Saturday, October 31, 2009

Perubahan

'aku dah berubah'

kata seorang kawan. adatlah, manusia berubah. sekali air bah, sekali pantai berubah. Manusia dan perubahan memang tak dapat dipisahkan. Cuma kita mengharapkan perubahan kita itu taklah berubah ke arah yang memudaratkan.

Atas dasar percayakan perubahan, saya yakin MBLAQ - sebuah kumpulan baru di bawah didikan Rain yang berlakon Full House akan mengubah gaya persembahan mereka. Kalau dilihat dari video klip, baju yang digunakan adalah koyak rabak - bagi menzahirkan susuk tubuh yang mungkin lebih menawan dari lelaki-lelaki kebanyakan yang hanya tau makan, tidur dan meroyan. Dan ada satu adegan seorang ahli yang kiut selak baju dengan niat nak bagi fangirls meroyan. Maka selama ini saya menanti dengan sabar perubahan yang mereka akan lakukan. Pasti persembahan di pentas dikelilingi manusia akan membuatkan mereka menjadi lebih sensitif dan membuat persembahan yang lebih sopan dari video klip.

Keyakinan saya telah disia-siakan. Rupanya baju compang camping koyak rabak tu adalah costume tetap untuk lagu Oh Yeah! oleh MBLAQ. Dan scene selak baju menonjolkan six pax itu ternyata adalah salah satu scene wajib dalam lagu ini. Gimik mahu glemer? MBLAQ, korang perlu belajar dari boyband jepon (especially dari kampeni Johnny's) dan boyband lain seperti Super Junior, Big Bang dan 2pm - sopan-sopan belaka. Takyah seksi meksi. Mungkin MBLAQ adalah SNSD versi lelaki?



Sila tutup mata diminit 2.02

Apa yang aku buat kat sini?

Akan sampai satu tahap kamu akan terfikir bila tengah sambung belajar 'Apa yang aku buat kat sini?'
Masih terngiang-ngiang nasihat pensyarah parasitologi di USM. Comel, tapi sudah menjadi hak milik kekal orang lain.
'Kamu rasa nak quit, kamu rasa tak mampu. Bertahanlah. Kalau kamu boleh lepas fasa tu, insyaAllah kamu akan ok'

Saya kira masa itu sudah tiba.
Pelajar-pelajar antarabangsa di sekeliling saya sudah dilanda tekanan, selalu mengeluarkan soalan berbaur sakit jiwa;

'Apa yang aku buat kat sini?'
'Oh, saya sendiri pon tatau apa yang saya buat kat sini' saya jawab selepas melepaskan keluhan berat.

Saya? toksah cakaplah. Tak pernahnya tak sakit jiwa. Sampai orang kata takyah minum arak dah mcm mabuk bila stress. Macam-macam gelaran dah dapat - crazy, comical, short-tempered, drama queen, overreact, PMS queen.
Bila jawab soalan survey dari universiti of Western Australia, saya sedar yang saya ada semua simptom depression kecuali satu - rasa nak bunuh diri;

1- tak boleh tidur malam, kalau berjaya tidur - pasti akan tidur berlebihan/tidur kekurangan menyebabkan kelesuan sepanjang hari walau dah makan 9 bijik vitamin setiap hari.
2 - kerisauan berlebihan.
3 - rasa tak mampu melakukan kerja yang menimbun.
4 - banyak buang masa sebab sibuk risau, tapi kerja satu pon tak buat.
5 - banyak menyendiri dari bersosial. hanya bersosial dengan lelaki jambu macam kohei, ake dan sam.
6 - tak boleh berfikir seperti normal. asik tersasul cakap bm. jelas, otak saya dah tak proses bahasa inggeris.
7 - cepat naik darah. Lebih cepat dari masa PMS - flatmate jerit 'nak cupcakes tak?' terus rasa nak sumbat cupcakes tu dalam mulut dia. Oh, dia bukan jerit kat saya, dia jerit kat orang lain.

'wrong timing' respond Fi dan Charlie dan Sara berkenaan survey online ini sebab Fi dan Charlie pon rasa depa ada majority simptom depression tu. haha

Hidup ini tidaklah selalu indah, kan? Paling tak indah bila ternampak Kohei yang comel berjalan seiring dengan minah saleh yang menyombong nak mampus. Rasa nak tolak-tolak je minah tu. - sungguh gandingan tak serasi! Kohei, sudah tiada maknanya lagi lambaian kasih sayang dan senyuman manismu itu.

Sekarang cakap, apa maknanya lagi aku berada di sini. Cakap!

--------------

'how are you?'
'mental break down last night but i'm ok today'
'thats normal! the most important is you recover. so, hows the analysis?' *pengsan*
'thats the cause of mental breakdown. but im slowly doing it. will show you monday. i hope.'
'ok'


Back to sleep, err.work =)

Friday, October 30, 2009

K

Alhamdulillah sudah ok sikit.
Bangun lambat.
Basuh pinggan.
Siapkan lunch.
Pegi international opis sebab konsulat malaysia nak mai bulan depan .
Sepanjang menuju ke opis sendiri dari international opis, asik bertembung dengan mamat kejepunan dan kecinaan dan kekorean.
Fuhhh, sip baik tak pengsan sepanjang jalan.
Dan terjumpa video ini.
Ok, untuk tatapan semua, especially Tra - ni video yang terselit jejaka pojaan hatiku...
*pengsan*




comel kan?

Thursday, October 29, 2009

kldj ldglgj ';lmxz.kwp

As expected, berakhirnya confirmation hanya melegakan di hari kejadian.
HANYA DI HARI KEJADIAN
Lepas tu, bermulalah kesengsaraan yang merenggut jiwa. Ok, penggunaan kesengsaraan tu macam agak over.

Encik bos dah tanya2 pasal report yang tak siap lagi - dia kata kena ligan siapkan report sebab 13 hb ni kena submit animal ethics application untuk eksperimen seterusnya. Jadi untuk apply animal ethics kena ada perancangan rapi tentang experimental design dan segala mak nenek method yang nak guna. Dan untuk ke tahap itu, perlulah menyelesaikan repot ini dengan analisis lengkap. Target awal boleh siap minggu ni, tapi bila jumpa encik bos tadi, tetiba dia perasan yang ada certain formula kena ubah sikit sebab libatkan dua spesis. Terus jadik pening sebab dah jadik komplikated tahap datuk tiri gaban. Worse, kena analisis balik data semula *pengsan*. Balik bilik sendiri, jadik sangat konpius sampai terus takleh nak recalculate data langsung. Sangat serabut - excel dan otak. Maka, telah balik awal dan tengok DVD sebab tak boleh berfikir langsung.

Bila takleh pikir, takleh kira.
Bila takleh kira, takleh analisis.
Bila takleh analisis, takleh tulis report.
Bila takleh tulis report, takleh nak plan untuk next experiment.
Bila takleh plan untuk next experiment, takleh apply untuk animals ethics.
Bila takleh apply animal ethics, eksperimen seterusnya tak boleh dijalankan cepat.
Bila eksperimen tak dijalankan cepat, mungkin tak dapat data penting yang diperlukan, sebab berkaitan dengan summer.

On top of that, kena siapkan abstract untuk present kat conference tahun depan - encik bos submit nama untuk bagi presentation. Tarikh tutup bulan depan. Maka kena siapkan report baru boleh submit abstract.

Encik bos kedua pulak, dah humbankan saya dengan berkepuk-kepuk lab repot bebudak.
Pegawai sebelah pulak dah tanya bila nak resume balik kerja research depa yang dah 2 minggu tak buat.

So, saya sedikit stress sampai keluar air masin dari kelopak mata.
Sebab rasa kecewa dengan diri sendiri.
Kecewa sebab gagal buat semua benda di atas dalam pace yang saya mahukan.
I am so down and frustrated, walaupun Big Bang keluarkan lagu jepon baru.

Dan susuk itu muncul di hadapan mata, menambah kesan yang menyesakkan jiwa.
Toksah tanya, ini simptom wanita lanjut usia.

Dan buat pertama kali dalam kesedaran yang nyata, saya rasa sangat-sangat emosi tanpa kaitan PMS. I think I'm depressed. Rasa nak amik anti-depressant.

Until I recover, see you!


Disable komen.

ps: Tra, kalau aku tak tahan, aku kol ko. Sila jangan angkat kalau tammo dengar pompuan gila meroyan.

Biarkan diriku mendengar suaramu

Koe wo Kikasete







Wednesday, October 28, 2009

Saya mahu jadikan hari Rabu hari bahagia *entry yang sangat panjang*

Pendahuluan *menjawab soalan Raja Atikah*- Sistem di Australia untuk ijazah kedoktoran tiada viva voce untuk defend research lepas hantar tesis akhir. Maka, setiap enam bulan akan ada evaluation. Lepas 6 bulan pertama depa akan evaluate kita, nak tengok kita tau ke tak ape yang ditonggang tonggekkan, nak pastikan kita ada pengetahuan asas yang mencukupi dan tahu semua hal-hal berkaitan candidature. So, depa nak kita bentangkan proposal, chapters untuk literature review, progress dan detailed plan 3 tahun. Lepas nih setiap enam bulan kena hantar progress report sahaja sebagai memenuhi syarat.

Pagi-pagi dah keluar, tggu bas dan tetiba muncul Sara yang kebetulan lalu kawasan asrama.
'Masuk!' dia bagi arahan.
Saya nih degil sangatkah sampai semua orang suka bagi arahan mcm tuh. Tak pernahnya nak tanya - nak naik tak? hahaha

Saya cari Peter.
Peter cari saya.
Apa maknanya tu?
Maknanya dedua nervous tahap gaban sampai kalut cari-mencari.
Series, saya salut sama Peter sebab dia saaaaaaaaangat semangat walau banyak masalah dihadapi dengan research dan hidup.
Masa saya nak guna projector, kena login dulu. Terpapar username Peter. Sentap! Maknanya dia dah try bubuh slide kat projector. Stress tau! Kenapa lah saya dikelilingi manusia-manusia bersemangat waja?
Saya saja masuk awal sebab niat nak sembang dengan panel sebelum mula sesi interview - untuk hilangkan nervous. Terus je panel lantik I sebagai wakil pelajar antarabangsa - incharge makanan untuk party akhir tahun. *pengsan* Makanan? Memang silap besar la kan. Kalau tak keracunan, mesti kebakaran. hehe.
Salah sorang panel kata 'Selalu nampak you, ni mesti kerja kuat'. Hahaha. Tergelak tau. Hakikatnyaaaaaa..I suka bergossip dari bilik ke bilik. Haruslah muka bersepah! *pekup mulut sambil gelak*. Tapi kembangla hidung sikit bila dia tuduh I rajin. Bolehla terima walau tak berasas. haha. Terus semangat. Dalam hati, berlakon sikit lagi sure lepas confirmation. hahaha. *Am, toksah buat muka keji*.
Struggling sikit masa present sebab langsung tak prektis sebelum ni sebab kalut dok analisis n masukkan data. Bila sebut perkataan 'nonchemotherapeutic', rasa nak tercabut lidah. Dekat 4 kali sebut u olssssssss!
Sikit tak puas hati sebab masa present part result cam tak berapa meyakinkan - just present secara surface sebab tengah analisis data *choi sangat kan, analisis dah dua minggu tapi tak siap-siap lagi*. Ada part yang bila dah cuba explain 3 kali beserta hayunan tangan dan lenggok badan, panel masih tak paham. Sib baik encik bos tolong - dia hanya tambah satu perkataan untuk memahamkan panel. Panel terus paham - sentap. Kena belajar cara mengeksplain dengan baik. Memang encik bos kata dia tammo tolong, tapi mungkin dia malu anak murid dah macam badut kat depan tu yang gigih kerut-kerut muka dan buat aksi2 terlampau untuk eksplain, encik bos came to the rescue. haha.

Part yang horror adalah part soal jawab!

1. 'Apa maksud standard deviation dan standard error dan least square mean?'
Hah? Apekebenda nak jawab nih?
Variance..errr, sample variance...err, standard error can be calculated from standard deviation. er...err...
Bagaikan tiba-tiba blackout di malam hari, saya terkulat-kulat kat depan, cuba susun ayat. Teraba-raba dalam kelam.
Kenapa depa suka tanya soalan basic yang saya tatau nak jawab?
See? kalau ada pakwe budak stat mesti saya boleh jawab! Yakin!


2. Bagaimana you rasa tahap pengetahuan you dalam statistik? Bagus ke tak?
Tak *dengan penuh yakin dan bersemangat*
Encik bos gelak. Peter gelak.
Cis.
Cis.
Cis.
'Basic tak kuat', saya jawab.
'Maka?'
'Maka saya perlu attend kelas statistik 100 dan 200'.
'Ok,' panel mencatat ke atas kertas.
Peter gelak lagi. Haish, hilang kehenseman.
Err, memang kita akan rasakan orang yg gelakkan kita nih tak hensem ke?

3. Macamana you yakin takde variasi besar dalam eksperimen?
Blablablablabla...*membebel dengan penuh semangat dengan hayunan tangan*
Encik bos menyampuk sambil tahan gelak.
'Dijah, berapa replicate you ada untuk tetiap eksperimen?'
'Err...4?'
'Ha, tu je yang dia nak tau' bos gelak.
Cis.
Cis.
Cis.

Tu antara saat2 hampeh. Yang lain ok lah, tak vogue sangat. It was horrible, banyak soalan tak terduga dek akal. Ok, tu alasan. Sebenarnya sebab tak well prepared. Tapi takpelah. Overall saya lepas dan encik bos serta panel2 puas hati dengan progress, cuma main concern adalah statistik. 45 menet - punyalah macam2 ditanya. Bila panel kata saya clear tentang perjalanan projek, saya lega. Dia kata dia teruja tengok saya bubuh dalam planning - sampling kat Malaysia, conference kat Melbourne dan conference kat Argentina. Ade ke orang yang tak semangat dengan 3 benda di atas - mode nak berjalanan dan menggedikan? Kehkehkeh.

Panel suggest develop model.
Tak mauuuuuuuuuuuuu. Sungguh, kalau kena develop model, saya kena tukar tajuk blog dari cik tutor yang dot dot dot kepada pelajar phd yang hilang akal.hahaha. Jadi model pon saya tak mau, develop model apetah lagi.

It was fun lah interview nih. Especially bila panel kata dia happy menjalankan sesi interview nih - haruslah enjoy bersoal jawab ngan I kan? Nak kata saya comel sangat tu taklah kan, tapi mungkin manis tu ada. haha. Tak, tak. Sebenarnya projek saya nih konsep asasnya mudah - kepentingan moisture untuk perkembangan cacing-cacing. Semua orang tau apa kelembapan - bukan lembab otak ye, dan semua orang tau apa tu cacing. So, asasnya semua orang boleh bayang. Jadi depa taklah rasa pojek saya nih mcm komplikated tahap gaban yang manusia biasa dari planet bumi takleh nak paham kan....
Dan panel kata dia nak tengok saya present kat seminar mingguan sekerap yang boleh. Gah! *pengsan*.

Encik bos kenyit mata lepas panel umumkan yang 'your candidature is now confirmed'. Sikit lagi rasa nak pengsan..haha.
Sempat bagi ucapan good luck penuh kasih sayang kat Peter dan saya blah ngan encik bos. Ada benda untuk improve lagi tapi encik bos kata well done! Haruslah well done sebab selama nih kalau dalam meeting, nervous ngalahkan laki nak jabat tangan tok kadi je gayanya. So, encik-encik bos semua tau yang saya memang ratu stagefright - dan memang TAK BOLEH langsung bercakap dalam meeting, sampaikan depa kena suruh saya bertenang dulu sebab saya mcm orang kena rasuk - bercakap sangat laju. hahaha. Tapi alhamdulillah terkawal kemeroyanan kali nih. terima kasih semua kerana doakan saya!

Semangat mengambil sushi - berpisah dengan charlie depan library sebab dia nak pi kedai buku.
Kohei *darah hidung*, eksaited nampak saya.
Saya rasa saya yang terlebih2 perasan lepas encik bos kenyit mata tadi. Sangkaan I meleset tau!!!!
'You duduk asrama?'
'Haah'
'I nampak you waktu pagi!'
'Ha? you dok asrama ke?'
'Haah!!Masa bangun tidur, tengok tingkap nampak you - eh, kenal budak pompuan tu!' *pengsan sebab comel ganda lapan*
'Hahaha'
'U dok flat berapa?'
'49'
'I dok flat dua puluh xxx' *alamak saya lupa!KENAPA ASIK LUPA ISI PENTING???????? Hari tuh lupa nama dia, ni lupa nombor flat pulak*
'Nama you Kohei kan' *ulat bulu dah naik daunnnnnn...apa boleh buat nasib badannnnnnnnnn*
'Eh???mana you tau nama I?'
'Terdengar kawan you panggil'
'Oh...'*muka kecewa. Alah, tau..dia nak I cakap I stalk dia..ahaha - yakin!*

-----------

'Nama I mula hurup K, nama dia pon hurup K. Macam takdir kan?'
'Mula dah pompuan nih buat perangai gila!' balas charlie sambil buat muka keji.

Off to rumah charlie. Malam ni kitorang nak masak kari ayam malaysia =).
Stay tuned untuk entry baru yang sensasi..kehkehkeh.

Doakan saya tenang

Ini adalah scheduled entry.
Ketika anda anda semua sedang membaca entry ini, saya mungkin saja sedang bersusah payah memejamkanlan mata kerana nervous.
Mungkin juga saya sedang menjalani interview - masih di dalam bilik seminar sedang melawan stagefright untuk membentangkan kepentingan dan matlamat kajian, hasil-hasil eksperimen, perancangan masa hadapan, progress penulisan literature review dan syarat-syarat yang sudah dan belum dipenuhi selaku pelajar di kawasan kampung ini.
Mungkin juga saya sedang berdukacita kerana gagal memahamkan panel dan mengecewakan encik bos.
Mungkin juga saya sedang lega kerana semuanya sudah berakhir.
Sistem di australia tiada viva voce setelah penyerahan tesis akhir, maka ini adalah seperti viva cuma lebih mudah kerana tak banyak result yg perlu dibentangkan. Tapi kenervousan tidaklah berbeza sikit pon.
Mungkin juga saya sedang berdating bermiting dengan encik bos untuk membincangkan hasil analisis eksperimen saya.
Mungkin juga saya sedang memberi nasihat kasih sayang kepada Peter yang akan melalui temuduga selepas saya.

Walau apa pun keadaan saya ketika anda semua membaca entry ini, saya harap doakanlah saya dikurniakan ketenangan sepanjang hari esok, terutama ketika proses temuduga.
Sebab sungguh, bila saya tidak tenang, saya akan memperbodohkan diri sendiri dan hodoh rupanya.haha
Doakanlah saya dapat fokus, memberi sepenuh tumpuan kepada perbincangan penyelidikan, dan melupakan hakikat Yamapi hampir membunuh saya dengan kehottannya dalam dua iklan di bawah. 17 saat kali 2 = pengsan kuasa dua.



Tuesday, October 27, 2009

SERATA ALERT

Weh
Weh
Weh
*tercungap cungap*

Ustazah Rozaidah ada dalam list kami.
Lepas tu
Lepas tu
Dia suggest kan friend yang lain kat FB

dan orangnya

adalah.................



USTAZAH FATIMAH *pengsan*



Buat pengetahuan semua yang bukan dari SERATA, ustazah ini sangatlah keibuan tapi tersangatlah tegas sebab dia ketua warden. Mem besar kat asrama. Kalau warden bertugas takde, akan ke rumah beliaulah untuk mintak tandatangan outing. Kalau ustazah kebetulan takde kat umah, adalah manusia-manusia berseni yang tiru tandatangan..haha. *adik-adik, sila jangan contohi*
Oh, buat bebudak USM, anak ustazah ni budak Bio USM - Faiz batch Naz, Shahrill.


Penduduk rumah hijau bilik B terkantoi tak pegi perjumpaan form 4, dan kena denda nyanyi lagu sepohon kayu depan semua orang *pengsan*.
Yang kena rotan tu....*jeling sesapa yang patut* - ustazah yang rotan ke cikgu umi? dirotan sebab bawak URTV ke? kekekekekeke
Azree, Ayang wilda, Ayu - perjumpaan dengan lembaga disiplin masa form 5 dengan penuh linangan air mata..hakhakhak.
Sayang kat ustazah...
Tapi....................................................................................... *pengsan*
So, takkan add ustazah sebab takut ustazah pitam.

Matematik dan kehidupan

Satu ketika dahulu - ketika di sekolah rendah, saya adalah pelajar yang sangat cintakan matematik. Mungkin kerana mak dan kawan baik mak adalah cikgu matematik yang hebat *bodek lagi: bilalah nak dapat tiket balik ipoh ni..hihihi*
Namun bila menginjak dewasa, matematik menjadi semakin jauh dan asing dalam hidup. Bukan, bukan kerana guru-guru tidak bagus, tapi kerana nasik lemak dewan makan yang menyebabkan saya gagal memberi tumpuan di dalam kelas - terutama dalam kelas matematik dan matematik tambahan.

'Dia nih tak pernahnya jaga dalam kelas add math' masih terngiang-ngiang cikgu matematik tingkatan empat *cikgu noraini* beramah mesra dengan saya ketika bertembung di jusco.
Rasa malu nak mampus dan tiba-tiba terasa nak buat alasan anak hilang - supaya persembangan tak diteruskan. haha.
Maka adik-adik, jika tidak mahu malu di kemudian hari..jangan malu berjumpa cikgu-cikgu di sekolah SEKARANG!

Maka tidak hairanlah semasa di universiti, saya gigih memperjuangkan untuk tidak mengambil kalkulus walaupun itu matapelajaran wajib untuk pelajar biologi. Saya bersusah payah merayu untuk menggantikan kalkulus dengan pengaturcaraan komputer, walaupun subjek itu tidak ditawarkan di semester itu. Berbekalkan kepropaan dan kedramaan, pihak pusat pengajian matematik terpedaya telah bermurah hati mempertimbangkan dan akhirnya membenarkan saya mengambil pengaturcaraan komputer sebagai ganti kepada kalkulus asas. Saya tidak tahu apa-apa pun berkaitan pengaturcaraan komputer, saya fikir ada kaitan dengan permainan komputer, rupanya takde kena mengena. Tapi takpelah, asalkan dapat lari dari kalkulus *adik-adik, jangan contohi sifat kurang mulia ini*.

Sebenarnya, matematik dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Kita mengira hari-hari. Kita guna nombor hari-hari. Tapi hairan... saya rasa asing. Seasing makhluk asing di planet bumi walaupun saya mengaplikasikan kemahiran asas kira-kira untuk mengira bilangan ahli Super Junior yang merupakan boyband dengan ahli teramai setakat ini - 13!
Saya kagum dengan manusia-manusia yang hebat bermain dengan nombor ekor, yang cintakan nombor-nombor. Kerana hakikatnya bila eksperimen saya kini banyak melibatkan formula matematik sekolah menengah, saya jadi hilang pedoman sekejap. Otak mengeras, beku, kemudian bagai diketuk dengan penukul - merekah dan pecah, hancur berkecai atas lantai.
Bila encik bos tanya rumus untuk isipadu silinder, rasa nak pengsan je rasa - yelah, otak dah berkecai atas lantai.... Itulah, kalau tak tidur dalam kelas dulu mesti boleh jawab, kan?
Bila dalam meeting, encik-encik bos suka tanya soalan melibatkan hasil darab melebihi 2 integer ketika berbincang mengenai experimental design. Mereka semangat, saya pulak lemah semangat - berpeluh2 dan mula kerutkan dahi tanda berfikir kononnya. Akhirnya kalkulator pink yang saya beli diwarehouse clearance menjadi teman setia setiap kali meeting. Walau dengan bantuan kalkulator, encik2 bos mencongak lagi laju dari saya, menyebabkan saya rasa bodoh berganda-ganda. Kagum betul bila depa boleh congak 13 x 7 dengan cepat. Saya hanya boleh sampai darab 11 *darab 9 saya guna cara lipat jari =D*. Sifir sebelas sampai 10 X 11 je saya boleh congak. Bila ditanya 12 X 11 - saya kena buat bentuk lazim. Nak buat macamana kan..siti sifir dah takde =(.
Dan hari ini dapat email dari encik bos supaya saya attend dua level *DUA level* statistik untuk membantu saya. Kalau operasi tambah tolak darab dan bahagi pun guna bentuk lazim sentiasa - guna konsep pinjam2, apa lagi statistik kan?
Saya semakin sedar tentang kepentingan matematik dalam kehidupan - at least kehidupan saya sekarang, dek kerana analisis saya banyak libatkan pengiraan. Dan setiap kali analisis, kena merafak sembah kat encik bos untuk mengesahkan pengiraan dan tak pernahnya betul. Sentiasalah encik bos kena double cek step by step *sigh*
Maka, saya berazam.

Untuk memastikan masa depan yang lebih gemilang dan lebih cintakan matematik....

saya perlu...

menggoda lelaki muslim berwajah jepon/korea/cina yang majoring dalam stat dan berusia sekurang-kurangnya sebaya dan tidak panas baran.
Ada jumpa? 

Monday, October 26, 2009

Mak tak ajar menyampah kat orang

Itu kata-kata mak, yang selalu berlegar2 dalam kepala kalau bertembung dengan orang yang kurang dikasihi. *mode: bodek mak supaya dapat tiket balik ipoh*.
Hari ini keluar ke bandar dengan charlie buat kesekian kalinya - mengalahkan bercinta dengan cashier je gayanya sebab hampir hari-hari membeli belah. Lepas beli, blah, tapi esoknya datang balik. *sigh* talking about retail therapy! heh.
Lepas habis membelanjakan wang simpanan yang sepatutnya disimpan untuk masa hadapan yang lebih gemilang, terkedek-kedeklah ke bus stop meredah hujan lebat. Sebenarnya charlie nak hantar balik, tapi dek kerana tak dengar bunyi hujan masa dalam bangunan, saya yakin dan semangat untuk balik dengan bas dan kami berpisah di persimpangan dilema menuruni escalator ke carpark.
Walaupun fokus mengangkat barang2 yang berat, saya masih mampu terkasima 1 saat bila ternampak orang yang kurang dikasihi duduk di dalam bas, paling hampir dengan drebar. Saya buat-buat tak nampak sambil membayangkan muka mak yang sedang memesan

'mak tak ajar menyampah kat orang'.

Tersirap sikit darah bila saya selesai membayar tambang, orang yang kurang dikasihi menegur
'Hi Kha-thi-jha'
'Hi', saya jawab sambil pandang plastik2 barang.

Mak tak ajar menyampah kat orang.
Mak tak ajar menyampah kat orang.
Mak tak ajar menyampah kat orang.

Tiba-tiba, dia berpusing 360 darjah menghadap saya yang duduk di belakangnya. Sungguh, kalau barang tak berat dan kalau hari tak hujan lebat, pasti saya akan duduk belakang sekali - tak duduk belakang dia. Duduk depan sebab barang berat dan sebab tak nampak jalan dengan jelas, yang akan menyukarkan penekanan loceng ketika waktunya. Dan kebetulan, encik driver yang bertugas hari ni adalah encik driver yang terkenal dengan sipat cepat cranky - sapa tekan loceng lambat sure kena sound.

Dia senyum.
Saya pengsan. Eh, tak. Saya sentap. haha
Dia buat aksi comel sambil tanya 'Nak pegi opis ke?'
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, berikanlah kesobaran pada hambaMu yang short tempered ini. Apekejadahnya pegi opis pukul 6 ptg dan berbondong2 dengan barang-barang seperti ikan, lobak merah, anggur dan tomato? 'Tak *sambil geleng2 kepala dan bulatkan mata*. Balik asrama. Duduk kat asrama.'
Dia senyum.
Saya diam.
Dia tak pusing balik ke depan.
Saya tanya 'pegi opis?' dengan niat dia boleh nampak betapa tak logiknya tanya soalan tu kat orang pada pukul 6 petang di waktu hujan lebat.
'Haah' dia senyum.
'Ha?' saya TERbuat muka sentap.
Dia kata nak pegi Sydney esok, tapi tertinggal tiket flight. Dia cerita panjang tapi saya tak fokus. Pura-pura dengar - angguk2 tanpa berhenti dan cakap ooo, sebenarnya tak dengar apa yg dia ckp sebab dalam hati dok bercakap..

cepatlah sampai
cepatlah sampai
cepatlah sampai

Dia pusing balik ke depan.
Lega.
Bas lalu kawasan keretapi. So, mcm jauh sikit perjalanan.
Dia pusing balik *pengsan*.

'Masak makanan Malaysia?' sambil senyum menongkat muka dekat seat bas.
Maka, saya selaku manusia biasa yang penuh dengan sifat terkeji dan mudah dipengaruhi syaitan yang direjam telah tiba-tiba sedikit panas hati sebab dia banyak tanya.
'Masak, tapi tak reti'
'Rendang?' - ingat ni musim raya?
'Roti canai?' - kalau I anak tokey Nasik Kandar Subaidah sekalipun, I takkan buat roti canai kat sini. Takde skill tebar.
'Kari bolehlah, sebab family saya ada darah India!' senyum yakin macam TOP.

Yes!!! syaitanirrojim sedang bersorak gembira dalam bas tu sebab hakikatnya saya highlight pasal India adalah dengan niat yang sangat jahat. Nak trigger supaya dia cakap dia tak suka Indian dan manusia-manusia yang ada darah India dan saya nak jawab 'I dont give a damn' dan semoga dia tak tegur saya dah.

Dia sentap bila saya mention pasal India.
'Atok saya India' saya tambah lagi keperisaan kesentapan.

Kerana Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu yang di langit dan di bumi, telefon dia terus berbunyi.
Dia angkat telefon dan bersembang sampailah ke kawasan asrama.
Saya masih diam, sentap dengan diri sendiri.
Sentap sebab purposely saya berniat nak carik pasal.
Memang nak trigger.
Memang nak gaduh.
Memang tak nak dia tegur dah, sebab memang dari awal dulu2 dia buat muka menyampah tetiap kali bertembung..kenapa sekarang tetiba nak jadik over baik pulak? Buat macam biasa je lah.

Ok, mak tak ajar menyampah kat orang.
Mak jugak tak ajar carik pasal dengan orang.
Keji sangat rasa. haha

Ketika nak turun, orang yang kurang dikasihi tegur
'Sorry dijah, I'll talk to you later' senyum dan terus sambung balik perbualan telefon.

Maka adik-adik dan kawan-kawan yang saya kasihi, kesimpulan dari cerita di atas adalah jangan cari pasal dengan orang yang dah tammo cari pasal.
Mungkin dia dah penat buat muka menyampah selama 5 bulan.
Mungkin PMS selama 5 bulan sudah berlalu.
Mungkin ketidakseimbangan hormon sudah kembali normal lepas 5 bulan.
Mungkin dia gaduh ngan awek dia selama 5 bulan sebelum ni dan sekarang sudah berbaik.
Apa pun kemungkinan, hakikat dia banyak kali cuba bersembang ngan saya atas dasar kemanusiaan sejagat adalah cubaan yang suci murni gunakan tanpa was-was dan selaku manusia yang cintakan kedamaian, saya perlu sematkan dalam hati sentiasa;

Mak tak ajar menyampah kat orang.
Mak tak ajar cari pasal ngan orang.

Tolong

Tensi betul bila Peter menunjukkan dokumen lengkap beliau untuk dihantar kepada penilai.
Sangat kemas, mcm folio KHB milik pelajar2 kelas pandai masa tingkatan 3 dulu.
Dokumen saya, berterabur dan sangat caca merba!!

Tolong!

dan tolong bgtau kat G-Dragon supaya jangan buat rambut mcm nih lagi! Sib baik lagu A Boy sedap. Sib baik jugak dia dah tukar pesen rambut untuk performance semalam. Tapi still horrible. Lagu nih tribute untuk MJ? Entah. Mungkin. atau mungkin G-D nak beking diri sesiap takut dituduh plagiat lagik.hikhik




hazabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb~

Sunday, October 25, 2009

Luahan hati fangirl

Saya nak cakap pasal fangirl.
Ada banyak kategori fangirl nih.
Ada fangirl yang over melampau.
Ada yang over terkawal.
Ada yang tak over.
Pesan saya pada fangirl2 sekalian, even nak meroyan atau menfangirl, perlulah rasional.
Saya nak komen pasal isu Jay 2pm yang ada kaitan dengan fangirls muslim.
Sebenarnya isu Jay 2pm mcm dah senyap kan? Bila JYP cakap semua orang kena hormat keputusan Jay dan 2pm akan terus bergiat sebagai 6 orang.
Alkisahnya diriku ini tersentap bila rupanya Hottest2 semua tak habih-habih lagi meroyans.
Jay sampai dapat liputan masuk berita di US.
Kendian hottest korea buat flashmob yang kedua.
Hottest NYC pon buat jugak pada 10/10 dengan lagu 10 out of 10.
Hottest Toronto tammo ketinggalan.
Hottest Philippines pon sama.
Hottest France.
Hottest Singapore.
Hottest Mexico.

Hottest Malaysia pon sama - siap masuk 8tv. Err, cuma yang I tak best bila bab  bebudak melayu, bebudak pakai tudung pon join menari mengeliat-ngeliat depan orang ramai. 90% okeh budak melayu. Ntah, rasa mcm tak kena. Tambah lagi ada part menonggek yang I rasa mcm tak perlu sebab takde pon dalam tarian 2pm. I mcm konpius sangat sebab tarian depa nih mcm lain especially bila part rap tuh - bila masa lak 2pm ada gelek2 otot belakang? *mampuslah kena bunuh ngan depa..gagaga*. Nak sangat sokong Jay? sain je lah petisyen dan pegilah angkat banner tinggi. Tapi join flashmob takyahlah saya rasa.



I am a fangirl tapi terkawal lagi sebab sedar dah tua rasa buang masa je buat tunjuk perasaan sain petisyen segala nih. Bukannya bawak kemaslahatan pada dunia *gituh*. I jadi fangirl sebab suka dan minat pada kejambuan dan kelincahan dan kesedapan lagu. Just menggedik kat blog. I hope not more than that.

Saya rasa dalam hidup ni kita kena ada pertimbangan yang wajar. Orang luar di negara bukan Islam pandang orang Islam nih sebagai decent dan sopan dan hormat diri sendiri. Kalau tammo hormat sensitiviti orang lain, hormatilah diri sendiri. Walaupun ni taklah sedasyat video2 lucah yang melibatkan pompuan bertudung yang bersepah2 kat internet, still.... kita kena cegah awal2 supaya ada rasa malu. Bila dah tak malu dan tak hormat diri sendiri, boleh menyebabkan kita terjebak ke kancah yang lain.
Pesanan ini sebenarnya ditujukan lebih pada diri sendiri =).

Andai kata pengupload dapat detect saya embed clip nih kat sini dan offended dengan pernyataan saya, saya mintak maaf sebab mungkin anda rasa terhina. Tapi saya kena cakap kerana saya sayang diri saya dan kawan-kawan saya dan mahu berkongsi pandangan saya.

ps buat Kinah - MKMF dah tukar nama jadik MAMA. Depa nak panggil Jay untuk buat perf ngan 2pm!

Cinderella a.k.a Kathy-lelah

Tak join bushwalking.
Malas.
Rupanya saya dijemput untuk join Elodi ke rumah kawannya untuk dinner.
Lepas jumpa Elodi baru tau. Kalau tau awal2 mebi saya cuba elak sebab kawan-kawan dia biasanya gila dan merapu..hahaha
Tapi since dia bgtau ketika menuju ke rumah kawan dia, susah nak back off tetiba.
The dinner was ok - sayur2 BBQ gituh - carrot, sweet potato, onion, brocolli bakar. *peliknya depa boleh kenyang*
Memula rasa macam isolated sebab tatau nak sembang apa dengan depa yg memang dah kawan sesama sendiri.
3 budak laki - duda muda anak sorang yang comel *kipas2 muka*, pekerja hidrology yang baru pindah ke armidale dan tuan rumah yang vogue.
2 budak pompuan - pelajar malaysia yang pendiam *haha* dan pelajar french yang gila *haha*.
Tapi bila depa leh detect saya ada kecintaan aneh pada bebiri, maka mulalah sekor2 trigger saya. Benci betul.
Duda muda yang comel bgtau rumah dia kat kawasan ladang bebiri, so bila bangun pagi leh nampak bebiri *pengsan*. Sentap 3 saat baru leh bagi respond kat dia..haha
Mamat hidrology bawak keluar map dan bgtau saya setiap kawasan yang dia tau ada banyak bebiri.
Tuan umah adalah vogue sejati *sesapa yang paham, pahamlah*, maka tak trigger saya ngan bebiri..dia trigger saya dengan mengenok topik lain - haha.
The only thing yang sikit meresahkan saya adalah again, saya sangat 'digemari' oleh anjing. Semua org pon sentap sebab sebaik saya masuk terus digomoi tanpa belas kasihan sampaikan tuan umah terpaksa tengking dan marah anjing untuk behave. Tapi bila tuan umah tak pandang dia, dia attack saya lagi - nak panjat riba, letak kepala atas riba, gigit kaki. Haish..... Asik ikut saya kemana saya pegi sampai semua orang konpius. Sebab banyak tulang kah? Elodi pon tulang. Tapi mungkin sebab saya pendek - dia ingat saya budak belasan tahun kot *kedip-kedip mata*.
Hari tuh pegi umah Sara pon tetiba anjing dia yang mega besar datang dengan penuh machonya menuju saya dan tetiba letak kepala atas riba!!!! lepas tu buat mata mcm kucing shrek tuh...sentap u ols.

Malam tadi pulak sibukkk je kucing JANTAN Elodi tidur ngan I..Bangun pagi dia dah hilang..agaknya kena tendang tanpa sedar..hahaha.
Hari rabu baru ni masa tengah makan sushi bawah pokok, datang sekor burung..pelan2 dia datang dekat. Bagi dia sikit sushi - dia amik bawak ke sarang. Pastu datang balik. Last2 rasanya separuh sushi tu bagi kat dia..hahaha
Haish, ni musim binatang tertarik pada I ke?moskelll.
Sangat moskel.
Mungkinkah sebenarnya saya adalah cinderella??
Mak, saya perlu kepastian.haha

Ok, see you guys later..sudah recharge. =)

Saturday, October 24, 2009

Drama malam sabtu

Rasanya ok je, bukanlah jiwa kacau jurus ke lapan pun..cuma perlu masa bertenang. Tapi kawan-kawan kata saya tak ok. Depa kata saya diam. Entah, mungkin banyak benda yang berserabut dalam kepala, membuatkan saya banyak bercakap dalam kepala dan tanpa sedar semua tak terucap di mulut, which is very2 odd buat orang sekeliling. hahah *tergelak pulak*

So, Charlie decide kitorg chill out dengan bermovian di bandar *walau dah dua hari berturut-turut keluar shopping dengan dia*, dengan alasan dia perasan saya mengeluh banyak kali dan tak bercakap masa lunch. Dan Elodi pulak ajak tido rumah dia sabtu malam dan ajak join bush walking hari ahad pagi. Bush walking tu maybe saya tak join. Malas pulak rasa. Tapi insyaAllah ke rumah dia hari Sabtu - ala2 nak berpillowtalk sambil dia nak cek saya punya preparation untuk confirmation.

Maka telah ke movie menonton Julie and Julia. Dah agak dah cerita nih kegemaran wanita2 berusia bila kitorang je remaja muda belia(?) dalam panggung. Ada lah kot sorang dua lagi, tapi obviously wanita2 di fasa menopos mendominasi bilangan penonton. Since charlie suka cerita nih sebab ada bab memasak - dia sangat suka memasak, maka saya turutkan aje lah. And tak sangkalah best jugak cerita2 ginih. Cuma yang lawaknya kitorg berdua gelak part2 yang makcik2 tak gelak. hahaha. So, I'm feeling better lepas tengok movie..sehinggalah...ketika bersuka ria bergelak ketawa menuju kereta...kitorang dapat tau yang...

yang.....

parking lot bawah shopping complex dah terkunci dengan kereta charlie dalamnnya!

intai2 tak nampak kereta lain. Ah, sudah! Laptop yamapi dalam kereta. Begpack dalam kereta. Dahla takde duit nak naik teksi. Sara pulak pegi jalan2 jumpa kawan, sabtu baru balik.
Bila berdua, kepanikan berkurang, tapi bila dua perempuan *yang masing-masing kuat bercakap* dalam keadaan panik, macam amazing race pulak rasanya berkejaran ke sana kemari dengan mulut masing2 tak berhenti bergerak. Patah balik ke cinema dan terjah makcik yang baru keluar cinema. Makcik suruh tanya budak kaunter cinema. Budak cinema apa pun tatau. Apekah? Hampeh betul.
Kitorang nampak ada satu kaunter setentang ngan parking, terus terjah untuk mendapat kepastian sambil mulut masing potpetpotpet. Orang pandang2 saya, oh rupanya itu kaunter luar bar... agaknya makcik2 tu ingat saya nak bermabukan sambil pakai tudung..hahaha. Abang kaunter tu hensemlah jugak. Dia bagi num 1300-blablabla, so kitorang tepon. Orang yang kitorang kol tu bagi pulak number 1300-blablabla yang lain. Fon charlie dah bunyik2 menandakan bateri akan kong. Kalau depa bagi num 1300-blablabla yang lain lagi, memang dijamin fon dia akan terpadam. Fon saya pulak diragui taraf kekreditannya. Maka, saya gigih berdoa dlm hati sampai pejam2 mata, semoga fon charlie tak padam sebelum waktunya. Kalau tak, kena pi cari pablik fon pulak memalam buta.

'Pegi intai pintu plaza yang dekat dengan kedai nama Bi-lo, buat bising kat pintu untuk tarik perhatian cleaner sebab cleaner yang kunci pintu carpark. Suruh cleaner unlock. ' Itulah nasihat yang pelik dari orang yang kitorang tepon.

Maka terkedek-kedeklah menuju ke pintu dekat Bi-lo. Tetiba ternampak satu pintu carpark nih tak kunci. Saya buat dono sebab secara logik akal, carpark tempat charlie letak kereta tu macam jauh sikit dan obviously carpark ni tggi sikit. Tapi charlie lebih bijak, gigih nak terjah untuk kepastian! Maka, saya terkedek-kedeklah membontoti charlie melalui carpark yang agak gelap dan berliku *drama*. Jalan punya jalan, akhirnya jumpa kereta charlie sebab carpark tu bersambung2 rupanya.
Haiyohhhhhhhhhhhhhhhh!!!

'Rugi je tepon sana sini. Patut kita pusing-pusing dulu luar carpark. Kita nih saintis! Saintis patut siasat semua dulu baru buat keputusan dan amik tindakan' charlie membebel tak puas hati.
'Saintis tu saintis la, tapi kita nih saintis POMPUAN'
'Hahahaha, yang bercakap, bertindak dan berfikir serentak'

Oh, buat semua saintis-saintis wanita, sila jangan terasa hati. Tiada niat nak memperkecilkan anda semua. Ini adalah generalisasi dengan kami berdua sebagai subjek.

Friday, October 23, 2009

Hiatus

1. Esok 24/10. Pembukaan Nasik Lemak Antarabangsa Cawangan Puchong di IOI Boulevard. Kedai ni milik Cu dan Mak Ros *adik-adik mak*. Sapa-sapa dok berdekatan tu bolehla menyinggah dan boleh bagi feedback untuk improvement. Depa ada buat bisnes katering juga. Didoakan semoga urusan depa nih dipermudahkan dan dijauhkan dari sifat dengki dan tamak dan dipelihara juga dari menjadi mangsa sifat dengki dan tamak orang lain. Silalah bermesra2 dengan makcik saya yang incharge kedai tu. Kecik molek orangnya, dari pandangan mata saya jauh lebih cun dan menarik dari Lee Hyori, Keiko Kitagawa dan Yoona SNSD.hiks. Oh, dia nih bini orang yer.

2. Banyak benda dalam kepala otak. Serabut mcm cacing-cacing dari perut bebiri - bergumpal membentuk bebola, sampai tatau mana kedudukan kepala2 dan ekor2. I guess there will be no entry sampai I got my sanity back. Mak dan kawan-kawan, I'm ok. cuma rasanya nak rest kejap dari menulis entry2 kurang berfaedah yang memaparkan youtube2 kurang berfaedah..hehe. Lagipun bulan nih dah guna proxy sampai nak maksimum. Hari tuh babysit anak kawan..dia asik nak tengok Thomas the train kat youtube. So, penggunaan proxy mendadak naik menyebabkan kena berhati2. Kalau dah sampai maksimum kena bayar untuk penggunaan lebih.

Buat sesiapa yang bakal merindui blog ini, sila masuk blog parodi di sini..hikhik.Lebih berfaedah, lebih kelakar dan tiada fiksi.. Semua realiti.
 
I'm gonna miss you guys. Take care dan jangan nakal-nakal! =).

Jangan lupa tau pegi kedai nasik lemak antarabangsa tuh.. Nanti kalau balik bercuti, Cu kata saya leh jadik waitress..hikshiks.

Thursday, October 22, 2009

Ni yang malas tengok video yamapi

Gatai lagi pegi tekan play. Terus sebak sayu sayan. Ni yang malas tengok clip2 yang kaitan ngan yamapi. Tu sebab beralih kepada korea kerana rancangan2 korea yang menampilkan artis lebih santai. Banyak clip melibatkan yamapi nih meruntun jiwa betul.

Klip kat entry lepas kan ada yamapi cerita pasal kawan dia yang guna wheelchair? yang ni kesinambungannya. Kawan dia dijemput ke 24h TV. Sedih lah. Tak boleh tulis dah *emo, haha*. Sila tegok sendiri. Kena kental tau tengok klip nih, especially bila tgk yamapi tahan nangis. uwaaaaaaa. Let us cry together gether!



Oh, perasan tak budak2 kecik ramai2 menari dengan comel pakai baju kuning? Ha, tu dalam latihan nak jadi boyband la tuh. Bayangkan betapa banyaknya boyband baru nanti *pengsan*.

Maka pengajaran daripada klip ni kawan2, kasihilah kawan2 kita..ok? Kalau kakak ikan kawan kita tegur dan tanya pasal progress study kita, tu tandanya dia amik berat dan nak kita berjaya..bukan sebab dia rasa dia hebat ke hapa. Ingat tu.
Walau dah tak link blog kat sebelah sebab ada sikit kecik hati, masih ingat dalam hati. Bila lama dah tak berkontek dan tetiba dapat ym 'sesat' sikit gembira, namun semuanya hancur berkecai sebab rupanya takde intention pon nak ym kita..tersalah ym rupanya..sentap.
Eh, over pulak.
Contohilah yamapi ye kawan-kawan.
Ha, tomok ada buat macam ni tak kat rancangan tv? Takde kan? *tetiba emo ngan tomok*

ps1: lagu ni lah ;agu tema drama yamapi pertama yg i tengok *mode fangirl over sebak*
ps2: lagu nih ada kombinasi jepon spanish (walaupun guna 2 perkataan spanish je) *pengsan*

Wednesday, October 21, 2009

Yamapi

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang hot itu yamapi
Yang buat hidung darah itu yamashita! hakhakhakhak

Nobuta wo Produce, Kurosagi, Dragon zakura dan Code Blue adalah antara drama beliau yang saya gemari kerana cerita2nya sangat best dan juga kerana tiada aksi cintan cintun menyesakkan jiwa.

The fact that dia sangat pandai beri ucapan meruntun jiwa membuatkan hidung berdarah berterusan dan kesannya pengsan.

Tak percaya? ini petikan ucapan beliau setelah selesai berlakon Code Blue.

Buat sesiapa sedang meroyan, ingatlah bahawa sekurang-kurangnya kita masih mampu tersenyum dan masih hidup *bak kata yamapi - saja quote sebab tau ada yg tammo tekan play*



Mariani? Yamapi hensem kan? hahaha. Sila jawab ya. Kalau tak anda akan diblock dari masuk blog ini..

Sesi soal jawab

Korang penah tak?

Kawan bgtau nak jumpa.
Lepas tu bila dah tercongok depan dia dia kata dia pon tatau kenapa dia kata nak jumpa.
Lepas tu cakap macam tersekat-sekat gituh, very the emosional.
Tidak ceria macam selalu.
Tak senyum macam selalu.

'r u ok?'
'ok'
'r u sure?'
'yes'

tanpa memandang ke arah kita.

adekah anda rasa...

a)kawan anda PMS?
b)kawan anda ada masalah tapi nervous nak bgtau sebab segan. Mebi nak pinjam duit.
c)kawan anda ada kecik hati tapi sebab gerun dengan anda tak berani nak confront.
d)kawan anda stress dengan kerja yang menimbun.
e)kawan anda meroyan.
f)lain-lain (sila nyatakan)

Oh, donia..

Sekian sesi soal jawab hari ini.

Minggu depan confirmation

Confirmation of candidature minggu depan hari Rabu 28 Oktober 2009 jam 9 pagi waktu NSW. SIla tolak 3 jam untuk waktu Malaysia.
And guess what, sama hari ngan Peter..hikssssss.
Saya pukul 9 dia pukul 10.

Go Pejah *Peter+Dijah*!! haha

Untuk hilangkan kenervousan, sila tengok nih - gaya bapak2 penyayang. Nisa, tengok yang penuh lagi best - cari kat youtube Wonderful & Sunset Glow performance, TOP pakai blazer pink: HOTNESS! *mode tak sedar diri*




Tuesday, October 20, 2009

Mari gedik bertaraf antarabangsa

1.
Hola amigo! Buenas dias!
Hahaha! mana tau perkataan-perkataan spanish nih? Amik kelas?
*psst, i bantai je sebenarnya - yang penting yakin!!* Dulu kat Malaya banyak cerita cakap spanish - Maria Mercedes, La Usurpadora, Mis Tres Hermanas.
Tapi takkan tengok tv je dah boleh tau.
Kalau dah lima puluh kali keluar perkataan 'porque' dan kat subtitle tulis 'why' takkan tak boleh ingat kan?
Hahaha.

2.
Kenalkan kawan I, Lee dari Korea.
*Korea? Korea? KOREA?!!!*
Anhyeong!
Eh, mana you tau perkataan tu?
Betul ke i sebut? hikhik *mode gedik: ON*
Betul....memang macam tu lah sebut *muka bersinar*
Oh, kat negara saya banyak cerita korea *padahal tetiap hari dengar lagu korea n tengok youtube sampai pening*
Bagus, bagus.
Sudi tak jadik tutor peribadi saya Lee untuk belajar bahasa Korea? Oh. Statement ini hanya dalam hati. hahaha

3.
Kenalkan ni kawan2 dari Thai
Sawadikap! *sambil buat tanda hormat*
Mamat2 chomel - termasuk Ake senyum *pengsan*. Depa ingat saya nak salam. Budaya Thai takde salam salam ni ye. Ingat tuh. Toksah gatai nak berliberal tak tentu hala. hahaha
Oh, terasa nak belajar bahasa Thai ngan Ake - kedip2 mata.

4.
Ma'assalamah!
Hahaha! Good! Good!
-di hari yang lain
Kitorang nak buat presentation pasal Malaya. Boleh tolong?
Pasaipa pilih Malaya?
Sebab you ada.
Kehkehkehkeh *gelak perasan*
Ok *sib baik laki orang belaka - hahaha*

5.
Dah ingat nama mamat sushi - Kohei!!!!!!
Semoga esok Kohei jaga sushi dan pompuan aussie yang gedik tu takde. Aminnn.
Uh, nak pakai baju apa pi amik sushi esok nih??? Ada kah peluang untuk menggedik ngan Kohei esok? Adekah??


Tips:
Kena yakin je bila cakap dalam bahasa lain nih. Kalau anda betul2 hot, anda akan membuatkan orang lain ceria. Kalau anda tak hot, orang akan buat pura-pura tak dengar. hikhik. So, kalau takde respon tu takyah lah menggedik dah, ok?

Entry ini saya disable komen sebab tammo bagi orang komen..hahah

No updates on discussion with encik bos. Tapi alhamdulillah discussion went well sebab encik bos tersangatlah good mood. Baguslah mcm nih, nak suruh encik bos cuti seminggu selalu. haha.
Cara analisis saya kurang tepat. So, kena buat balik. Tapi tak stress sangat sebab rasa mcm tau sikit mcmana nak buat. Rasanyalah..hiks.
Yang sedikit stress bila marking lab report untuk bebudak PJJ. Ya hampun...kalau dalam bahasa ibunda pon menonggang nonggeng marking sebab tak reti..Ni pulak dalam bahasa penjajah. Dah ada skema pon i masih pening.

Ni part emo meroyan *berjangkit ngan artis*

1. Tataula kenapa sensitip sangat nih. PMS dah lepas ye warga plenet bumi sekalian..tapi saya nih cepat sentap kot. Terutama bila orang yang sepuluh tahun tak berhubungan kemudian terjumpa balik, tetiba tegur dengan buat statement lazer berhikmah(?). Bila lima tahun tak berhubungan kemudian bersembang, jadik berbalah. Tak suka. Tak suka bertekak. Tak suka tetiba sentapkan orang. Kalau pondan2 ataupun warga2 seangkatan dengannya I fahamlah sebab depa memang selalu mcm tuh? Tapi nih...tulen bang!!!

2. Saya cukup terkejut *ewah, pura2 terkejut la kan* bila orang suka tanya soalan speku dengan penuh seriesnya. Tanya pasal perasaan pada Peter lah, tanya pasal perasaan pada Pokcik Sam lah. Baru paham perasaan Fasha Sandha. hahaha
Tra cakap *saja nak bubuh nama Tra - tapi kenapa takde orang nak speku? haha*, jangan susah hati tak tentu hala. So, I just will try to ignore all the melodi-mode questions. Saya mahu melalui hari2 tanpa perlu susah hati pasal hati dan perasaan. Penat lah nak jawab 'dah jumpa calon?'. Lepas ni saya tekad nak mengaku dah ada pakwe yang tengah kerja kat Jepun menyanyi dan berlakon graduan marketing dari Meiji universiti yang muda 3 tahun dari saya dan juga duta Toshiba. Ok, bab duta toshiba tu takleh cakap. Kang depa search kat youtube terkantoi pulak..hahaha
Yang sentap bila ada orang sangsi dengan kenormalan saya, siap tanya direct to my face.
'Ko tammo kawin ke? ko tammo anak?'
Sentap weh. Benda2 ginih saya tak suka sembang ngan manusia2 kepochi kat sini sebab nanti menyebabkan orang tak tentu hala ingat saya desperate. So, kat sini I'm very expressive, kecuali tentang hati dan perasaan *gituh*. Dah menggedik kat blog, so kat luar takyah kalut nak gedik..tak gituh. Lantaklah orang nak tuduh saya lesbo. Lantaklah depa nak tuduh saya pernah melalui kisah silam yang perit sampai tak percaya lelaki, lantaklah depa nak kata saya ego - mulut depa...sukahatilah. Saya cuma rasa best bila lepas diasak dengan soalan terjah *bersyukur sangat saya tak ditakdirkan jadik artis hot yang diterjah melodi - series stress*, wij*dan dan One selalu akan datang dekat dan bagi pelukan kasih sayang serta cakap benda baik2. wijdan selalu cakap *dah boleh hapal* - 'i will pray for you to find a good husband. u will find one, insyaAllah.'
Tak kalut lah nak kawin sebab saya rasa masih belum boleh berkomitmen. Kalau orang yang kenal saya pasti tau betapa saya memang takkan boleh cope dengan komitmen dengan manusia nih. Tapi, mungkin I should start doa sebab by the time Allah nak kabul doa, kang termenopos pulak kan? Saya masih belum capai banyak benda dalam hidup. Saya juga masih belum jumpa lelaki yang muka jambu mcm korea jepun tapi gagah dan jantan macam mamat2 afrika *saja highlight point ni kotlah ada sesapa nak rekemen*.

Hensem, jantan dan cute macam nih...boleh? *bakal adik ipar, sila tekan play*

Live update

Wah, mcm artis pulak rasa.
Ini live feed untuk peminat-peminat dan pemenat-pemenat.haha

Tengah break dari discussion dengan encik bos. Dia seorang yang sangat menepati masa, termasuk masa untuk tea break. So, tengah tea break. Satgi sambung.


Tuh, gambar kat atas tu propa jurus ke lapan. Tergedik2 dalam hati bila encik bos rename file pembetulan dengan initial nama kitorang berdua. Ahhh, bukankah berdua lebih baik? Hahaha. But apakan daya encik bos, saya tak toksey laki orang *statement perasan tak boleh blah*.

Anak-anak sekalian, belajar lah rajin2 tau. Banyak benda dalam ini donia yang boleh diexplore. Tengok nih, pasal tinja bebiri pon boleh buat macam-macam study. How interesting bila kandungan air, kandungan dry matter dalam tinja bebiri adalah amat penting untuk masa depan bebiri yang lebih cemerlang dan gemilang. Untung jadik tinja bebiri ni kan, siang malam pagi petang ada orang terkenang-kenang.. Kita nih, ada orang terkenang ke? hikhik. *gelak gatal*

Ok, times up, kena bersiap2 menunggu panggilan cinta encik bos untuk sambung diskas.

Tunggu update seterusnya dari penulis blog tersensasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...~

Monday, October 19, 2009

dup dap dup dap dup dap

Malam ni kena hembus-hembus sikit..huksss

Muahaha

Muahaha haha haha haha hahah ahaha

Inhale
Exhale

Encik bos pegi farm. Phew! *kesat peluh di dahi*


Muahahahah hahah haha haha haha haha haahaha
Gelak macam orang gila.haha

Selamat malam semua

AI dah kurang best, especially bila Hayley dah 2 minggu performance di bawah par sebab orang lain improve gila2. Sentap betul. Tadi dia bottom 2 - sib baik selamat. Saya menjangkakan dia ngan Kate *pompuan country yg saya embed videonya hari tuh* akan jadik bottom 2 minggu depan. Dan instinct saya kata Kate yang akan keluar. Nathan best, tapi saya tammo embed performance dia. Sapa2 berkenan kat Nathan sila carik kat youtube ok?AI tahun ni macam akan dibolot oleh lelaki sebab sekarang dah tinggal 2 pompuan, 4 laki. Adatlah tu kan, dah pengundi ramai pompuan.

Esok *pagi karang* hope bangun awal n dapat jumpa bos. Saya dah buat apa yang patut. Semoga encik bos mood riang gembira sebab baru balik bercuti, so tak cranky. Nak mintak hantar hari jumaat sebab ada part yang tatau nak calculate mcmana. Pening pulak bila buat eksperimen conbine dua spesis nih. Tulah, gigih sangat kan? Padan muka sendiri. Elok2 encik bos tak cakap apa2, gigih menyusahkan diri sendiri nak buat untuk dua spesis.. Makanya..hambikkkkkkkkk!!! hehehe

Minggu depan mungkin confirmation interview. Slide satu apa pun tak buat lagi. *sigh*. Stress tau bila banyak benda kena buat tapi tak boleh nak start. Buat benda nih teringat benda tuh. Buat benda tuh teringat benda nih. Konon konsep berlaku adil membahagikan kasih sayang pada semua kerja - sentiasa ingat pada semua..hahaha.

Ok, dah mengantuk dan takut terbangun lambat. Kang malu lagi bila encik bos tepon dari opis, kita baru bangun tidur, tak gituh?

Eh jap..nakl bgtau..sekarang layan Glee, cerita ala2 high school musical tapi mcm ke arah kedewasaan sikit rasanya *sebab tak tgk HSM*. Memula main jeling-jeling je kat tv nun sebab buat kerja sebelah tv..Lama2 rasa best pulak - siap carik lagu untuk episode depan, hikhik. Ni lagu minggu depan. Sangat best. Hari khamis malam. =). Orang2 Perth yang juga menyokong Hayley, hangpa layan glee dak? hiks

tekanlah play, jangan takut2 ye. Muka yamapi takkan keluar *kotlah hangpa trauma* hiks.



Mamat yang menyanyi memula tu (Finn) mcm meroyan sikit sebab dia amik pill untuk pertandingan malam tu. Selalu taklah over mcm tu.
Mamat atas kerusi roda tu (Artie) suaranya boleh bikin orang pengsan. Dia comel =)

Good nite =)

Sunday, October 18, 2009

Lambakan gambar

Banyak gambar yang dah berkurun - tak tunjuk lagi rupanya, kihkih *alasan nak update blog lagi*

1. Penghantaran makanan
Missbumblebee dengan penuh baik hatinya telah mengirim stok makanan buat saya siap dengan tupperware vogue.

*gigih susun atas lantai sebab nak amik gambar*

Ada benda yang tak lepas...Sup bunjut ngan cucur adabi perasa coklat. Kastam bagi surat suruh bayar kalau nak pos balik sup bunjut n cucur yg dalam tahanan depa. Mau 40 dollar kalau nak pos balik. So, saya tak reply pon surat ni menandakan saya bagi kebenaran depa musnahkan sup bunjut n cucur. Ada kebarangkalian tak sebenarnya depa acah je pasal musnahkan tu? Ntah2 depa masak kedua-dua bahan di atas..hahaha *mode sangsi*.

Sungguhpun begituh, terima kasih daun keladi. Saya gumbira.

2. Kad raya dari VRI Ipoh.

Siap ada bulu merak, hahaha.

3. Payung yang cikai. Berkaitan dengan entry ini. Dah buang.

4. Cekelat comel yang diberi oleh charlie

yang penting..halalan toyyiba =D

5. Short cut menuju skul. Ni merentas padang ragbi. Pastu kena mendaki bukit nih. =). Menguji kekuatan kaki betul.


6. Bebiri yang kelaparan *sapa punya ntah* yang tetiba membontoti saya sebab ingat saya bawak makanan untuk depa. Comelllll.

7. Maikel bawak anjing bini dia melawat kami di lab. Sentap I yang tengah tekun mengira cacing. Apekenamanya ntah. Mula hurup M. Isk, minda semakin lemah =(.
Comel kan anjing nih? Istimewa untuk tatapan emak yang cintakan haiwan =).

Kisah

Hidup ini penuh kisah.
Kisah warna warni yang bercantum menjadi pelangi.
Hanya yang mahu mengamati dan pandai menghayati saja yang akan kata ia indah.

Kisah wanita yang hartanya habis dikikis suami. Dia lari jauh untuk menaiktaraf hidupnya, sanggup tinggalkan si anak kecil demi masa depan.
Kisah wanita yang ditinggalkan teman lelaki hanya kerana dia suka menggunakan perkataan carutan F. Dia bertekad tidak mahu bercinta lagi kerana dalam hatinya hanya ada lelaki itu.
Kisah wanita yang dari keluarga ternama yang mahukan lelaki tanpa latarbelakang pendidikan dan kerjaya yang stabil sebagai suami. Cinta ditentang keluarga menyebabkan dia terfikir untuk berkahwin lari.
Kisah lelaki yang tinggalkan semuanya di kampung halaman demi bergraduasi dari negara yang menggunakan bahasa inggeris. Dia bertekad untuk tidak terjebak dengan cinta kerana fokusnya adalah bergraduasi dan mencari duit.
Kisah wanita Buddha yang berbolak balik hatinya kerana diminta tukar agama oleh teman lelakinya yang Islam. Dia berdoa semoga berlaku adegan seperti kisah hindustan yang membatalkan perkahwinannya di saat akhir kerana dia masih belum bersedia menukar agama.
Kisah lelaki yang sentiasa cintakan wanita-wanita yang salah, wanita yang tak faham dia. Mungkin juga dia sendiri tak faham dirinya. Maka dia sentiasa meroyan.
dan
Kisah wanita (?) yang asik stress meroyan kerana banyak kerja tapi masih sempat update blog dan layan klip big bang. Pengsan.

So beautiful/Wrong number - Big Bang

Untuk bakal adik ipar..dah tengok yang nih? *kipas-kipas muka*



G-Dragon n TOp di minit ke 4.08 *pengsan*

Saturday, October 17, 2009

Sila pikir tajuk sendiri

Hari ni berjaya menahan diri dari berFB, alhamdulillah. Sungguhpun demikian, kerja saya melambak lagi yang masih belum selesai walau sudah nampak cahaya di hujung terowong..Bayangkan..hanya lepas seminggu, baru dapat sense untuk buat analisis. Baru dapat gambaran demi gambaran. Selalu gambaran-gambaran ni muncul ketika mandi atau berjalan sorang-sorang di bandar. Maka hari ini berniat buat kerja dari rumah sahaja tanpa bukak tv seperti selalu. Semua berjalan dengan lancar...namun, agak mengecewakan bila saya terlupa save dan tetiba program tersekat dan terpaksa close window secara paksa. Kesannya, tiada recovery dan menyebabkan saya terpaksa buat semula satu-satu. *pengsan* =(

Saya ke bandar untuk merehatkan minda di samping membeli belah lagi. Selesai membeli belah saya tunggu bas dan pelik bas tak sampai-sampai. Dek kerana sangsi, saya menuju ke bus stop B yang jaraknya satu ratus meter *anggaran* dari bus stop A yg saya tggu. Bas stop B merupakan bus stop utama - bas akan berhenti rehat di situ sebelum memulakan perjalanan dari bandar. Belumpun sempat saya sampai ke bus stop B, saya nakpak kelibat bas dah sampai di bus stop B! Nak lari tak sempat, maka saya patah balik ke bus stop A dan saya gagal mengejar bas sebab kaki saya pendek bas sangat laju. Sekelip mata je dia bas dah sampai ke bus stop A!!! Inilah namanya tak menyempat. Ini jugak namanya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Ini jugak boleh dikatakan macam scene kisah pak pandir. Padan muka! Kalau dok dendiam dengan sabar dan tenang di bus stop A sure boleh balik umah awal. *sigh*

Maka saya kembali masuk ke shopping kompleks untuk memanaskan badan dan turun ke Bus stop C yang paling hampir dengan shopping kompleks bila bosan. Bosan ya amat menunggu bas selama lebih 1/2 jam. Tiba-tiba, dalam kepekatan malam yang ditemani lampu jalan yang samar-samar muncullah manusia tinggi lampai bak galah berjalan. Dia menyapa saya dengan penuh kemesraan *pengsan*.

Peter. Dah lama saya tak bercerita tentang Peter sebab kami sudah berpisah jarang bersua muka dek kerana sibuk dengan hal masing2. Aneh rasanya sebab tak pernah nampak dia naik bas. Selalu jalan kaki atau menunggang basikal. Dia tanya khabar, saya jawab dengan penuh skema. Tanpa saya sangka tercetusnya royanan dari Peter. Peter meroyan. Sentap.

Saya tak pernah tengok dia stress sampai mcm ni sekali. Kalau dengan saya ni pon dia leh meroyan, tu tandanya dia memang sangat-sangat stress.

'.............stress sangat sampai saya merokok hari-hari. Dah tatau nak buat apa.'
*dalam hati* Aik? terasa dengan entry merokok ni ke? hahhahaha
'Takpe, mesti ada hikmahnya' jawab saya dengan penuh sopan, persis heroin drama korea jepon. Sebenarnya tersentap sebab Peter tak pernah meroyan depan saya - selalu cool dan sopan. Maka bila dia menjadi ekspresif saya memang sangat-sangat terkejut.
'Tuhan je yang boleh tolong saya sekarang, saya takleh buat apa2. Tolong doakan saya ye'
'InsyaAllah' *pengsan*

Entry kedua hari ini - tanda jiwa kacau

Shinee dah buat comeback dengan imej dewasa.
Dah besor adik-adik nih rupanya

ni lagu baru
Sungguh tak paham konsep fantastik & elastik. main semberono je buat lirik. kenapa tammo masukkan plastik? lipstik? chopstik?



ni lagu lama, alalalalala comel.



Shinee dah dewasa =).

Faham tak?

Susahnya kalau orang yang tak paham tapi buat-buat paham nih. Meh nak bagi faham.
Bulan lepas G-Dragon kena tuduh plagiat lagu Flo rida - Right round. Lagu Butterfly plak dituduh plagiat lagu She's electric - Oasis. Maka, YG Entertainment buat kenyataan untuk menyatakan bahawa ini adalah satu kebetulan.
YG kata...
"...A few days ago, Mariah Carey's new song, “Standing O”', had its teaser released on Youtube. Comparing this song to “In the Club”, you get 8 bars of similar parts not just 2. It's not just 5 seconds that are similar, but 24; and when you account for the repetition of the major theme, it's almost an entire minute of similarity. What is Sony ATV's opinion towards this song? I don't know, but I can assure that you can't easily say that Mariah Carey has plagiarized 2NE1's song that was released 3 months ago, although it contains longer and clearer motives from “In the Club”."

Bukan senang nak tuduh orang plagiat segala bila dah keluarkan album. Biasanya kebetulan je ada part yang sama. Macam lagu Mariah tu kebetulan ada part yang sama (lama pulak tuh) dengan lagu 2NE1. Berani ke nak tuduh Mariah Carey plagiat 2NE1? Mentang-mentangla G-Dragon tu mcm aneh sikit *tapi comel*, ramailah orang dengki, tuduh mcm2. Yang orang-orang korea ni pulak tak paham isi, pegi tanya Mariah pulak pasal isu plagiat. Timbul dah isu baru - YG tuduh Mariah plagiat 2NE1. Ya ampunnnnnnnn!!! Duduk je lah diam-diam.

Maka adik-adik, kalau tak paham apa2, jangan buat-buat paham.

Err..paham tak nih?

*bukan gambar hiasan*

And fangirls, netizen dah buat petisyen online supaya Kangin diban atau dibuang dari Suju.
It's deja vu. Kisah jaeboem akan berulang. Tapi saya tak sedih pon sebab Kangin should learn a lesson. Ini bukan kisah empat tahun lepas, ini kisah terkini. He should be given a second chance tapi dia kena lebih berhati-hati.

ps: artis malaysia perangai mcm dot dot dot takde pulak kontroversi mcm ni kan? Siap lepas tangkap khalwat, banyak offer berlakon drama. Kalau korea, habis teruk..mcm 2pm yang persembahan kat Dream concert 2009 takkan ditayangkan. Persembahan Big Bang jugak takkan ditayangkan, so kat youtube hanya fancam. Nak tau sebab apa? sebab Daesung dah jadik debab dan menari pon tak berapa boleh lepas eksiden. Dia tak pulih sepenuhnya lagi so YG tammo persembahan itu ditayangkan sebab tak mencapai kualiti.

Berazam walau bukan tahun baru

Esok demi untuk pulun buat sebahagian kerja, saya berikrar untuk cuba sedaya upaya menahan nafsu

1. Menjauhkan diri dari FB - tidak mengupdate status dan bermain Mafia Wars, Restaurant City, Country Story, Pet Society dan Cafe World. Walau ayam2 di atas dapur akan menjadi busuk dan dihurungi lalat di Cafe World, saya mesti bertahan!
2. Tidak main neopets walaupun sudah dapat login balik akaun lama.
3. Tidak masuk forum tempatan untuk membaca update terkini dan tersensasi tentang isu semasa dalam negara.
4. Tidak update blog di setiap waktu solat. Hanya akan update apabila tekanan berada di luar kawal.
5. Menjauhkan diri dari youtube, menaip yamapi/bigbang di kotak pencarian.
6. Menjauhkan diri dari tv.

Doakan saya berjaya. Saya mesti pulun dalam tempoh dua hari.
Saya-mesti-usaha!!!

Friday, October 16, 2009

Ini entry dari orang yang tak siap tugasan-tugasan melambak menimbun *pengsan*

Ada ketikanya kita rasakan masa terlalu pantas bergerak. Kita perasan bagaikan sedang memegang watak heroin dalam cerita korea yang penuh dengan plot cinta tak masuk akal tapi masih ditontoni ramai - hanya kita seorang yang bergerak dalam keadaan gerak sangat perlahan tapi semua benda di sekeliling kita bergerak dalam gerak normal. Mungkin kerana kita hot dan mahu seluruh penonton mengamati kehottan kita, maka ada scene gerak perlahan itu. Bukan salah kita kan kita hot?
Masalahnya itu gerak perlahan dalam aksi2 cintan cintun sedih sayu sayan meruntun perasaan. Kalau rasa slow motion sebab buat kerja lambat, terbuang satu hari kerana bingung? Lembab. Bingung. Lembab dan bingung juga adalah ciri heroin korea ye kawan-kawan. Oklah tu, kan?

ps: encik bos, ambillah cuti lagi seminggu. sungguh, tak sanggup nak berhadapan dengan muka 'tak impress' encik bos minggu depan.
Ada 2 hari lagi. Mungkin tak berjaya, tapi akan cuba sehabis baik *walau dalam hati rasa tak mampu*..huhuhu

Saya tekan play untuk releasekan tensen..hahaha

Hukhuk.
Tak boleh givap, tak boleh.
Kena semangat buat analisis..
2 hari lagi sebelum encik bos balik berliburan.
Sempat ke?
Oh.....*pengsan*

Thursday, October 15, 2009

Perempuan dari planet PMS?

Perempuan memang makhluk yang aneh.
Lebih aneh dari platypus - mamalia yang bertelur.

Tak SMS kecik hati.
Dapat SMS susah hati.
Tak telefon ternanti2.
Dah telefon, suruh berenti.
Tak jumpa termimpi2.
Dah jumpa tak bagi datang lagi.
Bila tak mintak maaf kata ego, besar diri.
Bila dah mintak maaf kata tak perlu beria-ria nak merendahkan diri.

Hai perempuan....
PMS kahhhhh?

Wednesday, October 14, 2009

Selamat malam dunia!

Dan akhirnya, saya merasa juga kepenatan walau tak buat kerja langsung.
Penat dengar ceramah.
Penat meroyan.
Dan pukul sebelas malam, sudah mengantuk.
Alhamdulillah, ada hikmahnya =).

Selamat malam semua.
Semoga mimpi yang indah.
Macam ni.

love struckdrooling

Pagi yang terang kini sudah kelabu asap

Pagi yang sejuk dek kerana angin bertiup kencang. Sangat kencang. Sekencang degupan jantung dek kerana boleh terlupa pagi ni kena pegi induksi - masih bergolek-golekan di atas katil bagaikan sedang cuti bersalin setahun *staf sini cuti bersalin setahun*.
Nasib baik nampak flatemate nak keluar rumah. Maka dengan penuh tak malunya mintak tumpang kereta sebab kalau jalan kaki tatau sampai ke destinasi ke tak - khuatir melayang terbang ke jepon/korea pulak untuk bersama yang tersayangs *eheks*. Tiba tepat pada masanya dan menghadiri induksi SEPANJANG HARI dengan penuh semangat. Fakta hari ini

1. Malam tadi baru perasan email peringatan untuk hadir induksi. Dek kerana orang lain jarang baca email, saya memandai2 lantik diri sendiri untuk maklumkan member2 yang emailnya terpapar dalam edaran - wijdan, charlie, one. Makanya, wijdan n one datang tapi charlie tak datang sebab dia kat kampung. Yang memalukan, saya salah tengok email - BUKAN email one. Maka saya telah menyebar onar dan dia percaya dan dia datang induksi. sib baik dia datang setengah hari. sib baik dia gelak2. saya terus pekup mulut sentap sendiri. inilah padahnya bila email sini berkonsep surname! *ewah, salahkan konsep email uni..hahah*

2. Rabu - Sushi day! Bertembung ngan orang yang saya kurang kasihi 'nak pegi amik sushi ni' *katanya sambil melemparkan senyuman manis menghiris kalbu*. Kejayaan? saya tidak lagi merampus dalam hati. Kan bagus kalau berbudi bahasa macam nih? Ha...baru nampak hensem! anak sapaaaaa lah nih? hahaha.

3. Skip induksi 2 jam - pegi town untuk amik test lesen kereta. Sekali lagi bertragedi kat kaunter. Dapat pokcik yang sama mcm hari tuh - kereks! Kali ni dia kata translation tak valid pulak dah. Kena dari DIAC, hanya DIAC, tiada yang keduanya. Maka, translation dari konsulat tidak boleh diterima ye bapak2 sekalian untuk memohon lesen NSW. Masa tu memang dah konpius tahap awek gaban

'apsal lak takleh pakai translation nih?'
'nih *menunding ke arah tulisan DIAC di atas borang*'
'kalau takleh guna translation nih, pesal lak konsulat offer service mentranslate nih? orang lain translate guna nih boleh je?'
dia diam.
dia pegi selongkar almari apa tah.
'rasanya kalau yang ni hanya boleh guna untuk drive je, kalau polis nak tengok tunjuk lesen ngan translation ni. bukan untuk amik lesen NSW'
huk alohhhhhhhhh..padahal kan, translation tu cuma translate perkataan LESEN MEMANDU, TEMPOH LAKU, KELAS, bla bla bla. Lainlah kalau tulisan arab/jepon/korea/china/thailand/spanish yang sudah sah dan nyata berbeda sampaikan org takleh nak agak apa dia tulis.
'So, takleh amik test la nih?'
'Takleh'
'Kena translate kat DIAC'
'Kat Sydney. Ok, lah. Terima kasih'

Terus keluar bangunan, kol kak ija kembar kak delinn kat sydney sambil meroyan. air mata mencurah2 sambil cakap. makcik2 orang asli sebok je memandang ratu air mata nangis sambil maki hamun dalam fon. Biarkan. Kak Ija sama je mcm Kak Delinn, leh gelak sakan dengar saya meroyan..hahaha. Habis RTA kena maki dalam tepon ngan i. hikhik. Kalau buat tayangan semula rakaman, sebahagian perbualan berbunyi ginih setelah disensorkan 'tuttttttt la RTA nih...tuttttt...tutttttt...tutttt..hukhuk..' *kesat air mata*
Nak usulkan kat Pengarah JPJ supaya buat mcm Bangladesh nun, senang takyah translate seme sebab lesen dalam english. Bubuhla dwi bahasa pon takpe.
Since depan RTA tu kedai second hand, terus masuk kedai dengan bulu mata basah2 sambil sauk dua baju..haha. Terus bayar dan amik bas balik uni. OTW ke uni sms Sara - mau bikin drama. haha.

Sampai uni, terus masuk lab dan diskas ngan Sara. Dia ngan Fiona yang lelebey emo mcm biasa. Siap suruh bawak encik bos lain kali. Masa tuh saya dah ok sikit. Tak lah rasa mcm salah RTA sepenuhnya. Salah depa sebab selalu assume kita tau semua mak nenek procedure. Dan depa pon not well verse dalam benda2 ginih. Hari tuh tanya nak translate kat mana pon dia tatau..haish. Tapi salah saya sepenuhnya sebab tak baca keseluruhan borang tu word by word. Dia dah tulis DIAC, tapi saya assume konsulat pon bleh. Bahaya assume2 nih.

Berkejaran masuk balik induksi - memang rezeki sebab slot akhir tgh bincang pasal requirement nak drive kenderaan jabatan. Saya angkat tangan tanya requirement untuk international student. Orang yang bagi ceramah pon tak pasti! sentap!!! dia kata seingat dia hanya boleh guna lesen negara sendiri dalam tempoh 3 bulan. Kalau stay lebih 3 bulan kena transfer lesen ke NSW *apa makna transfer lesen?*. This implies utk org dari state lain juga katanya.

Makanya balik induksi terus ke library sebab nak masuk web RTA. Kat situ pulak takde tulis berapa lama tempoh sah laku lesen secara spesifik. Dia cuma kata selagi sah duduk sini, selagi tuh la lesen valid. Tapi mcm kita nih kena jugaklah ada translation sebab lesen dalam bahasa ibunda kekdahnya. Saya keliru dan datanglah adik ikan mendarahkan hidung mendampingi saya yang kekeliruan dan kami keliru bersama2 sebab nota yang officer permotoran bagi agak bercanggah dengan RTA. Tapi kami buat kesimpulan utk ikut web RTA.

Kesimpulan, akan confirmkan pasal translation nih. Kalau translation nih valid untuk drive kenderaan jabatan, tammolah pegi sydney buat translation lain. Dan tammo amik lesen NSW. Bluwek sama pakcik penjaga kaunter yang sikit pon tammo senyum.