Thursday, July 16, 2009

Tangan gatal nak update

Sapa kata ai tak pandai masak? Sapa? Err, tapi ni dhar*ma yang tolong sponsor segala rempah ratus dan dia yang campur adukkan semua. Saya hanya masukkan dalam oven dan balik-balikkan ayam..keke


Ni bukan gambar amik sendiri walaupun nampaknya begitu. Ni Ma*nar main-main hset dan amik gambar semua banda yang ada dalam bilik ni. Tengoklah mukaku, langsung tak bermekap, lip gloss pon tak pakai, huksss. Belakang saya tu poskad2 dari anda semua =) Oh, cik pensyarah..saya sudah terima kad anda! TQ!!
Ok, sila perhatikan baju saya, perasan tak dekat dengan ketiak ada butang panjang? Sama kan macam butang kat dalam gambar bawah? Sama kan?


Anak sapa la nih, jambu betul! Korang kenal tak? keke. Yang penting, butang baju sama! ahaksssssssssss.

Sabtu lepas, sementara tunggu bas sempat tgk performance bebudak sekolah menengah dari mana tah yang tour buat performance koir nyanyi lagu kebangsaan aussie. Best betul persembahan. Cikgu depa pon pandai main keyboard. Sedappp!

Tengah kalut2 nak sarung overall, tetiba dhar*ma punya tech officer masuk lab. 'Come with me katanya. Rupanya dia bawak tengok koala. Ntah pesal koala nih, sesat kot. Takpon mengantuk. Dia berjalan-jalan carik pokok. Tu gambar encik Kim sedang tahan kereta sebab kitorg jangka koala ni akan melintas.

Tetiba Kim suruh saya posing dengan koala. Just ignore imej saya yang keding especially tang lengan. Kan tadi terkocoh2 turun ikut Kim? Jumper dah bukak sebab nak sarung coverall. Ni tengah tahan sejuk. Terus tak fotogenik *alasan*

Akhirnya koala ni lintas jalan dan jumpa pokok idaman. Selamat berehat encik koala! Bangunan dalam gambar ini adalah zoology. Pokok ni lah tempat tggu bas hari-hari. Belah kiri adalah kawasan skul.

2 comments:

  1. Memang Koala tu ada kat luar macam kita nampak kucing ke??

    ReplyDelete
  2. yer am,sebab kat skul akak banyak pokok makanan dia

    ReplyDelete