Saya tanya mana lampu inkubator.
Dia jawab tatau.
Saya kata takpelah.
Dia gigih jugak nak carik suis lampu inkubator.
Tetiba dia pi tekan satu suis.
Itu adalah suis untuk tutup incubator.
Dia bukak balik. Bacaan dah kero.
Saya tengah menangis.
Sebab nyata-nyata eksperimen dah gagal.
Sebab kebongokan sendiri.
*kesat air mata*
Saya mahu balik malaysia lah.
--------
Update: air mata sudah kering. Mata sudah sembab. Elok lepas solat zohor bos tepon. Kiranya good timing lah kan sebab masa tu dah tenang sikit. Bos tanya 'semua ok ke?' Saya jawab 'I'll see you in the lab' - memberi hint ada benda yg tak ok.
Air mata dah bertakung.
Memula main psikologi - bgtau apa yang ok.
'All ok, until..'
Maka sesi penceritaan bermula. Bercakap sambil tahan nangis.
Dia bercakap mcm bapak setelah diterjemahkan;
'Jadi dia dah musnahkan eksperimen kamu?'
'Tak, dia tak sengaja. Dia nak tolong. Saya yang lupa mcmana nak on lampu.'
'Sekarang dah tau?'
'Dah'
'Hari tu pon saya terswitch off incubator kamu, kan takde masalah sebab lepas tu dia akan ikut balik suhu yang dah diprogram?'
'Tak, kali ni dia restart balik suhu memula'
'Ok, mari kita tengok jauh mana suhu lari dan kita cuba programkan balik. Jangan risau, tak jauh larinya'
*mengangguk penuh kelemahan*
Dia godek2 dan pukul 3 nih saya kena restart semula suhu.
Melihat mata yang sedikit sembab, dia kata dia nak dtg lab dan tlg on kan pukul 3.
Uh, dahla buat salah, pastu nak biar encik bos settingkan balik encik incubator?
'Takpe, saya dok lab..saya akan settingkan balik' bercakap dengan perlahan.
Tiba-tiba muncul encik bos kedua mahu lihat apa perkembangan saya. Sib baik mata dah mengecut. Kalau tak mesti dia perasan mata ngan hidung je yang mengembang.
'She has everything under control' kata encik bos kepada encik bos kedua.
Saya diam. Tak pandang encik bos. Tunduk mcm bersiap sedia untuk sujud. Malu dia kaverkan. Padahal memacam masalah dah saya timbulkan.
Dia akhir persidangan tak rasmi dalam lab di tepi incubator, encik bos cakap 'Ni prektis supaya bila ada baaaanyak sampel nnti, taklah kelam kelibut dan sedar buat salah lepas 3 minggu'.
Lepas dua bulan, lagak saya mcm baru 2 minggu masuk. *sigh*
kisah ini biarlah rahsia..jangan bgtau org tau. Sib baik encik bos tak kepochi mcm err...errr.. mcm sesetengah orang. Kalau tak kompom esok tersebar dengan jayanya.
*setakat ini salute spring kat encik bos. Sangat bapak.
itu petanda u have to be STRONGER.
ReplyDeleteneh baru pre-test kan.
lebih baik nanges dr makan hati macam sayer.
i lap u babeh. but i dont want you in malaysia rite now, not now!
Acu...fightinggg...jgn give up..tu ujian-ujian kecik je tu..be strong... :)
ReplyDeletenee chan - ini 1st time nangis sampai sedu2 kat sini.hukkks. sangat frust.
ReplyDeleteangah - mmg acu kecik...tp tak rasa masalah ni kecik...=(