Friday, July 31, 2009

Sayu, tapi masih meneruskan hidup

Sokmolah sayu. Tapi entah kenapa hari ni macam over sikit. hiks. Duduk dalam lab sampai Sa*ra siap-siap nak balik. Agaknya muka saya memang nak nangis, sebab Sa*ra pon mcm tammo pandang muka saya lama-lama. hiks, over pulak rasa. Dah tu wij*dan pulak dok cakap kat Sa*ra - 'I can assure you she will cry everyday' pandai propa sungguh makcik ni sekarang.
Sa*ra bagi pinjam tv. Dia ada 3 katanya. So, sekarang sudah ada tv. Sa*ra kata boleh pinjam sampai nak kembali Malaysia - kalau kembali lah, katanya. Sentap.

Sa*ra bagi pesanan berjela-jela untuk kitorg. Siap nak amik gambo lab sebab nak compare before and after. Haha. Ga*reth je mcm kontrol macho bila tau Sa*ra dah siap-siap nak balik. Tapi dia senyap, saya tau la dia pon sikit terasa. Saya tammo drama lebih-lebih, bagi lambaian ratu awal2 sebelum dia sampai ke kereta. Saya dok dalam opis, dan lepas beberapa minit keluar tengok kereta dia dah takde. Sob. Sob.

Dia sangat dedikasi dan sangat menjaga kami, anak-anak didik Le*wis dan S*teve. Tu sebab kitorg rasa close dengan dia setakat ni. Akan datang saya tak tahu, tapi saya harap persahabatan akan makin utuh. Terima kasih Tuhan kerana takdirkan kontrak Sa*ra disambung lagi 2 tahun. Maka kami berasa lega kerana terjamin kemaslahatan dalam lab.

Encik bos pun takde hari ni, keje kat luar rasanya. So, beberapa hari lepas, Sa*ra sempat pesan berjela kat bos apa yang kena buat. Nak tergelak pon ada tengok muka encik bos. Boleh rasa dia pon libang libu bila tau Sa*ra nak cuti 3 minggu. Dahla Sa*ra tu mcm secretary lab je dah, semua urusan sampling memang dia yang ketuai, memang dia yang drive ke farm, memang dia yang siapkan semua barang. Teringat lagi masa Sa*ra cuti 2 hari, encik bos ngan gar*eth tak jumpa carik tube kecik, last2 guna tube besar alam untuk proses sampel sikit. Aih, manja sungguh! Ada je benda yang depa cari tuh..nak Sa*ra jugak yang carik.kekeke. Itu masa dia cuti 2 hari ye kawan-kawan. Ini 3 minggu! 3 minggu!
Hari yang sangat sayu, series.

Terima kasih Sa*ra sebab belikan makanan bebiri, belikan polycarbonate jar, belikan alkohol, belikan potassium iodide dan belikan plastik untuk ikat kat bontot bebiri sebelum anda bercuti.
Terima kasih juga untuk tivi ini. hiks.

Semoga dia berehat dan enjoy cuti 3 minggu sepuasnya, bersama kereta baru =).

hnnnnnns *kesat hingus*

----
'Why are you taking photos?'
'Because I wont be here forever. I will go back to my country and wont be able to come here again'
'You will be here forever!'
'Can I be your neighbour?'
'Haha, of course!'
.

'You can have this tv until youre going back to Malaysia, if youre going back'
*sentap* 'Haha, thanks'
.

'I think you will get an australian boyfriend, so you can stay here and work with us. We enjoy working with you' kata encik bos suatu hari di kandang bebiri.
'Haha' tu jelah yang boleh respond.
Kalau yang soleh dan hot apa salahnye kannnnnnnnnnn? kekeke

*mak, jangan freak out yer, jodoh, ajal maut semua di tangan tuhan. doa je lah yang baik2, ok? Kalau dapat menantu yang hot mcm Yamapi atau Peter dan soleh, mak juga yang beruntung kan? kekeke* - pulling your leg.

Thursday, July 30, 2009

Hari ini dan minggu depan

Hari yang produktif dari segi akademik. Sepanjang opis hour dok kat lab. Sa*ra akan cuti 3 minggu mulai Sabtu.*sob, sob*. So, tadi, dengan penuh semangat untuk kurangkan bergossip, duduk di lab untuk pulun buat pembetulan report. Dan standby incase Sa*ra nak tinggalkan pesanan apa2 untuk kemaslahatan lab. Series, kalau lelaki tu lelakilah jugak, kena ada pompuan yang manage lab. Bila Sa*ra takde, berantakan lab *jeling encik bos dan abang ga*reth*. Tak tahulah 3 minggu Sa*ra takde ni mcmana. Sebak betul rasa. Pasti berantakan. Pasti.

Dah buat pembetulan report - dari dua belas mukasurat single spacing jadik 17. Amat memberansangkan walau tak tahu apa yang direpekkan sampai beranak 5 mukasurat. kehkehkeh. Alhamdulillah setakat ini. =). Lepas miting minggu depan akan meroyan balik..hehe.
Bila mula menguap dan mengantuk buat pembetulan *sokmolah menguap kalau buat kerja akademia. menulis blog, bergossip tak pernahnye ngantuk kan?*, pegi tolong Sa*ra proses sampel. Sian pulak tengok dia buat beratus-ratus sampel seorang diri. Bila dia tak menyanyi dan tak bersiul girang tu tandanya dia dah penat..Ada lagi seratus esok.

Agaknya inilah tips untuk bekerja dengan tekun. Jauhkan diri dari ratu-ratu goss Iraq dan India. Jauhkan diri dari Facebook. Jauhkan diri dari ym.
Tapi tetapppp.....mendekatkan diri dengan Peter. Otw balik dari beli lunch bertembung dengan Peter dan terus berjanji sehidup semati berpakat untuk menghadiri kelas End Note bersama-sama minggu depan di library. Dix*on library akan menjadi saksi kami bersama-sama menghadiri kelas *tra, ada bakat dak aku menjiwang mcm ko?*

Minggu depan pasti berbeza, pasti. Kerana Sa*ra tiada, kerana perlu bersedia untuk experimen, bersedia untuk miting lagi, bersedia untuk drivers knowledge test, dan perlu bersedia pakai baju lawa untuk menghadiri kelas End Note.

Minggu depan, semoga takde yang pelik2 berlaku.

Contoh PMS alert

Ini PMS alert yang diterima dari email dari PMS central. Lambat lah mokcik. Dah lepas dah PMS. keke. Mcm ngeri je baca warning alert ini,

'Sorry to be the bearer of bad news but your PMS is about to strike. Now is a good time to make sure you're stocked up on supplements like evening primrose and dong quai (always check with your doctor before taking new supplements) and to be sure you get a little exercise. No need to go overboard by donning a butt-floss thong leotard, just take some gentle walks to keep your stress at bay. Whatever else you do, don't forget to breathe, breathe, breathe. Every time your beloved does something idiotic, someone cuts you off in traffic or your boss asks the impossible, take a long, slow deep breath before you respond. It's not personal and they don't know that the PMS circus, clowns and all, has come to town.'

Wednesday, July 29, 2009

Resepi Malaysia

'When you want to teach me Malaysian cooking?'
*sentap* 'Heh? you want to teach me Malaysian cooking?' *pura-pura tak dengar*
'Hahaha, yeah, thats right. I should learn Malaysian cooking, then teach you'

Kenapa tetiba ramai orang tanya resepi istimewa dr negara tercinta?
Ada idea?

Ainul Yaqin n Soutul Faizin

Memanggil bebudak serata
Terjumpa video ainul yaqin nih, masa kita tengkatan 2. Kenal lagi senior2? Kak Sabariah, Kak Azyati, Kak Hafsah, ada Kak Yatt. Ni kat sekolah kita.



Ni pulak soutul faizin kehkehkehkeh.
Jambu sangat suara Piju..note: piju dah kawin..*peminat2 dia sila kesat air mata*
Tak jumpa video yang ada Norbit dan Zaidi *haha*

Tuesday, July 28, 2009

Gambar

Perjalanan menuju ke opis dari flat


Selamat tinggal sup ayam

Sup ayam kena buang oleh J*eff. huks. Balik skul sup ayam dah takde. Tanya depa, rupanya depa dah buang. Mereka bagi saya ceramah pendek pasal daging tokleh biar kat luar overnight even suhu sini sejuk. Nanti dapat salmonella. So, depa kata depa perasan saya tak boh sup dalam peti ais *peti ais penuh* so, depa buang sup ayam saya. Sentap kan? Bersemangat waja depa menjaga kemaslahatan seluruh penduduk bumi. Padanlah depa nih jenis masak sikit2, takde yang depa panaskan, sekali masak sekali duduk. Padahal masa kat smithhouse selambe badak je saya tak simpan lauk pauk dalam peti sebab peti ais sangat kecik, lagipun sebab sejuk dan nampak mcm boleh makan lagi. Malam ni jangan tanya saya makan apa. Sup dah dalam tong sampah. Ni baru balik farm. Penat. So, makan je lah apa yang ada. Takyah tanya, takyah tanya. Memang hancur ilmu ekonomi rumahtangga..huhu

Mifi dan wanita gagah, Sa*ra

Monday, July 27, 2009

Tatau nak boh tajuk apa

Hari ni rasa tak sihat. Sakit dada, mebi sebab tidur doblas jam semalam. Tidur lebih tak boleh, kurang tido pun takleh. Haish. Tapi saya prefer kurang tido dari lebih tidur. Hari ini adalah hari mendatar, dek kerana sakit dada.
Hari ni keluar ke kedai bersama encik bos membeli gam, turpentine dan berus cat. Nak lekatkan gegelung di bontot bebiri supaya nanti senang nak tadah tinja yang berharga itu. So, sepanjang perjalanan pergi dan balik ke kedai, encik bos minta saya ceritakan apa yang berlaku dalam hidup saya sepanjang dia busy 2 minggu itu. *gituh*. Dan tetiba saya mahu tarik balik petisyen penghapusan cuti sekolah di sini. Sebab sepanjang encik bos tak datang 2 minggu tuh, dia buat kerja di rumah sambil2 meneman anaknya. Dia tak kemana-mana pun. Berdosanya rasa bila membayangkan encik bos bersuka ria di taman tema air ketika kami berpening-peningan di lab *tak logik pegi taman tema air time winter kan?*.
Balik opis awal, pegi shopping sebab nak masak sup ayam. Masak bersama Ana mlm ni dan dia membuat bunyi 'uuuuuu' dengan kekaguman saya masak sup *jeling encik lemah lembut yang kategorikan sup ayamku sebagai mmakanan orang dalam pantang*.
Dan malam ini Ana masak tortilla. Dia kata dia tak reti masak, tapi pakwenya yang hot itu pandai masak dan buat perjanjian untuk bergilir-gilir memasak demi untuk memastikan aweknya menguasai skill. Jeff akan masak breakfast dan lunch, Ana masak dinner. Gentleman kan? Ha, lelaki Malaysia, sila contohi fletmet saya. Berperikemanusiaan terhadap awek. kekekeke.

Sudah pindah

Sudah pindah. Terasa macam masa memula masuk asrama, sebab kali nih wij*dan hantar sekali dengan husband dia dan ma*nar. Semangat teman saya masa saya berdiskas dengan resident leader, semangat memerhatikan saya sain kontrak *depa takut saya semberono sain - keke*, semangat masuk dalam flat dan cek2 segala mak nenek yang ada dalam bilik. Terharu sebab depa betul2 pastikan semua dalam keadaan yang baik. Siap berpeluk sakan masa meninggalkan saya - mcm saya pindah skul, padahal kitorg adalah opismet..kehkehkeh.


Tuh, ada num tepon bilik. Sila tepon. Kat envelope tulis saya resident untuk satu semester je. Lepas tu kena sain kontrak lain. Tapi oklah ginih, senang kalau tetiba sem depan saya nak pindah dok ngan Peter.


Ini adalah pemandangan perkampungan. Gambar diambil dari bus stop.


Ini flat saya. Nombor empatpuluhsembilan. Flat yang hujung2. Kat perkampungan ni ada 55 flat kesemuanya.


Katil dan meja study.


Sambungan meja study dan papan kenyataan. Yamapi nombor 3 dari kanan.hehehehe.


Pintu dan almari dan meja solek


Port yang dikenalpasti sesuai untuk melepak sambil cuci mata melihat adik-adik ikan keindahan alam, terutama kalau stress.


Pemandangan dari bus stop, laluan ke skul.

Untuk ke skul saya kena lalui jalan yang lurus ini. Kemudian, sampai hujung, belok kiri.Terus sampai ke skul. Kalau berjalan lenggang kangkung macam lagu lenggang mak limah, 20 minit baru sampai. Penat jugak menapak sebab kena mendaki. Hari ni tak koser nak berjalan sebab sejuk dan tetiba rasa peparu sedikit lemah. So, dengan gediknya amik bas. Tambang, $1.50. Murah sedolar je dari amik bas dari bandar hari tuh. Bila kurang sejuk nanti, nak berjalan untuk menyihatkan badan. *ececece*

Lain kali lah amik gambar ruang tamu dan dapur. Since ada tetamu datang flat *kawan flatmate*, mcm kurang sopan je dok snap2 gambo mcm kera mendapat kamera..keke
Flatmates adalah rakyat aussie yang ramah. Ana dan Jeff. Ana buat nursing, Jeff tatau buat apa. Tapi ni final semester depa. Flat ada 2 toilet, so, depa kongsi satu toilet dan saya bolot sorang satu lagi toilet sebab bilik lagi satu kosong. Setiap hari selasa ada orang buat cek kebersihan. So, hanya hari selasa saya akan kemas flat..muahahaha.

Dan hari ini encik bos dah masuk kerja lepas membiarkanku tergantung tak bertali selama 2 minggu dek kerana cuti sekolah. Dulu stress bila bos asik panggil deting jumpa. Sekarang stress sebab bos asik cuti dan tak dikas apa pun ngan saya. Pagi tadi terserempak ketika beliau memberi bebiri abang ga*reth makan. Dia ckp dia bagi makan bebiri saya semalam, sebab dia risau orang animal house lupa bagi makan. Dannnnnnnnn, dia sudah mula kembali seperti sediakala - panggil suruh jumpa dia lepas lunch. Sepatutnya stress, tapi lega..hiks.
Takpe encik bos, panggil lah hehari pon takpe. My life would meroyan without you! *tiru konsep am*. No, no, bukan sebab gatal *bela diri sesiap*. Sebab kena bincang untuk memastikan apa yang saya plan adalah masuk akal dan memastikan saya on track. Kak Delinn, saya belum on track ye, saya masih kat luar landasan keretapi. Tu sebab encik bos rajin panggil untuk diskas. hukkks.
Tetiba rasa mahu buat petisyen hapuskan cuti sekolah supaya encik bos tak amik cuti..kekekeke.

Note: esok ke farm Mifi dan lusa mengangkut the 5B's ke ladang belakang. Since tak amik lesen lagi, mintak tolong orang sambil buat nada sayu dan mata comel macam kucing. Opkoslah berjaya! hiks. =).

Sunday, July 26, 2009

Off to asrama baru

Scheduled entry. Off to asrama baru.
Doakan semoga segala urusan dipermudahkan.
Semoga dapat flatmate hensem baik.
Semoga ada penghuni perkampungan pelajar yang hensem macam ni

Selamat tinggal

Hampir habis kemas barang. Esok pagi akan kemas2 untuk kali terakhir dan..selamat tinggal smithhouse. Sayu pulak rasa.
Jauh dari ISPA Kebab.
Jauh dari shopping complex.
Jauh dari pejabat pos.
Jauh dari mesin ATM.
Jauh dari bakery.
Jauh dari Sunday market.
Jauh dari JPJ.
Jauh dari Sam *mamat Peru* yang comel.
Jauh dari A*lan yang berbakat seni.
Tapi dekat dengan bebiri.

Selamat tinggal rumah pakcik smith.
Ku akan kembali jika keadaan di sana tidak menggembirakan.

----------------
Suatu petang yang hening di bilik basuhan

'Heyyyyyyyyy! how are you?'
'Good! Thanks. I'm moving out tomorrow'
'Really?'
'Yeah, I told you before'
'No, you don't!'
'Yes I did! I told you I'm moving to Wri*ght Vil*lage. Remember?'
'Oh yeah, I forgot.'

'............'
'I really hope that we will meet again. Do you need a hand to move out?'
Dup dap dup dap dup dap....
*volume mp3 player jadik kuat gila tetiba. PEKAK selama 2 saat. Takleh tarik headfon sebab tangan penuh sabun pencuci kain*.
mp3 player kacau daun!!!

Saturday, July 25, 2009

Sen-tap

1.
'Hi! How are you queen of Ma*laysia?' tegur seorang mamat botswana di bus stop.

2.
Kawan 1: You always talk nice things to people.
Saya: Erk.
Kawan 2: It's only because she is not having her PMS *pekup mulut lepas dijeling*

3.

'So, you're going to Canada?'
'No, uni wont give me money'
'Aww, why?'
'Becos I'm not doing sexy course like studying music in Solomon Islands' *sambil buat aksi seksi ketika mencuci jar tinja bebiri*
~~pengsan dengan keseksian~~

------------------

Malam tadi ala2 dinner farewell oleh beberapa orang rakan di smithhouse. Saya mahu snap gambar tapi mereka semua adalah ratu, maka mereka tidak mengizinkan saya mengsnap gambar kerana mereka hanya akan bergambar jika berpakaian menawan.
So, we ate a lot and chat a lot. Tanpa disedari, penggosipan meleret2 ke dialog antara agama. Agak mengerikan memula sebab depa tanya bertubi-tubi kerana mereka ingin tahu. Dengan bantuan tangan, gerak badan, isu semasa dan contoh-contoh analogi, saya cuba sampaikan apa yang saya faham. Harapnya mereka faham.
Hudud, revert kalau mahu kawin dengan orang Islam dan poligami adalah antara topik yang hot sampai jadik sesi berforum.
I wont elaborate much on the discussion. Sapa mahu berbincang dengan saya, bolehlah kita berym..*gituh* Tapi malam tadi saya sedikit lega kerana saya cuba menjelaskan apa yang kabur. Kerana mereka-mereka ini dihujani dengan email2 forward dan telah terdedah dengan orang-orang islam yang menunjukkan islam itu sangat menyusahkan dan sangat mengongkong. Kalau kita tunjukkan kita terkongkong, tandanya kita tak happy. For me, its not kongongan, its a way to discipline ourselves, to be a better person. Ingat, Islam itu untuk semua, bukan hanya untuk golongan tertentu. Sebab itulah ada larangan-larangan dalam islam, supaya semua golongan yang menganut islam dapat menjadi insan yang berguna.

'This is a great discussion. Hope we will have another discussion like this'
Sedikit lega dan berdoa semoga Allah memberi kekuatan. *sambil kibar bendera jepon*

salam sayang,
ciktutor,
naqibah usrah smith house.



Gambar hiasan - kembang semangkuk encik bos kedua eja nama I dengan tepat =)

Friday, July 24, 2009

Nah! hanya 24 jam.

Err, kesalahan kan bila upload gambar dari FB orang?
Kalau anda rasa salah, sila komen. Saya akan delete gambar ini selepas 24 jam. keke *gila keji*
Hep, sila jangan save gambar ni buat harta sendiri pulak ye!



DELETED. ganti dengan gambar ini

hnnnsssss *bunyi hidung darah*

Thursday, July 23, 2009

Mari bergosip pasal video klip ini

Take five *cik pensyarah, ni nampaknya dah take 15* dari buat pembetulan repot. Saya layan video klip Big Bang - Haru Haru. Selama nih tak gaduh pon nak tau apa maksud lagu ni. Tapi tetiba tergerak hati nak tau apa yang TOP dan G-Dragon gaduhkan.



Konpius kejap - Gay ke nih?Depa bercinta ke?huhuhu.

Rupanya tu kata-kata untuk perempuan yang depa cinta. Dan saya suka part 1.20 bila TOP cakap 'sakai' dan tunjal kepala G-Dragon. Smoking hotness!!
Lagu sedih rupanya. Senikata ni buat orang konpius sebab depa nyanyi masa berlakon. Kalau takyah nyanyi, berlakon saja mebi ok la kan sebab ala2 nampak jalan cerita.. Biar lagu kat belakang, hang takyah gerak mulut nyanyi. Ni dak, pakat menyanyi untuk pompuan tu, tapi tengah berlakon scene yang tak menepati maksud senikata - mengkonpiuskan Contoh part gadoh memula tuh, then part Tae Yang tepon G-Dragon bgtau pompuan tu sakit, tapi Tae Yang nyanyi2 senikata jiwang masa tepon.keke.
Is it just me atau memang asik2 G-Dragon je yang dapat lead role dalam video klip depa?

Wednesday, July 22, 2009

Sa*ra


Dia RA kat lab. Dialah yang bertanggungjawab tolong encik bos conduct segala eksperimen. Dia juga terlibat secara langsung dalam projek Abang ga*reth. Dia jugaklah bertanggungjawab memastikan segala barang-barang untuk projek student dioder. Saya gerun dengan dia. Dia tegas, walaupun gila-gila. So, kitorg kena pastikan bench masing2 tak bersepah, kalau tak kompom kena sound. Mcm yang saya ceritakan sebelum2 nih, saya kagum dengan cara dia kerja. Saya suka dengar dia sembang dengan orang sebab dia nih sempoi tapi pandai. Tadi travel 2 jam ke farm dengan dia. Bila sembang dengan dia, I just found out antara sebab saya down semalam, selain kerana frust dengan diri sendiri, adalah kerana saya rindu adik-adik saya. Adik dr Indon dan Mesir balik minggu ni dan saya rasa saya seorang tercicir dari family gathering. Saya tatau bila lagi boleh jumpa depa. Mungkin bila saya balik nanti, masa tu adik saya dah tak menyandang gelaran bujang sebab sekarang bau nasik minyak dah sampai ke Armidale. Dan time bulan puasa nih adik lagi sorang akan ke Jordan. Memang tak dan jumpa dah adik-adik tahun ni. I love my brothers sebab depa antara lelaki yang saya boleh tahan peelnya, tak menjengkelkan. So, basically, I'm homesick sebab nak jumpa adik-adik dan nak makan nasik yang sedap.

I was surprised bila Sa*ra memberi perhatian bila saya mengeluh dengan kegagalan saya menjelaskan experimental design pada encik2 bos. So, masa otw balik dari farm, dia memaksa saya memberi explanation tentang apa yang saya nak buat. Memang tonggang terbalik la bila eksplen kat dia, jumping sana jumping sini. Tapi one thing good, saya tak nerves bila cerita kat dia, walau dia buat muka kerut2. So, bila saya eksplen kat dia, dan dia bertanya, saya tahu eksplenesyen saya tak sharp. Maknanya saya perlu lebih banyak perincikan segala maklumat supaya orang ramai paham apa yang ingin saya sampaikan. Dan tetiba saya rasa sedikit lega. Yer, saya kena cuba. Kurangkan gossip dan lebihkan eksplen pasal kajian.

Dalam 3 bulan nih, sedar tak sedar memang dia banyak gila tolong saya. Dia lah yang bantu saya buat modification untuk jar hujan, dan dah membuahkan hasil yang melegakan berbanding hari tu. Dia jugakla yang gigih mengajar saya dan abang ga*reth di dalam lab. Ajar sampai paham. Ajar sampai saya rasa terharu *saya memang over*. Dia jugakla yang tolong angkut bebiri saya, dia jugaklah yang sentiasa mahu menolong – mahu pinjamkan basikal bila dapat tau saya nak pindah asrama dalam, pinjamkan sweater tebal bila saya ketar2 kat farm, bawak saya ke kedai beli boot untuk sampling, hantar saya balik asrama kalau hari dah lewat. Dia jugaklah yang ada bila saya bukak mata ketika pitam. Dia jugaklah yang tegur saya kalau saya biar pisau bersepah2 kat lab. Dia jugaklah yang sound saya kalau saya terhegeh2 buat kerja kat animal farm sebab dok main sondol2 ngan bebiri abang ga*reth. Dan hari ini dia jugaklah yang menjadi pendengar royanan saya sepanjang 2 jam, diselitkan dengan latih tubi undang-undang jalanraya, memandangkan saya bgtau nak amik test ASAP.

Dalam hidup nih, tak perlu nak jadik lembut lemah gemalai manja untuk orang suka kita. Saya kagum dengan Sa*ra sebab dia tak pernah memandang rendah orang lain. Teguran dia tegas, tapi tak pernah memperlekehkan orang. Saya masih percaya, kita boleh kesan orang yang hebat dengan personalitinya. Saya harap Sa*ra akan terus memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami, para pelajar 5 bunga raya parasitology di lab ini. Saya juga amat berharap saya tak menimbulkan masalah pada Sa*ra. Takut weh tengok dia bengang!

'I guess you need buy something from the shop because its late to cook'

Saya senyum dan terus keluar dari perut kereta.

Entah kenapa selepas seharian bersama Sa*ra saya rasa mcm lebih tenang dan lupa sekejap pasal royanan-royanan yang menyesakkan jiwa. Walau hari sudah lewat dan badan sangat penat, saya terus mengupas kulit kentang, ala2 tereves saiko ngan Sa*ra yang suggest untuk beli dinner. Terus ke kitchen dan menyapa Fran, bertanya bagaimana mahu membuat mashed potato. Fran gelak tapi dia menjadi supervisor saya malam ni. Oh, dia gelak sebab tak sangka ada orang nak tanya mcmana nak masak benda yang senang. Keadaannya mcm orang tanya Azrul Lokman macamana nak masak nasik putih.

Rebus kentang. Bila kentang sudah empuk buang air rebusan. Masukkan sedikit butter dan susu. Lenyek lenyek lenyek. Masukkan sedikit garam. Siap. Makan dengan ayam goreng. Sedap dan mudah! Dah boleh kawen ngan mamat aussie =).
Hari yang sangat memenatkan kerana seharian di ladang. Tapi kerana bersama Sa*ra, saya rasa tenang dan lega. Sikit.
Nota kaki: Ini bukan entry lesbo.

Tuesday, July 21, 2009

......................................................................................

1. Malam tadi heater keluarkan bau terbakar. Alarm berbunyi. Panik. Tepon beberapa orang untuk meroyan.
2. Mamat hensem yang baru putus cinta dengan awek dia masuk ke bilik saya yang tidak ubah macam zoo. Dia student uni yang kerja sambilan di asrama. Cis. Cis. Cis. Bila bilik kemas takde pulak alarm nak bunyi.
3. Saya tatau if depa nak charge saya 517 dollar. Kalau saya kena bayar, nampaknya saya kena cari kerja sambilan. Mungkin jaga rumah orang-orang tua. Depa cakap bayaran untuk keje kat tempat mcm ni mahal.
4. Berjaya tepon mak sedara yang dah lama gagal dihubungi. Sebak pulak rasa. Blame the hormone, please.
5. Lepas habis meeting saya langsung tak bukak balik notes. Langsung tak tengok report. Stress.
6. Pegi menghilangkan ketensenan dengan grind tinja bebiri. Sungguh menenangkan.
7. Hanya dengan Sa*ra saya oleh bersembang bergelak ketawa. Sebab dia pon dua kali lima pening. Tiba2, tengah sembang sambil grind tinja bebiri, bos masuk sambil sound 'Talking too much!'. Saya terus diam dan sambung grind tinja. Rupanya dia buat lawak. 'Sorry, I was just fooling around. I like hearing to the conversation *mcm tulah lebih kurang bunyik*'. Kompom bos dengar benda merepek yang kitorang rapu kan. Sebab pintu lab ternganga dan bilik dia depan lab.
8. Buat prektis online untuk drivers knowledge test. Dua-dua kali saya fail. Ah, nak ambik jugak minggu nih. Mesti lulus! Mesti!
9. Saya rasa muka saya menakutkan orang hari ni. Sebab tadi bila encik bos masuk lab, saya perasan dia tengok2 saya. Dia mcm teragak-agak je nak ucap thank you kat saya sebab saya nak pi hantarkan barang Fi*ona (yang bercuti) kat supervisor dia yang lagi sorang. Oh, saya tak suka ditakuti atau digeruni. Saya hanya mahu difahami.

-------

'I was so offended with you. You dont want to talk to me!'
'I'm tired'
'But in the shower, I know that you know I'm next door. Why you dont even want to say hi?'
'I'm not feeling like talking'
'I'm so offended you know'
'I'm sorry. I dont hate you. I'm having my PMS and normally I will minimise communications with my friends because my words will be very harsh and I might hurt you. I'm im the period where I feel like spanking someone's head and ripping someone's mouth without any concrete reason'
'But I think you should try to handle it.'
'I am, and this month its wayyyy better than my previous experience'
'Oh my!'

------------

'Is there any mental hospital here?'
'Hahahahaha'
'Seriously, is there any here?'
'Why? You want to put me there after you finish your study?'
'I'm driving you crazy?'
'Yes'
'I just want to know'
'We dont have it here. We only have psychiatrist. You want to be there?'
'No! In my country, we have 2 mental hospitals. One is at my hometown, another one is located far to the south'
'Ahha. So thats where you come from!'
'Hahaha'

PMS kuasa dua

PMS - pre menstrual syndrome dan post meeting syndrome.

Rasa mahu balik Ipoh, makan nasik, tido puas2 kemudian bila dah ok baru balik sini.

Tetiba menjadi cold dalam meeting. Walaupun encik bos memberi senyuman dan bercakap dengan baik. Yer, encik bos hensem sebenarnya, tapi tetiba saya rasa takde lelaki yang hensem di muka bumi ini. Encik bos pon tak bercanda ria dengan saya hari ni. Mungkin jugak sebab saya hari ini dalam meeting sangat series. Saya hanya bercakap soal akademik *wah gitu*. Bila encik bos tanya2 hal personal pon saya jawab sepatah dua kata dan cepat2 nak keluar dari bilik dia. Entah, saya pon tatau kenapa. I'm avoiding any conversation with men today di alam nyata.

Report saya ada baaaaaaaaanyak pembetulan. Rasa mahu angkat bendera putih sebab saya memang tak reti nak elaborate dah. Saya ada semua data dan fakta tapi saya tak boleh tulis. Saya tak reti tulis. Saya reti tulis entry blog 3 kali satu hari. Report eksperimen saya tak reti tulis. Bila depa bagi nasihat berguna dan membina, saya senyum paksa tapi rasa nak lari balik bilik dan nangis. Dah 3 bulan dok sini english makin teruk. Saya rasa mcm nak berhenti belajar. Nak jadik pengurus artis sepanjang masa.

Mamat arab gatal tetiba pulak mintak tolong explain pasal protokol eksperimen *orang lain cakap dia gatal, saya bukan labelkan sesuka hati*. Dahla dia buat pasal ayam! Dan dia tak buat parasit! Tanyalah orang lain kan? Gigih jugak nak tanya saya yang tengah hangat hati nih walau dah suggest tanya kat Peter. Note: Peter buat kajian pasal ayam.
Jenuh buat muka bengang, tak paham bahasa jugak, siap ajak discuss kat asrama malam nih. Sorryla pokcik, aku meroyan hari nih. Kalau tak meroyan pon tak kuasa nak jumpa pakcik kat asrama. Saya terus pass protokol saya dan blah. Susah la kalau orang tak paham bahasa nih. SAYA TAK BUAT PASAL AYAM! dan SAYA TAK BUAT PASAL VIRUS!
Ha, takyah buat senyuman gatal tu! Kang ada yang kena hempuk.

Dan hari ini bila Peter tegur sambil sebut nama saya, saya tak eksaited. Tipu, eksaited sikit. Sikit je. Sikit sangat. Ini kali pertama dia sebut nama saya, tapi saya buat-buat tak nampak dia dan buat-buat terkejut. 'Oh how are you?' saya balas dan blah sebelum dia jawab. Padahal dah nampak masa jauh beribu batu sebab kenal jumper dia *wah, gituh*.

Lidah refuse minum air putih, padahal itulah minuman sehari-hari. Asik berulang ke mesin gedegang beli minuman bertin2, beli pulak bar coklat kat mesin, beli pulak air berperisa lain, makan pulak coklat bar.

SAYA TAK RETI BUAT PEMBETULAN!!!!
SAYA NAK BALIK IPOH!!!

mak, nak balik..huhuhu

PMS bukan mitos

Salam sejahtera para pembaca. Mari kita kenali PMS dalam entry kali ini.

1. PMS bukanlah bermaksud tengah period. So, sila elakkan penggunaan PMS kalau tak tahu apa maknanya. Sungguh menjengkelkan.
Antara maksud lain untuk PMS untuk menggambarkan penderitaan penghidap, hiks

Pass My Shotgun
Psychotic Mood Shift
Perpetual Munching Spree
Puffy Mid-Section
People Make me Sick
Provide Me with Sweets
Pardon My Sobbing
Pimples May Surface
Pass My Sweatpants
Pissy Mood Syndrome
Plainly; Men Suck
Pack My Stuff
Potential Murder Suspect
credits: http://pmsiloveyou.com


2. Pre-menstrual syndrome 'is a collection of physical, psychological, and emotional symptoms related to a woman's menstrual cycle'.Tak semua perempuan alaminya. Simptom berbeza2, selalu menyerang sebelum period.
Senarai simptom-simptom: (Abdominal bloating, abdominal cramps, breast tenderness or swelling, stress or anxiety, trouble falling asleep (insomnia), joint or muscle pain, headache, fatigue, acne, mood swings, irritability, chronic diarrhea, worsening of existing skin disorders, and respiratory (e.g., allergies, infection) or eye (bulbar disturbances, conjunctivitis) problems.

4. And yes, Dolly Parton sang a song called PMS blues!

But a woman had to write this song, a man would be scared to
Lest he be called a chauvinist or just fall victim to
Those PMS blues
You know we’d kill for less than that
PMS blues
You don’t want to cross my path
Cause a pitbull ain’t no match
For these teeth a clenchin’, fluid retention
Head a swellin’, can’t stop yellin’
Got no patience, I’m so hateful
PMS blues, premenstrual syndrome
Got those moods a swingin’, tears a slingin’
Nothin’ fits me when it hits me
Rantin’, ravin’, misbehavin’
PMS blues

5. Cara untuk mengawalnya:

Senaman
Tidur yang berkualiti
Pemakanan yang seimbang

Kalau sibuk main facebook dan update blog dan tengok youtube dan bergossipan seharian, maka senaman dan tidur yang berkualiti tak mampu terlaksana.
Kalau tidak minat memasak dan tak reti memasak, pemakanan yang seimbang hanya indah kabar dari rupa. keke


Bersama-samalah kita lebih memahami PMS dalam usaha untuk mengatasinya.

sekian.
ciktutor, duta PMS di Ar*midale.

--------------------

'Sorry, I was in the cinema. Is everything allright? '
'I'm in Sydney now. I found a tshirt with 'I have PMS' on it and I wonder if you want it. When I saw PMS, it reminds me of you. Thats why I called'
*sentap* 'Next time just buy it'

Monday, July 20, 2009

Dialog hari ini

Satu.
22 haribulan saya kena pegi ladang. Kebetulan, dapat email yang Abang Ga*reth akan buat presentation untuk seminar bulanan. Jenuh buat muka comel masa mengadu kat Sa*ra, tapi sebab takde orang lain dah yang boleh ganti, maka saya kena pegi jugak (Farm anjing hitam nama Billy). So, 22hb saya akan berdua bersama Sa*ra ke farm. Tengah bersembang, abang gar*eth masuk dan saya terus cakap
'I will miss your presentation on 22nd. I'm going to farm'
'Oh, I replied the email earlier saying that I wont be able to present since my research is still going on and I'm planning to go to Canada for conference. (Note untul azrul: WAAVP). And then, Le*wis sent email to Ka*thy *pengurus seminar* 'Its ok. Ga*reth will present two times'
penuh perasaan dan penuh kecomelan dia meroyan.
Dia sambung lagi 'Uh, Le*wis!' sambil buat gaya nak cekik.
Comel pulak lelaki meroyan. Selalu kalau lelaki meroyan huduh dan menjengkelkan.keke
Comel, comel! There goes my chance utk snap snap gambar dia tengah present dan tepek kat sini.huks.
And yes, dia memang student kesayangan dan kebanggaan encik2 bos. Kalau bos sembang ngan dia memang berseri2 muka bos, seolah2 sembang dengan anak sendiri. Dan bos selalu puji abang ga*reth. Dan saya juga tumpang kembang hidung. Go abang ga*reth go!
Mahu jadi vok mcm abang ga*reth! =)

Motif sangat amik gambar test 'hujan' berlatar belakangkan abang ga*reth, kan?

Dua
Benda yang saya paling tammo berlaku, berlaku. Bertembung dengan Peter, sesama keluar dari bangunan lab dan menuju ke bangunan postgrad.

'How are you?' dia tanya tapi pandang tanah. Dia buat balik dah perangai lama dia.
'Fine, thank you. And how are you?' saya jawab ceria. Dalam hati tuhan je tau.
'Good' pandang tanah lagi sambil berjalan.
'Have you started your experiment?' sekadar berbasa basi sebab dah sense keawkwardness menyelubungi kitorg.
'Yes, but very slow' dia pandang bangunan pulak. Tak senyum.
'No worries, at least we started. All of us are working slow' saya perlahankan langkah. Malas saing ngan dia berebut pintu. Dia senyum mcm terpaksa, tapi pandang pintu.
Saya bagi laluan dia masuk dulu.
Dia tahan pintu, bagi saya masuk.
'Thank you' dia yang cakap.

Heh? bukan saya ke yang patut kata thank you? lantaklah. *sigh*

Big Bang on Music Station

Big Bang keluar Music station 17/7. Lagu baru seperti yang diiklan dalam post terdahulu - Gara Gara Go dalam bahasa Jepun.

Honestly, masa memula depa nyanyi mcm out sikit *sangat sikit* tapi lepas Tae Yang nyanyi towards the end depa dah leh catch up dan persembahan sangat bertenaga. I always hate persembahan yang dipendekkan. Lagu nih depa pendekkan sebab agaknya ramai yang akan perform dalam MS episode tuh. Still saya rasakan 2pm punya live perf lebih umph dari segi vocal range dan kemantapan tarian. Tarian Big Bang nih taklah susah mana. Suju punya perf kalau live pon lebih meriah *dah 13 orang, kalau tak meriah memang melampau lah kan?* dan tarian depa lebih unik. Oh, dan mungkin lebih jambu.
And yes, saya kurang gemar dengan english lyrics yang Big Bang guna dalam lagu. Mcm tapahapa. Sungguhpun begitu, depa ada aura yang tersendiri yang susah nak ditafsirkan dan depa ada ramai fangirls meroyan. Mungkin sebab depat sentiasa semangat, entah. Mungkin juga sebab depa sentiasa berlakun macho, walau hakikatnya semua adalah pemalu dan comel2..haha. No doubt suara Daesung, Seungri dan Tae Yang sangat best. And yes, G-Dragon dan TOP sangat hot dan menggetarkan walaupun rambut G-Dragon macam pompuan, walaupun TOP adalah jantan bermekap. Tetiba rasa mamat mata sepet pakai eyeliner adalah hot. keke...
note: Azrul, aku tau ko akan cakap 'Choiiiii'. Takyah cakap, aku dah tulis choiii siap-siap..keke


Saat TOP - minit ke 1.05-1.21, 1.32 *hot*, 2.08 *comel* dan 2.21. ~pengsan

Sunday, July 19, 2009

Gambar Kanda

Ha, gigih sangat pembaca2 request nak tengok gambar abang ga*reth kan? Sib baik I berjaya carik sebab dia nih hebats orangnyer.
Nah!

'Ga*reth Kel*ly, (SheepCRC) took out top honours among the first year students with his poster about the.cost.of.gastro-intestinal.nematodes.in.sheep.on.the.northern.tablelands.of.NSW.and.the.implications.of.
integrated.parasite.management.
' ni petikan dari website parasit.


Sekarang dia makin hot. Ni gambar tahun lepas, masa dia masih berhingus..kekeke.

Nak gambar sapa lagik? sila request. Op, peter tak boleh yer sebab I rasa mengkopi pes gambar hot dia dr FB ke blog mcm kurang bermoral..keke

Hai hai bai bai

Bye bye Peter. huks.
Hi hi TOP. *kesat hidung darah*



Saturday, July 18, 2009

Kunci bawah trak


Amacam? Tajuk macam pilem raja Azmi tak? Ala, citer kontroversi yang sudah ditukar tajuk tu..keke. Ini kisah benar, pilem raja azmi tu pon dari kisah benar kan? So, adik beradiklah ni. Kunci bawah trak. Trak sampah. Tu jawapan yang A*lan bagi. Bukan, bukan A*lan yang mengaku nyanyi lagu Am tu *sori Am, termengungkit, tapi I perlu eksplen, takut ada org salah paham pulak*. Ni A*lan encik cleaner yang tak sengaja buang meletakkan barang-barang saya ke dalam tempat sampah. Saya dah niat hari tu kalau jumpa kunci, saya mahu bagi buah tangan untuk orang yang jumpa sebab saya rasa mustahil jumpa balik. Jenuh selongkar plastik sampah atas trak, pon tak jumpa. So, saya dah lupakan kunci lama. Kerana dah ada kunci baru yang diberi oleh Peter,wira penyelamat bumi yang kini tak mahu memandang muka saya dah.
Balik dari skul saya singgah ke kedai untuk membeli kuali sebab saya syak telur asik hangus sebab kuali nipis dan kurang berkualiti *cecece*. Maka, saya beli kuali yang lebih bermutu dan mari sama-sama kita nantikan hasilnya. Kebetulan ada org jual sweater kait dengan murah – 10 dolar. Maka saya beli satu untuk A*lan dan menuju ke biliknya.
Sentap, sentap. Ternyata saya memang tatau apa-apa pasal A*lan. Langsung tatau apa. Saya hanya kenali dia sebagai cleaner yang membersihkan koridor dan toilet setiap hari. Dia rupanya adalah artist! Artist dalam erti kata yang sebenar, bukan celebrity! Masa saya datang tangannya memegang berus, rupanya tengah melukis potret mata yang sedang disengkang dengan penyepit. Mcm sedia untuk dibedah. Kemudian bila saya pandang keliling ada lagi gambar-gambar yang dilukis, ditampal di dinding. Dia adalah orang seni. Saya sentap. Memandang barang2 keliling ruang tamu dengan mata terbeliak. Di tepi pc ada gitar dan kertas-kertas note lagu.

'I'm playing music seriously', dia ckp segan2, mebi sebab saya buat muka over terkejut dan kagum kan. Dan dia juga adalah sangat berminat dengan fotografi. Dia ada ambil gambar bebiri katanya. Kawasan flat dia bercahaya merah, tapi untuk tempat kerjanya ada cahaya lain untuk membantu dia melihat dengan jelas. Setiap sudut tersusun rapi, hatta buah-buahan atas meja disusun kemas. Sempat terbayang bilik sendiri selama 10 saat, horror pulak rasa bila mengenang bilik yang mcm sarang tikus dalam citer 'Mouse Hunt'. Mungkin tu tandanya saya bukan artis. Saya selebriti murahan.
Dia kata dia sangat minat dengan apa yang dia lakukan. Tapi dia jadik cleaner untuk duit tambahan dan anggap pekerjaan itu adalah exercise sehari-sehari untuk menjadi sihat dan kuat. A*lan nih nampaknya dah tua, mcm dah 50an. Tapi sentiasa tersenyum dan sangat softspoken. Tu sebab saya rasa bersalah sampai ke hari ni bila meroyan kat dia hari tu. Hikmah kehilangan kunci – saya lebih mengenali A*lan dan dalam diam mengagumi dia. Takde manusia di muka bumi ni yang tak boleh kejar bahagia sendiri. Akhirnya, kita kena lakukan untuk diri sendiri. Walau kita sendiri, walau kita rasa tiada apa-apa.
The most important thing is we are happy with our lives. Good luck A*lan' saya ucap ringkas dengan penuh kewanitaan setelah selesai memberikan sweater. Entah kenapa saya sayu pulak lepas jumpa A*lan. Semua semangat kegedikan, semua kehyperaktifan, hormon kejantanan hilang. Saya pulang dengan langkah yang perlahan. Armidale, apa lagi kejutan yang kamu simpan untuk aku?

Selamat tinggal Peter

Dan hari ini saya agak sentap bila opismet Peter yang lagi sorang merangkul pinggang saya di hadapan Peter sebagai ucapan terima kasih bila saya beri keychain as a farewell gift. Bila saya masuk opis Peter, Peter berseri-seri tegur saya. Selepas insiden ini Peter terus tunduk dan terus pusing pandang pc. Sigh. Peter, ko tak nampak ke aku dah mengelak? Dia tarik aku lah Peter! Tangan dia besar! Ko tak nampak ke aku sentap dan cepat2 blah? Ko tak nampak ke aku tolak badan dia ngan lengan Peter? Susah betul mamat-mamat yang main peluk je anak dara orang nih. Peter.....Peter.......hukssssss. Selamat tinggal Peter...huks.

Berita terkini

1. Two of my friends in Perth telah disahkan menghidap H1N1. No worries dear friends, have a good rest dan jangan tensen-tensen. Bila lagi nak merasa kenikmatan cuti seminggu goyang kaki bangun lambat main tenet sambil pening dan tengok tv sampai muntah? Enjoy every single moments tau! Didoakan semoga cepat sembuh dan dapat balik cuti cuti Malaysia hujung bulan nih.=) *sambil bagi flying kiss!*

2. Encik cleaner jumpa kunci! Alhamdulillah! I was so suprised bila semalam seorang penghuni floor pass sejambak kunci. Dia kata encik cleaner berjaya jumpa. Petang karang nak jumpa encik cleaner dan nak tau mana dia jumpa. Since dah dapat kunci baru untuk opis dan kandang, saya akan pulangkan kunci lama yang disangka hilang tanpa kesan nih. Sebab kunci baru ni encik Peter pernah pegang.hakhakhak. So I akan pegang sampai habis study.

3. Vista really pissed me off. Bila suruh shutdown dia restart. Sangat unstable lah vista nih.

4. Saya mimpi kena puji ngan encik bos. Mind you, mimpi saya selalu terbalik. Sebelum kena sound, baik saya buat kerja. Mode kembali serius setelah goyang goyang kaki dengan ketiadaan bos seminggu. Adik ikan gentle, tiada lagi 3 entry satu hari oleh cik khatimah hujung desa *tetiba mcm sangat suka nama tu*.

5. Not in the mood of gossiping thru ym memalam. Tenet memang hampeh gila. Memang rasa nak kunyah2 je wayar tu. So, mohon maaf atas segala msg tak berbalas - its either saya tak dpt msg anda atau balasan saya tak berjaya sampai ke skrin anda. Kak Ron, kalau nak gossip sila email..keke. Mcm tak biasa kan gossip2 kat email mcm kat ym..haha.

6. Gossiping thru fon pon akan dikurangkan. Sebab I'm spending too much on phone lately. Nampak sangat meroyan kan?

Till then, daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Friday, July 17, 2009

Harry Potter and the half-blood prince

Sila jangan baca kalau belum tengok.

Sudah tengok HP. Review dipecah-pecahkan mengikut konsep.

Mode fangirl:

  1. Sentap ya amat bila movie ni banyak pulak fokus on kisah cinta Ron yang digilai ramai orang lepas menjadi keeper yang hebat dalam quidditch dan ala2 menjalin hubungan cinta sekejap dengan minah gedik (Lavender). Tak suka, tak suka, tak suka!!
  2. Ron makin sasa, tapi sebab dia berlakon bercinta dengan pompuan gedik, tak suka! tak suka!
  3. Neville makin smart. Seamus juga. Mungkin suatu hari nanti depa akan jadi hero filem.
  4. Fred and George makin hot! Sampai sekarang masih gagal nak bezakan mana Fred, mana George.keke
  5. Malfoy tak hensem. Cengkung semacam!

Mode pembaca novel:

  1. Terasa mcm part2 penting dipotong dan benda tapahapa mengarut dipanjangkan, especially bab kisah cinta. Rasanya ada part Harry 'flashback' dan dapat tau sapa half-blood prince kan? Alih-alih dalam cerita nih Snape tetiba ngaku camtu ja. Sangat tak best.
  2. Part perang2 warga hogwarts lawan dengan konco2 voldermort takde! Part tu la suppose paling hangat wehhh!
  3. Klimaks adalah bila dermentors ngan Bellatrix dapat masuk hogwart, tapi bila tgk movie mcm takla hangat mana. Setakat berjaya masuk pastu lepas dumbledore mati *tu pon snape yang 'bunuh'*, then buat vendalisme dengan sepak2 terajang barang. Apekah? Tak mendebarkan! Lebih mendebarkan masa Harry and Dumbledore pi amik Horcrux.
  4. Lepas bunuh Dumbledore habis mcm tu je lah, frust! Pengebumian pon takde, padahal part tu la yg meruntun jiwa.
  5. Bila habis tengok movie I felt the other part mcm kosong, mcm cerita tak habis. Nilah pulak keburukan bila baca novel. Tsk tsk.

Mode penonton berhemah:

  1. It was ok. Ada elemen suspense dan humor. Rasa macam lebih lawak dari citer2 sebelum ni. And yes, Ron never failed to impress me dengan lakonan dia yang berkesan. I really hope the last two films (depa akan pecahkan pada 2 – deathly hallows 1 & 2) depa tak buat semberono ja.

I'm yours Malay version

Buat fangirls2 yang meroyan tunggu penyanyi sebenar lagu I'm yours versi Malay, terimalah, ALAR..keke..
Ni adalah version I'm yours Malay berpiano menampilkan penyanyi dan mikropon besar..keke.



Mari kita tunggu, pakcik mana lak nak ngaku dia yang nyanyi.

Komen ciktutor: 1. Sapa yang main piano nih? jambu tak orangnya Am? keke
2. Mahal tu sengehan di hujung klip. Fangirls, sila tengok ok?

Kalau tak bubuh tajuk boleh tak?

Mangsa dera menunjukkan kesan hantukan pada pintu. Mangsa pengsan kerana dipercayai tersentap dengan kehenseman lelaki di kandang.



Dah banyak kali cuba amik gambar ngan bebiri, tapi susah gila sebab sebab depa penakut. Datang dekat je lari, datang dekat je lari. Yang ni bukan bebiri saya, bebiri abang ga*reth. Masalahnya terlebih gedik pulak sebab asik nak sondol muka orang, makan koler *mcm ni ke eja?* baju. So, asik tak berjaya, tu sebab gambar blur. Ni pon asik gelak sebab geli. Habis muka berselaput rerumput. Sememeh betul! Bebiri abang ga*reth suka kat i. Mesti maknanya abang ga*reth pon suka kat i kan? kekeke

-------------------

I called PTP*TN sebab nak bayar pinjaman tapi lupa number surat tawaran. Lepas dapat tau Faizal tahir tak dapat fly ke Indo sebab tak bayar PTP*TN, terus teringat tak bayar dah bape bulan *bagus jugak gosip2 artis ni kan*. Masalahnya dekat sepuluh kali kol tapi jawapannya asik staf kami sibuk..blablabla *mesin*. Inilah donia. Penjawat jawatan awam sibuk dok komplen orang2 tempat lain tak efisyen, sekalik gomen pon service mcm hampeh. I will write them an email. Tak kuasa nak meroyan tak tentu hala kat blog. Kang penat lak nak buat entry beking diri kalau kena hentam.

Kamus tiru Am

Buat kesekian kalinya saya tiru am

Ini adalah kamus saya, considering pembaca2 mungkin tatau apa makna sebenar sepanjang membaca entry2 ini

Keji - proses perli dengan sopan dengan niat menceriakan suasana. Dalam proses keji mengeji, soal kecil hati langsung tak timbul. Contoh: Kak khalidah sering dikeji oleh juniornya. Bukan bermakna kami mengeji dan menghina dalam erti kata yang sebenar, tapi kami ala2 memperkatakan hal dia demi untuk menceriakan suasana.

Sentap - terkejut beberapa saat sampai speechless. Selalunya sentap ini sebagai tindakbalas kepada kejian. Tapi ada juga sentap sebagai tindak balas kepada tindakan lain (mcm bila sam tanya saya memasak ke tak). Contoh: Saya sentap bila encik bos kata saya attention seeker. Maknanya bila encik bos keluarkan statement, saya terdiam beberapa saat kerana terkejut.

Hidung darah - Biasanya dalam entry blog, ia merujuk kepada tindakbalas apabila melihat mamat2 yang menepati citarasa penulis. Contoh: ciktutor hidung darah melihat yamapi. Maknanya kerana yamapi menepati citarasa ciktutor, hidung cik tutor berdarah *seperti komik2 anime. Jiraiya dalam Naruto pon selalu hidung darah kan baca komik dewasa?*

Yamapi - Pelakon, penyanyi dan anggota kumpulan NewS. Sila taip Yamashita Tomohisa di google untuk maklumat lanjut.

Pengsan/Kejang - Pengsan/kejang jika ditulis berkaitan lelaki adalah sama konsep dengan hidung darah. Sekadar memperbanyakkan pilihan.

Jeling - kalau ada konsep jeling menjeling, itu menandakan ayat tersebut mengandungi unsur2 memerli/berkaitan orang yang dijeling. Maka orang yang dijeling harus alert.

Peter - Mamat Iran yang muka mcm Peter Petrelli. Nama sebenar bukan Peter. Hanya dia saya guna nama samaran berterusan dalam blog ini.

Vok/Vogue/Diva/Ratu - hebat, menawan dan menarik perhatian. Contoh: I kan vok! Ini adalah statement untuk menegaskan bahawa I hebat menawan dan menarik perhatian. Penggunaannya lebih kepada untuk menaikkan self esteem sendiri.

Jambu - Muka comel ala2 pompuan. Bukan bapok. *sama mcm konsep dalam dictionary Am*. Kim Heechul adalah jambu. Sila google.keke

Adik ikan - bebudak lelaki yang lebih muda dari penulis, dan berpotensi untuk memberi kasih sayang pada penulis. keke. Sebagai balasan, adik2 ikan memberi miskol dan penulis akan telefon semula. Ini contoh konsep adik-kakak ikan.

Meroyan - Stress yang disertakan sekali dengan luahan perasaan. Biasanya bercakap tanpa henti selama beberapa minit dan jeritan padu maut.

Gossip - Cerita-cerita hot, bukan bercerita keburukan orang. Contoh: Hari ini ciktutor nak menggosipkan dirinya dengan encik peter. Maknanya nak bercerita pasal cerita hot dia dan encik peter.

Mengumpat - luahan perasaan sebagai respond kepada tekanan yang berpunca dari orang sekeliling. Bukan konsep mengumpat mcm makcik2 tepi tembok kat kampung ye. Mengumpat ni jarang digunakan sebab biasanya lebih banyak meroyan. Kiranya mengumpat nih tahap rendah dari meroyan.

Kelopak bunga bertaburan - maknanya saat2 bahagia mcm scene dalam kebanyakan cerita jepun. Kelopak sakura berterbangan, bintang berkelipan.

Gelak pekup mulut - Gelak gatal kerana hati sedang berbunga-bunga. Tutup mulut kerana mahu kelihatan sopan.

Kalau ada lagi perkataan yang tidak difahami, sila maklumkan ok?

Thursday, July 16, 2009

Oh kanda

Edited.
Suatu hari di makmal parasit istana kayangan
Dinda: 'Kanda, semalam dinda terhantuk dindingkah? Kerana dahi dinda benjol dan ada parut kelukaan. Sakit kanda.'
Kanda: 'Bukan dinda, bukan dinding, tapi pintu. Mungkin juga tombol pintu. Kuat bunyi hentakannya dinda'

Dayang: 'Tak sabar patik nak melaporkan kepada encik bos sultan bila baginda masuk keje kembali dari berburu nanti. Pasti baginda gelak guling-gulingtertawa.
Dinda: 'Jangannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn'

nota kaki: semua perbualan di atas merupakan terjemahan dalam bahasa melayu dari perbualan asal.

Tangan gatal nak update

Sapa kata ai tak pandai masak? Sapa? Err, tapi ni dhar*ma yang tolong sponsor segala rempah ratus dan dia yang campur adukkan semua. Saya hanya masukkan dalam oven dan balik-balikkan ayam..keke


Ni bukan gambar amik sendiri walaupun nampaknya begitu. Ni Ma*nar main-main hset dan amik gambar semua banda yang ada dalam bilik ni. Tengoklah mukaku, langsung tak bermekap, lip gloss pon tak pakai, huksss. Belakang saya tu poskad2 dari anda semua =) Oh, cik pensyarah..saya sudah terima kad anda! TQ!!
Ok, sila perhatikan baju saya, perasan tak dekat dengan ketiak ada butang panjang? Sama kan macam butang kat dalam gambar bawah? Sama kan?


Anak sapa la nih, jambu betul! Korang kenal tak? keke. Yang penting, butang baju sama! ahaksssssssssss.

Sabtu lepas, sementara tunggu bas sempat tgk performance bebudak sekolah menengah dari mana tah yang tour buat performance koir nyanyi lagu kebangsaan aussie. Best betul persembahan. Cikgu depa pon pandai main keyboard. Sedappp!

Tengah kalut2 nak sarung overall, tetiba dhar*ma punya tech officer masuk lab. 'Come with me katanya. Rupanya dia bawak tengok koala. Ntah pesal koala nih, sesat kot. Takpon mengantuk. Dia berjalan-jalan carik pokok. Tu gambar encik Kim sedang tahan kereta sebab kitorg jangka koala ni akan melintas.

Tetiba Kim suruh saya posing dengan koala. Just ignore imej saya yang keding especially tang lengan. Kan tadi terkocoh2 turun ikut Kim? Jumper dah bukak sebab nak sarung coverall. Ni tengah tahan sejuk. Terus tak fotogenik *alasan*

Akhirnya koala ni lintas jalan dan jumpa pokok idaman. Selamat berehat encik koala! Bangunan dalam gambar ini adalah zoology. Pokok ni lah tempat tggu bas hari-hari. Belah kiri adalah kawasan skul.

Wednesday, July 15, 2009

Kamu menyentapkanku

Hari ini turun bas di shopping kompleks bersama abang sam*uel dari Peru. Dia rupanya sangat lapar dan mukanya sangat kebuluran. Dia bertanya di manakah kedai membeli makanan. Selaku duta kebab, saya hanya boleh mempromosi kebab. Memandangkan kedai kebab agak terlindung, maka saya menjadi tourist guide dan membawanya pergi. Saya hanya lepak2 minum sambil dia makan kebab dengan sangat bersemangat. Berbual dengan rancak, sehinggalah dia menyentapkanku. 'Do you cook?' Terdiam dua saat. 'Yeah. But I didn't cook a lot back in my country *hanya masak air*. It is relatively cheap if you eat outside,especially if you don't have your own family. So, I'm not that good.'

Dia angguk. Cis, terlepas pulak cakap. Termengaku tak pandai masak. Wij*dan selalu pesan –'Never ever tell man that you don't know or you don't like cooking, especially when you just know him. Once he fall in love with you, you can say it'. Sentap kan? Ramai nih doktor cinta kat sini. Setiap masa ada je tips untuk memupuk perhubungan.

Eh,minggu ni bukan minggu abang ga*reth ke? Kenapa keluar cerita abang Sam pulak nih? Haish.

Saya mabuk tanpa sengaja

Hari ni adalah hari yang sejuk sebab malam tadi hujan. Snow takde sebab sejuk sangat. Hanya ada frost. Kesan sejuk, saya bangun lambat dan terkocoh-kocoh ke skul sebab saya perlu suntik bontot bebiri dengan ubat. Saya tak pernah buat masa di tanahair dulu sebab vets sentiasa ada di sampingku. Kat sini jangan nak gedik2 suruh vet buat, dan jangan nak takut2 nak bagi treatment kalau bukan vet. Since saya dah sign borang animal ethics, saya ada hak memberi suntikan cinta pada bebiri. Sa*ra demo suntik sekor, saya buat lagi 4. Takde orang nak pegang bebiri untuk kita, sendiri handle, sendiri bagi treatment. Sib baik tak tersuntik diri sendiri. Lepas nih sapa cari pasal ngan saya, saya suntik je ubat kat bontot. Jaga!
Lepas habis bagi ubat, rupanya Abang Ga*reth nak amik darah bebiri dia. Dia dah korek bontot depa masa saya dok menyuntik. Since saya tak biasa amik darah bebiri sebab bulunya sangat banyak kat tengkuk, saya hanya bertugas sebagai pembekal test tube, jarum dan needle holder serta menjalankan tugas sebagai tukang tulis, selain pencuci darah-darah yang clot pada kepala test tube. Keadaan sangat kalut sebab depa kerja dengan sangat pantas, maka saya berazam lain kali sahaja prektis amik darah sambli handle animal. Kali ni biar saya jadik runner.
Lepas habis amik darah, kena timbang pulak. I'm a bit enlightened sebab abang ga*reth sangat gembira dengan sistem kitorg. Saya berdiri sebelah penimbang yang seperti cage, mengawal bukaan dedua pintu. Gar*eth dan Sa*ra akan bergilir2 membawa bebiri ke pintu penimbang dan saya akan buka satu pintu untuk bagi bebiri masuk, dan menutup pintu sebelah lagi untuk mengelakkan bebiri terlepas. Bila bebiri dah masuk dalam penimbang yang berbentuk kandang ini, saya akan tutup pintu dan biar reader baca berapa berat bebiri. Pintunya lain sikit dari pintu biasa - saya kena tolak dan dia akan automatic lock. Kalau tak hati2 leh terkepit tangan.

ni gambar contoh, lebih kurang mcm ni cuma pintu mesin penimbang yang kitorang guna lain sikit. Source: tenet. lepas ni kena amik gambar penimbang.

Alkisahnya we are working very fast. Cekap gila depa angkut bebiri keluar kandang dan masuk penimbang. Saya yang tengok pon penat. Since pace dah main laju, saya terkepit jari tapi takde sapa perasan. Jari sakit. Saya rasa saya mengada-ngada sebab baru terkepit dah sakit beria-ria kan. Sekalik terpandang ibu jari, darah dah mula keluar. Banyak. Meleleh. Saya masih diam. Lap2 kat coverall sambil meneruskan tugas. Saya dah mula keluar peluh sejuk. Dan mula mengantuk. Bertahan hingga berbelas bebiri. Kemudian saya boleh rasa bibir kebas. Jenuh tarik nafas dan hembus, tapi masih menguap dengan dasyat.
Kepala dah mula rasa berpinar, saya kuatkan semangat sebab saya takleh pitam depan abang ga*reth! Tak boleh! Kena kuat semangat!
Darah makin banyak. Tak berhenti. Kesat-kesat kat coverall. Pandangan makin kabur. Saya dah tak boleh sense pintu kandang. Ga*reth dah jerit sebab saya lupa tutup pintu penimbang lagi sebelah dan dia takut bebiri terlepas. Saya masih bertahan. Saya kata sorry. Kemudian sara pulak tepuk2 tangan bagi menarik perhatian saya - rupanya saya terlupa bukak pintu untuk bagi bebiri dia masuk penimbang.
Thats is. Saya dah tak boleh rasa pintu penimbang, dan saya dah tak nampak apa2 imej dengan jelas. Saya rasa dunia berpusing. Saya ckp kat ga*reth 'I'm dizzy' dan terus blah pegi ke koridor. Sedar2 kepala saya sakit dan bila bukak mata sa*ra sedang pegang kepala saya sambil panggil nama berulang kali. Dia lapik kepala saya dengan sweater dan suruh saya minum air. Saya explain saya takleh tengok diri sendiri luka dan tu sebab saya pitam. Abang ga*reth berlari pegi amik plaster dan sa*ra balut jari saya sambil pesan jangan tengok luka sendiri. Yang menenangkan saya bila sa*ra ckp yang dia pun mcm ni, tapi penah jadi depan org ramai kat tengah2 bandar. Bila saya dah boleh senyum, dia ckp dia nak amik gambar dan hantar kat malaysia gambar saya terbaring tu. Sentap. Kurang lima minit, saya dah ok dan kembali menjalankan tugas. Agak memalukanlah bila pitam dalam kandang. Dan memalukan juga bila luka jari sebab bukak tutup pintu penimbang.
Kepala masih sakit. Saya rasa masa saya pitam saya terhantuk dinding. Tragis, tragis. Agaknya tu sebab Sa*ra dan ga*reth ada kat sebelah saya bila saya bukak mata.
Yer, saya mabuk darah.
Masih pemabuk rupanya. Ingatkan dah sembuh!

Tuesday, July 14, 2009

Saya tak pakai susuk, tapi semua datang menyerah diri

Kalau rujuk entry bawah *malas link*, ada dinyatakan perihal Peter menjadi wira penyelamat bumi ala optimus prime kan. Entry tersebut ditulis ketika 24 jam hari ni belum berakhir *mcm bunyi statement blackmail mintak wang tebusan*. Saya ingin menegaskan dengan ikhlas hati, SAYA TAK PAKAI SUSUK BERLIAN ATAU EMAS. Kalau tak percaya boleh bawak saya pi x-ray muka kat doktor sepital. Nak tahu kenapa ada penegasan pasal susuk? Sebab saya sendiri moskel dek fakta2 berikut *adik2 ikan, cari baldi cepat, mode perasan: ON*

  1. Pasal Peter toksah nak cakap banyak la kan, dia sangat mesra dan baik hati dan memberi senyuman menawan dan cakap bersopan hari ini - sedangkan sebelum ni dia selalu lari dari saya dan macam takut2 bila bertembung dengan saya. Terasa mcm gorgon sebelum ni, serius.. Sampai rasa tammo bertembung dengan dia. Kalau bertembung saya akan pandang tanah seolah2 melihat kalau ada cacing tanah yang perlukan bantuan.
  2. Oh, dah tau nama mamat tuh – Samuel dari Peru yang bersembang dengan saya pagi tadi. Walau kami tak mengetahui nama sesama sendiri, kami sangat serasi *boleh tak nak buat kesimpulan membabi buta sebab perasan? Kekeke*. Sangat bahagia bersembang dengan dia.
  3. Ingat entry meroyan yang mencarut2? Kan saya hangin tahap gaban ngan mamat perasan hensem tu kan? Tetiba demam apa tah mamat tu, bila saya lalu melintasi dia yang tengah bersembang dengan abang bangla, dia telah memandang saya dan telah melemparkan sengihan seakan bebiri yang kekenyangan – sangat menyentapkan sebab dia memang terkenal dengan kontrol macho tahap gaban sampai semua orang menyampah. I was like 'demam ke mamat nih?'. Saya hanya angkat kening ala2 kerek dan blah. Nasibla kan. Tapi terbayang sengihan dia sebab mcm horror! Bajet kiut la tuh!huh!
  4. Tetiba ga*reth datang bilik dan nak pinjam laptop. Terus rasa nak pengsan sebab bilik sepah. Kekek. Tak sangka Ga*reth sanggup datang ke bilik untuk meminjam laptop! Tandanya dia tak rasa kekok ngan saya..Adakah kami sudah sampai ke tahap sangat mesra hingga melebihi status kawan biasa? Keke *kesimpulan perasan sendiri ~ pengsan*
  5. Sorang lecturer hensem berstatus laki orang yang baru masuk keje *baru habis PhD* tetiba telah dengan eksaitednya menegur saya sambil bagi lambaian tangan. Saya tak pernah bersembang ngan dia tapi saya selalu dibuli oleh Ma*rk depan dia. Tanpa Ma*rk yang berstatus ayah di sisinya, saya mcm kekok bila lecturer ini memberi lambaian mesra. Sesuatu kah? *perasan lagi! Pls bear with me..keke*.
  6. Masa pergi membeli belah tetiba ada sorang budak laki belasan tahun datang dekat saya. Dia mintak dua dollar sebab nak beli mainan. Sentap okeh! I ada gaya Paris hilton ke? I rasa tu tektik mengorat *perasan lagi*. Maka, saya kata 'sorry' dan tidak memenuhi permintaan dia yang comel. Sib baik iman I kuat kan. Tapi tengok muka pon dah tau nih, pandai amik kesempatan dengan buat2 comel. Helo adik, silap orang, I taste adik ikan jambu dalam erti kata yang sebenar. Buat-buat jambu I bolayan. Keke. Ala, lagipon muda sangat. Kang org tuduh I pedo.huhu

Sib baik balik awal hari ni. Sib baik jugak encik bos pegi conference. Kalau tak, tataula I sanggup ke tak berhadapan dengan lebih banyak serahan diri. Keke. Susah tau bila rasa dipojai ramai nih. So, pesanan penaja buat wanita2 di luar sana, kita mampu jadi pojaan ramai walau tak pakai susuk, cukup dengan kita tak mencarut enjoy dan menjadi diri kita sendiri. Err, tapi saya tak gedik hari ni. Agaknya kalau saya tak gedik semua org konpius dan menyerah diri? Mungkin. Mungkin. Hiks.

Peter, wira penyelamat bumi

Hari ni saya tekad mulakan hari dengan penuh kesucian dan keimanan di dada. Lepas bersiap terus pegi buang sampah, ternampak encik cleaner. Teragak2 nak jumpa dia tapi last sekali saya gagahkan diri berhadapan ngan dia dan mintak maaf sebab semalam memang saya hangin. Nampak smlm dia mcm takut2 nak ckp ngan saya. So, hari ni dengan penuh keayuan saya jumpa dia, cakap baik2. Saya ckp saya terkejut dan tak sangka jadi begini. Dia kata dia paham dan akhirnya kami bersama2 menyelongkar plastik sampah kat dalam trak. Tapi yang pelik memang takde petanda langsung barang-barang saya dalam kelompok barang tu. Moskel. Encik cleaner risau pasal kunci, saya kata takpelah, saya mintak kunci lain. Tapi saya pesan kalau katakan dia terjumpa, saya mintak dia maklumkan. Saya harap encik cleaner tak menyimpan dendam. Walaupun dia senyum dan nampak ceria, saya tahu mesti dalam hati kecil dia sedikit terasa sebab semalam memag saya mcm gorgon, bercakap sangat laju dan obviously mata saya adalah besar. So, saya menuju ke bus stop dengan lega, walaupun tak jumpa kunci.

Tanpa disangka, di bus stop berjumpa mamat latino yang comel. Kitorg memang sering bersembang dengan rancak, tapi sampai hari ni tatau nama masing2.keke. Kalau bertembung mesti melambai2 dan tersenyum bahagia. So, setelah sekian lama tak berjumpa sebab dia student honours yg jarang pi uni, kitorg bertemu di bus stop. Kelopak bunga-bunga sakura berguguran sepanjang kami bersembang. Ini imaginasi. Tengah elok2 sembang tanya kabar mesra-mesraan segala, dia onkan suis kebengangan saya. Dia ajak bergoss pasal tenet kat asrama. Maka, terus jadi perbualan penuh amarah, tapi kitorg tak mencarut *depan laki comel kena behave, haha*. So, dia sangat hangin sebab line tenet dah kong seminggu, membuatkan dia meroyan. Yang dia hairan, dan saya pon hairan, orang lain tak pulak meroyan.. Lagi la kitorg meroyan kan? So, dia pon nak pindah keluar sebab memang tengah sakit hati, especially bila dia buat aduan kat opis, opis ckp depa baru tukar modem. Dah seminggu lebih kong, takkan takde inisiatif nak perbaik kan? Isk, tensen tau.

Masuk je lab, Sa*ra tanya 'how are you?'. Silap besar la dia tanya lepas goss ngan encik latino..Saya jawab 'pissed off'. Lepas saya cerita dalam versi yang agak sopan, Sa*ra yang mencarut. Tu belum dia dengar version meroyan semalam. Pasti dia mencarut lagi dasat. Bukan nak marah apa, saya personally rasa management suka lepas tangan dalam banyak benda. So, apa2 aduan depa buat bodo je.

Balik dari bagi makan anak-anak angkat dan mengorek bontot mereka, saya kembali ke lab. Semua org pakat tea break, maka saya menuju ke bilik kekasih hati peter. Sebelum ni dia takde, so dah tinggalkan pesan kat opismet dia sebab saya dapat tau dia ada pegang kunci opis sebab Tiya*po dulu hosmet dia, dan pass kat dia kunci utk dipulangkan. Rupanya Peter tak pulangkan kunci lagi. Since wijdan takde hari ni dan officer incharge kunci cuti seminggu, Peterlah satu-satu harapan untuk saya masuk bilik. Kalau tak, saya nak pecahkan pintu. Dengan penuh nada kebapaan, peter bagi saya kunci dan mintak maaf sebab tak bgtau saya awal2 *pengsan*. Dia kata dia terlupa dia ada kunci tu, tu sebab dia tak bgtau dan tu sebab dia tak pulangkan. Hati berbunga2 ceria. Kali ni kelopak bunga raya pulak yang berterbangan atas kepala saya..keke.

Saya baik ngan Bar*ney, opismet Peter *tektik goda Peter*. Bila saya nak keluar saya cakap kat Bar*ney: I will burn Smi*th Hou*se.
Bar*ney respond 'no, you still have friends there, you will kill your friends'.
'In that case, I will burn only the office'. Barney gelak. Saya pusing. Peter gelak besar sambil memandang saya. *kesat hidung darah, pengsan*. Kenapa sekarang dia makin hensem? Kenapa?

Monday, July 13, 2009

Hari yang penuh sifat terkeji

Amaran, sila jangan baca entry ini, terutama kalau anda belum akil baligh, kalau anda tak suka dengar pompuan mencarut. Amaran keras, entry ini penuh dengan sikap terkeji dan terkutuk. Sila jangan baca. Sapa2 nak baca, sila takyah maki saya. Sekian terima kasih.

Today was a horrible day. Selain hubungan En. Peter dan saya semakin mesra baik dan saya berkesempatan menonton Transformers, yang lain adalah menyesakkan jiwa, menyebabkan saya menyumpah sepanjang hari. Entah, rasanya saya tak kuat menyumpah, tapi hari ni entah kenapa, seawal bukak mata, saya dah menyumpah. Yer, sangat mudah terpengaruh sebab memang org keliling saya kat sini kuat menyumpah. Oh, kat sini Oh my God pon dikategorikan sebagai swearing. Dalam entry ini, selain dinyatakan, menyumpah adalah seperti oh my god, sh*t, cr*p. Sekian dimaklumkan.

  1. Bukak mata, matahari dah terang benderang. Ni bukan subuh gajah dah, lebih lagi dari subuh dinosour. Maka, telah mulakan hari dengan mencarut sebaik saje bukak mata. Yer, saya sepatutnya beristighfar, tapi mulut saya lagi cepat dari otak. Shame on me.
  2. Capai sejambak kunci dan campak ke dalam baldi, amik baldi dan terus capai tombol pintu untuk tutup. Elok tutup pintu, terpandang kunci..dan saya tersalah amik kunci. Tu kunci opis dan kandang kambing, BUKAN kunci bilik. Mencarut lagi.
  3. Saya takleh ke opis asrama untuk request kunci spare dengan muka sememeh dan gigi tak bergosok. Saya mandi sepantas kilat, paling laju setakat ini dan terus terkocoh2 ke opis. Saya tinggalkan baldi di tepi koridor floor saya, sebab tammo angkut baldi ke opis. Less than 5 minutes, berjaya dapatkan kunci dan menuju ke bilik. Mencarut lagi sebab baldi hilang. Saya terus masuk bilik, buat apa yang patut dan bersiap ke uni. Saya tak sempat mengaji sebab memang masa dah suntuk. Tapi memang hati kecil sudah terasa, akan jadi benda buruk hari ni.
  4. Saya ke opis, bgtau baldi hilang dan orang opis janji nak tanya cleaner. Saya tammo tggu cleaner sebab saya nak pi bagi bebiri makan. So, saya terus ke bas, percaya dengan janji yang diberikan oleh tuan besar asrama.
  5. Hari ni saya balik awal sebab stress kunci takde. Orang yang incharge kunci pulak cuti seminggu. Uh, tapi tak mencarut sebab tau kunci akan dapat balik. Kan tuan besar asrama nak bantu? So, balik awal dan terus menonong ke movie sebab semua orang tak minat tgk transformers dan akhirnya saya sensorg. Masih tak mencarut.
  6. Dalam panggung, adala bebudak tak bertamadun mcm hilang akal dok baling2 popcorn kat saya berminit-minit sebelum mula movie. Masa tu tak terpikir pon ini adalah tektik mengorat oleh lelaki hot. Takde mood nak pikir positif. Tapi bila dah banyak kali kena baling popcorn sambil dgr org giggle, saya dah mencarut dalam hati: dan tekad sekali lagi kena baling saya akan terus bangun, pusing dan mencarut depan muka. Paling sopan pon saya akan ckp 'what is your f****ing problem?'. Tuhan selamatkan saya dari jadi Fa*sha kedua, jadik tetiba lepas saya niat nak buat kurang hajar, balingan popcorn terhenti.
  7. Popcorn adalah masin ya amat sambil boleh bunuh orang. Sentap dan mencarut manja sebab saya beli LARGE popcorn. Rakyat Malaysia, anda bertuah sebab popcorn kat cinema anda jauh lebih sedap dari cinema sini. Masa tuh saya rasa kalau mati masa makan popcorn takyah buat autopsi, orang dah leh agak saya mati sebab garam berlebihan. Err, cepat ke effectnye eh?
  8. Masa dlm cinema ternampak mamat PhD *sama bangunan opis* yang perasan hensem duduk row depan. Saya memula nak buat tak nampak dan tetiba dia terpandang saya dan saya tetiba terangkat kening dan dia terus buat muka 'aku tak kenal ko sebab aku hensem dan seluruh umat wanita di muka bumi ini nak kat aku. Ko ado?' itu imaginasi saya tapi saya rasa mcm tulah ekspresi muka dia. Saya tak mencarut, tapi saya rasa mcm nak sepak kerusi dia biar dia tersembam, tambah lagi bila dia dok angkat kaki setaraf bahu. Kau hengat ni cinema bapak ko?
  9. Keadaan sangat sejuk dan ketika scene Sam masuk kolej dan sedang berkenalan dengan hosmet, daya rasa tak mampu mengawal rasa. Saya takut terjadi insiden yang tak diingini yang bakal malukan diri sendiri, masyarakat dan negara. Dengan rasa bengang dengan diri sendiri sebab tak pegi toilet awal2 saya pegi toilet. Balik dr toilet, semua org tak heran kat saya kecuali mamat perasan hensem tu. I was like 'Apa masalah ko jantannnnnn! Boleh tak jangan tengok aku?'
  10. Keluar dari cinema hujan semakin lebat. Saya kena jalan 1 km untuk sampai ke asrama. Termencarut sebab saya takde payung. Dalam badan hampir basah kuyup saya ternampak mamat perasan hensem kalut masuk dalam kereta dan cepat2 blah, tapi membelok ke parking lot shopping complex. Tetiba mcm rasa hangin sebab rasa dia mcm takut saya nak offer diri tompang dia. Oh, ini pemikiran tak berasas. Abaikan.
  11. Sampai asrama terus pegi opis, Tuan besar takde, bini dia yang ada. So, lepas explain puan besar ckp dia tatau apa2 pasal baldi tu. Dia suruh saya pegi kol cleaner. Saya kol cleaner dan dia kata baldi saya ada. Saya terus jumpa cleaner dan sangat mengerikan dan terus mencarut dalam hati bila dalam baldi hanya ada shampoo dan shower foam. Tooth brush, KUNCI, dan pencuci muka yang mahal tak kelihatan. Masa tu sangat pissed off sebab saya letak baldi tu tak sampai 5 minit dah hilang. Dia kata dia tak recall jumpa kunci dan mcm nak accuse saya tersalah fakta. Dia suruh cek kat bilik kalau kunci ada. Memang bukan salah dia, tapi ntah kenapa I was so stressed out dan terus march ke bilik E*lodie untuk meroyan lepas encik cleaner janji nak pi selongkar tong sampah esok pagi. Saya nak selongkar malam ni tapi dia kata dia nak tolong esok. E*lodie pon tengah meroyan pasal hal peribadi, so last2 kitorg meroyan sesama. Tapi nak tergelak bila kitorg mcm mabuk sebab meroyan tahap gaban, perkataan english takleh keluar. Last2 gelak.
  12. Balik ke bilik masih tak cool down sebab meroyan dalam bahasa inggeris tak cukup terapi. Saya kol kawan baik, tak available. Terus kol rakan seperumpatan di Malaysia dan akhirnya saya lega. Err, aku tak mencarut kan masa sembang denganmu wahai sahabat? So, a bit relieved lepas dah luah semua. Esok saya cuba cari officer lain untuk mintak spare keys dan kena mintak kunci kandang balik. The keys are gone. Memang tak sabar nak pindah keluar minggu depan. Bye2 smi*th ho*use. I had enough.

Kesimpulan:

  1. Sebenarnya taklah teruk sangat masalah hilang kunci, tapi sebab kronologi kes begini membiarkan saya terus meroyan sepanjang hari mcm orang sewel.
  2. Kadang2 kita tak perasan Tuhan bayar cash. Bukan, bukan Tuhan tu zalim. Tapi ini sebagai bukti dia kasihkan kita dan mahu kita terus hampir pada dia..bukan semakin jauh. Saya terima kejadian ini sebagai peringatan supaya tidak lagi leka tidur sampai tak ingat dunia yang menyebabkan solat subuh ketika matahari dah naik sepenggalah dan skip mengaji hari ni. Malam ini mahu tidur awal.
  3. Saya dah pandai mencarut. Yer, yer, tau salah. Lepas nih cuba tak mencarut.
  4. Optimus Prime sangat hensem.
  5. Peter juga semakin hensem. Aneh, muka semakin berseri2 bila bersembang dengan saya. Katanya homesick? Cahaya keimanan barangkali.
  6. I'm avoiding any communications sebaik entry ini dipublish. I'm a bit sewel and meroyan. Bila saya dah ok saya akan buat entry. Doakan saya tenang dan kuat semangat.

Love you,

Ciktutor.

Ps: mak, if its so happen you are reading this entry, no worries. Mind you that I'm always sewel and this dose is not fatal yet..I will talk to you when I'm ok. Semoga Allah tak gerakkan hati mak baca entry ni, amin.

Hari yang penuh sifat terkeji

Amaran, sila jangan baca entry ini, terutama kalau anda belum akil baligh, kalau anda tak suka dengar pompuan mencarut. Amaran keras, entry ini penuh dengan sikap terkeji dan terkutuk. Sila jangan baca. Sapa2 nak baca, sila takyah maki saya. Sekian terima kasih.

Today was a horrible day. Selain hubungan En. Peter dan saya semakin mesra baik dan saya berkesempatan menonton Transformers, yang lain adalah menyesakkan jiwa, menyebabkan saya menyumpah sepanjang hari. Entah, rasanya saya tak kuat menyumpah, tapi hari ni entah kenapa, seawal bukak mata, saya dah menyumpah. Yer, sangat mudah terpengaruh sebab memang org keliling saya kat sini kuat menyumpah. Oh, kat sini Oh my God pon dikategorikan sebagai swearing. Dalam entry ini, selain dinyatakan, menyumpah adalah seperti oh my god, sh*t, cr*p. Sekian dimaklumkan.

  1. Bukak mata, matahari dah terang benderang. Ni bukan subuh gajah dah, lebih lagi dari subuh dinosour. Maka, telah mulakan hari dengan mencarut sebaik saje bukak mata. Yer, saya sepatutnya beristighfar, tapi mulut saya lagi cepat dari otak. Shame on me.
  2. Capai sejambak kunci dan campak ke dalam baldi, amik baldi dan terus capai tombol pintu untuk tutup. Elok tutup pintu, terpandang kunci..dan saya tersalah amik kunci. Tu kunci opis dan kandang kambing, BUKAN kunci bilik. Mencarut lagi.
  3. Saya takleh ke opis asrama untuk request kunci spare dengan muka sememeh dan gigi tak bergosok. Saya mandi sepantas kilat, paling laju setakat ini dan terus terkocoh2 ke opis. Saya tinggalkan baldi di tepi koridor floor saya, sebab tammo angkut baldi ke opis. Less than 5 minutes, berjaya dapatkan kunci dan menuju ke bilik. Mencarut lagi sebab baldi hilang. Saya terus masuk bilik, buat apa yang patut dan bersiap ke uni. Saya tak sempat mengaji sebab memang masa dah suntuk. Tapi memang hati kecil sudah terasa, akan jadi benda buruk hari ni.
  4. Saya ke opis, bgtau baldi hilang dan orang opis janji nak tanya cleaner. Saya tammo tggu cleaner sebab saya nak pi bagi bebiri makan. So, saya terus ke bas, percaya dengan janji yang diberikan oleh tuan besar asrama.
  5. Hari ni saya balik awal sebab stress kunci takde. Orang yang incharge kunci pulak cuti seminggu. Uh, tapi tak mencarut sebab tau kunci akan dapat balik. Kan tuan besar asrama nak bantu? So, balik awal dan terus menonong ke movie sebab semua orang tak minat tgk transformers dan akhirnya saya sensorg. Masih tak mencarut.
  6. Dalam panggung, adala bebudak tak bertamadun mcm hilang akal dok baling2 popcorn kat saya berminit-minit sebelum mula movie. Masa tu tak terpikir pon ini adalah tektik mengorat oleh lelaki hot. Takde mood nak pikir positif. Tapi bila dah banyak kali kena baling popcorn sambil dgr org giggle, saya dah mencarut dalam hati: dan tekad sekali lagi kena baling saya akan terus bangun, pusing dan mencarut depan muka. Paling sopan pon saya akan ckp 'what is your f****ing problem?'. Tuhan selamatkan saya dari jadi Fa*sha kedua, jadik tetiba lepas saya niat nak buat kurang hajar, balingan popcorn terhenti.
  7. Popcorn adalah masin ya amat sambil boleh bunuh orang. Sentap dan mencarut manja sebab saya beli LARGE popcorn. Rakyat Malaysia, anda bertuah sebab popcorn kat cinema anda jauh lebih sedap dari cinema sini. Masa tuh saya rasa kalau mati masa makan popcorn takyah buat autopsi, orang dah leh agak saya mati sebab garam berlebihan. Err, cepat ke effectnye eh?
  8. Masa dlm cinema ternampak mamat PhD *sama bangunan opis* yang perasan hensem duduk row depan. Saya memula nak buat tak nampak dan tetiba dia terpandang saya dan saya tetiba terangkat kening dan dia terus buat muka 'aku tak kenal ko sebab aku hensem dan seluruh umat wanita di muka bumi ini nak kat aku. Ko ado?' itu imaginasi saya tapi saya rasa mcm tulah ekspresi muka dia. Saya tak mencarut, tapi saya rasa mcm nak sepak kerusi dia biar dia tersembam, tambah lagi bila dia dok angkat kaki setaraf bahu. Kau hengat ni cinema bapak ko?
  9. Keadaan sangat sejuk dan ketika scene Sam masuk kolej dan sedang berkenalan dengan hosmet, daya rasa tak mampu mengawal rasa. Saya takut terjadi insiden yang tak diingini yang bakal malukan diri sendiri, masyarakat dan negara. Dengan rasa bengang dengan diri sendiri sebab tak pegi toilet awal2 saya pegi toilet. Balik dr toilet, semua org tak heran kat saya kecuali mamat perasan hensem tu. I was like 'Apa masalah ko jantannnnnn! Boleh tak jangan tengok aku?'
  10. Keluar dari cinema hujan semakin lebat. Saya kena jalan 1 km untuk sampai ke asrama. Termencarut sebab saya takde payung. Dalam badan hampir basah kuyup saya ternampak mamat perasan hensem kalut masuk dalam kereta dan cepat2 blah, tapi membelok ke parking lot shopping complex. Tetiba mcm rasa hangin sebab rasa dia mcm takut saya nak offer diri tompang dia. Oh, ini pemikiran tak berasas. Abaikan.
  11. Sampai asrama terus pegi opis, Tuan besar takde, bini dia yang ada. So, lepas explain puan besar ckp dia tatau apa2 pasal baldi tu. Dia suruh saya pegi kol cleaner. Saya kol cleaner dan dia kata baldi saya ada. Saya terus jumpa cleaner dan sangat mengerikan dan terus mencarut dalam hati bila dalam baldi hanya ada shampoo dan shower foam. Tooth brush, KUNCI, dan pencuci muka yang mahal tak kelihatan. Masa tu sangat pissed off sebab saya letak baldi tu tak sampai 5 minit dah hilang. Dia kata dia tak recall jumpa kunci dan mcm nak accuse saya tersalah fakta. Dia suruh cek kat bilik kalau kunci ada. Memang bukan salah dia, tapi ntah kenapa I was so stressed out dan terus march ke bilik E*lodie untuk meroyan lepas encik cleaner janji nak pi selongkar tong sampah esok pagi. Saya nak selongkar malam ni tapi dia kata dia nak tolong esok. E*lodie pon tengah meroyan pasal hal peribadi, so last2 kitorg meroyan sesama. Tapi nak tergelak bila kitorg mcm mabuk sebab meroyan tahap gaban, perkataan english takleh keluar. Last2 gelak.
  12. Balik ke bilik masih tak cool down sebab meroyan dalam bahasa inggeris tak cukup terapi. Saya kol kawan baik, tak available. Terus kol rakan seperumpatan di Malaysia dan akhirnya saya lega. Err, aku tak mencarut kan masa sembang denganmu wahai sahabat? So, a bit relieved lepas dah luah semua. Esok saya cuba cari officer lain untuk mintak spare keys dan kena mintak kunci kandang balik. The keys are gone. Memang tak sabar nak pindah keluar minggu depan. Bye2 smi*th ho*use. I had enough.

Kesimpulan:

  1. Sebenarnya taklah teruk sangat masalah hilang kunci, tapi sebab kronologi kes begini membiarkan saya terus meroyan sepanjang hari mcm orang sewel.
  2. Kadang2 kita tak perasan Tuhan bayar cash. Bukan, bukan Tuhan tu zalim. Tapi ini sebagai bukti dia kasihkan kita dan mahu kita terus hampir pada dia..bukan semakin jauh. Saya terima kejadian ini sebagai peringatan supaya tidak lagi leka tidur sampai tak ingat dunia yang menyebabkan solat subuh ketika matahari dah naik sepenggalah dan skip mengaji hari ni. Malam ini mahu tidur awal.
  3. Saya dah pandai mencarut. Yer, yer, tau salah. Lepas nih cuba tak mencarut.
  4. Optimus Prime sangat hensem.
  5. Peter juga semakin hensem. Aneh, muka semakin berseri2 bila bersembang dengan saya. Katanya homesick? Cahaya keimanan barangkali.
  6. I'm avoiding any communications sebaik entry ini dipublish. I'm a bit sewel and meroyan. Bila saya dah ok saya akan buat entry. Doakan saya tenang dan kuat semangat.

Love you,

Ciktutor.

Ps: mak, if its so happen you are reading this entry, no worries. Mind you that I'm always sewel and this dose is not fatal yet..I will talk to you when I'm ok. Semoga Allah tak gerakkan hati mak baca entry ni, amin.