Wednesday, July 8, 2009

Glemerkah aku? ahaks

Sungguh, jadi glemer bukanlah best mana pun. hihi. I tak pernah minta dilahirkan glemer, tapi apakan daya, glemer sepanjang masa. Ahaks. Ini intro pompuan tua tak sedar diri. Abaikan

Sebenarnya tengah sentap sebab saya di sini selalu jadi bahan gosip. Balasan Tuhan agaknya kerana saya selalu gosip pasal orang masa kat Malaya dulu. Haish.

1. Pagi tadi sesampai saya di lab mereka sedang berbincang tentang pemakaian winter dan mereka bercakap pasal saya - si gadis ketar. Kemudian gemparlah sampai ke lab sebelah tentang saya diceramah oleh encik bos pasal pemakaian yang sempurna, sampaikan orang lab sebelah bawak student dia ke lab kitorg untuk menghadap encik bos. Beliau menyarankan encik bos pon menasihatkan student dari german tu untuk berpakaian mengikut piawaian winter. Helo, bukan german pun 4 musim ke? Perlu ke nasihat tentang pemakaian? Dah sah2 dari tempat yang ada winter! *mode jeles*. Huh!

2. Masa saya tengah bantu gar*eth dan sa*ra timbang bebiri *sebenarnya saya tolong bukak n tutup gate je..hiks*, saya dapat kol dari misbumblebee! terharu!!!oh, ni bukan gosip. Gosipnya adalah bila sa*ra bgtau yang encik bos bgtau dia saya bercakap dengan the 5B's. Dia terdengar kot semalam, masa saya tengah bagi makan. Haruslah the 5B's dibebeli oleh saya *tapi dengan penuh sifat keibuan* kerana depa gelojoh tahap gaban. Tak sempat baca doa makan, tak sempat saya hidangkan makanan, terus melahap mcm tak jumpa nasik rumput seminggu! Maka sudah menjadi cerita yang saya bercakap dengan bebiri.
Tetiba tadi..saya dengar sa*ra cakap dengan anak cacing!!!!! dengan penuh keibuan jugak caranya.
Saya terus sentap dan cakap kat dia.

'You are talking to larvae!'
Dia gelak.
Saya cakap lagi.
'Next time if Le*wis complained I talk with my sheep, I will tell him you talk with larvae!'
'He knows I'm crazy' dia balas dengan muka selamba berlagak.
'And he still dont know that I'm crazy'
'Hes figuring that out..haha'

Sentapppp!

2 comments: