Tuesday, June 30, 2009

Hari yang mengujakan dan mendebarkan

Rupanya ada benda lebih yang lebih mengujakan dan mendebarkan dr menonton 2pm atau suju buat persembahan.

1. As i mentioned earlier, bila bos masuk keje kelam kelibutlah I. Esok bebiri sampai. Rupanya saya kena bertanggugjawab sepenuhnya bermula ketibaan mereka esok. Tempat penginapan, makanan, ubat-ubatan, keselesaan. Pendek kata semualah yang melibatkan mereka. Maka saya mahu letakkan nama pada 5 ekor jantan ini. Sila bagi idea nama apa mahu diberi. Esok saya akan timbang mereka, bagi ubat dan bagi makan. Saya kena email Fi*ona, untuk mintak lebihan makanan. Tak sanggup melihat mereka kebulur seperti tuannya inih. Sangat nerves untuk esok.

2. Encik bos sudah sound saya sebab 'hujan' masih tak ok. Yeah, saya memang berhenti buat sebab fedap. Sekalik encik bos perasan dan sudah kena sound. Tapi saya tak sedih. Saya mengaku tak buat sebab frust dan masih berfikir. Dengan penuh kebapaan dia suggest satu test simple esok. Kena goyang gerudi lagilah nampaknya dan buat esok.
'Anything that could stop you from doing it tomorrow?'
'Frustration' Tak, saya tak jawab mcm tu. Saya jawab 'ok'. Frustration tu jawapan dalam hati. Frust sebab banyak filter paper dah buang. Gam pon sama. Jar lagilah banyak yang dibuang. Tapi hasilnya nan ado! *sigh*

3. Tadi dah pergi tengok asrama. Senior officer yang bawak I pusing2 tengok bilik adalah budak undergrad bernama Joe yang kacak. Ingat nak mintak masuk flat sama dgn Joe, tapi bila dia ckp dia dok kat flat 8 bilik - semua lelaki, so tak jadi. haha. Ni statement gedik, abaikan. Basically flat-flat tu bersih walaupun kitorg terjah flat yg ada penghuni. Toilet yang cantik, dapur yang kemas, persekitaran yang menarik, ada volleyball court untuk cuci mata di hujung mggu time summer *ahaks*. Satu je yang risau - flatmate..yelah, tatau flatmate mcmana kan? Harapnya ok. So, rasanya I'm moving out. Its way better than smith house dr beberapa segi. Jalan kaki pon dalam 20 minit je. Siap experimen tadi bape lama jalan kaki nak sampai opis.

4. Masa turun bas menuju asrama nampak sorg pompuan cina. Terus terjah tanya mana opis. Dia pon tunjukkan. Kitorg sembang2 otw ke opis..rupanya dia bukan dr China. Dia dari jepun! Teruslah terbayang bekas pakwe yang akan dirujuk kelak - yamapi. Harus bersembang sakan, tapi tak sebutla nama yamapi kan sebab baru 1st time jumpa. Kang dia kata I nih fangirls tua tak sedar diri.hahaha. Tapi we had a great time sembang2. Malangnya dia kata esok hari last dia kat armidale. Dia suruh add kat Facebook! ahaks. Dia nak dtg Malaysia nnti - harus I pesan poster yamapi yang besar manusia kat dia. kekeke. Dia kawan ngan Adam, budak malaysia tu..harus I pon berkawan ngan budak pompuan ni - Haruka nama dia. English fluent! kagum2.

5. Ntahla lelaki2 mat salleh ni. Makin hari menakutkan I tau. Hari ni saje ada dua kes yg libatkan mata.
Satu - ada org explain kat saya pasal sesuatu (saya ada buat sedikit kesilapan) tapi dia explain sambil tengok tepat kat mata sambil bercakap gaya jantanz dan dekatkan muka. Haiyoh..nak pengsan rasa okeh. Perluke tenung mata segala kan? Sib baik dia cakap slow - air liur tak merecik-recik. Terus jadik patung dan sentap. Hanya boleh jawab 'oh, ok'. Mana I biasa org ckp cara jantan..kawan2 laki I semua menyempreng (nyempreng - bercakap dengan meninggikan dan menyaringkan suara) je pandai sambil cekak pinggang sebelah.keke *jeling adik ikan ratu dan adik ikan gentle*.
Dua - ada la member sorg nih (mamat aussie) tetiba ajak sembang2 masa tggu bas. Saya nak pi asrama masa tuh. Tetiba dia ckp pasal kawan kitorg yang sedang ada masalah cinta *kat sini pon org ajak i gossip tau*. Then tetiba tengah sembang dia ckp dia suka tgk mata I u ols!! Cantik katanya. Ah, sudah! sentap tapi terus pecah gelak. Kat Malaysia semua org kata mata i besar tersembul..kekeke *As, aku menang ngan hasber sebab mata aku besar kan*. I tak boleh la org puji2 nih tak kira lah org ikhlas ke tak kan..sebab I rasa mcm tak betul. Tapi alhamdulillah lah kan sebab ada jugak org nampak mata i nih cantik walaupun ada lingkaran gelap bawah mata. Semangat pokcik tu puji, rupanya dia suka mata hitam. Kalau u ols semua dtg sini pon mesti dia kata mata u ols semua cantik..hehe. Dari mata cantik teruslah meleret kepada kawin u ols!! Sampai dia suh dok sebelah dia dalam bas sebab nak tanya soalan lagi. Katanya dia dan rakan-rakan termasuk dharma *haiyoh, kaki gossip okeh* dok konpius napa saya takde pakwe or tak kawin lagi.
'I am straight' - untuk explain orientasi seksual saya adalah normal. Kang tetiba dia promot kawan lesbonya jenuh tau! So, last2 dia sendiri buat kesimpulan yang mungkin kerana culture, saya kurang digemari lelaki tempatan *lelaki tempatan kan mahu wanita yang lemah lembut, pandai masak, tak menjengkelkan time PMS, tak kuat membebel, takde halkum* - dia pon nampak saya tak cukup traditional. Tapi katanya kalau bagi laki aussie, dia rasa I'm a big catch! Sentap! haruslah big catch kan, kakak ikan tersohor sampai joe pon i nak ngorat!hahaha. Siap tanya kalau kawin ngan orang aussie kisah ke tak. Sentap I!!!Sib baik dah sampai asrama. So, perbincangan terhenti. Mengerikanlah depa nih. Ha, lelaki melaysia, sila pinang saya. Tak kuasa okeh saya nak kawin ngan omputis. Tak cukup taste, haha.

6. Tammo meroyan pasal junsu dah. Suara je sedap, tapi mcm poyo lak pulak gaya dia tuh. Cinta beralih arah pada Taec - bermadu ngan Ayang Wilda.hahaha. Best dia ckp omputis dlm ni.. ps: cepatla keluar lagu baru yamapi oi..penat nih suka kat org lain..haha






ps: doakan semua ok esok. encik bos takde. basically saya akan buat semua senirik..dengan kekelamkabutan, selalunya mesti ada je yang tak ok..hoho

Encik bos dah masuk balik keje, dah tak boleh layan 2pm selalu

Update.

1. Encik bos masuk keje dah..so, banyak benda yang perlu diuruskan sebab biasanya kalau dia dtg opis baaaaaanyaklah benda dalam mindanya yang hebat itu. Even tadi dia tengok result trial yang saya jalankan, dengan bersungguh dia kata 'interesting', dan cuba mengaitkan dengan research dari paper2 lain. Oh, benda ni saya kena belajar. Sampai ke hari ini kalau saya baca paper/dapat result kajian, saya tak pernah berpikiran jauh. Result adalah result. Tapi tadi encik bos telah membuatkan saya rasa apa yg kita buat adalah value. Otaknya sentiasa ligat. Itulah sebabnya dia adalah encik bos kan.

2. Kasihan jugak encik bos. Sebab tak masuk ofis 2 hari, banyak benda yg kitorg tggu nak repot kat dia. So, hari ni warga pelajar dan staf yang bekerja hampir dengannya, take turn jumpa dia untuk memberi segala mak nenek updates. Elok je dia masuk opis, serbuan demi serbuan, terjahan demi terjahan dilakukan terhadap encik bos. Email dia pon berduyun diterima. Dan kepalanya kembali sarat dengan pelbagai benda. Saya tak ketinggalan..Walaupun based on entry blog nampak mcm saya tak buat beda lain selain layan 2pm, sebenarnya adalah jugaklah saya buat benda lain sikit2..so, boleh bagi updates kat encik bos. Mode: ciktutor kembali meroyan busy.

3. Lima ekor bebiri akan tiba esok. Kelam kelibut *ok, saya sentiasa kelam kelibut, tak pernah kool* jugak diskas dengan encik bos tadi. Bukan sengaja tammo confirm awal dengan farm manager, tapi sebab outlook saya bengong, habis semua email hilang. Orang yang order dan bagi num fon farm tu pulak cuti dr semalam. Encik bos pon masa tu cuti. Tapi tadi dah kol manager, esok boleh sampai. Satgi kena reconfirm nak boh animal kat mana. Manager animal house pergi farm pulak hari ni. Jadi nnti tengahari nak confirmkan dengan dedua manager balik.

4. Encik bos tanya balik pasal hujan tiruan tu. Haish, tensi bila memikirkan hujan! Sib baik MISBUMBLEBEE ada bagi idea. Saya memang maklumkan kat encik bos saya tanya kengkawan. Tapi tak bgtaula saya boh kat blog..kang sentap pulak dia. So, saya bgtau kawan suggest cotton/kain. Encik bos tak pernah bangkang apa yg kitorg cadang, so, dia suruh saya try guna kain. Saya bukan tak setuju guna kain tu, tapi kain yang dia bagi tu mcm mahal dan saya perlu gunting dan lekat2..macam malasnya nak guna benda mahal2 nih...Mesti sedih bila nak gunting.

5. Masih pasal hujan tiruan. Encik bos satu lagi suggest order kat workshop mesin hujan. Ala2 mcm shower tu kan, tapi leh control dripping rate. Hadui, mahal tu. Nak harap guna duit benchfees, bape ciputlah sangat. Kena mintak derma apply sshiplah nampaknya.

6. Tengahari ni nak pegi asrama dalam kampus. Sudah dapat offer untuk stay bermula hujung julai. Kalau ok lepas melawat tu nanti, I'm officially out of smith house next month.

7. Kena mula balik study untuk knowledge test. Malas.

8. Keadaan makin sejuk. Malas.

Monday, June 29, 2009

Utuk fadhilah dan ayang



nichkun buat expressi comel




2pm nyanyi balik lagu rain, jadi lagik sedap! Sentap taw.
Junsu nyanyi lepas minit ke 2.35.. =)
ps: junho yang nyanyi di minit ke 1.00 muka cam rain kannn?

Sunday, June 28, 2009

I'm Yours katanya...

Entry kali ini menggunakan bahasa pasar yang langsung tidak boleh dijadikan contoh untuk sebarang penulisan surat rasmi.

Sentap - Lepas Am release lagu I'm yours versi Melayu, ada org post kat Facebook tapi versi lain - suara sama tapi videonya lain. Pelik la jugak sebab videonya lain sangat u ols! takde bebiri2 tu seme! hanya ada lirik2 saje..nak bagi orang senang sing along saya kira. Kusangkakan di FB saja..rupanya di youtube dan myspace bersemangat adik kecil ini upload lagu Am siap linkkan untuk download, tapi tak claim pon sapa yang nyanyi - mengakibatkan semua org ingat dia yang nyanyi. I taklah meroyan sangat ni *tarik napas, hembus*, cuma sedikit sentap bila kat youtube Am ada pulak org mempertikaikan seolah2 Am pulak yang amik lagu Alan. Teruslah I menjelma jadi badak ala2 bluehippo, tapi *i bukan hipo tau*.
Still, terima kasih pada Alan kerana penat-penat tolong buat video baru version sing along, dan buat link untuk download. Secara tak langsung memperbanyakkan jumlah pendengar. Cuma lebih bertanggungjawab kalau boh kredit pada org yang selayaknya, tak gituh?
Apa kata projek baru Alan n Am nyanyi duet lagu lucky..keke.boleh?

ps: tiga kali edit entry. Ini yang paling rendah tahap sentapnya. =)


Aku pilih dia, maafkan aku

Kamu telah membuatkan aku sakit menanggung rindu.
Wajahmu tiada kelihatan.
Khabar beritamu insan lain yang sampaikan.
Mungkin kamu terlalu sibuk dengan tuntutan hidup.
Maafkan diriku bila terpaksa mengambil keputusan sukar ini.
Sungguh sukar.


Senyumannya mendebarkan.
Lirikan matanya mempesonakan.
Suaranya menggetarkan jiwa.


Yamapi, hati aku sudah berpaling kepada Junsu 2pm *mengesat hidung berdarah*.
Suaranya ketika menyanyi live jauh lebih sedap dari suara kamu kumpulan SNSD yang hanya tahu miming dan buat aksi yang mereka rasa comel, tapi sebenarnya tak comel langsung.

Hatiku akan kembali padamu apabila dirimu muncul kembali.
Maafkan aku...

Junsu, sarang hae! *mode senyum-senyum sambil melihat video klip 2pm*

Hadiah impian untuk hari lahir: poster Kim Junsu *hnnns - sambil mengelap hidung yang berdarah*






Saturday, June 27, 2009

Mari berlatih guna bahasa melayu penuh

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja. - diambil dari laman Facebook.

1. Bekas kekasih saya adalah :
bermata sepet.

2. Saya sedang mendengar :
lagu korea yang lama (It’s Raining – Rain/Bi)

3. Mungkin saya patut :
mengemas bilik yang dah keadaannya seperti sarang tikus dan saya juga patut memikirkan untuk mendobi baju kotor yang telah tersimpan selama 2 minggu.

4. Saya suka :
Yamapi dan penyanyi-penyanyi yang comel dari korea dan jepon.

5. Sahabat-sahabat baik saya :
adalah rakan sepenggosipan dan sepengejian, sentiasa memastikan saya terus hidup.

6. Saya tak faham :
lelaki Malaysia.

7. Saya kehilangan :
penyendal subang ketika sedang mengeringkan rambut dengan agak ganas semalam di bilik air.

8. Ramai yang berkata :
saya perlu banyak berdoa untuk jodoh tiba segera.

9. Makna nama saya :
isteri Nabi Muhammad s.a.w.

10. Cinta itu adalah :
boleh membahayakan kesihatan dan boleh membutakan mata jika kita gagal memahami konsepnya.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
teringatkan saya. Mungkin.

12. Saya akan cuba :
kurangkan sikap panas baran ketika mengalami sindrom pra-menstruasi (PMS).

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
selama-lamanyalah. Soalan apakah ini?

14. Telefon bimbit saya :
tidak sesuai dipakai di sini kerana penerimaan gelombangnya adalah rendah.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
saya akan terus melihat waktu pada paparan skrin telefon bimbit.

16. Saya paling meluat apabila
orang buat status di ‘yahoo mesengger’ atau laman ‘facebook’ menggunakan ejaan bahasa inggeris yang sengaja disalahkan dan bercampur aduk huruf besar dan kecil. Sesungguhnya saya rasa menyampah.

17. Pesta / Parti adalah :
memabukkan di sini.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Miffy, anjing poodle yang menyerang saya di ladang bebiri.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
ketika di sekolah menengah, walau kena berdiri di depan perhimpunan. Nota: sekolah tanpa lelaki adalah seperti syurga dunia!

20. Hari ini :
saya masih ke makmal untuk meneruskan kajian walau keadaan sangat sejuk dan katil menggoda saya tanpa henti-henti.

21. Malam ini saya akan
cuba tidur awal kerana mahu ke makmal sesudah subuh esok.

22. Esok pula saya akan :
meneruskan kajian dan memulakan pemerhatian yang baru.

23. Saya betul-betul inginkan :
Yamapi. Wang yang banyak supaya boleh hidup dengan selesa di sini tanpa memikirkan soal kewangan.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
saya memastikan krim penghalang sinar matahari adalah sekata.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
bergantung kepada keadaan emosi dan kedudukan kewangan.

26. Makanan Barat atau Jepun :
makanan jepun kerana lelaki makanan barat sungguh tak menepati citarasa saya.

27. Bilik yang terang atau gelap :
terang, kerana saya adalah penakut dan suka berfikir yang bukan-bukan (orang minyak, hantu, penjenayah)

28. Makanan segera adalah :
makanan yang akan saya beli ketika malas memasak.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
‘Thank you’ kepada seorang lelaki yang membukakan pintu dan memberikan laluan.

30. Siapa yang anda mahu Tag?
sesiapa yang mahu mencuba menggunakan bahasa melayu yang betul sepenuhnya (sekurang-kurangnya satu artikel).

Am nyanyi lagu situasi version english

Hot dari oven!




Amri - Situation
Lyrics by Syazwan

Discrimination has been making me fall
My reputation is unable to help

And I…
I’m wilting… oo…oo…oo over there

And hoping for something that’s new to me
That has always been in my dream

(Chorus)
And you… When you just disappear
It’s spoling, destroying my dream
A dream to reach the stars
To brighten up my life
I just want you to know
That you where I want to go
Right here in my… mind Wo..ooo

Because this body lose its willing to fight
To face the challenges coming in my life

And I…
I’m waiting, oo…oo.. over there

Hoping for something that is new to me
That has always been in my dream

(Repeat chorus)

Ha, sapa tak request lagu lagi pi page ini

Reviewer peng'embed': Sangat kretif bila suruh bebudak tu melukis dan kemudian manjadikannya sort of animasi. Kalau saya jadik bebudak tu mesti hati berbunga-bunga melihat hasilnya.
Scene berpusing-pusing macam gasing dan bergelimpangan atas rumput menghijau sangat hindustan, tapi menarik.
Good job Am!
And yes, sekarang anda sudah widekan range lagu2 yang anda bawak. Clap clap!

Kiri mana kiri? kekeke =)

Friday, June 26, 2009

Sengal-sengal otot.
Sakit pinggang.
Mengantuk sepanjang masa.

Tapi saya pecah gelak tgk clip ini. Fangirls mesti tengok *jeling orang yang tengah kursus model juga*
Tauke ikan salmon mungkin tak minat.

Budak kecik yang over

Pecah gelak tgk clip ini. Fangirls mesti tengok *jeling orang yang tengah kursus model juga*
Tauke ikan salmon mungkin tak minat.
Gadis yang bagi komen tentang durian kena tengok.
Ayang, sila tengok!
Alang, bila takde kaunseling BF meh tgk sini!

Bebudak yang comel.
Kalau saya ada kampeni, kompom saya amik budak seluar kaler kuning.


ps: Ayang, kenapakah muka KangIn seperti sentap menonton persembahan bebudak nih. Tercabarkah? Tengok Nichkun tu, sentiasa buat muka comels....awwww.
And yes, Eunhyuk ada!
sa-ngat.cho-mels.

p.p.s: Over kan penonton pompuan? kita akan jadi begitukah ayang? fadhilah? kinah? alang?

Setiap kali buat entry, bab tajukla paling last taip..susah okeh!

Ga*reth angkut 'wok' *mcm kuali* datang mai opis dan bagi kat saya. Terharu sebab dia angkut naik beskal dan kuali tu kotaknya besar gaban. Dia dah ada kuali baru jadi dia decide nak bagi saya yang lama. Ahaks.
Sib baik saya sorg je setakat ni budak negara lain kat lab tu.. Kalau tak sure gadoh tarik tudung/rambut berebut kuali.
Sib baikla student baru dr negara lain masuk awal tahun depan. Sempat enjoy, seek attention dan gedik puas2 ngan orang lab sebelum pompuan denmark tu masuk.keke. Kompom kalah ngan pompuan denmark tu sebab ayat BI saya skang tonggang terbalik - semua org dah tak paham apa saya cakap..hukkks.
Sib baik la Ga*reth ni dah kawin..Kalau tak sure dah ngorat. Dia comel dan baik dan rajin dan pandai dan gagah tau. Cuma dia cakap laju sangat, susah nak paham. Bukan, bukan..bukan sebab dapat kuali baru bagi puji pujian melambung ni..keke. Dia memang hebat okeh - siap masuk paper sebagai saintis muda gituhhh. Tapi malas nak citer banyak2 pasal dia sebab laki org kans...Err, tapi kalau dia tak kawin, pasti dia tak beli kuali, apatah lagi kuali baru dan sudah pasti dia takkan bagi kuali lama kat budak Malaysia nih. Sib baik Ga*reth dah kawin kannns..dapat kuali sebijik *walau tatau kuali tu akan jadi perhiasan atau akan digunakan*..hehehe
Thank you pren..*mata berkaca-kaca*

'I consider this as an early birthday present. Thank you!' sambil peluk kotak kuali yang besar

ps: henpon tertinggal, tak dapat amik gambo ga*reth kuali.

Thursday, June 25, 2009

Klik lah, ni bukan klip video mamat2 jambu..betul...

Ini bukan vklip korea/jepon. Bukan mamat jambu.
Ce korang tengok..



Sapa yang asik kena tanya pasal jodoh, playkan video klip nih kepada penyoal ye...
*mode pekup mulut sambil tgk video klip ini*

Bantuan diperlukan dari budak fizik!

Sapa budak fizik? Saya mahu mengadu domba nih

Sedang buat experimen hujan. Ni gambar jar yg dah ditebuk tupai guna soldering iron. Tapi bukan saya yang buat. Memang dah ada, budak dulu punya.


Bila saya saya boh filter paper atas lelubang itu, air hanya keluar dr 2 lubang, middle layer. Tak keluar langsung dr center. Jadi, ini bukan mimik hujan..ini adalah atap bocor. Haish.

Sapa ada idea nak pastikan air keluar dr banyak lobang. Tapi syaratnya saya nak dripping rate slow, tu yang lapik kertas turas.

Penat tau i menggerudi bekas yang baru (pas nih balik berotot ketul2 sebelah tangan sebab dril tu berat!).


Jenuh dah drill saiz yang berbeda, dah guna saiz kecik n besar..paling banyak adalah air drip dr 3 lubang..tapi tu pun lepas sejam dia drip dr satu lubang (still middle layer).

Sapa ada idea bgtau ye..Saya nih lemah konsep fizik. Dulu masa matriks saya drop subjek tu.

-----------------------

Pesanan hari ini

Kasihilah lebih dr satu..kikikiki.

Dan untuk tatapan semua, terimalah...

Tengah jalan balik beli lunch, sepanjang jalan jumpa banyak cacing tanah bergelimpangan..Ntah pesal.. Ni yang paling besar..

Wednesday, June 24, 2009

Ini entry untuk fangirls saja *gamit kak delinn*

Hanya untuk fangirls. Sila abaikan entry ini kalau anda bukan fan dan girl.



Junsu (2pm) dan Eunhyuk (Suju) pakai jenis cincin jenis yang sama.. Kebetulan pula saya sekarang tengah suka dengan Junsu dan Eunhyuk..Sehati sejiwa pulak tu. Sentap taw! kikikiki.

1. Nampak tak 2 orang bertutup kepala kat audience...pakai hood kah pakai tudung? Wah, jeles kan? Agaknya tu pelajar kita / Indo

2. Baju junsu *kiri sekali* sangat smat potongannya, kan? Mcm nak buat baju raya pulak pesen gituh. Ni gambar besar sket.


Kenapa rasa muka chansung mcm zizan nin versi gagah?


Kalau kak delinn bukak entry ini...kenapa rasa muka Nikkhun mcm muka Luqman anak kak As. Mungkin kah Luqman akan jadi hensem begini nanti?

Sekian entry fangirl berhalusinasi.

Tuesday, June 23, 2009

Tupai jatuh gedebab dalam tong sampah

Sepanjang penglibatan saya dalam arena penulisan dan penutupan dan pemindahan blog yang baru bermula pada 2007, saya hanya sekali menulis tentang tupai yang pandai melompat dan jatuh tersungkur ke bumi *tak boleh link kepada entry tersebut kerana dah delete – ni lah padah bila suka delete blog sendiri. Jadi kawan-kawan jangan suka delete blog*. Siapa sangka tak sampai 2 tahun, diri sendiri digemparkan dengan kisah tupai yang lain pula. Kali ini lebih tragis, tupai jatuh ke dalam tong sampah. Kesannya, bila tupai mahu cepat2 bangun dan kembali memanjat pokok, semua haiwan di rimba tahu yang tupai dah jatuh kerana terpalit bersamanya aroma tong sampah, menusuk ke hidung panjang sang gajah yang gagah, hidung tajam sang singa yang bengis, hidung comel sang kancil yang bijak, hidung mancung sang monyet yang lincah. Pendek kata hampir keseluruhan penghuni rimba sudah tahu kisah ini tanpa perlu ada penyampai cerita. Semua orang mampu menghidunya dengan sendiri. Tapi penghuni rimba tidak pulak bergosip sakan akan perihal itu. Kerana mereka haiwan, mereka tak bergossip. Kalau manusia, pasti ini akan jadi berita sensasi.

Yang faham, fahamlah. Yang tak faham, tak fahamlah.

Apa yang boleh saya kata, kita Muslim sewajarnya bersaudara. Saling bantu membantu. Saling kasih-mengasihi. Bukan melaga-lagakan orang, bukan meracuni pemikiran orang, bukan mengambil kesempatan atas orang lain, bukan mencari salah orang, bukan bukak aib orang.

Andai digerakkan hati oleh Allah untuk sang tupai itu menjejaki blog ini, saya mahu dia baca ini.

WE ARE WATCHING YOU. AND ALLAH IS WATCHING YOU ALL THIS TIME.

Kerana pulut santan binasa...*terus terliur..teringin nak makan cendol pulut, pulut kuning dan rendang!!*

Hidup, penuh dengan kejutan, kan?

Marilah request lagu untuk projek baru Amri



sila request di sini

Tarikh tutup 30 June.

ps: Peminat-peminat boyband jepon/korea/taiwan, jangan request lagu rancak menari2 yer. Tu bercanggah dengan imej artis ini..kikiki *gelak tutup mulut*

10 dalil kenapa saya tak suka memasak

1. Saya tolak konsep memasak adalah terapi untuk diri saya. Saya stress memasak sebab sentiasa kelam kabut. Saya perlu kelam kabut. Kalau relaks, jadilah insiden makanan rentung.
2. Saya tak suka makan apa yang saya masak sebab tak sedap. So, apekah point masak?
3. Saya lemah matematik, jadi saya susah nak menganggar jumlah benda2 yang perlu dicampurkan. Saya tak reti guna istilah 'secukup rasa'. Kalau bagi resipi yang lengkap dengan berapa sudu garam, gula, barulah saya rasa ok.
4. Saya suka pikir negatif. Saya selalu terbayang gas meletup ketika memasak atau kalau di sini selalu membayangkan fire alarm berbunyi dan kena bayar 671 aud. Jadi setiap kali memasak saya akan bukak tingkap luas2 dan kesannya memasak dalam kesejukan. Tak best.
5. Mak saya merupakan wanita yang hebat memasak. Kegembiraannya adalah bila memasak, bila orang suka masakan dia. Dia memang sangat suka memasak. Perlukah saya ragut kebahagiaannya yang satu ini? Sudah pasti jawapannya tidak.
6. Saya tak suka rancangan memasak. Ramai orang tengok rancangan2 ini dan cuba untuk mempraktikkan ajaran dalam rancangan. Contoh di Facebook, pelajar2 Malaysia di aussie berbalas komen tentang makanan dan tips dr rancangan Master Chef. Kalau yamapi buat rancangan memasak mungkin saya akan tengok.
7. Selalu tak suka bau badan sendiri selepas memasak. Sama mcm tak suka lalu tempat orang bakar sate di pasar malam. Kalau dapur ada hood takpe. Eh, tapi kat rumah sewa dulu ada hood, tapi saya tak memasak juga lah!huhu.
8. Tammo buang masa. Even sekarang saya terpaksa masak demi survival, saya tak masak dalam erti kata yang sebenar - hanya masukkan benda dalam oven dan tinggalkan. Saya tak gemar berdiri depan dapur lama-lama. Susah nak gambarkan perasaan apa kah itu.
9. Saya adalah 4% lebih kewanitaan mengikut kuiz facebook (48% lelaki dan 52% pompuan). Empat peratus itu disumbangkan oleh kegedikan melihat artis jambu, kecenderungan bergossip, anatomi fizikal dan juga kesensitifan. Kemahiran rumahtangga yang termasuk memasak tidak termasuk. Oh, kuiz ini tipu sebenarnya tapi saya terpaksa jadikannya fakta demi menyelamatkan diri..
10. Saya pemalas * ni rumusan untuk 9 lagi alasan di atas*

Semoga saya dapat suami pandai masak. Paling tak pon semoga dapat yang tak suka mengomel bila saya tak masak. Yang tak lokek untuk belanja saya makan di luar..hikhik.

Monday, June 22, 2009

Takkan PMS kot? Asik nak pukul orang je

Pelik betul lah.
Hangin satu badan bila dengar orang kutuk family dia.
Selalu saya tak amik pot, tapi hari ni tatau kenapa saya jadi hangin tahap gaban bila dia jumpa saya dan kutuk family dia habis-habisan. Sikit lagi nak kena lempang.
Kalau mengutuk family sendiri sampai seteruk tu, saya rasa setakat kawan-kawan ni lagi la teruk kena kutuk. Orang mcm ni selalu rasa diri hebat dan keputusan yang dia buat sentiasa betul.
Dengar sini penduduk bumi, jangan kerana cinta kita sanggup cakap kat keluarga kita 'You can disown me if you want'
Bila anak kucing yang kita jaga dari kecik tetiba hilang, pon kita sedih..Apatah lagi anak yang dah beso gabak, tetiba sanggup buang mak sebab cinta.
Saya harap, setialah anda anda semua bersama dengan saya.
Dan berilah ingatan pada saya terhadap entry ini.
Andai suatu hari nanti hati saya dibutakan cinta.
Nauzubillah.

Sunday, June 21, 2009

What is the hottest time of the day?















Sapa tau jawapan?













Saat saat ini bagaikan suhu sekeliling yang berubah ubah

Saat sebak - mendengar suara atok seperti tahan nangis bila saya telefon lepas seminggu sampai sini. Dia terus tammo cakap dengan saya, kalut-kalut pass fon kat opah. Sib baik opah cool. keke

Saat sedih - bila incubator ditutup dengan tak sengaja dan bacaan dia dah lari. Air mata menderu-deru, ditambah pulak dengan suasana hujan ketika itu. Perjalanan dr lab ke ofis perlu merentasi kawasan tak berbumbung. Maka wajah saya dibasahi air mata dan air hujan ketika merentasi kawasan tersebut. Orang lain lari, saya jalan dengan lemah sambil nangis. Sangat video klip! Tapi masuk je bilik opis dah tak jadi video klip sebab dah tersedu-sedu..keke

Saat teruja - bila mendapat postcards surprise dr msbumblebee. Terasa masih diingati walau tidak mampu dilihati *apa ayat ni*.

Saat wanita - setiap kali encik bos kenyit mata.ahaks.

Saat keibuan - bila melayan karenah anak2 kak As kat Melbourne dan membantu Sanar mewarna buku.

Saat takut - setiap kali nak ke toilet tengah-tengah malam sebab dharma pernah terjumpa pompuan yang bermasalah psikologi sedang mandi dalam gelap pukul 2.30 pagi. Setiap kali nak ke toilet akan rasa sangat seram - asik pandang belakang dan pastikan takde bunyi shower. Selalunya kalau dah lewat sangat akan tahan saje. Ada orang lagi selamber, melunaskan hajat dalam baldi di bilik sebab seriau ke toilet..keke.

Saat gembira - setiap kali ke farm melihat bebiri gemuk berlari-lari menyelamatkan diri. Sangat comel bontotnya bergerak2. Bulat dan gebu.hikhik

Saat comel - setiap kali berdiri dalam kalangan org tinggi dan gabak. Terasa boleh berlakon jadik hobbit solehah.

Saat jantan - bila berbincang secara serius dengan encik bos, dan bila lihat sara berkerja. Serius, saya mahu bekerja di ladang dengan penuh kejantanan mcm beliau. Dia wanita yg cantik tapi gagah!

Saat adik kecil - setiap kali dinasihatkan oleh wijdan.

Saat kakak yang tegas - setiap kali tak setuju dengan dharma.

Saat pelajar - bila kena tegur dengan bos perihal akademik.

Saat bodoh - bila attend miting dengan encik2 bos dan tak dapat tangkap apa yg mereka bincangkan. Pernah di dalam satu miting, saya telah disoal. Tapi saya silap paham, saya ingat tu idea. Gigih mencatat dalam buku dengan anggukan semangat sambil berkata 'yes, thats a good idea' dan tetiba encik bos kata 'it's actually a question' kekekek.

Saat terapi - setiap kali tulis entry blog. Walaupun pada hakikatnya sekarang ayat BM saya sudah tunggang terbalik sampaikan bila saya baca balik pon saya konpius. Oh, masa kat uni dulu saya dapat C+ untuk LKM 400 (BM). Saya berazam akan memperbaiki penguasaan bahasa saya. Sila beri tunjuk ajar. =)

Saat solehah - setiap kali berbincang bab agama dengan wijdan. Setakat ini takde masalah, cuma soal lurus/dakapkan tangan itu sahaja yang jadi isu.

Saat bahang api neraka - setiap kali menyampah dengan orang dan mulut mengomel. *jeling rakan sepenggosipan*

Saat sunyi - setiap kali tiba waktu tidur di bilik yang sempit comel itu. Kadang2 bermonolog sebab sangat sunyi. Sungguh bosan kan?

Saat homesik - setiap kali kebulur. 'Tak homesik kah?' tanya encik bos, lepas diterjemahkan. 'Hanya pada makanan sebab saya tak pandai masak'. 'Oh, saya juga rindukan makanan malaysia'

Saat hidung darah - setiap kali lihat dia. Walau pesen apa pun rambutnya.

**Bestpren Yamapi - Ikuta Toma dr drama Hana Kimi versi Jepun menunjukkan bagaimana keadaan hidung darah yang sebenar. Mcm tau-tau je org hidung darah kat bestpren dia kannns?

Saturday, June 20, 2009

Ini entry penuh emosi dan tidak rasional

Serius sakit hati. Sangat sakit hati. Lebih menyakitkan hati dari dilabel sebagai pompuan PMS yang menjengkelkan.
Memula masih boleh sabar, sekarang saya rasa pedih hati. Sangat pedih.
Tuhan bagi kita akal untuk guna sebaiknya. Tuhan bagi kita jari untuk guna sebaik-baiknya. Kalau kita guna jari untuk menaip benda2 yang akan memudaratkan, jari tu nanti akan bagi laporan lengkap kat Tuhan kelak tentang kemusnahan yang telah dilakukan. Saya rasa nak tunjal kepala orang. Tapi sebab pikir kesan dan akibat yang dasyat di dunia, *belum lagi melihat akibatnya di akhirat* saya pendam saja. Tak payah belajar 4 thanawi dah boleh tau dosa laga-laga kan orang.
Tak paham betul manusia yang suka laga-lagakan orang negara dia dengan negara kita nih. Pasal rakyat negara dia sokong negara china instead of negara kita dalam pertandingan badminton yang berlangsung kat negara depa pon jadikan persoalan. Sebelum nih berterima kasih kat kita atas sepak terajang kita yang telah menyedarkan depa. *sila jawab 'sama-sama ' walau kita tak sepak terajang hatta kucing sekalipun - takyah bidas, tau depa guna metafora*
Cuba bayangkan, pensyarah ye yang buat mcm ni! Lepas dia balik PhD ni ntah berapa ramai lagi rakyat negara dia yang akan dirosakkan minda. Kalau ye pon nak suntik semangat patriotik, perlu ke nak tiup semangat bencikan negara lain? Ko duduk tengah padang tu, nyanyi lagu kebangsaan sambil kibar2 bendera sudahlah!
Isu-isu kecik pulak tu yang jadi modal nak tiupkan api kemarahan orang dan kejengkelan orang kat negara kita.
Nak gadoh boleh je sebenarnya, kita boleh buat headline pasal pembantu2 rumah yang goda laki orang, yang dera anak majikan, yang songlapkan duit majikan, yang tak bagi anak majikan makan sebab malas nak kemas bila budak buat sepah sampai malnutrisi dan masuk sepital *this happen to my aunt, siap pasang cctv segala untuk siasatan*, yang samun orang. Tapi kita tak buat kan? sebab kita malas nak amik pot besarkan cerita. kita tak suka generalisasikan orang. err, ataupon kita lebih suka bergossip pasal artis?oh, abaikan.
Tak selesai satu habuk pon masalah kalau main gadoh-gadoh gini. Adik yang kat indon tu, asik kena rompak, samun, barang kena curi..agaknya kena beli mangga cap bapak gajah pulak..tapi tak pernah sekali pon dengar mak marah2 kat bangsa depa. Mak kata takpelah, beli lain. mak kata ni harta donia *gituhla mode wanita solehah*. Kalau ikut hati ini yang sedang meluap2 nak santaukan je. Tapi mak kata dosa. So, kensel plan pasal santau. keke.
Tolongla..terutama bakal2 pendidik. Toksahla buat perangai racist tak tentu hala, tak kira lah kita bengang ngan bangsa apa sekali pun. Buruk rupanya. Buruk akibatnya. Selagi kita racist, selagi tuh la kita takleh nak maju. Bayangkan kalau kita tengah sambung belajar ni dapat encik bos yang racist. Dalam pada tak racist pon dah nangis tersedu sedan diriku ini.
Kita tak pernah sokong majikan2 yang mendera pembantu rumah, sindiket2 yang tipu pendatang, tapi tu bukan lesen besar untuk depa nak cari pasal ngan kita. Tuh, wartawan TV9 yang tinggi lampai tuh siap merantau interview depa masuk tv lagi nak menyedarkan masyarakat kita pasal depa mai sini cari rezeki halal. Pon, nak cari pasal lagi..
Daripada api-apikan orang untuk benci negara kita dan laung-laung Ganyang Malaysia *tu je lah slogan yang depa tau, takdak slogan yang lebih vok* baiklah nyanyi lagu Gee. Rela lagi dengar orang nyanyi lagu Gee! Sebab slogan ganyang mengganyang mungkin berakhir dengan pertumpahan darah manakala lagu Gee paling habis pon buat telinga darah je - kesan kerosakan akibat nyanyi lagu Gee adalah kecil.
Yang pasti - dedua negara mempunyai populasi Islam paling ramai. Jangan hairan la orang takut masuk Islam, brutal semuanya. Sikit2 nak gado. Sikit2 nak cari isu. Minda kelas lapan belas lah! Bukan lagi kelas ketiga.

"Kita muslim sibuk membincangkan apakah kita wajar mendekap tangan atau meluruskan tangan ketika bersolat, sedang musuh Islam membincangkan bagaimana untuk memotong tangan kita orang Islam." - Ayatullah Khomeni *dipetik dari blog Faisal Tehrani*
nota kaki: dekap tangan ketika solat - sunni, lurus- syi'i

Ini series tengah hangin, nasibla kalau sesapa bengang sebab entry takde perenggan yang nyata.keke

Betul-betul off to bed!

Tidur bertemankan imej makhluk tuhan paling seksi

Setelah berapa hari tidur awal - lepas isyak (isyak sini pukul 6 setengah) terus golek2 dan tido. Malam ini dek kerana ada sebab tertentu, tidur lambat. Bukan, bukan study..
Sebenarnya
Sebenarnya
Sebenarnya
takut dok sensorang *baca dengan nada berbisik*
Sib baik ada adik ikan dan awek kawan baik adik ikan yang amik gambar sekolah anak ikan sudi bersembang dengan saya.

Off to bed

p.s Hidung tak darah sebab ngantuk. Tapi nak cakap jugak 'hensemnya yamapi' sambil mata keluarkan imej lef yang berdegup-degup.

Hari ini sudah 2 bulan di sini

Saya berharap lepas ini saya tak menghitung hari lagi. Sebab apa? Kalau menghitung hari, seolah-olah menandakan betapa hati kita tak sepenuhnya di sini. Saya tidak mahu menghitung hari untuk balik kampung for good, sebab kalau saya lakukannya sekarang bermakna saya tak menghargai masa saya di sini. Walaupun secara hakikinya, saya memang menghitung hari untuk balik dan sumbat diri sendiri dengan masakan emak dan fastfood halal! kekeke

Dua bulan. Apa yang sudah saya dapat?

1. Dapat jamu perut dengan makanan halal yang sedap. Kebab, nasik ayam, fish and chips, sandwich telur. Saya sudah jumpa kedai2 yang menghidangkan makanan yang menyelerakan ini. Sudah pangkah lokasi kedai dalam otak dan selalunya laju menuju ke destinasi untuk menghabiskan duit bila perut berkeroncong. Dek kerana jadual makin sibuk, saya memang jarang gila masak, tambahan pula memang tak suka memasak. Saya sentiasa guna konsep gores dan menang rebus dan tinggal kan, atau campak dan siap atau bakar dan tinggalkan. Tanpa saya sangka ada makhluk Tuhan yang mengikut jejak saya *jimat masa okeh* dan apabila pakwenya tahu dia guna konsep ini, pakwenya kata dia pemalas. Saya benci lelaki yang sewenang2nya label pompuan pemalas atau apa2 saja label yang membabi buta. Kompom nanti bini dia akan dijadikan hamba abdi, takpun akan merana sepanjang hayat dek kerana penderaan emosi yang tidak berbelah bahagi.

2. Dapat memperbaiki cara buat research. Yang ni saya malas elaborate. Jawapan cliche utk org yg sedang sambung belajar dan buat research. Yang saya perhatikan mereka sangat enjoy buat research. Bos saya siap bersiul2 dalam lab sambil buat keje di kala saya sedang kesat air mata. Betapa relaks dan coolnya dia. Dan mereka suka buat satu projek tapi banyak benda diincorporatekan. So, banyak paper dapat. Bukan mcm satu tempat itu yang mahu buat banyak gila projek tapi semuanya surface research. Rugi. *sambil geleng2 kepala*

3. Dapat belajar menjadi lebih berperikemanusiaan, tapi tidak menjadi 'doormat' *jeling tauke ikan salmon*. Encik bos merupakan seorang bos yang sangat bagus. Tidak pernah sekali pun dia menunjukkan gaya bos. Dia tegas, tapi tak menjengkelkan. Dia sentiasa jaga staf bawahannya. Dia boleh dibawa bergurau dengan staff bawahannya. Memerhatikannya sudah cukup membuat saya banyak berfikir. Dia tak penah lazer orang. Perli lagi la tak penah. Dia banyak nasihati saya supaya jalani kehidupan yang sihat *dia tak suka saya tidur lewat*, dan dia sentiasa mahu mendengar pandangan orang lain. Kalau dia tak setuju, dia akan bagi penjelasan yang panjang lebar. Jadi kita yakin idea kita diterima tapi masih ada benda lain yang perlu dipertimbangkan. Bukan ditolak mentah-mentah kerana kasta yang direka-reka oleh kita sendiri. Kita Islam, tapi kita lazer orang, kita kutuk org, kita perli orang, kita perasan hebat sebab kita bos, kita perkecilkan orang lain sebab orang lain bukan bos mcm kita. Mahu tahu arah ke neraka? Tanya diri sendiri.

Friday, June 19, 2009

Saya mahu planner yang boleh bercakap

Semalam bday adik. Pukul 7.30 malam baru teringat.
Semalam juga birthday pakcik Ollie. Saya terlupa hari dan wish kat dia sehari sebelum. Semalam tak wish pun sbb tak ingat. Takpelah, dah terwish in advance.
Te*guh n So*ni akan balik Indo awal bulan 7.
Atik n beberapa budak Indo yg lain pon dah nak balik. Habis dah study.
Sekarang tgh peak - bebudak kat bangunan nih semua jalan dgn muka berkerut2. Majoriti jalan dengan labcoat ke sana ke mari. Semua org semakin hampir dgn confirmation seminar.
Bebudak master pon tgh berkerut-kerut. Ni musim exam.
Dharma pulak selain sibuk dengan labwork, sibuk dengan perancangan bertunang. Kitorg tak bergossip dah. Hanya bersembang bagi updates kat shower. Best okeh!
Hidup saya sekarang semakin pendek.
Pukul 9 dah tidur.
Bukak je mata dah bersiap ke skul.
Lepas nih lagi la pulak, sabtu ahad kena berkampung kat skul.
Takde gosip.
Takde gedik.
Tapi sempat perasan ada fish n chips yang kurang berminyak kat uni.
Dan dapat tahu nasik ayam kedai kebab sangat sedap!
Perasan yang dah 2 mggu tak bertegur sapa memberikan senyuman mesra dengan Peter.
Dan ada lecturer baru yang hensems.
Dan baru perasan, mamat latin hensem jugak ye *jeling kat kak khalid*.

Macamana nak bgtau encik bos ni?

Saya tanya mana lampu inkubator.
Dia jawab tatau.
Saya kata takpelah.
Dia gigih jugak nak carik suis lampu inkubator.
Tetiba dia pi tekan satu suis.
Itu adalah suis untuk tutup incubator.
Dia bukak balik. Bacaan dah kero.
Saya tengah menangis.
Sebab nyata-nyata eksperimen dah gagal.
Sebab kebongokan sendiri.
*kesat air mata*

Saya mahu balik malaysia lah.

--------
Update: air mata sudah kering. Mata sudah sembab. Elok lepas solat zohor bos tepon. Kiranya good timing lah kan sebab masa tu dah tenang sikit. Bos tanya 'semua ok ke?' Saya jawab 'I'll see you in the lab' - memberi hint ada benda yg tak ok.
Air mata dah bertakung.
Memula main psikologi - bgtau apa yang ok.
'All ok, until..'
Maka sesi penceritaan bermula. Bercakap sambil tahan nangis.
Dia bercakap mcm bapak setelah diterjemahkan;
'Jadi dia dah musnahkan eksperimen kamu?'
'Tak, dia tak sengaja. Dia nak tolong. Saya yang lupa mcmana nak on lampu.'
'Sekarang dah tau?'
'Dah'
'Hari tu pon saya terswitch off incubator kamu, kan takde masalah sebab lepas tu dia akan ikut balik suhu yang dah diprogram?'
'Tak, kali ni dia restart balik suhu memula'
'Ok, mari kita tengok jauh mana suhu lari dan kita cuba programkan balik. Jangan risau, tak jauh larinya'
*mengangguk penuh kelemahan*
Dia godek2 dan pukul 3 nih saya kena restart semula suhu.
Melihat mata yang sedikit sembab, dia kata dia nak dtg lab dan tlg on kan pukul 3.
Uh, dahla buat salah, pastu nak biar encik bos settingkan balik encik incubator?
'Takpe, saya dok lab..saya akan settingkan balik' bercakap dengan perlahan.

Tiba-tiba muncul encik bos kedua mahu lihat apa perkembangan saya. Sib baik mata dah mengecut. Kalau tak mesti dia perasan mata ngan hidung je yang mengembang.
'She has everything under control' kata encik bos kepada encik bos kedua.
Saya diam. Tak pandang encik bos. Tunduk mcm bersiap sedia untuk sujud. Malu dia kaverkan. Padahal memacam masalah dah saya timbulkan.

Dia akhir persidangan tak rasmi dalam lab di tepi incubator, encik bos cakap 'Ni prektis supaya bila ada baaaanyak sampel nnti, taklah kelam kelibut dan sedar buat salah lepas 3 minggu'.

Lepas dua bulan, lagak saya mcm baru 2 minggu masuk. *sigh*

kisah ini biarlah rahsia..jangan bgtau org tau. Sib baik encik bos tak kepochi mcm err...errr.. mcm sesetengah orang. Kalau tak kompom esok tersebar dengan jayanya.

*setakat ini salute spring kat encik bos. Sangat bapak.

Tuesday, June 16, 2009

Tak sedar masa berlalu begitu pantas

Khamis, akan mulakan eksperimen.
Khamis, akan ke ladang untuk ambil sample beratus-ratus gram.
Khamis, akan jumpa Mifi lagi.
Khamis, sungguh mengerikan.
Akan mula ke lab setiap hari walaupun Ahad.
Saya mungkin akan tidur di ofis hari sabtu malam ahad.
Shhhhh, jangan bgtau org lain ye.

Rabu, kena pastikan filter paper tu memberi dripping rate yg dikehendaki. Oder minggu lepas, sampai hari ni tak sampai2 lagi. Sabo je lah.
Rabu, kena pegi amik tanah-tanah dan batu yang sedang dinyahkumankan.
Rabu, kena semak balik bacaan data incubator.
Rabu, kena kira evaporation rate.
Rabu, kena pastikan semua ok tip top kebabom sebelum eksperimen bermula.

Encik-encik bos sangat bersemangat, tapi saya rasa hampir pengsan.
Saya takut mengecewakan.
Sungguh takut.
Mereka tidak tahu saya adalah wanita yang kelam kabut dan buat kerja semberono..huhu

Oh, dan sekarang perlu study untuk knowledge test - utk amik lesen memandu.
Semakin sibuk. Mungkin tidak dapat menghibur diri dengan menonton kecantikan heechul lagi. Mungkin.
Artisku, tapi I masih ada masa untuk strategi peasaran dan bisnes dan gossip. Sila ym/email kalau apa-apa. keke

Hiatus, sampai rasa yakin dengan perjalanan experimen.
Dok sibuk berblog, kang terleka pulak dengan tugas hakiki...keke

Mode sekarang : berdoa semua ok, dan harapnya filter paper ini adalah filter paper yang dicari selama ini. Aminnnn

Lagi cantik dari pompuan

Untuk adik tercinta yang tengah angaukan Yoona dr SNSD.
Terimalah....kekeke



Ayang, wajib tengok. Ada sungmin.
Kinah, kena tengok, heechul sangat cantik. Tercabar pompuan sebenar.
Sapa yang memilih untuk tekan butang play, yang berbaju merah itu adalah Heechul dr Suju.

Monday, June 15, 2009

Belum mengandung, tapi mengidam

Saat ini, tiada yang lebih diimpikan dari makan nasik berlaukkan ikan kembung goreng bersama kicap dan cicah sambal belacan *pengsan*

Lebih pengsan bila mahu menelan macaroni cheese segera yang dibeli.
Sumbat.
Sumbat.
Telan.
Sumbat.
Sumbat.
*pengsan*

Tuhan, selamatkan aku.

Sunday, June 14, 2009

Kerana mereka. saya menjadi kurang ignorant

Ignorant. Malu nak mengaku, tapi itulah hakikatnya. Tra dan Kak Khalid memang sedia arif kan betapa kurang berfaktanya saya dalam apa jua bidang. Walau budak bio, boleh mengeluarkan fakta eutrofikasi berlaku di paya bakau? Dan kak khalidah dengan penuh kekejian telah mengeji ala2 diva..keke. Tu belum masuk hal dunia. Hanya duduk sambil buat muka kesian, dan tggu disogokkan dengan fakta.

Itu kisah dulu. Sekarang pun tak banyak bezanya. Masih malas baca paper. Masih tak tengok tv. Sebab tu lah Allah campak saya ke sini - supaya aku bercampur dengan orang lain dan kurangkan keignorance yang melanda diri.

1. Kisah Manohara dan Tuanku Temenggong, kisah Ambalat, iisah Siti Hajar. Dek kerana ramai rerakan Indo di sini dan mereka begitu bersemangat patriotik, ketiga-tiga isu di atas yang berkaitan dengan negara kita yang tercinta saya perlu amik tau. Kena amik kisah. Sekurang-kurangnya kalau mereka suarakan saya ada fakta kalaupun bukan utk defend, cukup sekadar memberi mereka berfikir bahawa dalam 2 kisah di atas (kisah siti hajar sudah hampir selesai saya kira), kita tak boleh menjadi pengadil apatah lagi pemberi hukuman. Dalam kes Manohara dan TT, lagilah kita tak boleh nak adili di peringkat awal ni sebab banyak unsur keraguan yang timbul dan terlalu banyak publisiti diberikan sampai kisah siti hajar juga tersupress dek kehangatan kisah kerabat kelantan dan gadis indonesia yang cantik ini.

2. Kisah pilihanraya Iran. Kesemangatan peter petrelli dengan pilihanraya iran membuat saya terpanggil untuk sama2 mengikuti perkembangan pilihanraya iran tahun ini. Peter mahukan Mousavi menang, tapi Ahmedi Nejad telah mendahului lebih 30% dr undian. Hasilnya Ahmedi Nejad akan menyambung khidmatnya lagi satu penggal. Dan tahun ini iran telah mencipa sejarah kerana peratusan yag keluar mengundi adalah sangat tinggi berbanding sebelumnya dek kerana ada semangat untuk menaikkan Mousavi ke tampuk pemerintahan. Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya semangat apekah yang diberikan Mousavi kepada anak-anak muda ini?

3. Kisah pembunuhan pelajar India







Saturday, June 13, 2009

Ini entry untuk cik pensyarah sorang je. Takde sapa suruh tekan butang play tu aih. Saya suruh cik pensyarah sorang je.

Clip ini untuk cik pensyarah



Tegomass - Tanabata Matsuri. Lagu yang ceria!
Cik pensyarah, awat Massu hang buat rambut pelik aih..keke. Dan Yuya semakin hensem aku rasa - dia tiru rambut yamapi okeh.....
And guess what, yang full version akan release on 8th July!! hakhakhakhak *sengih mcm kambing*

Benda kecil yang besar maknanya

Hari ini birthday mak. Katanya yang ke 15..hihihi

Dan bila mendengar suara mak ketika menunggu bas, mamat2 persis bapak org kelihatan seperti artis-artis jepon dan korea *tapi bukan yamapi lah*, langit kelihatan cerah, udara dirasakan menghangatkan. Hanya kerana mendengar suara mak.

Dan saya berharap, benda kecil - mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan memberi makna yang besar buat mak. Kerana kewujudan mak dalam hidup kita besar maknanya. Dan benda kecil yang dilakukan oleh mak sudah pasti menjadi benda yang besar dan signifikan pada kita.

Mak, hari ini adalah hari ulangtahun mak dilahirkan. Terima kasih kerana terus berjuang untuk hidup sehingga diri ini mampu berada di sini hari ini - bergelak ketawa, sedih, meroyan, gembira. Terima kasih kerana selalu mendoakan anak yang degil, pemalas, kuat meroyan, kuat membebel dan kurang ciri kewanitaan ini.

Opah, terima kasih kerana lahirkan mak. Kalau opah berputus asa dalam hidup pasti anak-anak dan cucu opah tak wujud di dunia ini.

Tuhan, terima kasih atas segalanya. Tanpa kekuasaanmu, kami semua tiada dan cik tutor yang dot dot dot takkan wujud di dunia yang fana inih.

Friday, June 12, 2009

Lagu perli orang yang rajin guna Facebook

Ini untuk Facebook users..keke *jeling adik ikan*



ps: lirik sedikit mencarut, tapi kita takde yang bawah 18 kan?

Kerana ada orang tanya, saya beri jawapan..keke


Ini jawapan yang diberi:

Tra - gambar dlm kete.hahaha


Am - Gambar billboard kat luarkah atau gambar panggung wayang kat luar tuh?
Tom Hank's Angel and Demons kah?


kaklong 1. itu adalah imej screen iklan di tepi jln2 raya. betulkah? kalau salah boleh teka lagi?
2. ada iras2 babak dlm cerita twilight. hehehe. kereta itu punya tv dlm keretakah?

Jawapan sebenarnya ada dalam petikan ini -
Ini adalah gambar yang diambil dalam kereta family Kak As, ketika menonton wayang citer Angels and Demons. Nampak tak cahaya kaler oren? Itu frekuensi radio untuk dengar audio cerita nih. Kitorang pegi Movie Village sebab nak feel tengok wayang kat dataran dari dalam kereta. Keputusan dibuat last minit - lagi 10 minit wayang nak mula. Terkocoh-kocoh sarung sweater dan membungkus bekal untuk makan dalam kereta. Since saya dah baca novel Angels & Demons sampai beberapa chapter - pastu tak baca dah sebab bosan ya amat, kiranya dapatla tangkap jalan cerita ni walaupun kitorg terlepas 20 minit yang pertama.
Tapi kesian kat Luqman and Syafiqah, terlentuk liuk dan tertido. Tapi saya kagum ngan Syafiqah sebab asik tanya kat aunty vok sorang nih *ehem ehem* apa jalan cerita.

Saya mengisytiharkan Am menang. Bukan sebab dia artis naungan yang bakal release kan lagu hidung darah, opppps, tercerita pulak!, tapi sebab dia jawab paling tepat. Tra dan kak long, sipi-sipi tuh. Next time cuba lagi =).

Am, sila beri ukuran badan - 32, 27, 32 kah? kekeke dan alamat sekali tq walaupun hang kata tammo.

Lagi gambar

Kat vic*toria market


Tu bukan perut buncit tau. Tu plastik beg...kekek


Bersama mak n ayah steph


Bersama steph dan ayahnya


Sesi membebel kat nazir *kebengangan terpancar di mukanya..keke*


Yamapi punya rambut baru. Uh, disaster! (T_T). Tapi at least dia dah get rid of rambut kaler keorenen ituh

credit : XQ & yamapi_blue@LJ

Thursday, June 11, 2009

Rupanya makan adalah terapi takut

Pegi mall, beli gam gajah untuk experimen.
Gelap.
Lapar.
Sejuk.
Singgah kedai kebab.
Balik ke asrama jalan kaki.
Tak tahan lapar.
Makan sambil berjalan.
Kena tahan dengan lelaki orang asli.
Ingatkan dia nak tanya apa.
Rupanya dia mintak duit nak beli rokok.
Saya geleng kepala - berlakun macam tak pandai cakap omputis.
Terus tinggalkan dia.
Lepas sepuluh langkah berjalan, saya pusing - dia masih berdiri situ pandang saya.
Jantung berdegup kencang, tapi lapar punya pasal terus jalan sambil makan kebab.
Tapi jalan laju.
Dengan harapan dia tak kejar dan minta benda yang bukan-bukan pula.
Selamat sampai bilik.
Kebab masih tak habis.
Makan sambil baca gosip cik puan temenggong.
Kelaparan telah distract saya dari ancaman nyawa.
Orang asli kat sini memang mengerikan lah!

Wednesday, June 10, 2009

To do list

Ciktutor's to do list:

1. Dapat setkan dripping rate yang dikehendaki (a.s.a.p.)
2. Soil & aggregate for each container
3. Faecal sampling at farm
4. Jumpa agent bilik sewa - tengok bilik
5. Jumpa orang opis asrama dalam kampus - tengok bilik
6. Pegi RTA untuk setelkan hal lesen, then kontek balik instructor
7. Literature review yang dah 2 minggu tak sentuh *oh, kena bawak balik Pi lah nampaknya*
8. Lepaskan dia pergi

Tuesday, June 9, 2009

Kenapa otak aku tidak berfungsi dengan kadar optimum?



Encik bos ternampak saya dan telah menyatakan harapannya untuk saya mulakan eksperimen minggu depan. Paaaaaaling lewat katanya minggu lagi satu.
Kalau anak cacing kita letak dalam peti ais, dia jadik malas dan lembab. Biasanya dia boleh hidup lebih lama dalam peti ais (sampai berbulan-bulan) compared to letak kat luar (kalau suhu tinggi kat luar) sebab metabolisma jadik rendah.
Metabolisma saya sekarang dah jadik rendah mcm metabolisma anak cacing dalam peti ais.
Lebih lembab bila sudah berhari-hari tak nampak peter petrelli. *ayat gedik*
Dan wanita itu pulak dah ada adik ikan baru.
Ah, mencik!!!!
Berikan aku kehangatan cintamu.

Gambar yang banyak

Ini gambar awal pagi sebelum berjalan. Masa nih dah jadik geng ngan bebudak nih. Sebenarnya suruh depa panggil I kak je..Tapi mak depa suh panggil aunty..hukhuk. Saje tau kak As..hehe


Hari pertama berjalan adalah di Uni Melb. Bandar sangat uni nih compared to my current uni. So, dek kerana rasa kagum, bergambarlah dengan perkataan2 yg ada nama uni..hekhek. Padahal dekat uni sendiri pon tak pernah bergambar.


Bebudak nih memang suka gila main daun2 yang gugur..So, banyak gambar depa dengan dedaun mapel inih..


Kawasan uni cantik dan kebetulan tak ramai org mai uni masa tu. Weekends kan. So, sakanlah kami bergambaran.


Wah, lihatlah wanita ini..Tersenyum bahagia dengan scarf pinknya..hikhik


Ni dekat Yar*ra river. Boleh cruise segala. Tapi kami takla naik cruise. Just jalan-jalan ngan amik gambar. Ni ada sorang mamat hensem yang berbakat buat2 belon pelbagai bentuk tuh. So, Syafiqah and Luqman tengah tggu turn. Kitorg yang tua pon eksaited.


Ni lah budak-budak kecik yang comel. Sangatlah ramah dan friendly. Spiking tuh ngan kitorg. Kerja depa hari-hari adalah bermain dengan dua org aunty yang vok ineh. Main lukis dan teka..keke


Kat sini ada kawasan yang terpahat nama-nama org2 aussie yang terkenal di persada antarabangsa dalam industri hiburan. Kami bagi tapak kaki je kat Makcik Kylie nih. Nama Yamapi takde. Kompomlah kan sebab dia takde kena mengena satu apa pun dengan Aussie..keke


Otw balik umah ada lah berlaku sesuatu. Temperature naik mendadak. So, kitorang berenti sat sambil tunggu enjin sejuk dan wira penyelamat bumi datang membantu. Untung Kak As dapat suami penyelamat bumi..hehe


Tapi entahla, dalam dunia ni memang ada yang bergembira tatkala insan lain dalam gundah gulana. Ini satu contoh - boleh pulak tersenyum lebar dan berposing time kena berenti tengah jalan. Memang ratu posing sangat! keke


Second day - ni kat state library. Yang tugu libra sekerat tu *sila rujuk gambar kolaj kat entry di bawah*, adalah konon-kononnya library yang terbenam.


Tak suka gambar ni sebab dedua org posing cam hampeh. Tapi since takde banyak gambar kat Greens*borough kat kamera saya, saya upload la jugak. Ni kat sekitar kawasan umah kawan kak delinn, tutor UUM jugak. Mak dia kawin ngan omputis dan pindah ke sini. Lihatlah kawasan rumahnya..Banyak binatang katanya, tapi sebab dtg time hujan - tak nampak binatang2 itu.


Tsk, tsk, tsk. Percaya kan ini ratu bergambar? Semangat tau walau di mana jua..keke


Last but not least..Gambar versi hindustan..save la jadikan korang punya wallpaper..kekekeke

--------------------------------------------------------------
Ini kuiz. Sapa yang jadi orang pertama yang teka betul akan diberikan souvenir dr Melbourne.

Soalannya - gambar apekah ini?
*kak delinn, kak as, nazir takleh jawab*

Gambar kolaj


Monday, June 8, 2009

Update sepatah dua kata

I'm bekkkkkkkkkkk!!!


Baru menjejakkan kaki ke dalam bilik di 'rumah pakcik smith'. Mengantuk tahap awek gaban. Terlalu banyak cerita. Terlalu sikit drama (?). Tak tahu nak cerita apa. Puas hati jugaklah selepas mengopakkan diri sendiri. Great host – kawan kak delinn yang bernama Kak As yang telah berjaya juga dikenalpasti sebagai rakan sepenggosipan yang baru, great food *master chef gituh*, great new friends yang berpangkat anak-anak - Syafiqah n Luqman yang sangatlah comel dan bijak bistari, dapat bergossip sakan, dapat membebel dalam bahasa Melayu *Aini, budak RM*IT itu telah dibebeli olehku..keke*. Kesimpulan: aura diva kembali direcharged. Masa untuk kembali ke kehidupan seperti rakyat marhaen yang kesunyian dan kesepian dan suka meroyan.


Akan upload gambar kat uni esok dan akan bercerita kalau rasa nak bercerita. Kalau malas tahap sri dewi, akan CTL+C kendian CTL+V entry ratu goss malaya ituh…

Friday, June 5, 2009

Off to Melbourne

Ini scheduled entry. I'm off to Melbourne, demi bertemu rakan sepenggosipan 5-8 June. Moga jumpa lagi.

Kalau rindu - lihatlah klip surat Aiba yang sungguh menyayat hati.



Dan klip Sho, yang menggetarkan jiwa



Chiao

Thursday, June 4, 2009

Gambar bebiri lagi


Kemusnahan yang telah aku lakukan

Saya dah lingkupkan programming incubator kat lab. Bukan, bukan incubator tempat letak baby yang baru lahir tu. Untuk baby kambing pon bukan. Machine ni mcm peti ais, utk sediakan suhu sesuai untuk penetasan baby cacing. Kat malaysia tak guna mesin ni sebab suhu kita dah sesuai.
Alkisahnya saya yang berazam menjadi pelajar contoh - tidak mahu menyusahkan encik bos yang terlalu banyak memberi perhatian pada saya berbanding terhadap student lain. Saya rasa mcm terlalu dependent pada beliau dan cuba untuk pertama kalinya buat sendiri. Lagipun dia dah ajar mcmana nak buat setting sebelum ni.
Lepas 3 jam, mesin tak ikut arahan nampaknya. Saya masukkan instruction baru sebab kalau dia ikut setting lama data suhu dah lari 3 jam. Tahu apa jadi? Terus mesin display *DATA FAIL*. Sentap okeh. Merafak sembah pada encik bos sambil tahan nangis. Dia kata lain kali takyah gigih nak buat hari tu jugak, dia kata sepatutnya buat setting keesokan hari, so takyah buat instruction baru. Ah, the damage already done kan? Hukkks. Kedip2 mata, supaya air mata tak bertakung banyak.
Dia godek2 dan berjaya. Lega, tapi sedikit sedih. Lebih menyedihkan bila datang lepas 2 jam utk make sure arahan baru dipatuhi - mesin dah dishut down. Gareth cakap encik bos tutup sebab mesin tak ikut arahan..
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! jariku yang kemetot ini telah membawa kemusnahan!
Seriesly rasa down
1 - sebab dah menyusahkan encik bos, lebih teruk dr mintak dia buatkan setting.
2 - tataula mesin tu boleh ok balik ke tak, dan benda ini akan effect lab study. Kalau tak ok, tak boleh mula kajian.
3 - esok pulak nak bercuti-cutian di Melbourne - padahal dah membawa kemusnahan di lab! banyak cantik muka kau! kau ingat kau tu anak ibu ratu?
4 - period. dan hidung pun mula darah teruk. Kenapa asal time period je hidung pon sibuk nak darah? Bebudak medic, dr layan Yoona yang berlakun mcm kayu tu *haha* baik cari jawapan utk soalan berusur akademik nih.

I really hope masalah ni boleh diselesaikan. Segera. hukkkks.
Dan hari ini encik bos tak muncul-muncul lagi. Adakah ini penghukuman terhadap kesalahan yang telah aku lakukan? (T_T)


Update: Jam 2.35 waktu sini, nampaknya incubator macam sudah ok. Encik bos juga nampaknya lega.*manarik nafas dalam-dalam dan hembus*. Jangan harapla aku nak settingkan incubator tu balik.hukss. *trauma*.
Semoga tak sentap lagi dengan sentuhan berbisaku..

Wednesday, June 3, 2009

<3

Adik di mesir angaukan Yoona, tapi saya masih dari dulu sampai sekarang tak pernah tak angau dengan pakcik sorang ni..

<3 <3 <3

*pengsan*

Tuesday, June 2, 2009

Sapa mahu jadi pakwe mut'ah?

Apa yang kamu rasa, bila dengan tiba-tiba dirangkul mesra oleh seorang yang sama jantina. Dan dia menuturkan 'your eyes are very beautiful' dan 'I like you' - sambil aksi-aksi lain yang cukup menjadikan alam sekeliling hangat walaupun sedang musim winter.

Freaking out?

Gelabah, tapi masih boleh bercakap dengan cool

'Please dont do that again, It's not good'

dan terus berazam untuk mencari pakwe.

segera.

Jam tanganku habis bateri

Lelaki bersuara sedap dan hensem dan berlesung pipit - Hirai Ken.
Ah, kalau dia pandai menari seperti Yamapi mungkin cintaku beralih arah.
Tra, you must listen to his voice, hihi. *ko selalu kutuk org2 yg aku minat takde talent yang sebenar kan?*

Lagu ni yg kitorg nyanyi masa Japanese Culture Night hari tu..
Kalau tau awal2 mamat nih nyanyi pasti lebih feeling.
Lagu adalah japanese version of Grandfather's Clock.



**mode tensen sebab rupanya jam kat pc yang attach kat incubator tu cepat 8 minit!! So, saya terlambat untuk resetting incubator - suppose pukul 9.00. Jam lappie saya pukul 8.58, kat pc tu dah pukul 9.06. Demmm! Takpe2, esok masih ada. Sib baik tak start lagi betul-betul.

Monday, June 1, 2009

Snail Mail

Bulan Jun ini saya telah memulakan misi untuk kembalikan semangat bersnailmail, thanks to missbumblebee atas motivasi tanpa sedar beliau itu. Maka, untuk bulan Jun ini, yang terpilih untuk menerima poskad dr diriku yang vok ineh adalah…. *drumroll*

  1. Missbumblebee
  2. Typicali
  3. Cikpensyarah
  4. Mak&Adik bongsu *bday depa bulan Jun*
  5. Angah Shafie *adik ikan*

Sila rujuk pigeon hole jabatan/postbox umah minggu depan.

Sesapa mahukan surprise sila beri alamat anda. Tapi kena tggu giliranlah ye.

Kalau saya murah rezeki, mungkin bulan depan saya tambah bilangan penerima kejutan.hiks

Ceriakan hatiku

Ini Aiba Masaki. Dia adalah comel dan klip ini sentiasa menceriakan hari saya.

Tolong beri aku jawapan

Kenapa?
kenapa sekarang saya asik keliru dengan ejaan know dan now? Adekah otak saya semakin mengecut?