Thursday, June 4, 2009

Kemusnahan yang telah aku lakukan

Saya dah lingkupkan programming incubator kat lab. Bukan, bukan incubator tempat letak baby yang baru lahir tu. Untuk baby kambing pon bukan. Machine ni mcm peti ais, utk sediakan suhu sesuai untuk penetasan baby cacing. Kat malaysia tak guna mesin ni sebab suhu kita dah sesuai.
Alkisahnya saya yang berazam menjadi pelajar contoh - tidak mahu menyusahkan encik bos yang terlalu banyak memberi perhatian pada saya berbanding terhadap student lain. Saya rasa mcm terlalu dependent pada beliau dan cuba untuk pertama kalinya buat sendiri. Lagipun dia dah ajar mcmana nak buat setting sebelum ni.
Lepas 3 jam, mesin tak ikut arahan nampaknya. Saya masukkan instruction baru sebab kalau dia ikut setting lama data suhu dah lari 3 jam. Tahu apa jadi? Terus mesin display *DATA FAIL*. Sentap okeh. Merafak sembah pada encik bos sambil tahan nangis. Dia kata lain kali takyah gigih nak buat hari tu jugak, dia kata sepatutnya buat setting keesokan hari, so takyah buat instruction baru. Ah, the damage already done kan? Hukkks. Kedip2 mata, supaya air mata tak bertakung banyak.
Dia godek2 dan berjaya. Lega, tapi sedikit sedih. Lebih menyedihkan bila datang lepas 2 jam utk make sure arahan baru dipatuhi - mesin dah dishut down. Gareth cakap encik bos tutup sebab mesin tak ikut arahan..
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! jariku yang kemetot ini telah membawa kemusnahan!
Seriesly rasa down
1 - sebab dah menyusahkan encik bos, lebih teruk dr mintak dia buatkan setting.
2 - tataula mesin tu boleh ok balik ke tak, dan benda ini akan effect lab study. Kalau tak ok, tak boleh mula kajian.
3 - esok pulak nak bercuti-cutian di Melbourne - padahal dah membawa kemusnahan di lab! banyak cantik muka kau! kau ingat kau tu anak ibu ratu?
4 - period. dan hidung pun mula darah teruk. Kenapa asal time period je hidung pon sibuk nak darah? Bebudak medic, dr layan Yoona yang berlakun mcm kayu tu *haha* baik cari jawapan utk soalan berusur akademik nih.

I really hope masalah ni boleh diselesaikan. Segera. hukkkks.
Dan hari ini encik bos tak muncul-muncul lagi. Adakah ini penghukuman terhadap kesalahan yang telah aku lakukan? (T_T)


Update: Jam 2.35 waktu sini, nampaknya incubator macam sudah ok. Encik bos juga nampaknya lega.*manarik nafas dalam-dalam dan hembus*. Jangan harapla aku nak settingkan incubator tu balik.hukss. *trauma*.
Semoga tak sentap lagi dengan sentuhan berbisaku..

1 comment:

  1. to err is human. don't worry too much. bukannyer sengaja kan. lepas ni kena hati2.

    ReplyDelete