Pagi ke ladang, tolong Fiona amik sample. Ladang ni jauh sikit dari uni. Kisahnya sebab saya decide nak attend kelas renang hari ni, dalam kul 10 lebih dah berenti untuk gerak ke kelas. Since org lain kena stay sampai kul 11, saya dah bawak kereta sendiri siap2 so tak susahkan org untuk hantar balik opis.
Masa memandu keluar dari ladang, dengan kelajuan tak sampai pon 40 km/j, saya tetiba terlanggar sesuatu. Saya terus berhentikan kereta. Saya nampak jaring dawai besi sudah terbang di udara dan serentak dengan itu satu dentuman kuat kedengaran. besi pagar berukuran 1 meter pun melayang ke udara, mencalarkan sedikit cermin depan. Saya ambil masa beberapa saat untuk register dalam otak – 'pagar dawai melayang!"
Saya keluar dari kereta dan lihat batang besi tu dah terbang merentasi jalan tanah merah dari sebelah kanan ke sebelah kiri. Kereta kemik kat tepi. Calar teruk kat depan. Besi warna silver bawah pintu belah kanan dah tercabut sikit. Cermin depan calar.
Kalau saya bawak lagi laju, besi yang terbang tu mungkin akan terpelanting lagi laju dan mungkin tercacak kat windscreen. Dan saya mungkin tak sempat ke kelas renang. Tak sempat update blog sekarang.
Lepas balik kelas saya laporkan kejadian kat Tech Officer. Rupanya dia pon sama. Hari Isnin dia terlanggar jugak pagar tu dan habis kenderaan jabatan calar balar. Yang peliknya depa nih, dah kena pun takmo ambil tindakan/buat laporan kat pihak pengurusan ladang. Dah sah-sah orang tak nampak jaring dawai yang halus tu masa drive. Harapnya at least depa ikatla pagar tu dengan kain merah supaya orang nampak. Buang dawai tu pon takpe..banyak gila penghadang kat ladang tu. Takdenye bebiri tu nak lari jauh2.
Saya betul-betul rasa bersyukur atas kesempatan utnuk terus bernyawa ini. Dah dua kali kejadian hampir teragut nyawa berlaku (1st – batu bata terbang dari tingkap tahun lepas, miss beberapa inci je dr kepala).
Disember. Bulan yang seram.
Dan kereta sekarang dah mcm bumper car. Penuh dengan kesan geselan/calar/kemik. Takde sapa dah nak percaya saya berimej sopan santun :(
Baca doa, ayat kursi sebelum drive. Please be careful. Mak.
ReplyDelete