Namun bila menginjak dewasa, matematik menjadi semakin jauh dan asing dalam hidup. Bukan, bukan kerana guru-guru tidak bagus, tapi kerana nasik lemak dewan makan yang menyebabkan saya gagal memberi tumpuan di dalam kelas - terutama dalam kelas matematik dan matematik tambahan.
'Dia nih tak pernahnya jaga dalam kelas add math' masih terngiang-ngiang cikgu matematik tingkatan empat *cikgu noraini* beramah mesra dengan saya ketika bertembung di jusco.
Rasa malu nak mampus dan tiba-tiba terasa nak buat alasan anak hilang - supaya persembangan tak diteruskan. haha.
Maka adik-adik, jika tidak mahu malu di kemudian hari..jangan malu berjumpa cikgu-cikgu di sekolah SEKARANG!
Maka tidak hairanlah semasa di universiti, saya gigih memperjuangkan untuk tidak mengambil kalkulus walaupun itu matapelajaran wajib untuk pelajar biologi. Saya bersusah payah merayu untuk menggantikan kalkulus dengan pengaturcaraan komputer, walaupun subjek itu tidak ditawarkan di semester itu. Berbekalkan kepropaan dan kedramaan, pihak pusat pengajian matematik
Sebenarnya, matematik dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Kita mengira hari-hari. Kita guna nombor hari-hari. Tapi hairan... saya rasa asing. Seasing makhluk asing di planet bumi walaupun saya mengaplikasikan kemahiran asas kira-kira untuk mengira bilangan ahli Super Junior yang merupakan boyband dengan ahli teramai setakat ini - 13!
Saya kagum dengan manusia-manusia yang hebat bermain dengan nombor
Bila encik bos tanya rumus untuk isipadu silinder, rasa nak pengsan je rasa - yelah, otak dah berkecai atas lantai.... Itulah, kalau tak tidur dalam kelas dulu mesti boleh jawab, kan?
Bila dalam meeting, encik-encik bos suka tanya soalan melibatkan hasil darab melebihi 2 integer ketika berbincang mengenai experimental design. Mereka semangat, saya pulak lemah semangat - berpeluh2 dan mula kerutkan dahi tanda berfikir kononnya. Akhirnya kalkulator pink yang saya beli diwarehouse clearance menjadi teman setia setiap kali meeting. Walau dengan bantuan kalkulator, encik2 bos mencongak lagi laju dari saya, menyebabkan saya rasa bodoh berganda-ganda. Kagum betul bila depa boleh congak 13 x 7 dengan cepat. Saya hanya boleh sampai darab 11 *darab 9 saya guna cara lipat jari =D*. Sifir sebelas sampai 10 X 11 je saya boleh congak. Bila ditanya 12 X 11 - saya kena buat bentuk lazim. Nak buat macamana kan..siti sifir dah takde =(.
Dan hari ini dapat email dari encik bos supaya saya attend dua level *DUA level* statistik untuk membantu saya. Kalau operasi tambah tolak darab dan bahagi pun guna bentuk lazim sentiasa - guna konsep pinjam2, apa lagi statistik kan?
Saya semakin sedar tentang kepentingan matematik dalam kehidupan - at least kehidupan saya sekarang, dek kerana analisis saya banyak libatkan pengiraan. Dan setiap kali analisis, kena merafak sembah kat encik bos untuk mengesahkan pengiraan dan tak pernahnya betul. Sentiasalah encik bos kena double cek step by step *sigh*
Maka, saya berazam.
Untuk memastikan masa depan yang lebih gemilang dan lebih cintakan matematik....
saya perlu...
menggoda lelaki muslim berwajah jepon/korea/cina yang majoring dalam stat dan berusia sekurang-kurangnya sebaya dan tidak panas baran.
Ada jumpa?
k.dijah...sbnenye org math sendiri pn dh lupe yg formula2 asas yg mase sek dl...hahaha...xpe2...slow2.bagus la akak phm jugk psl bidg math ni...sbb ramai org yg bukn bidg math slalu tanye kiteorg buat research ape? byk ke research blh buat?...huhuhu..jenuh gak nk jwb. tu la kiteorg ni buat bende yg org x npk...di awang-awangan...bende xde dpn mate...huhuu...chaiyok k.dijah!u can do it.girl..u go girl..that..that..thatgirl...hahahaha
ReplyDeletep/s:x jumpe la lelaki mcm tu...huhuhu...suruh la yamapi amik master stat plak...die dh ade degree kan?*wink wink*
-kinah-
Baik, kami akan pastikan PPSMaths tak kan lagi termakan pujuk rayu alasan budak bio yang taknak amik MAA101.
ReplyDeleteInformasi saudari sangat membantu membina masa depan USM yang lebih gemilang.
btul tu kinah. benda2 kt skolah dulu yg dh tak ulang kt u mana ingat lagi.
ReplyDeletek dijah, selamat membajai chenta terhadap statistik ye. :)