pon ngan depa).

Sepanjang majlis, takde pon walau sesaat depa berdoa reramai ke, nyanyi ke, baca kisah nabi Isa ke..sebut Jesus pon tak. Doa sebelum makan pon tak. Topi Santa pon langsung takde...Even landlord ni ha, tak nampak pon pergi mengimarahkan church nun ha. So saya berpandangan, depa ni dah jadikan Krismas ni satu budaya bersosial yang wajib. Kompol ramai-ramai, makan banyak-banyak, main games dan wajib bagi hadiah. Bunyik macam kita musim raya je kan..hehehhehehe. Puasa pon tak, tapi sambut raya feeling2 macam dah jumpa lailatul qadr - baju liplap sampai sebatu leh nampak...hehehehhehehehhehehheheh.

Konsep bagi hadiah masa Krismas ni dari St. Nicholas yang depa kata terpuji - sbb rajin bagi hadiah especially kat orang miskin sampaikan kata mereka dia penah bagi duit selamatkan 3 beradik dari jadi pelacur. So, kata depa Santa Clause ni imej St. Nicholas tu ler. Anak landlord, bangun pukul 4 pagi nak bukak hadiah kat bawah pokok. Even bebudak ni pon tau Santa nun tak wujud sebab obviously depa dah tau apa yang depa akan dapat. Yelah kan, kalau mak bapak amik risk beli benda mahal tapi anak2 tak taste, susah jugak. end up terpaksa jual kat ebay..Kang ada pulak sekali lagi entry meroyan sebab menang banyak bids. opssssss.keke

Saya ada terbaca kisah satu orang yang buat pengakuan yang suami dia convert masuk Islam (omputis). So, bila raya depa balik umah pompuan ni dan bila krismas balik osea untuk gather sesama satu keluarga masa krismas. So, makcik2 kampung ramai dok menjoyah kata dia nih terpesong akidah sbb pi raikan krismas.

Kesimpulan entry panjang berjela: saya harap korang taklah kata saya ni terpesong akidah kalau tahun depan lepas bertemu jodoh, saya berkompol bersama family Dr. Chris Brown untuk sambutan Christmas. Mesti jadi menantu yang baik kan??? (pssst, dia dah ada gf tapi masih ada harapan..kekekekke).








p/s: selalu nangis tgk citer bondi vet nih..sedih sgt :(

GDTOP updated

Sebelum saya meroyan lebih jauh terhadap depa dua orang ni, baiklah saya carik translation dulu..hikhik





HOTNESS!! kipaskipasmuka
  •  
  • Start saving - alhamdulillah.sudah membuat potongan berani mati untuk tabung haji. Fighting!!
  • Belajar swimming - dah boleh freestyle walaupun belum perfect. masih perlu practise breaststroke.butterfly belum belajar.
  • Poster presentation at conference - was succesfull in Melbourne
  • Balik Malaysia - balik sempena adik kawin :)
  • Buy a car, drive! - sudah beli, sudah hantam garage, pagar dan benda-benda yang sewaktu dengannya
  • Register gym - TAK REGISTER

Thursday, December 23, 2010

Ebay

Hari tu teringin nak cari cd The Kite Runner. Cari kat ebay, harga boleh tahan so saya beli. Sejak rasa beli barang kat ebay mudah, saya mula lah gedik2 cari barang lain. Pencuci muka murah dalam $30, so saya beli. DVD Heroes season 2 murah $40, saya beli sebab dah usha lama kat kedai, tetap mahal nak mampus. 
Kendian saya adalah gatal tangan membid benda yang agak mahal. Sebab terlebih gedik, bid kat 2 seller berbeza. Saya menang satu. Dan yang lagi satu ada lagi 2 hari tempoh bid dan saya leading. OMG, harga benda ribu riban, rasa nak nangis sangat. Nak kensel bid, takleh. Alasan tak diterima. Bagi alasan ada problem ngan paypal, pon tak diterima sebab katanya dia terima bank transfer. Kalau transfer duit, memang ayam-ayam tuan umah ni akan lesap minggu depan. Either saya jual atau semelih untuk makan sebab dah kopak..ahahahahaha.
Makanya selain meroyan, sepanjang tempoh 2 hari ni memang dok berdoa kalah bid yang satu lagi ni. Produk sama, mcm rugi sgt kalau beli walau murah. Memang ada niat jual dengan diskaun kat Aman tapi memikirkan nanti dapat duit lambat dan akan pas benda ni lambat kat dia..rasa sayu sayan jer.hukhuk.
2 hari yang penuh dengan keluh kesah akibat gatai tangan...hahahhahahahahahahahahahaha.Tadi lagi 1/2 jam nak end saya tengok saya masih leading..masa tu dah pasrah segala..niat nak puasa je dah lepas nih. Kalau cakap kat mak sure kena ceramah panjang... Dah memang pasrah dah..Siap telepon opah tanya masak apa senang nak meniaga kat pasar ahad..opah suggest pisang goreng! kekekekeke..

Kendian baru kejap ni bukak...tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

KALAH! kekekeke. Dioutbid $10. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Lega sangat.

Tak pernah rasa lega gila mcm ni bila kalah!hahahahahahahaha *peluk tabung bebiri dan tabung babi erat-erat*

ps: masih menimbang2 nak jual pisang goreng ke tak.................

Sunday, December 19, 2010

Disember

Akhirnya, merasa bercuti dalam erti kata yang sebenar. Tak pegi uni on weekends.ngehngehngeh.
Last Thursday was the day - Meeting dengan supervisors ttg progress setakat ni. Alhamdulillah dah habis 7 experiments dan dah present briefly on the summary of the experiments... Skang tgh plan for the final experiment. InsyaAllah akan start last experiment baru bulan 2 sampai bulan 6. Lepas tu dah boleh focus writing. Bulan satu akan buat satu observation on field. Skang tengah pikir method untuk buat observation.
Cuti, cuti jugak, tapi tetap jugak encik bos peringatkan yang 80% lit review kena submit ASAP. Suppose due on November tapi sebab busy ngan experiment dan ada ugutan untuk berhenti study, encik bos tak mintak..hehehheheheheheheeheheheheheheheh. So ingat nak try hantar January. Maknanya, cuti-cuti Krismas ni kena pulun gak wat keje.

Kelas renang best, dah takyah guna pelampung. Kadangkadang tenggelam, banyak kali tertelan air. Semalam siap sampai demam-demam sebab stay dalam pool sampai sejam. Selalu setengah jam je dalam pool tapi sebab semalam kelas last untuk tahun ni, terlebih semangat prektis berenang.hehehe. Terlupa yang sepanjang minggu depan akan join kelas intensif selama 5 hari. Tapi 30 menet je sehari. Dengan keadaan cuaca armidale yang menggila skang ni, eloklah 30 menet jer. Kang tak pepasal demam sampai tahun baru.

Rumah baru ni best. Tenang jer. Nak memasak pon best. Selalu gilir-gilir masak ngan elodie. So, kalau saya tak larat masak dia masakkan. Kalau dia tak larat saya masakkan. Selalu saya masak simple-simple je - goreng2. Dia pon jenis yang tak banyak songeh bab makan...so, senang..Anak2 tuan tanah pon best. Ada satu malam tu depa mai umah ni jemput untuk ke pertunjukan sarkis. Rupanya depa yang buat performane feeling2 sarkis kat tempat parking kereta! keke. Sampai sakit perut gelak tengok performance depa..kekeke.

Oklah, sekian dulu untuk kali ni. I will update later.

Tuesday, December 14, 2010

Mandi

Masa adik saya kecik, saya selalu sentap bila dia hanya mandi kurang dari 1 minit. Rupanya dia tak sabun pun. Dia just lalukan air kat badan buat syarat.
Cara untuk saya pastikan dia sabun badan: bila dia keluar dari shower saya akan hidu perut dan kedua ketiak beliau..kehkehkeh. Quality control sangat kan...hehehe. Mungkin dia just sabun perut dan ketiak. Tapi oklah tu kan..tak koser nak hidu anggota lainnya.
To my adik, diharap anda semakin wajin menyabun badan bila sudah menginjak dewasa. Apalah gunanya deodorant berbotol-botol, gel rambut bertong-tong kalau badan tak disabun. hehheheheh

Wednesday, December 8, 2010

:)

1. Dah pindah umah. Sangat best. Tapi masih lagi sibuk mengemas.

2. Dah siap labwork! alhamdulillah. Start key in data.

3. Sv dah mintak future plan. gulps. Baru sedar tinggal setahun je lagi..huks

4. Tired. Talk to you guys later

Wednesday, December 1, 2010

Saya pernah

1. Pikir saya anak angkat sebab masa kecik selalu kena marah (sila salahkan pengaruh drama melayu). Sebenornya sebab nakal..kekeke

2. Tidur pakai stokin busuk kat asrama sebab takut ibu jari kaki kena gigit dengan toyol.

3. Tidur dengan yasin sebab takut gangguan hantu.

4. Menggunakan kuasa veto sebagai senior dengan meminta adik2 junior mentapau makanan di dewan makan.

5. Minat budak laki kat kampong ketika berusia 6 tahun tapi sebab kena marah dengan bapak dia sebab saya main tanah, saya terus tak minat budak tu dah. Oh apekah. (ala2 bengang bakal bapak mertua marah kah?)

6. Tampar budak lelaki masa sekolah rendah sebab dia cabar saya. Sampai sekarang saya menyesal.

7. Warnakan kuku dengan kaler majik (pen warna) dan warnakan bibir dengan kaler pensel yang dibasahkan sebelum usia cecah 12 tahun. feeling2 nail polish/lipstik.

8. Teringin nak pakai subang tapi takut tindik telinga. Maka, lekat stiker/blue tack/pakai subang avon yang kepit tu. Sakit bila pakai subang kepit. Teringin punya pasal, sanggup tahan.

9. Main kawin-kawin dengan sedara jauh masa makcik saya kawin. Masa tu saya belum sekolah lagi rasanya. Sampai sekarang segan, tak sembang dah ngan sedara tu. Dia pon kawin dah kot, entah.

10. Minat Prince William keke. Siap pernah doa supaya dia masuk Islam..hehehhehehehehehehehhe

 

Umur yang makin panjang, entah sampai bila

Pagi ke ladang, tolong Fiona amik sample. Ladang ni jauh sikit dari uni. Kisahnya sebab saya decide nak attend kelas renang hari ni, dalam kul 10 lebih dah berenti untuk gerak ke kelas. Since org lain kena stay sampai kul 11, saya dah bawak kereta sendiri siap2 so tak susahkan org untuk hantar balik opis.

Masa memandu keluar dari ladang, dengan kelajuan tak sampai pon 40 km/j, saya tetiba terlanggar sesuatu. Saya terus berhentikan kereta. Saya nampak jaring dawai besi sudah terbang di udara dan serentak dengan itu satu dentuman kuat kedengaran. besi pagar berukuran 1 meter pun melayang ke udara, mencalarkan sedikit cermin depan. Saya ambil masa beberapa saat untuk register dalam otak – 'pagar dawai melayang!"

Saya keluar dari kereta dan lihat batang besi tu dah terbang merentasi jalan tanah merah dari sebelah kanan ke sebelah kiri. Kereta kemik kat tepi. Calar teruk kat depan. Besi warna silver bawah pintu belah kanan dah tercabut sikit. Cermin depan calar.

Kalau saya bawak lagi laju, besi yang terbang tu mungkin akan terpelanting lagi laju dan mungkin tercacak kat windscreen. Dan saya mungkin tak sempat ke kelas renang. Tak sempat update blog sekarang.

Lepas balik kelas saya laporkan kejadian kat Tech Officer. Rupanya dia pon sama. Hari Isnin dia terlanggar jugak pagar tu dan habis kenderaan jabatan calar balar. Yang peliknya depa nih, dah kena pun takmo ambil tindakan/buat laporan kat pihak pengurusan ladang. Dah sah-sah orang tak nampak jaring dawai yang halus tu masa drive. Harapnya at least depa ikatla pagar tu dengan kain merah supaya orang nampak. Buang dawai tu pon takpe..banyak gila penghadang kat ladang tu. Takdenye bebiri tu nak lari jauh2.

Saya betul-betul rasa bersyukur atas kesempatan utnuk terus bernyawa ini. Dah dua kali kejadian hampir teragut nyawa berlaku (1st – batu bata terbang dari tingkap tahun lepas, miss beberapa inci je dr kepala).

Disember. Bulan yang seram.

Dan kereta sekarang dah mcm bumper car. Penuh dengan kesan geselan/calar/kemik. Takde sapa dah nak percaya saya berimej sopan santun :(

Monday, November 29, 2010

Saya rindu Wildawati

Ayang, kembalilah *menyeru dengan penuh kasih sayang*

Acu jenuh tepon Ayang banyak kali tapi tak dapat.

Acu cari Ayang kat fesbuk,tapi tak jumpa.

Acu lupa address blog ayang yang baru. (nuna perasan muda ke hapa nama url dia, Ayang?) Acu nih pendek ingatan. Suppose buat bookmark tapi Acu lupa. Sedar-sedar link kat sebelah tak berapdet…tu blog lama rupanya :(

Ayang, bila kita last sembang?

Kembalilah Ayanggggggggggggggggggggg *tarik2 rambut*

Acu dah takde geng nak meroyan pasal B2ST, pasal Jo Kwon, pasal Ga-In, pasal Jay, pasal comeback BB.

Acu tatau nak luah kat sapa kalau Acu geram kat Gorilla. Ayang tau kan depa block Jay dari dapat award Mnet? Ayang tau kan Nugyu dapat award kat MAMA? Ayang tau kan performance Jay dalam konsert kat Korea hari tu (lupa nama apa) kena cut, depa tak bagi tayang. Ayang, sapa yang paham ini semua konspirasi? Bila Acu cakap semua orang either buat tatau atau kata Acu halusinasi. Dahla Ottest makin bercambah di donia nan fana ini....

Ayang……..Ayang sorang je paham dan setuju dengan pemikiran Acu..

Ayang, rambut TOP kaler putih buruk, rambut trojan GD buruk…

Ayang, internet kat sini lagi selow dari siput babi. Babi kompom gerak lagi laju.

Ayang, Acu nak meroyan pasal FM Jay kat Pjaya..tapi nak meroyan kat sapa??

Ayang, KEMBALILAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Ayang, Acu tatau nak citer kat sapa pasal kawan yang buat perangai cam sial kat Acu BERKALI-KALI.

Ayang, Acu tatau nak kongsi benda merepek tanpa sakitkan hati sesapa.. Kita dedua over sensitip tapi sib bek leh paham satu sama lain. Eh Ayang, Ayang sakit hati ngan Acu ker…

AYANG!!!!!!!!!!!!!!!! WHERE ARE YOU?????!!!!!

*pengsan*

Facebook

Pekes makcik-makcik kawan mak pakat add kat FB? ohmaigot. Kang kalau post video kurang sesuai untuk tontonan umum atau status mencarut, ader pulak yang tensen..silap2 ada yang meroyan kat blog meroyan kat sebelah nun kekekkeke. Ufff, mcm nak deactivate je. Bosan lah Fb nehhhhhh

Saturday, November 27, 2010

Tampon

Pernah dengar nama Tampon? Bukan, bukan nama artis korea yang jambu. Bukan juga nama boyband baru. Nama pakwe baru lagilah bukan.
Bagi saya tampon adalah benda yang paling mengerikan bagi pompuan single, lebih mengerikan dari pengalaman 1st time datang period dan juga senggugut.
Setelah hampir sepuluh tampon dibazirkan, setelah satu sudu air mata dirembeskan, setelah berminit-minit menggigil...saya rasa saya sudah berjaya. Sila hubungi saya di FB atau di ym untuk mendapat konsultasi percuma. kekeke


Semua ni sebab kelas renang. Kalau tak jangan harappppppppppppppppp.



sekian
kaunselor datang bulan lantikan sendiri  

Thursday, November 25, 2010

Kawin

Dulu saya pernah niat nak kawin lari kat Siam. Saya pon tak sangka saya begitu series sampaikan bukak thread kat forum tempatan. Sumpah, sampai skang malu dah nak masuk forum tu walaupun orang tak kenal. So, orang-orang yang tak dikenali nasihatkan bertindak mengikut akal. Saya juga pernah consult kawan baik. Saya takkan lupa saya bersengkang mata ber'ym' dengan dia berbincang hal ni. Tapi saya harap dia lupakan segala apa yang kami dah bincangkan..kekeke. Antara nasihat dia yang saya ingat sampai hari ni. "Aku takmo ko kawin koboi. Aku nak pergi masjlis ko. Nak tengok ko pakai baju kembang yang cantik. Aku nak tengok ko pakai crown. Ko tak teringin ke wedding proper? Potong kek 3 tingkat?"

And then berkat doa mak ayah atuk opah adik beradik rerakan dan mungkin juga musuh, saya tak jadi kawin.. Bukan saja di Siam, saya tak jadi kawin hatta di Malaysia sekalipun. So, takde baju kembang yang cantik. Takde crown segala. Takde kek 3 tingkat. Takde.

Ini baru mukaddimah yer, belum masuk isi penting. Sebenarnya saya ada pandangan yang lain tentang kawin. Dan pandangan saya adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Dan berada di sini dikelilingi orang2 yang bersefahaman dengan saya membuatkan saya agak gerun dengan diri sendiri.
Fiona tanya saya kelmarin – Macamana wedding kat Malaysia? Tu budaya ke adat? Apa upacara agama yang wajib?

So, perbincangan berlangsung di dalam lab tatkala kami gigih buat kerja (multitasking la sangat kan…)
Kesimpulan berdasarkan persembangan panjang berjela adalah majlis perkahwinan di dunia nih dah menjadi satu benda yang sudah tersasar dari matlamat utama. Tak kiralah kita nih dari golongan kaya raya mahupun sederhana, kita pentingkan fairytale dreams – especially bila media ketengahkan majlis kawin orang kenamaan dan artis glemer.

1-Hantaran mahal nak mampus. Belanja je dah berdegar2, kalau pompuan ada degree katanya 10k. Macam jual lembu untuk korban je bunyinya. Lembu korban kompom masuk sorga. Kita? Tu belum masuk hantaran yang cecah RM444444.44. Last2 hujan di tengah hari :( . Kalau rasa vogue sangat dan rasa anak tu bernilai, naikkan mas kawin yer, bukan jumlah hantaran. Ni maskawin cukup2 ikut kadar negeri..agaknya kalau negeri letak rm1.50 pon gigih nak ikut. Tapi hantaran………humang hai…sampai beratus ribu. So sebenarnya nak puaskan hati sapa ni? Yer, nak puaskan hati makcik joyah sebelah rumah supaya dia takleh nak menjaja cerita. Trust me, kalau dah namanya kaki joyah, pengantin kawin lipstick terlebih merah pon akan jadik isu. Ropol baju macam kain langsir pon leh jadi bualan di tembok umah setiap pukul 6.00 petang lepas tengok ulangan cerita Bawang Putih Bawang Merah. Tu belum lagi kalau bulu mata palsu tersenget atau terlebih pantis kening. Masa makcik saya kawin tatkala usia 29, makcik depan saya sempat menjoyah walau saya pakai baju 'uniform' yang menandakan ahli keluarga. Memandangkan tu geng marhaban opah saya saya sabor je le. Kalau ikut hari nak je mengadu domba kat opah biar team marhaban depa berpecah..(batu api sgt) kekekeke

Okes, masuk bab barang hantaran. Barang hantaran merupakan hadiah dari satu pihak dari satu pihak yang lain. And since this occasion is once in a lifetime (hopefully) kita kalau boleh nak buat yang terbaik. Opah pernah cakap zaman dulu-dulu hantaran sebenarnya utk menonjolkan skill bakal isteri. Pandai menggubah tuala berbentuk angsa, pandai buat bahulu ikan dan so on. Itu sebab konsep sebenar hantaran adalah banyak makanan. Serta, makanan2 itu bolehla dimakan oleh para rombongan ketika dalam perjalanan pulang ke kampong halaman tercinta. Mari kita tengok konsep hantaran hari ni. Mostly barang berjenama. Saya pernah ada senior yang kawin dapat hantaran SKII.

Saya tanya – ok tak pakai SKII kak? Muka saya nih sensitip, kotla pakai benda2 mcm ni boleh serasi. Jawab dia - Akak tatau dik,akak beli ni untuk hantaran dik. Kalau tak, tak merasa.
Tak kisah pun korang nak buh hantaran benda mahal2..Bila lagi nak merasa kan? Tapi hakikat yang kita tak sedar,kita secara tak langsung dah bubuh standard untuk masyarakat. Makcik2 pon satu, sibuk menjoyah kat umah orang kawin – meluru masuk bilik pengantin kerobek satu2…siap leh bisik2
"Mekap AVON…" nak je sound "Dah dia pakai AVON takkan lah nak buat hantaran Clinique pulak kan?"
Agaknya makcik2 ni ingat kalau kita pakai sabun cap kapak, haram jadikan sabun cap kapak sebagai hantaran.

Saya cuma terfikir : Tak boleh ke hantaran simple2 saje? Kereta merc, gitar letrik, iPhone segala tu rasa mcm lebih kepada hadiah hari jadi yang digedebukkan sekali. Saya suka je tgk hantaran orang tapi seriously, saya memang tak terpikir nak beli benda yang mahal hazabedah mcm ni. Harapnyalah.

2-Kawin konsep tema angkasakayanganbulan. Ni lagi satu. Saya paham konsep orang buat kenduri kat dewan sebab nak muatkan ramai orang. Kalau kat umah lagi la saya paham. Cuma yang saya konpius kalau kawin siap ada projector, ada karaoke, ada band datang main. Silap takde power point presentation dan badut dan silap mata je. Its too costly, at least for me. Belum masuk benda asas mcm khemah, makan utk satu kepala, kad cikai. Ada kad yang sampai 2 ringgit sekeping. Paling habis pon orang simpan dalam lemari je kad tu. Ada org simpan dalam album. Tapi banyak yang buang je dalam tong sampah. Yang benda tak wajib lah yang mahal nak mampus – pelamin konsep angkasaraya, bunga segar dari Cameron Highlands, fotografer, mak andam, baju kembang kuncup merelip2, crown palsu, cadar tekat benang emas…belum masuk door gift lagi..Mak aih…mau botak mcm nih. Tu belum lagi konsep warna tema satu keluarga – kena beli berkayu-kayu kain..last2 sama warna dengan langsir…hehehhehe.

Saya suka tengok orang kawin, tapi saya berdoa pada Allah andai saya sampai jodoh di dunia nan fana ni, saya nak buat sederhana je. Andai kata terover dari yang saya mahukan, saya niatkan untuk menjaga hati mak ayah atok opah. Sebab dah penat carik pasal ngan mak ayah selama 27 tahun :(. Takmo inai2 awan larat, bulu mata palsu, baju mahal, crown palsu, hantaran mcm hadiah krismas, bilik macam showroom. Takmo bunga manggar berarak disambut lempar bunga rampai. Sebab bagi saya majlis kawin adalah majlis untuk menghebahkan kita kawin supaya tak jadi fitnah kita bersekedudukan. Harapan kita supaya orang doakan kita dan kita bersedekah kat orang. So, bagi saya pengantinlah yang kena layan tetamu..Tanda terima kasih datang. Tapi kita sekarang konsepnya gigih posing kat pelamin feeling2 anggun cam model sampai ramai orang datang tak sempat jumpa pengantin. Ramai orang datang sebagai tetamu pulak nak melahap tanpa jumpa pengantin memberi nasihat atau mendoakan mereka. Takde bezanya dengan masak banyak2 pastu longgok depan umah bagi orang makan. Dan takde bezanya dari pegi kedai makan tak bayar dan tuan kedai halalkan. Oh, ada beza, pengantin pakai crown palsu.

Again, I'm not saying this sebab saya rasa saya je betul, semua yang lain salah. Saya tulis apa yang saya rasa. Nak kata saya sourgrape katalah. Nak kata saya meroyan sebab tak kawin katalah. Konsep saya tulis kali ni adalah seperti – suka melihat artis korea menari dan menyanyi di atas pentas tapi saya tak mahu menari dan menyanyi di atas pentas. So, saya takde masalah bila orang lain kawin dengan cara mcmana pun sebab tu duit depa. Depa buat loan sebab nak kawin berkonsep angkasaraya - saya sedih tapi bila pikir balik bukan duit saya, saya dah boleh go on dengan life :)

"So, you just want to marry in the mosque here eh?"
"Yes, I wish I could. So that I wont be obligated to do things I don't want to just for the sake of satisfying the society. Its my money. Not theirs. My wedding. Not theirs"
"I hope I'm invited"
"You will be. It will be just a simple BBQ"
"Okay! I'll wait! "
--------------
Kesimpulannya – saya pernah nak kawin lari kat siam..kekeke. Saya mohon ampun kat mak ayah atas pendedahan eksklusif kali ni..Harapnya mak ayah tidaklah bertanya lebih lanjut..keke..Namun demikian, kali ni mohon restu sebab niat nak kawin kat tempat lain pulak...ada cadangan tak kat mana patut saya nikah?
A-Masjid di Desa Perwira, Ipoh
B-Masjid di Armidale, Australia
C-Masjid di Seattle, Washington
D-Masjid di Seoul, Korea Selatan

ps: sangat suka konsep budak taayah datang kenduri kawin orang dan bersembang-sembangan reunion mcm itu bukan kenduri kawin :). Sampai pengantin pon tak control ayu.

Sunday, November 21, 2010

Tidur yang memudakan?

Down. Honestly down few days ago. Jenuh telefon ke sana ke mari. Jenuh berchat dengan orang yang dikenali mahupun separa kenal. Jenuh tidur lama – lebih dari 8 jam tipikal. Semua tak berjaya. Am I a bad friend? Why you are being a bitch to me? If you are suffering from any psychological problem, why hurt me? Begitulah royanan dalam hati.

Pagi semalam bangun dengan malas. Terus ke swimming class. Masa tengah salin baju, perasan ada mata yang mengintai, dari tepi dinding. Saya senyum. Senyum sebab saya tau itu bukan mata orang dewasa. Perlahan-lahan pengintai keluar menonjolkan diri.

Perempuan.

7 tahun.

Rambut bertocang 2.

Seluar panjang warna merah jambu.

Dia menuju ke sinki dan basuh tangan.

Saya senyum lagi sambil membetulkan baju renang. Saya Nampak mulut dia bergerak. Tapi saya tak dengan suara.

Dia pandang saya. Oh, dia bercakap dengan saya kah?


 

"Ekskius mi. I cant hear you"

"I said that's a nice dress" (dia maksudkan baju renang labuh – Nampak macam baju nak pi prom night agaknya hehehehe)

"Owh…tenkiu! Its pink. Do you like pink?"

"Its my favourite colour!"

Kami berjalan ke tepi kolam bersama-sama dan terus bersembang. Bermula dari topik renang, suka makan madu sampai ke perihal keluarga.

"That's my half sister" dia menunding kearah budak kecil dalam lingkungan setahun sedang tergedik2 dalam kolam, dipegang oleh seorang lelaki.

"And that's my dad – with tigers on his back" tattoo 2 ekor harimau kat belakang ayah dia, sungguh tidak mengujakan pemandangan.

Tiba-tiba dia senyap. Dan pandang kea rah saya

"Do you still live with your mother?"

"No. I'm here all by myself. My mother live far away from here. Have you ever heard of Malaysia"

Dia geleng.

"It's a far place from here. But my mom calls me everyday"

Dia senyum. Kemudian ambil tuala untuk membaluti adiknya yang baru naik dari kolam.

Dan hati kecil saya terfikir..Mungkin dia tak tinggal dengan mak dia. Sebab teringat yang dia datang dengan ayah dan dengan half-sister. Entah.

Yang penting, terasa muda. Selalu budak kecik yang sembang ngan saya akan tanya

'How many children do you have?


 

So yeah, I should sleep more.

Thursday, November 18, 2010

Eid Mubarak

1. Finally merasa jugak bercuti. Saya cuti sebab tak sihat. Gastro bugs :(. Muntah-muntah. Berulang ke tandas berkali2. Badan lemah. Makan tak lalu. Perut berkeriuk keriuk. Cramp.

Saya beraya kat umah. Dah 2 hari datang lab half day. Buat kerja pun sambil duduk.
So, tahun ni saya tak join sambutan Raya Qurban.

2. Bebiri dah dipulangkan. Sebab saya terlantar atas katil, Sara yang tolong uruskan. Agak sedih sebab takdan jumpa depa sebelum dipulangkan :(

3. Beautiful.


Tersangatlah comel, rasa nak amik sekor2 jadi adik angkat. :)
But still Dongwoon, apekejadahnya lengan baju berbulu?

Sunday, November 14, 2010

Peminat ke pemenat??

Saban hari akak mendengar kisah artis-artis terganggu mental dan emosi dek kerana fangirls meroyan.
Selaku fangirl yang matang dan berpengalaman..meh akak nak share sikit...

1. Artis tu manusia jugak. Ada hati dan perasaan. Dia pon ada rasa rimas. Dia pon ada rasa annoyed. Justin Bieber pon rimas bila fans perangai cam orang hilang akal.
Tak suka kan kalau orang yang kita sayang *kehkehkeh* rimas? So, tolongla behave. Kalau takmo jaga maruah diri takper, kesiankan bebudak artis ni.

2. Boleh tak jangan melakukan sesuatu yang memang tak berfaedah seperti spam artis dengan email/msg kat FB. Buang masa u ols sebab biasanya bukan artis tu yang run account dia. Even kalau artis tu run dia punya akaun sendiri, plis lah get a life. Setakat nak msg FB untuk tanya artis dah ada gf ke dak....very the tak class. Korang ingat korang vogue mcm hasben wardina ke dari fans bertukar pada suami? Kebarangkalian: satu dalam seribu untuk artis Malaysia, satu dalam sejuta untuk artis international satu dan segazillion-billion untuk Jay dan Yamapi okeh. Lebih baik korang update blog. Kalau dah meroyan sgt spam je lah twitter. Apa kata cuba minat Jay Park. Nanti dalam sebulan sekali dia bagi email. Tak percaya?. Klik sini.  *rasa mcm jual barang* kalau nak follow jay kat twitter, klik sini . I beri jaminan dia akan baca tweet u ols tapi takda jaminan dia akan follow balik atau balas. Dia akan respon, tapi dia takkan mention kat tweet...hehhehe

3. Tolonglah jangan buat perangai gila babi menunjukkan betapa obsesnya u ols pada artis. Contoh mcm bebudak korea send surat berdarah mcm ni. Sila muntah. Ngeri okesssssss. Kalau setakat pengsan kalau bertembung tu takpelah, takleh nak kawal perasaan dan tubuh badan kan...Ni gigih la nak menunjukkan obses...Korang ingat artis tu tak seram ke kalau orang buat perangai cam org gila cam ni? Kalau jenis susah mengawal keobsesan, sila try minat Jay Park. Peminat2 dia yang obses rajin bagi hadiah pelik2, tapi dia suka. haha
Well, not to mention setakat ni peminat2 Jay (since terdiri dari golongan pompuan2 tua) semuanya berakal dan tak buat surat berdarah semua nih. Mebi sebab tu lah dia suka..hikhik.

Even korang minat gila kat artis yang baru nak naik dan artis tu ada lebih banyak masa utk layan korang berbanding justin bieber, boleh tak jangan gedik. Jangan push. Kalau betul nak sangat dipertemukan jodoh, sila buat solat hajat hari2. Tapi ingat...be careful what u wish for. Jangan megah nak kawin ngan artis tapi last2 nan hado! Jadi peminat sudahla u ols..toksah jadi pemenat! Contohi akak. Akak cool jer. Yamapi ngan Jay yang gigih kejar akak!!
Zasssssssssssssssss:

ps: tetiba teringat artis naungan terabai..agaknya dia ada tak dikejar oleh peminat?

Friday, November 12, 2010

Luahan langit ke 7

9.13 pm. Still in the lab. But I decided to head home after this entry.
So mintak maap mintak ampun kat bebudak lain yang tengah melalui cabaran hidup yang lebih dasyat dari ini. NIat saya bukan nak menunjukkan PhD saya terpaling susah atau eksperimen saya terpaling susah. The key point is: I've reached the point where I think I could not handle this anymore. Tu jer. Takde isu lain. Ini hal peribadi. So, barangsiapa yang rasa "Hek eleh,aku pon nangis2 gak buat PhD tapi takde la gigih attention seeking mcm nih" dipersilakan dengan segala hormatnya untuk tidak lagi mendengar royanan saya.

Rasa tenang sikit. Sejak bgtau en bos kata nak berenti dia dah takde terjah result sebelum eksperimen habis. Tapi dia tetap tanya summary secara kasar *ohmaigot*.
So the thing is, saya rasa doa saya makbul. Dulu saya dengki bila orang lain dapat sv yang strict. Sebab bagi saya sv strict memang akan menyebabkan improvement berlaku dengan kadar yang tinggi. The thing is, saya tatau yang doa2 saya selalu back fire balik.hehe. Macam saya doa Jay bagi dia berjaya lepas tragedi tangisan air mata tahun lepas. Dan sekarang saya rasa nyesal lak sebab dia dah dapat offer dari Hollywood segala. Maknanya, only god knows nanti dia jadi retis macamana. Dengan industri Hollywood...erm..
My issue is myself. Bukan sebab eksperimen. Eksperimen kacang. Ramai orang kata eksperimen saya kacang. Balik UMT nanti sure kena bambu sebab mungkin bagi sesetengah orang my experiments tak mencapai tahap PhD pon. Tak kisahlah. Takde opinion yang salah.
Supervisors pon bukan issue. Depa bagus. Tersangatlah bagus.
Kehidupan sosial pon bukan issue. Ramai je kawan2 yang senantiasa sudi diganggu dan diannoy dalam tepon. Mak dan ayah pon sudi dan rela tadah telinga dengar tangisan,bebelan dan royanan. Ayah siap dok cari makanan apa yang boleh bantu PMS. heheh. Thank ayah :)
Isu nya, benda2 yang saya kata tak bermasalah tadi tu bila digabung menjadi benda yang kompleks. Ala2 tak sama frequency.

1. Kadar berfikir saya lambat. Benda yang depa cakap kat lab, lepas 2 hari baru saya boleh 'nampak'. lol. Bayangkan,saya perlu berfikir selama 2 hari untuk memahamkan benda yang depa sembang.

2. Otak encik bos. Sumpah, dia tuh boleh geng dengan Sheldon dalam Big Bang Theory. Kitorang memang langsung takleh nak tipu. Takleh nak goreng satu habuk pon. Dia leh simpan dalam memory OTAK dia kitorang punya result. Bayangkan,dia boleh compare result eksperimen A dan B, sedangkan kita tgh bentangkan eksperimen B dan kita sendiri tak ingat eksperiment A yang dah selesai berbulan2 lalu. Betul la kan, org yahudi ni bijak bistari. Mesti depa jaga pemakanan dia dari kecik. Setiap kali jumpa dia WAJIB bawak laptop, dia nak tengok raw data, kena tunjuk langkah demi langkah analisis stat depan dia. Even kalau ada silap key in data pon dia leh trace. whatthefrog sungguh la. Hari tu siap print graph cantik2 tunjuk, dia tengok, pastu suh bukak raw data. And at thet time tgh run 2 eksperimen..so basically I have to think about 3 expts at the same time, badan penat, PMS, dia grumpy sebab saya ada buat silap (buat actually boleh solve benda tu,tapi sebab dia nih researcher yang sangat2 bagus dia takleh accept penyelesaian tu sebab bagi dia,avoid silly mistakes which I agree). Bila kena 'denda' duduk dalam office dia sampai kul 7, dan sampel banyak dalam lab tak berproses..kendian masuk lab dapat tau experiment yg tgh run tak jadi..memang it was HELL. Even masa menulis ni I doubt I boleh habiskan. But saya cubalah sampai christmas tgk macamana.

3. So far, memang takdan proses sampel dari eksperimen 6. Tapi nasib baik dalam alkohol. Ni pon ada pembezaan spesis yang saya kena buat bu I just couldnt be bothered. Org lain boleh cuti2 sakan, jadi I just nak negotiate bagi buat slow sikit. I swear, kalau encik bos ligan2 nak result cepat saya nak suruh dia je buat. Bukan apa, bila start je eksperiment ni habis dah masa. Pagi2 masuk lab collect sampel sampai lunch break. Takdan berenti utk teabreak pon. Sebelum lunch gi bagi bebiri makan. Pastu lepas lunch masuk balik prepare utk collection esok, dan biasanya sampai kul 5. So, dah penat, satu haram benda lain pun dah malas nak buat. Biasanya lepas kul 5 lepak2 depan pc buat benda release tension. Pastu balik dinner pastu masuk lab balik. Kalau time boleh solat, solat dalam stor kat lab ni jer :(.
Tapi hari ni tak larat. Since esok dah decide tak boleh pegi swimming, tadi bantai tgk Big Bang Theory. Ni dah nak balik, makan, mandi tido. Esok barulah mula balik. Hope ada lebihan tenaga untuk proses sampel yang perlu habis proses menjelang krismas. Eksperimen gila ni sampai 29 November. :( Ingatkan boleh setel semua eksperimen by November, tapi memang taklehlah dengan keadaan mental mcm ni. So I guess bulan Disember baru habis, hopefully. dan pastu akan meroyan balik sebab encik bos nak diskas semua result untuk semua 7 eksperimen. ya ampun. Mcm nak lari gi Korea je. Key in data pon tak dan...camno nih?? :(

4. Nak tulis lagi tapi tak larat. Need to head home.


Not a fan of Bieb. But I like Jaden. I love the song :)

Sunday, November 7, 2010

I'm quitting

Here it goes.
Last week was horrible. Dramatic. Saya overestimate diri sendiri. Saya ingat boleh handle dua eksperimen serentak. Hakikatnya saya tak boleh.

So, bila selesai collection,saya kena mula proses sampel yang direndam dalam air. Sebab air bukan pengawet, saya hanya boleh ambil masa sampai seminggu sahaja. Kalau lambat sampel akan mengecut dan akan hancur. Kalau telur2 masih hidup,mungkin akan menetas dan akan mempengaruhi keputusan sebab pengiraan melibatkan pembezaan fasa kitar hidup.
Dipendekkan cerita, ada meeting dengan encik bos. Miting untuk perbincangan keputusan eksperimen 5. Di hari yang sama saya perlu mula eksperimen yang ke 7 dan proses sampel untuk eksperimen 6. The meeting was horrible. Saya dah buat silap sebab tak ikut eksperimental design. So en bos was cranky. So, meeting sampai pukul 7 dan ada masalah besar sebab bila dah tak ikut design we had issues with stat analysis. Lepas pukul 7 encik bos boleh balik umah tapi I had to stay in the lab untuk collect sampel dari eksperimen ke 6. Habis collect sampel je dah pukul 11.30. Kendian bila cek eksperimen num 7, something obviously is wrong.


I cried. Sampai dah tak tertahan lagi. Dan saya nekad to quit. Ini sungguh-sungguh.

Tiga malam berturut2 saya kol umah dan menangis tersedu2 nak balik. I had enough. PhD is too tough for me. Sekarang saya paham kenapa KPT takmo biayai bebudak pointer rendah sambung PhD. Buang duit rakyat. Buang masa sv. Tapi saya niat even saya quit,saya nak quit secara terhormat. Saya akan habiskan semua 7 eksperimen dengan report sekali dan balik. So, the next day, I chuck out ALL the samples from experiment 7. Sebab obviously I cant proceed bila dah perasan silap. Masa eksperimen num 6 tu,saya dah perasan silap tapi saya teruskan jugak sebab saya rasa masih boleh diselamatkan. Memang boleh diselamatkan tapi kesannya sv hangin satu badan.

Bila dah tunda eksperimen, maknanya bebiri kena terus on grass. Kena pi potong rumput lagi hari2 to ensure faecal consistensy berada pada tahap yang kita nak. So, masa saya potong grass, agaknya letih sebab tetiap malam balik dr lab lepas kul 12 mlm...ada satu hari balik kul 5 pagi.. :( So kesannya anak-anak bila exhausted, saya kerat rumput dengan wayar2 sekali. Wayar pemotong rumput tu. OMG. So, jenuh ke kedai, takda satu kedai pon leh repair. Last2 bgtau Sara dan pegi workshop dalam uni. Pon takleh ganti sebab mesin tu dah dialter. So, hanya mampu lekat electric tape. :(

Hari Jumaat masa lunch encik bos jumpa. Ini lah lebih kurang summary

Encik bos: Ok ke? Sorry saya buat you down.
Saya: Takyah mintak maaf, bukan salah encik bos, ini masalah saya dan diri saya sendiri. Masalah dalaman.
Encik bos: Bagus kalau rasa bersalah sebab kita akan belajar tapi dont be too hard on yourself.
Saya: Saya series nak berhenti. *nangis*. Saya dah tak boleh.
Encik bos: Saya dah agak. Saya takkan halang.. Tapi ada satu je lagi eksperimen. Eksperimen kecik. PhD mcm. Semua student rasa nak berenti, kalau tak caya try tanya. tapi jangan tanya gareth. Tanya budak pompuan. Pikir masak-masak.

So yes, I'm giving myself until end of this year. Sampai habis eksperimen num 7. Lepas tu insyaAllah saya akan decide either to pull off or not. Takyah komen fighting chaiyok segala kat entry ni. This time it wont work. Seriously.

Friday, October 29, 2010

Ada yang lebih di atas, ada yang lebih di atas

Bila kita rasa kita hebat sangat, ingatlah ada orang yang lebih hebat dari kita.
Bila kita rasa kita sangat bernasib baik

Wednesday, October 27, 2010

I'm back, I think

Eksperimen.
Collection day was yesterday. Penat ohmaigot tapi better dari last year,walaupun tahun lepas ramai orang tolong. Tahun ni sebab Charlote dah takde, sv2 dan gareth busy, sara kat siam..maka hanya Fi yang tolong. Alhamdulillah setel menjelang pukul 11pm lebih. Lepas tu terus pengsan sampai bangun pagi tadi pon lambat :(
Maka akan bermulalah kisah pengiraan cecacing dalam beratus2 sampel. InsyaAllah esok akan mula grind sampel dan akan berubah menjadi gaban, bersedia untuk stay lewat malam kat lab sampai krismas.
In a way, kurang stress dari tahun lepas sebab dah expect apa yg akan berlaku. Kalau mcm tahun lepas, langsung takde idea..so bila proses sampel buat pertama kalinya rasa mcm nak terjun sungai, walau kat sini takde sungai untuk diterjuni.
And yes, rasanya bila ada kereta ni banyakkkkk sangat membantu. Kalau nak balik lewat insyaAllah tak runsing sangat. Nak rush ke pekan secara tiba-tiba pon no hal. Rasanya keputusan paling bijak kat armidale ni adalah beli kereta, due to the fact public transportation agak susah, tak mcm di bandar2 utama di seluruh dunia. Thanks kat mak n ayah yang menyokong keputusan pembelian bijak ini..hehe.

Keputusan.
I've decided to move out. Akan pindah ke umah baru awal bulan 12. Rumah satu bilik, fully furnish, semua benda ada. Siap cadar2 ngan towel sekalik dia sediakan. Tapi kena pi beli gas sendirik. Rumah sangat dekat dengan airport (boleh jalan kaki), atas property, dari tingkap bilik boleh nampak lembu meragut dan tuan rumah kata boleh bela binatang apa2 pun kalau nak.hehe. Juga bersebelahan ladang anggur untuk dibuat arak. gulps. Walaupun umah baru ni mahal, saya dah nekad pindah sebab malas nak pikir dah... Yang saya suka umah ni takyah deal ngan agent segala. Boleh masuk bebila dan boleh blah bebila dengan syarat maklumkan pada tuan umah. Dan on top of that, akan berjiran ngan Elodie..hehehe. Sekarang sedang cuba berjimat cermat menjarangkan diri topap dan membeli benda2 merepek online. Pembelian terakhir yang berkonsepkan pembaziran gila meroyan ahjumma tak sedar diri adalah pembelian kad soribada untuk dload lagu jay dari website korea (utk dia dapat ranking bagus dan dpt award). So mintak maaf kalau lepas ini tiada dah panggilan hangit dari I. Add me on skype/ym/live/FB :).

Jaywalkerz.
Saya follow bebudak Jaywalkerz kat twitter dan selalu diam je sebab saya tak aktif kat shoutbox 2od. Tah mcmana bebudak malaysian jaywalkerz folo saya kat twitter dan kendian budak aussie pun folo. Maka jadilah adegan folo molo tanpa kenal.. Peramah nak mampus bebudak nih dan gedik!Maka lingkaran persahabatan dah jadi mcm lingkaran BieberFever..merebak2..sampai kami sendiri tatau kami bertweet ngan org dari mana/bangsa apa..keke. As I mentioned in my previous post, bila ada persamaan maka akan jadik rapat. That is IF you want to find the similarities. Dan sebab kegigihan semua Jay Bum jadik tresnding topik kelmarin. Padahal depa buat test run jer sebab hipotesis kami ada orang label tweet kitorg sbgai spam. So yeah, hari tu berjaya maka betul lah sebelum ni telah dispamkan. Dan kawan2 sila jgn folo saya kat twitter, series...sebab dah jadi tempat spamming pasal jay.huhuh
Dan kerana telah berjaya trend Jay Bum di tangga pertama, jay post ini sebagai tanda terima kasih.



Dont get me wrong. I'm not supporting tatoo or topless men. Saya tak sarankan sesama buat tatoo. Tapi nak bgtau yang Jay ada 3 tatoos - dada (tahun lahir ayah, mak, dia, adik dia jehan). kendian belakang telinga (AOM). dan last sekali belakang badan (Jaywalkerz). Rupanya ada maksud tersirat family in his heart, AOM by his side, Jaywalkerz behind him. Aigoooooo pandai dia berfalsafah kan? Tapi mengeja kurang pandai.kekeke.
And Jwalkerz tgh try nak pomot jay masuk Ellen Degene...mcmananakeja tu...hehe. Hope berjaya lah :)

the vid that changed everything :) <3



Selamat malam semua (tatau kenapa ceria hari ni..hehhee)

ps: tgh tulis poskad untuk mak jay untuk wish happy belated birthday and happy new year..ohmaigot, rasa seperti muda kembali..kekeke. thanks to kpop fandom, anda akan perasan terasa muda 10 tahun. kehkehkeh

Monday, October 25, 2010

:(

Bestnya kalau boleh menulis mcm dulu. Blog jadi macam daiari, semua benda nak cerita. Satu hari saya pernah tanya Ake camne kitorang leh kenal, dia tak ingat. Saya ingat tapi blur. Sib baik dulu saya meroyan update blog, so bila saya kerobek-kerobek entry tahun lepas ada entry darah hidung masa memula bertegur ngan dia (tapi dia memang langsung tak ingat - tandanya tak obvious kegedikan kan) dan satu lagi entry siap amik gambar curi dalam library istimewa untuk orang yang baca blog merepek ni.

Mcm tu jugak bila Charlotte meninggal. BIla rasa rindu saya akan bukan balik entry2 yang berkaitan. How I wish I wrote more entries on her, and how I wish we have pics together :(.

Bila baru ni ada junior tanya bila besday Tra, saya sentap. Saya ingat-ingat lupa. Bila saya kerobek entry dulu2 ada entry dedikasi sempena birthday Tra.

So yeah, how I wish I have more time like before to just write bout every single thing that happen in my life. *sigh*

By the look of my pilot experiment result, harapan untuk hanya ada satu je lagi eksperimen mungkin hancur berkecai. Peratusan untuk menambah eksperimen sedang meningkat perlahan-lahan. I  just hope that I wont have extend my candidature. :(

Kelas renang agak ok, ada benda yang tak best jadi but I will just try to ignore it. But the positive point is: saya dah boleh terapung (dengan menggunakan float okes) tanpa perlu dipegang instructor. Bayangkan, sebelum ni kena guna float dan kena dipegang! kekeke. Tapi masalah bila instructer tak pegang, lembab nak mampus bergerak. Mcm 1 cm/minit!!! Kelajuan sangat perlahan sampai penat nak kick dalam air. Last2 seluruh badan sakit-sakit sampai ke saat ini.

Lusa akan mula bekerja mcm tahun lepas. Few hundred samples to finish in one months time + run together eksperimen lagi satu. Hope taklah sampai kena tidur kat skul mcm tahun lepas. keke

Saturday, October 23, 2010

Hati yang sukar dimengerti

Jantan-jantan aussie suka bersukan. Masa berjalan menuju ke bangunan kolam renang, terpandang kiri: jantan2 dewasa tgh train bebudak kecik main tenis. Pandang kanan: jantan2 dewasa tengah train bebudak main kriket. Bila pergi menyibuk aktiviti kat sekolah, nampak jantan2 dewasa yang muda tiba2 je join bebudak sekolah yang tgh main soccer. Pastu bila bebudak main frisbees, depa pun get into the group dan join. Vogue sangat!

"Main sukan?" tegur sorang mamat yang pernah join naik kuda sekali.
"Tak sangat. Setakat lari dalam guni, lari ikat kaki..bolehlah.hehe.Main sukan?"
"Main soccer"
"Football?"
"Main gituh2 je"
gulps..*lap idung darah*
"Kat uni study apa?" tiba-tiba dia tanya.
"Study pasal penyakit bebiri"
"Oh, ayah saya keje ngan bebiri...nanti jemputlah datang umah, leh sembang2 ngan ayah pasal bebiri"
"Oh? ok.."

Tiba-tiba..........................

Sorang budak kecik usia lingkungan 10 tahun lalu. 
Gulps.
Mata sepet. 
Kulit typical asial.
Comel ya amat. 
Senyum macam Jay Park.
Jepun? 
Entah.
China? 
Entah.
Korea? 
Cina Malaysia? 
Entah.
Taiwan? 
Entah..

*terus mengabaikan jantan aussie di sebelah dan asik memandang budak asia tersebut hingga beliau hilang di pandangan mata sampai terlupa nak cakap babai kat mamat tu bila balik. FAIL!*


kekekkekekke

Thursday, October 21, 2010

Andartu

Kita jangan marah kalau orang panggil kita andartu. Anak dara tua nih taklah hina sebenarnya. Tapi kadangkala cara orang sebut tu keji dan hina. Sama dikeji dan dihina macam babi, lembu. Hidup kita di donia nan fana ni suka rendah-rendahkan tarap manusia. Yang ada degree konon lebih mulia dari yang tak habis darjah 6. Yang kerja PTD konon lebih mulia dari jaga sekolah. Yang muka cun mengikut piawaian lelaki lebih molia dari pompuan yang muka-muka taraf biasa. Yang kulit putih melepak lebih taraf tinggi dari pompuan kurang cerah. Pompuan yang kawin lebih molia dari pompuan bujang. Pompuan yang ada anak lebih molia dari pompuan takde anak. Pompuan kerja lebih molia dari surirumah. Pompuan menyusukan anak sampai 2 tahun lebih molia dari pompuan yang bagi anak minum susu lembu. Lelaki kaya lebih molia dari lelaki yang kais pagi makan pagi. ulps, terpanjang pulak contoh. hehehhehe

Dulu, saya cukup tersentap dan tertampar bila dipanggil kertu/andartu. Tapikan, bila saya fikir..takde keji dan hinanya. Lainlah kalau orang panggil kita antakdartu (anak tak dara tua) atau andartaklu (anak dara tatau malu) atau pertubian (porempuan tua lesbian). At least orang teka kita masih suci murni walau muda, khennnn? hikhik. This is fact. Kita masih anak dara. Dan kita sudah melangkah ke alam tua. Walau macamana rasa terhena, itu hakikat. Hakikat yang kita kena terima. Sudah rezeki kita dikellingi orang yang kasih dan sayang pada kita dan amik berat. Kat barat pon ada istilah anak dara nih, dan environment depa sejibik sejibun mcm kita, tapi tahun 80an kalau tak silap. So insyaAllah lagi 10-20 tahun lagi rakyat jelata kat negara tercinta dah berubah mentality, tak lagi dok mengompat sohseh tepi pelamin membincangkan umur pengantin perempuan yang dah menginjak ke angka 29. Umur berapa kawin pon orang akan cakap2. Umur 20, depa kata gelenyar segelenyar supik gelenyar nak kawin. Bila terlebih sikit depa tuduh jual mahal perasan cun dan nak laki mcm Jay Park. WTF? Kita semua mengaku ada Tuhan, pungpang cakap percaya qada' dan qadar..tapi motip sangat dok kejan org suh kawin tepat2 umur 25. kekeke. Pelik betul. Bila single tanya bila nak ada bf, bila ada bf tanya bila nak tunang/kawin. Dah kawin tanya bila nak ada anak. BIla ada anak tanya bila nak tambah lagi sorang. Kalau setiap kali depa tanya tu depa hulur dalam seribu dua ribu ringgit Malaysia, kita pon tumpang gembira, ye dok?

Royan: on.

Hari tu, ada jantan tak sedar diri dok pungpang cakap pasal andartu ni. Dia kata andartu ni sebenarnya golongan yang menyebabkan diri mereka jadi andartu – mulut lazer, kuat mengumpat, tak pandai jaga diri, kasar, anti lelaki and what not. Biasanya andartu akan terus kekal jadi andartu. Series bila saya tau ni rasa nak baling terompah besi. Kalau jantan mulut pondan mcm tu haruslah hilang selera pompuan nak kawin okes. Aku rela tak kawin seumur hidup, mati single dari dapat jantan mulut hazabedah tarap longkang. And yes, ada sesetengah pompuan dah kawin kata andartu ni dengki depa ada laki. prft. Ekskius mi. Kalau laki hangpa muka cam Jay Park pon ai tak jeles. Sometimes orang salah paham. Orang meluat tgk gambo cumbu2/kemesraan melampau yang dalam kelambu yang selayaknya hanya untuk diri sendiri. Motip gambo separa bogel laki bini pampang kat semua orang? Eu, puhlis. Lebih baikla aku jeles kat bebudak yang nak pi fanmeet jay kat putrajaya disember ni dari jeles kat laki org..kekeke.

Royan: off.


Saya tau ramai rerakan seandartuan baca blog ni. Saya nak cuma cakap, manfaatkanlah masa single ni dengan sebaiknya. Series, Allah takdirkan semua ni ada hikmah. Jangan kawin sebab nak tutup mulut orang. Kalau kita asik buat rutin yang sama je hari2, bosan okes. Kucing pon tukar-tukar tempat tido/lepak. Alhamdulillah saya nampak hikmah single ni. I'm enjoying myself, sebab saya yakin kalau ditakdirkan saya dah kawin skang, either laki saya masuk tanjung rambutan atau dia depression. keke. I love my own sweet time. and I love meroyan =)

Weekdays biasanya saya manfaatkan untuk study. Sabtu pagi akan pi swimming class, then minggu ni pegi tolong bebudak radio untuk program kat sekolah, insyaAllah. Ahad ni akan start berkelas dengan bebudak kat masjid (feeling-feeling ibu Arini) dan next week akan start sample collection and processing. But hopefully weekends saya ada lebih masa untuk berehat dan bertenang.

and yes, im a bit down actually. Bukan,bukan bab andartu ni. but pasal FM ni. Motip sangat dah 28 tahun saya lahir. 27 tahun di Malaysia. Tahun ke 28 di mana saya tidak berada di tanahair masatulah chenta hati nak mai Malaysia. Motippppppppppppppppppppppppppppppppp? Ada budak kat Melb dah siap survey tiket airasia. Tapi mcm kerja gila je kalau kitorang balik semata-mata nak jumpa Jay kan? tiket dia je dah ratus2. campur2 ngan tiket kapalterbang dah boleh buat belanja kawin. kekeke. Kalau boleh pinang jay takpe gak. gulps.

-----------------------------------

off topic: kenapa org kata lagu ni mcm lagu lady gaga? tak sama pong..

Saturday, October 16, 2010

Kalau dah jodoh tak ke mana :D

Saya tak beli CD Jay. Just beli yang lagu2 harga RM1.50 satu jual kat website dia. Tapi tak pon rasa sedih tak beli CD dia. Pastu ada pertandingan cabutan bertuah. Depa offer poster, button and CD. Tak sangka menang CD. hekhekhekhek.
See, kalau jodoh tak ke mana. Dia akan jatuh ke tangan kita juga...hehehehehehehehehehehehehehehehheeh



ILU Jay Park di di ding ding ding ding

Friday, October 15, 2010

Vogue

Takde kena mengena dengan bajet 2011.

Saranan melihat 2 bahagian. sila abaikan bahagian yang lain.

1- Dari mula sampai 0:16.
2. Dari 1:17-1:45.



Malam ni tidur sambil tersenyum..bukan sebab RM500 dari kerajaan. Tapi sebeb vid ni 


8D


Good nite!

Thursday, October 14, 2010

Bestie and Speechless can be purchased

I just cant stop myself...

giggling while watching this.
I LOVE U-Kiss. Walaupun saya bukan Kiss Me (fangirls tegar), tapi saya senantiasa mendokong usaha U-Kiss. Lagu baru depa sebab, tapi MV depa berkonsep kedewasaan dan saya kurang suka. PErformance depa best, hensem dengan suit segala. Kemas, mcm jantan. Tapi, apakah koreo seperti mahu berubah seperti Kabuto/Suria Perkasa Hitam. Tetiap kali sampai ke aksi bertukar kepada gaban tu saya akan ketawa. Hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

1Malaysia?

Saya bukan perempuan yang dibesarkan dalam suasana ketuanan melayu ke hulu, ketuanan melayu kehilir. Setiap kali balik ke Mergong waktu cuti sekolah, filem Hindustan dan drama tamil yang selalu bermain di tv. Bila saya melangkah ke dapur, Tok Ngah sedang dengar berita tamil di radio. Tok Wan datang dari India, migrasi untuk mencari bersuap-suap nasik. DItemukan jodoh dengan Tok..yang nampaknya tak berapa nak Melayu. Ketika saya menulis ni saya terfikir, apa bangsa keluarga Tok? Melayu? Mamak? Bengali? Entah. Sebelum ni saya tak pernah terfikir. Tak pernah ingat nak tanya. Sebab saya tak sangka Isu bangsa akan jadi benda yang boleh melukakan, boleh merosakkan, boleh memecahbelahkan.

Sejak otak saya berupaya mengingat, saya tahu ayah mengajar di sekolah St. Michael Ipoh. Ajar sekolah Kristian. Ajak budak Cina, Melayu, India, Bengali. Saya tak pernah terpikir kenapa ayah mengajar sekolah Kristian, anak-anak Kristian walau dia hantar kami adik beradik sekolah agama swasta. Saya tak pernah tanya kenapa sebab saya tak pernah terfikir isu agama boleh melukakan, boleh merosakkan, boleh memecahbelahkan.

Jiran kami Cina, ada anjing nama AhKong. Bila anjing dia mati kena racun, saya dan adik2 tumpang sedih. Tuan rumah kami nama Kesavan. Saya takkan lupa nama Kesavan, sebab ayah eja Kesavan sebagai K7. Masa tu saya rasa ayah paling cool sebab boleh eja nama orang dengan kretif sekali.hehe.

Di sekolah menengah, Cikgu Chong dan Cikgu Chee mengajar semasa di menengah atas. Walau ada khabar angin yang mengatakan cikgu Chong mengajar di sekolah agama sebab ada niat tertentu, kami telankan saja. Belajar macam biasa. Tidur dalam kelas macam biasa, bermesra dengan cikgu2 mcm biasa dan pasti akan jumpa cikgu kalau ada latihan yang tak dapat dijawab. Saya masih ingat kami menyelitkan membaca surah toha ayat 1-10 lepas baca doa penerang hati, untuk melembutkan hati cikgu chong dan cikgu chee supaya kasihani kami yang suci murni ni.hehe. Dan kasih sayang yang mereka berikan sesuci cintamu kasih sayang ustazah dan guru2 yang lain.

Di USM, kami diwajibkan bercampur dengan pelajar bukan Melayu di kolej kediaman. Saya ditempatkan dengan Catherine India Kristian di Tahun 1, Cynthia India Kristian di Tahun 2 dan Florence, Cina Kristian dia Tahun 3. To my surprise, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku walau kami semua nampak 'berbeza'.

Semasa Masters, penyelia lapangan saya Dr Chandra, wanita India Hindu. Saya dibantu oleh En. Hassan Ghulap Din, Pakistan Muslim dan senantiasa diselia oleh Pn Vasuge India Hindu, Dr. Naheed Pakistan Muslim dan Dr. Mahendran, India Hindu. Kenapa saya mula melabelkan bangsa dan agama setiap seorang? Sebab nampaknya ini identity ni penting. Kita sibuk mencari perbezaan, kita sebok nak fikir apakah dakyah terselindung di sebalik perbezaan.

Kita semua berbeza dan kita akan terus berbeza bila kita mahu highlight perbezaan. Sedangkan di Iraq sesama Arab Muslim tetapi 'berbeza' ikutan Shiah dan Sunni, maka bertelagah. Sedangkan dengan Indonesia yang sama-sama Melayu Muslim Sunni pon kita sering bertelagah.

Kita kata kita mahukan 1Malaysia, tapi kita masih labelkan rakan-rakan dengan nama yang tak sepatutnya. Kita kata kita mahukan 1Malaysia, tapi kita tak rasa kepentingan belajar bahasa rasmi. Kita rasa kita mahukan 1Malaysia tapi kita prejudis pada bangsa lain. Kita kata Islam agama kasih sayang, tapi kita menyemarakkan benci. Kita kata Budda ajar berkasih sayang, tapi kita kutuk bangsa lain cukup-cukup.

Adakah Malaysia hak milik Melayu sahaja?

Adakah Malaysia kaya hanya dengan bantuan Cina dan India sahaja?

Semua orang akan ada soft spot pada persamaan. Kalau kita peminat Jay Park dan berjumpa dengan peminat2 Jay Park yang lain, kita akan secara automatik akan jadi selesa, tanpa mengira warna kulit, bahasa, bangsa, agama. Maka, adatlah Melayu bersatu, Cina bersatu, India bersatu. Tapi perlukah kita bersatu untuk jatuhkan bangsa lain? Lihat apa jadi di Afghanistan, di Iraq. Bila kita dan lalai. Bila kita gigih mencari perbezaan, akan nada pihak lain yang akan datang 'membantu' meleraikan kekusutan. Ketika itu, hancur berkecailah perlembagaan, kuasa sultan, system demokrasi. Yang kaya raya akan ada tempat perlindungan di luar negara, wang simpanan berkepuk-kepuk di akaun bank antarabangsa. Yang tinggal hanyalah kita rakyat-rakyat marhaen hidup dalam kesusahan, tangisan akan diselangselikan dengan bunyi tembakan dan bom. Kawan-kawan dan ahli keluarga mati setiap hari, bukan sebab pemandu bas cuai, tapi sebab terkena tembakan atau bom.

Ini hakikat. Ini yang berlaku di negara-negara yang gigih mencari perbezaan sesama rakyat. Kita bakal pendidik, harus lebih bersemangat memajukan anak bangsa, dan semaikan kasih sayang kepada bangsa lain.

Semua bangsa perlu saling menghormati.

Kita semua perlu hormati bahasa rasmi – belajar dan amalkan. Kalau pergi ke jepun, nak gigih jugak cakap bahasa Melayu/Tamil/Mandarin? Masuk kandang kambing, sila mengembek ok.

Kita semua perlu hormati agama rasmi – belajar dan fahami. Saya paling benci orang mempolitikkan agama. Sila masuk agama ayah Pin kalau rasa nak alter agama sesedap rasa. Jangan lupa kirim salam kat Malaikat di langit ke 7.

Kita semua perlu hormati perlembagaan – di Australia untuk jadi warganegara wajib ambil ujian berkonsepkan negara – sejarah, lagu kebangsaan, etc, etc. Kita kena tau pasal negara baru leh pungpang tuntut itu ini. Kalau komunis tak pernah jajah Malaysia tapi kita kata komuni jajah Malaysia camno? tak ke malu? keke

Kalau gigih gak nak ketuanan bangsa ke hulu, ketuanan bangsa ke hilir sambil kutuk bangsa lain, tunjuk perasaan ke hulu tunjuk perasaan ke hilir konon bela bangsa sendiri tapi bila bangsa lain buat salah kecut telo sekor2 nak amik tindakan sewajarnya, maka saya nak ucapkan:

1Malaysia my ass.

It takes two to tango. Sekian.

Tuesday, October 12, 2010

Dari Toronto ke Armidale

Treatment untuk eksperiment hari ni setel. Dua hari berturut nonstop dari pagi sampai lunch dan kendian sambung sampai petang, dengan masalah wanita yang menyebabkan sakit pinggang dan kebas2 kaki, memang rasa sikit lagi nak pengsan. Tapi kemuncak bila encik bos terjah dan kata dia nak jumpa lepas lunch bincang pasal result eksperimen lagi satu (2 eksperimen serentak tengah berjalan). Saya pon apa lagi, nak cakap 'takmo jumpa' tapi tak terkeluar. Saya cuma kata 'saya cuba'. 'Takyah prepare apa2' kata encik bos.
Kendian mulalah meroyan bercakap kat diri sendiri sambil wat keje.
'Apa benda nak tunjuk kat encik bos ni, takdan key in data pon.......' pot pet pot pet kat diri sendiri
Fi dengar, dia bagi idea.
'Takpe, nanti masa jumpa bos buat analisis tang tu'.
Masalahnya otak saya jemmmmmmmm. Kalau sedap mcm jem stroberi takpe gak. Ini memang jem. Air mata dah mula bergenang. Rasa nak balik umah je sebab sangat tak larat, tapi kena tggu 6 jam lepas treatment untuk remove watering jar...huffffffffffffffffffffffffff.
Saya stress dan balik opis utk lunch. Wijdan pulak meroyan.
So, lepas dengar wijdan meroyan saya gelak. Bukan seronok sebab apa, tapi sebab u r not alone gituh. Meroyan berjamaah adalah BEST! Lawak pulak sembang ngan wijdan bila meroyan bersama. Ala2 berlawan sapa punya masalah lebih perlu royanan. kekkekek
The backpain is killing me, seriously. Ni bahana angkat benda berat dengan postur yang salah jugak ni. Bengkok kaki! Lepas ni kena ingat kena bengkokkan kaki kalau angkat benda berat.

Dan akhirnya, bila encik bos kata 'lepas habis 2 eksperimen ni..ada lagi satu eksperimen kan?lepas tu kita kena sit down diskas seme sebab kita tinggal SATU je lagi eksperimen dan you akan setel dah. Just writing untuk PhD. Yes, satu je lagi eksperimen di tahun 2011. Satu. Ya Allah...permudahkanlah urusan =). Terus tak jadi nangis dan quit PhD, setakat ni. hehehe

-------------------------------------

Tajuk Toronto, Armidale. Sebab apa? Sebabbbbbbb tetiba hangatla pulak isu Bebudak UTP hantar salam perantau, katanya Univ Toronto. Seriously, bila saya baca cerita ni memula..saya tak berapa nak heran. Biorla sesapa nak hantar kat salam perantauan tu. Bukannya sapa nak belek pon. Nasiblah kalau terpilih sedangkan saya pernah hantar tapi tak terpilih pon..hehehe. Setakat salam perantauan, just nak wish kat kengkawan ngan kenalan. Kompom seme kontek family kalau nak raya, tambah lagi bila teknologi canggih ni....skype, FB..seme ada. So, tak lah berapa setuju bila orang kata kalau bebudak ni buat prank mcm ni menyebabkan kurang peluang bebudak kat osea nak terpilih. Berjota orang hantor salam perantauan ni. So, kalau setakat seratus (saya jangkakan 100 pranks) ni, tak meningkatkan chance pon untuk terpilih tersiar dalam akhbar.
Cumanya, saya bila baca orang komen maki utusan...saya mcm terpikir..
Komen orang

1) Kenapa utusan tak verify betul ke tak yang hanto tu dari osea?

Ya Ampun..ruangan tu adalah ruangan free untuk ucap selamat hari raya. Motip nak sahkan bagai. Lainlah kalau berita-berita yang menjana minda. Sedangkan berita pun ada paper yang tak sahkan sumber sohih atau tak, main tulis je, inikan pulak ruangan ucapan selamat hari raya..kekeke
Camno depa nak sahkan bebudak tu kat osea? Kena kontek JPA/tajaan/uni luar negara? Kalau depa bagi email uni tempat belajo, utusan kena email sorang2 ke? Bukan anouncement dapat pangkat Datuk ponnnnn.

2)Gambo tu tak melambangkan gambar osea. Utusan tak leh detect ke?

Hadoi, kalau belajar di China kena bergambar dengan tembok besar china? kalau belajar dekat thailand kena bergambor ngan patung buddha? Kalau belajar kat India kena bergambar kat Taj Mahal? Ingat semua orang kenal ke pokok asam dan tau pokok asam takde kat Kanada? Its just like you assume semua orang tau Alpacas ruper macamana dan takde kat Malaysia. Utusan kengkononnya nak menunjukkan depa tak prejudis. Bergambo pakai tshirt Ben10 berlatarbelakangkan kambing pon depa tak kisah. Sebab depa percaya rakyat Malaysia takde nak tipu sebab langsung tak datangkan faedah. Tak rugi satu sen, tak untung satu sen pun.

3) Depa purposely eja University of Toronto Canada sebagai Universiti of Toronto Kanada supaya pihak utusan boleh detect kesilapan dan tak siarkan.

Seriously, apa sebenarnya ni, nak masuk paper ke takmo? kekekekek.

Bagi saya, utusan keluarkan artikel sebagai respon bela diri ala2 reputasi tercalar. Tapi bagi saya secara peribadi..utusan should just ignore. Dah buat ruangan free untuk bagi peluang untuk orang ucap selamat hari raya pon banyak songeh. Korang nak prank, pranklah. Ntah apa yang dapat entah..kekeke

Kesimpulannya mudah je. Tutup je lah ruangan salam perantauan ni. Lebih baik fokus pada berita-berita yang lebih penting. Daripada korang2 berbangga konon berjaya tipu utusan baiklah korang tolong photoshopkan gambar I ngan Jay.kekeke.

Saya bukan ada share dalam utusan, langsung tak. Peminat pon bukan. Saya cuma tak suka bila orang tau komen tapi tak boleh nak bagi idea camno nak buat. Pandai nak salahkan orang je.

Beralih kepada Armidale (konsep tajuk), masjid jual daging halal. Semua org ada akses masuk masjid bebila masa untuk beli daging. Takde penjaga, pandai2 lah sendiri amik daging dan bayar kat tabung. Duit belen pon ada disediakan. Berbekalkan konsep percaya. Percaya yang orang Islam ni berpegang kepada konsep Allah maha melihat, dalam masjid pulak tu, melibatkan makanan yang akan jadi darah daging.
But what happen is...duit daging maging ni asik short beratus2 dah bertahun. Saya baru tau since saya AJK. And Alhamdulillah AJK batch saya ni semua vocal. So, once bebudak laki dapat tau, depa decide nak buat penjualan daging berjadual. Mampusla kalau orang tak puas hati. Dah malas nak pikir apa yang orang pikir..Kita PERCAYA orang akan AMANAH, tapi susu balas tuba. Kita bekalkan daging halal supaya orang yakin dan senang. Tapi orang sapu daging halal tapi tak bayo. Motip carik daging halal tapi takmo bayo? I was so sentap masa dapat tau sebab rasa mcm tak logik. Sampaikan mamat yang cerita kat saya sudahnya kena tenangkan saya. kekek. Its either depe memang terlupa bayar, atau tak reti baca harga, atau takde duit belen yang mencukupi.Saya geram sebab benda ni menyusahkan orang - bila wat jadual, maknanya orang tak boleh beli bila-bila masa. Dan lebih susah pada pompuan2 yang takmo berasak ngan lelaki. Kadang kalau saya nak beli pon saya pesan kat memana AJK lelaki, depa tolong belikan. The, AJK pulak kena tambah keje take turn jaga daging. Saya dah bgtau awal2 saya takmo jaga sebab dalam pada depan AJK lelaki pon depa leh selamba badak je amik daging dan berlalu. Macamana kalau saya yang kecil dan lemah ini? Lagi la tak daya nak buat apa2. Lagipun selalu yang beli orang lelaki, so kesian bebudak laki kena jaga..heheh

Kecik2 bangga konon tipu paper, bila beso nak tipu mesjid plak? Tak berpaedah langsung. Orang Islam warisan nenek moyang je bangga ngan menipu, prank seme ni. Sekian.

Monday, October 11, 2010

Selamat Malam

Letih. Masuk lab sejak dari pukul 6.30. Berenti untuk lunch, then pergi biopsy. Ya hampun amik sampel sampai 6 kali (3 per lump). Then balik ke lab, setelkan eksperimen, beli daging nak masak bibimbap esok, bawak tiger jenjalan. Ni dah sakit pinggang dek kerana masalah kesihatan wanita sejati yang tulenssssss.
Esok pagi big day lagi. Day of deposition. Doakanlah semua ok ek? hehehe

Hope terjaga la pagi esok.

Sebelum tidur, cuba klik play. Ni Jay nyanyi sikit lagu Jay Sean- Down. Sedap jugak walaupun ada key yang off sebab dia gigih over lenggok. Tapi sedap. Cuma dia tak mampu la nyanyi dan menari ngan periuk belanga semua. Kalah dah awal2. hiks.

Errr, adik2 yang belum akil baligh dan wanita-wanita solehah diminta tekan stop diminit ke 4.30. Dikhuatiri akan pengsan dan kejang depan PC/lappie. INI AMARAN KERAS!