Sunday, January 30, 2011

Hafal

Perbualan dengan rakan yang identitinya dirahsiakan:


Joyah : tgah tgk junior masterchef ni
Joyah : suka pierre

dijah: i taste kat pierre

Joyah : ahaks

dijah: sentapppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp *sebab taip serentak*
dijah: dia mmg hebat tapi i takleh ckp lebih2 sbb nanti spoiler

Joyah : yesssss
Joyah : I minat gak ngan dua org bdk kecik tu
Joyah : yg lelaki tu
Joyah : comel sgt
Joyah : tapi I rasa yg twins ker adik beradik ni boleh menang
Joyah : sam
Joyah : nama dia

dijah: ada dua kan
dijah: isabella ngan sapa lagi sorang tu
dijah: sophia
dijah: tak suka sophia

Joyah : yesss

dijah: hiks

Joyah : pierre tgh introduce diri
Joyah : anthony pun cute

dijah: haah
dijah: suka gak anthony

Joyah : sapa lagi sorang bdk kecik tu

dijah: lucy

Joyah : yg gigi dia ala2 tak tersusun tu

dijah: yang lipstick over kan
dijah: oh bukan
dijah: tu nick

Joyah : nick

dijah: yang comel gigi kapak
dijah: sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Joyah : yesss
Joyah : yesss

dijah: nicholas rasanya nama dia

Joyah : suka buat gaya comel2


dijah: walau hampir setahun berlalu ingatan i masih kuat u ols

Joyah : yesss
Joyah : classs
Joyah : haruslah bidang bio kannnn
Joyah : mcm I
Joyah : bdk2 heran ingatan kuat
Joyah : uppppssss

dijah: helo

Joyah : ok la uols
Joyah : nak concentrate ni
Joyah : salam

dijah: super junior 13 orang i hapal nama sensorang

Joyah : T chat gi yek

dijah: inikan pulak la setakat satu dua
dijah: oooops
dijah: okes

Joyah : classs

dijah: bye

Joyah : uols kan
Joyah : I takheran
Joyah : uols kan thfiz

dijah: hahahahahahhahahahha

Joyah : hafal satu Al-Quran

dijah: SENTAP
dijah: dah

Joyah : uppppppsssss

dijah: pegi wat keje
-------------------------------------

Walau sepatutnya tak payah sentap2 manja sebab memang saya bukan  tahfiz dan saya tak hapal Quran (obviously ni gurauan, kotla sesapa ingat saya bebetul meroyan) Tapi nak sentap2 manja jugak... *meraba-raba mencari ayang wilda*
Terus terbayang wajah ustaz2 ngan ustazah...Masa kat sekolah dulu kena kerah hapal ma'thurat dan segala macam surah pendek untuk bekalan di hari mendatang. Bila dah tua, sibuk hapal nama ahli boyband. Siap hapal birthday TOP 4 November 1987! Nangis sangat!.huks. Insof sekejap.

Gambar lagi!

As promised, ni gambar seperti yang dijanjikan kecuali gambar tomato sebab malas lagi load dr phone :)

Ni mak kambing (nama dah lupa) dengan anak nama Bella dan Billie.


Libby nak bergambar ngan anak kambing tapi takut kena tanduk ngan mak kambing..sudahnya duduh jauh dengan kambing..hahaha

Suzy terpaksa rela bergambar dengan Libby..haha.sian binatang2 kat ladang neh.


Ni la kanopi tempat sampling sekarang..


Sambut birthday Elodi baru ni. Kek tu saya yang buat tau! Tapi mcm HAZAB. Boleh makan tapi rupa memang out!

Saturday, January 29, 2011

Depressed

Ingat nak tulis panjang lebar. Tapi terus takde idea. Nak cerita pasal depression buat kesekian kalinya sampai skip dinner, skip breakfast, tido pukul 3, menangis bila sampling (gosh!), balik sampling singgah jumpa kaunselor secara mengejut, duduk terperuk kat bucu opis Sara sambil sesi luahan perasaan, tulis email kat encik bos dengan bantuan kaunselor dan tengok segala mak nenek vid TOP sampaikan bila pejam mata hanya Nampak muka TOP. skeri sangat. Balk umah tengok rumah mcm tongkang pecah dengan segala bala bersepah. Gosh.

Hari ni better. kot. Tak menangis bila sampling – tapi masih takut nak bukak email. Takut nak bukak file data. Tak buat kerja. End up buat essay 1000 patah perkataan. Ada lagi 4000 patah sebelum submit untuk melayakkan diri untuk anugerah bintang popular bintang harian 2011. Oh bukan, untuk award apekebenda entah. Kendian bila penat tulis pegi vote untuk jay.

Ramai orang cakap 'alah, ni just PhD. Ada banyak benda lain yang lebih penting untuk dirisaukan'

Setakat ni alhamdulillah takde benda lain untuk dirisaukan.

Boifren buat perangai? TAKDE.

Kucing sakit? TAKDE.

Mak ayah atok opah dalam kesusahan? TAKDE. InsyaAllah depa masih mempu mengharungi dugaan di donia nan fana ni dengan penuh semangat dan ketabahan.

Adik-adik memerlukan bantuan? TAKDE, alhamdulillah. Mereka lebih senang hati dari saya. Dan lebih gedik. Dan lebih gatal.

Tak boleh mengandung? TAK PIKIR.

Suami curang? TAKDE.

Anak kurang ajar? TAKDE.

Arnab termengandung? TAKDE.

Hidup merempat? Alhamdulillah TAK.

Takde duit nak makan? Alhamdulilah cukup-cukup makan.

Tak cukup duit nak buat pembedahan plastic? TAKMO.

Nak kuruskan badan? TAKMO.

Nak boifren? NAK TOPJAYAMAPI.

So I guess I don't have any other things to think of at the moment. Saya lagi suka stress dan depress pasal study sebab at least saya rasa hidup sikit. Kalau tak, asik sengih 25 jam sebab dok terbayang bebudak jambu korea.

Ok bai.

So hot

Cepatlah berlalu summer..rasa macam bahang api...panas sangat...

Thursday, January 27, 2011

Mimpi

Saya dulu suka lagu Malaysian Idol – Mimpi. Tambah lagi yang menang mamat jambu cina nama Daniel. Pulak tu dia budak USM. Kos seni rasanya. Tapi masa tau dia budak USM dah terlambat…kalaulah tau awal, pasti hari2 kirim surat melalui Florence – roommate saya yang sama course dengan Daniel! Masa Nampak gambar Florence dengan Daniel kat Friendster, sangat terkejut!hehe. Kalau dah bukan jodoh kan…Btw, ni la Daniel dan lagu mimpi.






Sebenarnya nak cakap pasal mimpi. Kebelakangan ni mimpi saya pelik-pelik. Tapi saya cepat lupa. Cumanya..mimpi kelmarin kukuh utuh masih terpahat di ingatan. Sebelum saya lupa, saya decide nak mendokumentasikan kenangan supaya tak luput di ingatan. Gitew.

Lokasi: Department of animal science UNE.

Masa: Pagi.

Pencahayaan yang samar-samar, mungkin nak bagi feel mimpi. Seperti biasa, saya menuju ke pigeon hole untuk cek kalau ada surat/poskad/bungkusan untuk saya. [Memang hakikatnya di alam nyata saya suka cek pigeon hole HARI-HARI. Macam sedih je bunyi kan? hehehehhehehehehhehehehhehehehe.] Jadi seperti kebiasaan di alam nyata, di dalam mimpi ni saye menuju ke pigeon hole. Tapi persekitaran sangat aneh. Ramai pompuan2 asia dengan rambut lurus panjang berkumpul dan bersoseh-soseh. Tak ler menggedik sgt tapi merimaskan. Saya tatau kenapa saya rimas sangat. So, saya menyelit untuk menghampiri pigeon hole..Menyentapkan bila saya nampak banyak surat sampai. Saya amik satu surat, dialamatkan kepada

.

.

.

TOP. watdehek.

Saya amik surat lain. TOP.

Surat lain. TOP.

Lagi. TOP.

Surat kecik. TOP.

Surat besar. TOP.

Apekah?

Apekah?

Bila masa TOP daftar jadi budak animal science kat UNE yang orang Australia sendiri tak minat nak masuk sebab uni ni kampung?

Motip orang hantar surat kat school??Kenapa orang tak hantar surat kat YG Entertainment?????

"TOP oppa..saengil chukka hamnida" saya dengar suara fangirl dari belah kiri.

watdehek!pompuan-pompuan yang ramai ni FANGIRLS ke? OMG. Dan pompuan gedik tu cakap happy birthday kat TOP???Watdehek?

Masa dalam mimpi ni saya yakin saya awek TOP sebab saya amik surat-surat tu dan bukak dengan penuh amarah. Malangnya saya tak paham satu habuk pun sebab dalam hangul. Yang saya paham dalam surat tu TOP.TOP.TOP. (nasib baik takde fangirls yang cakar muka I).

Cis.Cis.Cis.

Saya tunggu TOP datang dan menenangkan awek dia yang tengah jeles tahap gaban ni..Tapi belum sempat TOP datang, saya dah terjaga..Watdehek.

Sadis, kan?

So semalam saya terus order buku belajar Hangul yang murah. Saya takkan biarkan diri saya terus keliru dengan kegedikan fangirls.

Sekian.

Wednesday, January 26, 2011

Update senafas

1. Hari ni Australia Day, cuti umum. Tapi biasalah kalau namanya student, kenalah jugak pegi school sebab sampling dah start. Tapi yang bestnya student2 lain pon tak cuti..So, agak meriah la lab/skul sebab nampak ramai orang lain.

2. Anak kambing berjaya menyusup keluar pagar. Nasib baik tak lari jauh. Nanti saya upload gambo kambing2 yang comel.

3. Tuan rumah bagi pokok tomato untuk dibela dan dijaga (trust me, he dont know this means a disaster!). Pokok dah berbuah sebijik! hahaha. Nanti saya upload gambo. hiks. Ada tips untuk bela pokok tomato?

4. Minggu depan miting ngan semua encik bos. So minggu depan baru leh tau tentang masa depan - kena extend setahun atau tak. Anyways, I'm trying to be positive. Kalau betul kena extend, let it be.

5. Petang ni ada party ice cream!!! :)

6. Cuaca sangat panas. Tapi tak sepanas mereka berdua.hiks.

Jay (kiri) dan The Quiett. Comels depa ni kan?kan?kan? *pengsan*

Sunday, January 23, 2011

Cinta

Saya ada seorang kawan. Saya sudah lama tak bertemu beliau. Pada suatu hari beliau menegur saya.
"Apa khabar? Lama sudah tidak berjumpa".

"Khabar baik" jawab saya.
"Bagaimana dengan pelajaran?" tanya beliau.
"Hampir ke situ" jawab saya.
"Sudah berapa lama ya kamu di sini?" tanya beliau lagi.
Saya mula menghitung dengan jari.
"Hampir 2 tahun" jawab saya sambil tersenyum manis.
"Hampir 2 tahun??Dan kamu masih tidak ada teman lelaki?Kenapakah dengan kamu?"
"Ha?" kenapakah dengan saya? kenapa?
"Kamu tak tahukah kawan kita si *Joyah sudah putus cinta dan sekarang dengan teman lelaki baru. Si *Peah pula baru tiba di sini beberapa minggu lalu tapi sudah ada teman lelaki" terangnya panjang lebar.
"Oh, bagus!" saya tidak tahu apakah respon yang perlu saya berikan.
"Kamu kena berusaha untuk mencari teman lelaki" ujar wanita yang tidak sayang mulut ini.

Kalau saya lupa diri, saya sudah mengucapkan 30 patah carutan dengan sekali nafas.

Kalaulah dia tahu..
Kalaulah dia tau dalam tempoh 2 tahun ini saya telah melalui perubahan emosi yang pelbagai.
Semua sebab cinta.
Cinta tak perlu dihebahkan.
Kalau kita khabarkan pada semua, apa lagi yang tinggal untuk kita dan cinta hati?

Yamapi diganti Jay.
Jay diganti TOP.
Dan diantara keduanya ramai lagi yang mengetuk pintu hati silih berganti.

Kalaulah dia tau..
Hati ini tidak pernah kosong dari kasih sayang :)

Selamat malam semua.


Ps: TOP ada rupa Trunks kan (Dragon Ball Z)

I LOVE YOU TOP *ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee*

FriendSHIP

The past few weeks was emotionally tiring for me. Being 29, malas dah nak pikir benda remeh temeh tapi being a hormonal young (?) lady, I cant help it. Sampai satu tahap saya mahu berhenti berkawan dengan orang. Lebih baik jadi monyet yang bergayutan dari satu pokok ke satu pokok sambil memetik buah, dimengorat jantan, beranak dan terus bergayutan lagi. Sampai masa akan mati dan kalau bernasib kurang baik kena tembak dengan pemburu haram. Atau mungkin juga jadi kambing. Hanya sibuk makan rumput dan bersantai-santaian. Makan tido makan tido mengorat beranak makan. Hanya perlu nervous kalau dipilih untuk disembelih di hari raya qurban atau akikah. Tapi kalau maintain berat badan seperti ketika jadi manusia nih, mungkin terselamat.hiks. So, yeah, I choose kambing.

I don't know why I'm being oversensitive. I don't know why I keep on dragging the issue. I don't know why saya masih tak paham lawak2 junior. I don't know why saya rasa malas dah nak berkomunikasi dengan ramai orang. I just cant understand the whole concept of friendship anymore. Friendship adalah seperti pelayaran kapal. Pelayaran penuh suka duka. Untuk mengemudi kapal, kita perlu ada tarik dan tolak mcm mengendali roda besar yang apa kenamanya tu. Kalau satu pihak saja yang dominasi, kesannya kapal akan berpusing ke sebelah yang lain, dan mungkin akan menyebabkan terlanggar bongkah ais, perkampungan monyet ataupun terdampar ke kepulauan jepun, atau pesisir pantai di korea.

Saya ada salah faham dengan seseorang sebelum ni dan disebabkan dia tulis entry ada menyelit perkataan PMS (god!I can be Ratu PMS), orang tau saya ada silap paham dengan budak ni. Yang saya nak tergelak, saya just keluarkan satu statement bela diri je terus kena cop PMS.haha. Belum maki hamun keluar perkataan gampang-babi-setan-haramjadah-celaka. Mind you, lepas habis PMS akan ada mid life crisis pastu menopause plak. So, selamat bertabah!

Back to the topik, bila orang tanya saya selisih paham ke, saya pon mengaku la memang saya agak tersentap bila asik disuakan gurauan tak berhemah yang saya sendiri tak paham apa matlamatnya. Yang buat saya sentap adalah

1. Saya pulak yang digesa gesa mintak maaf sebab orang kata kita kena cuba berbaik, tak kisah sapa salah. Lagipun kita kena paham mulut sesetengah orang mcm tu. WTF la. Kenapa kita je kena pikir orang? Kenapa 50 kali gadoh, 50 kali jugak kita kena beralah? Just let it be lah. Saya takmo mintak maaf. Mampus situ. Kalau korang nak amalkan konsep orang balik taik, kita baling bunga – sukati korang. I just cant handle it.

2. Saya kena sound pulak – berkawan mesti ikhlas, jgn harap balasan. OMG. Saya tak mintak orang belikan saya apa2 atau telefon selalu. Orang tak angkat fon memang saya sayu tapi saya cuba tak meroyan. Tapi salah ke bila saya harap saya dihormati mcmana saya cuba hormat orang. Selagi aku tak cakap ko bengap depan2 ko takde hak nak cakap aku bengap. Pernah dengar common sense?? Kalau orang tua dari kita, at least bergurau tu ada lah hadnya.

And some are bloody annoying – sentiasa nak menang. Orang-orang yang macam tu kat skul, semua saya buat tatau, kalau jalan pun saya akan buat2 tak nampak. But I guess I should see it coming, berkawan dengan bebudak yang ada sejarah debate ni, asik nak menang. Tak kira lah debat melayu tamil English. Asik nak menang yang jadik annoying sbb benda yang depa nak menang tu benda yang langsung tak penting. Gosh. Macam bila berbincang isu sapa yang first discover bumi ni bulat..Meleret2 sampai berhari2. Bila budak tu tunjuk buku pinjam dari library I was like 'apekah' dan saya LANGSUNG TAK INGAT PASAL PERBINCANGAN tu. I don't bloody care sapa yang discover bumi ni bulat!!!!!!!!!!

Kapal-kapal persahabatan saya banyak yang sudah karam. Dan saya rasa saya akan jadi lebih sumbang dari kera di hutan.

***And please, tolong jangan tanya 'jadi ke berhenti PhD' setiap kali sembang ngan saya. I just don't want to talk about it. Sila tanya apa khabar kambing – tuan umah beli kambing!!! :)

Saturday, January 22, 2011

Kenapa?

Kenapa dah 3 pensel mekanik hilang.

Kenapa malas buat kerja.

Kenapa asik nak tido.

Kenapa ada meeting hari Isnin.

Kenapa gedik propose observation kat field.

Kenapa sakit perut setiap kali minum susu.

Kenapa tak boleh tido awal malam2.

Kenapa susah bangun awal.

Kenapa rasa buang masa datang skul hari ni.

Kenapa buat kerja sikit tapi tgk youtube yang banyak.

Kenapa Tra tutup blog lagi.


Kenapa tulis entry ngokngek macam ni.

Kenapa konsert retis Malaysia tak vogue macam ni.



Nak balik umah, bai.

Friday, January 21, 2011

Bersudu2 air mata anak dara yang menangis tersedu-sedu

Semalam saya menangis. Tersedu sedan la jugak. Cuma kurang sikit dari tangisan sebab eksperimen. Ini semua sebab
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AYAH.

Mendengar suara ayah di corong belah sana membuatkan saya terus termenangis. Hati yang tengah terkejut dan serabut, tangan yang tengah menggigil, poket yang sedang menipis ketika tu, hutang keliling pinggang yang semakin melebar - berkadar terus dengan penglebaran pinggang secara literal, kehidupan sosial dengan manusia2 yang membuatkan saya rasa nak mencarut setiap 5 minit, jantan2 menyakitkan hati yang saya rasa mahu kerat apa2 yang patut, allergic pada susu (apekah lepas 28 tahun hidup baru sedar intolerance pada susu?), masalah tidur malam, kerja yang menimbun tapi malas nak buat.

Telefon ayah sebab sudah buntu dan sudah tidak mampu. Dan terus TERmenangis sebab ayah memberi jaminan semua akan ok.
Semua akan ok.
Semua akan ok.


Gosh, mcm kena tukar pil!

Oh, saya dah ok :)

Thursday, January 20, 2011

Instinct

Sebagai wanita tulin (hiks), saya juga seperti kebanyakan wanita yang percayakan instinct, gerak hati. Percayalah, wanita dikurniakan kebolehan semulajadi yang membolehkannya meneka apa yang sebenarnya sedang berlaku. Macam masa saya dan Fi pergi meeting untuk AJK school – kitorang tak kenal AJK lain tapi boleh sense yang 2 orang dalam meeting tu couple.haha. Lepas habis meeting Fiona kata dia boleh sense depa tu kapel walau kitorang tak kenal pon depa dua orang ni. Saya pon boleh sense depa kapel by the way depa sokong each others argument – takde nak beria jaga hati, tapi most of the time salah sorang akan mengalah kalau ada argument. Eh, ni instinct ke? Ke lebih kepada mengkepochi lepas sibuk perati orang. Whateverlah….tapi yang penting kitorang punya instinct betul.Hah!

Ok, saya bagi contoh lain. Awas ya sesiapa yang kapel ngan pompuan! Pompuan memang instinctnya kuat. Tak mampu saya kira dengan jari jemari tangan dan kaki bilangan pompuan yang berjaya mengkantoikan pasangan yang sedang main cinta ngan pompuan lain! See, pompuan ni hebat, takyah pasang spy pon boleh tau si kekasih hati tengah menggedik ngan pompuan lain. Cuba nak sorok macamana pon akan kantoi juga. Macam sorang kawan saya yang sedang kawan ngan lelaki secara jarak jauh. Tetiba satu hari dia muram durja. Saya tanya kenapa? dia jawab "I can smell TOP has another woman!" (Guna nama TOP sebab saya nak lindungi identity sahabat saya..hehehe. Tapi kalau betul pakwe dia TOP, pompuan lain yang sedang menggedik ngan bf dia sudah pasti saya..muahahahahahhahahaha). So saya tatau ler betul ke tak tapi saya tau telahan dia pasti benar sebab jantan tuh dah tak berapa nak kontek dia dah! Bagi saya pulak di alam cinta, saya ada instict Yamapi dah ada gf lain!! :( (Keiko Kitagawa, see u in hell! Huh!) tapi saya juga ada instinct yang Jay belum ada gf.*hik!*

Masa sekolah dulu saya ada instinct yang cikgu akan buang saya sekolah sebab saya nakal dan suka buat bising. Tak cukup dengan tu asik tido dan pemalas. :( Mungkin sebab saya takleh terima hakikat yang kena masuk asrama. Sebab tu saya dok meratib nak pindah sekolah sebab saya suka konsep sebelum kena buang oleh sekolah baik kita buang sekolah dulu. Macam ada orang yang pulangkan gelaran datuk seri sebelum diarahkan untuk memulangkan gelaran (the truth, dia diarah untuk memulangkan!), macam juga konsep reject orang sebab kita tau orang tu akan reject kita lambat laun..hehehehe. Kembali kepada cerita sekolah, setiap jelingan ustazah memberikan rasa gemuruh di jiwa. Saya ada instinct ustazah2 tak suka saya, kawan2 just kawan saya sebab saya suka membadutkan diri dalam kelas – hello, ada sesapa pernah nyanyi lagu KRU depan kelas dengan sarikata di alter masa ingkatan 2? hahahahahah. Saya rasa budak SIS kawan ngan saya sebab nak gelakkan suara saya macam jantan masa tu, dan sebab depa nak tau maklumat pasal pertandingan pidato. Instinct instinct instinct yang saya tatauler boleh pakai ke idak bila pikir2 balik……

Sebenarnya saya meroyan pasal instinct ni sebab saya ada instinct (mula dah!!) yang sv tak puas hati dengan plan saya untuk the next experiment. Dia suruh saya pikir nak buat experiment meragut (which will involve pengorbanan nyawa bebiri2) atau indoor study yang tak libatkan haiwan. Saya jawab terus dalam meeting saya nak buat indoor. DIa mcm sentap dan suruh saya pikir balik. Then saya pikir berminggu2 dan bila dia tanya lagi saya jawab dan explain kenapa saya takmo buat oudoor sampling

1-Ini dah nak hujung2 summer. Eksperimen kalau libatkan haiwan makan masa sebulan lebih untuk prepare animal sebelum diguna dalam eksperimen. Saya hanya boleh buat eksperimen luar di musim summer, so kalau betul nak buat, saya kena buat tahun depan which is tak logic kecuali saya extend study lagi nam bulan. Duh!!!! So, kalau buat indoor leh sukahati start bile - environment climate chamber leh dicontrol sesuka hati sesedap rasa.

2. Banyak lagi benda yang perlu dibuktikan sebelum di apply di field. Banyak sangat variables yang confounding. So, saya takmo suka suki pegi buat field work semelih bebiri pastu result not significant!!!

3. Saya trauma nak semelih banyak2 bebriri dan result nan hado. Series saya trauma. Nasib baik 84 ekor yang mati tu tak masuk dalam mimpi or menjelma jadik hantu. Kalau tak boleh buat plot citer Mak Dijah balik Ipoh!


Saya bagitau encik bos point nombor 1 dan 2 masa dia sembang ngan saya, dan Nampak pupil mata dia mengecik – saya rasa mcm dia tak berapa setuju. Then dia cakap lagi – I bagi masa untuk you fikir lagi. OMG..Takpelah, semoga tetiap kali saya bagi jawapan dia akan bagi jawapan mcm tu. Biar berbulan lamanya. Then sedar2 dah Mac 2012. Boleh balik Ipoh!!hehehhehehe (koya)

Ok cop. Agaknya encik bos bagi masa pikir lagi sebab dia nak detailed experimental design untuk indoor experiment! Hah!!

So, sila abaikan entry ni. Hahahahahahahahahah

Ok, saya ada instinct yang korang tak paham apa yang saya tulis. Sebab saya pon tak paham! heh!

Wednesday, January 19, 2011

Gambar gambar

Anak tuan umah - Grace dengan lawn mower! *belakang tu garage belakang umah sewa saya :)*



Dengan kucing Elodie


Spray snow tiruan atas cermin..kata depa lah...


Tak paham jugak kenapa kitorang posing ngan pokok..hahahhahaha


Gambar halaman. Rumah saya paling kiri..yang kecik tuh


Rumah Elodie


Halaman tepi umah Elodie. Kat belakang tu ladang anggur.


Bebudak nih happy senantiasa..hehehheheheh. Belakang tu Libby.


Ada lagi gambar..next time saya upload :))))


Top top top

Peminat TOP dan Daesung wajib tengok!!! :)


NAN4 (en)

Sunday, January 16, 2011

Surprise!!!!!!!!!!!!!

Pagi tadi tuan rumah ketuk pintu. Malam tadi saya demam (ololololo) so hari ni pon slow..
Tuan rumah kata ada benda nak tunjuk..
Saya malas sebenarnya nak keluar umah.
Sebab panas.
Panas sangat sampai rasa nak pengsan.
Tapi sebab tuan umah gigih, saya ikut jugak.
Jalan.
Jalan.
Jalan.
Jalan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OMG!!!!

Saturday, January 15, 2011

Takde tajuk

There are few things yang buatkan saya down di saat ni tapi saya malas nak meroyan. Saya layan MV mamat  jambu sampai nak termuntah - sbb byk sangat tgk. See, semua benda berlebihan adalah memudaratkan!
Then I talked to Ake. As a friend, I miss him so much. Sebab being sesama Cancer *kehkehkeh,dah mula dah mentahyulkan diri* dia ala2 paham gituh. Mebi jugak bila berbeza latar belakang agama kita tak takut2 kena gosip dan dituduh terhegeh2 kat orang. Sebab kita tau things wont work out kita just jadi ourselves dan tak freak out. Tak paranoid.
Good news for me - dia decide nak balik sini but our main concern is kalau takde scholarship memang teruklah dia. So saya harap dipermudahkanlah urusan dia.
Yang paling saya seronok kawan ngan dia adalah dia memang akan membolayankan saya kalau saya degil - dan untuk pompuan2 gedik macam saya adalah sangat best...hahaha. Macam bila dia tau saya tak suka drive. Masa Aman datang sini, tak sampai 20 minit drive pon saya dah berleter sakan. Mesti Aman ada rasa mcm nak terjun dari kereta..hehehehe.
So, selalunya kalau dia nampak saya diam dia akan mintak kunci kereta, sebab dia tau saya menyampah ya amat drive masa banyak kereta. hehehehehehehehhehehehehehehehehe. Padahal sebelum tu kalau dia tanya nak dia drive ke tak saya akan jawab 'takperrrrrrr'. Kalau namanya pompuan camtulah, takpe, takpe...dalam hati layennnnn....hahahaha. Gedikla sangat pompuan ni kannnnnnnnn, kena orang paksa barula terhegeh2 bagi.....hikhikhikhik.
So selalunya kalau apa2 dia takkan tanya dah, dia terus bagi arahan dan tak tunggu jawapan saya. Dia akan terus bolayan pandang depan - tidak mahu mendengar sepatah pon alasan gedik..hahahahahhahahahhaha.
Being his friend yang pernah darah hidung sekejap sebelum rapat ngan dia, saya sangat hepi bila dia sebut

'Dengan ko la aku paling tak segan'

dan

'Kalau aku jadi balik sana sambung PhD, ko extend la setahun dua lagi.hehehehhehehe'

Oh shit, motip saya dah jadik macam WAGS Malaysia semua benda nak cerita kat blog???? Oh takpe, Ake bukan my other half dan bukan pemain bola! kekekkekekekekekekkekekekek


Buat Sakinah: DBSK dah kembali tapi hanya dengan 2 org :(
Max Changmin adalah kjythbkusuhdvjkldknvjidlukincjl.jylnuryl





Dan the best outfit for GD TOP setakat ini utk lagu High High adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh INI



sorryla terpaksa tepek sini uols..Para ustazah pakat ngeadd kat FB tak dapat nak mengover sbb menjaga sensitiviti ramai pehak.

Nasik lemak

Entah apa mimpi, hari ni teringin makan nasik lemak. Telefon mak untuk confirmkan resepi dan setelah setengah jam berhempas pulas, sudah dapat makan...hehehhehehehehhe.
Kalau kena bagi gred kat diri sendiri, saya bagi D. D adalah kerana saya menyarankan diri untuk repeat bagi menjamin kualiti yang lebih.
Ayuh post-mortem!
1. Kegagalan yang nyata bila terlupa beli timun dan bagi saya nasik lemak tanpa timun adalah seperti industri hiburan korea tanpa mamat2 jambu - langsung tak masuk akal!
2. Ikan bilis tak rangup. Duuuuh! Kalau suka ikanbilis rangup haruslah kena goreng!!!!!hahaha sengal. Sebab mak pesan goreng sikit dengan bawang - yang saya goreng sejemput tu je lah yang rangup. Dan bila wujudnya ikan bilis yang rangup ni baru sedar, kalau ikan bilis yang lainnya rangup, pasti lebih sedap.hahaha.
3. Kenapa kuah macam masam sket, bubuh sikitttttt sgt air asam jawa.Moskel sangat.
4. Kena lebihkan santan dalam nasik. Tadi takut2 nak bubuh banyak sebab kang muak. Tapi lepas ni boleh tambah lagi sikit :)

Beginilah kehidupan seharian, kalau bukan masak nasi lemak, pasti ada benda lain yang kita boleh perbaiki dari semasa ke semasa. Tapi tak semua benda kita boleh applikasikan konsep mencuba lagi untuk memperbaiki. Contoh: kawinlain untuk memperbaiki diri menjadi suami yang lebih baik. Saya bantah! hahahahahhahahahahahaha *emo tetiba*

Friday, January 14, 2011

Selamat tinggal :(

Kalau ini zaman Puteri Gunung Ledang, 7 tempayan air mata anak dara sungguh mudah untuk diperolehi. Silap-silap tujuh lori air mata anak dara pon boleh dapat, tambah2 lagi di zaman Kpop sedang menular bagaikan wabak ke seluruh dunia. Terkujat saya bila diumumkan konsert kpop akan diadakan secara tahunan di Sydney. Itu belum masuk lagi Taiwan, Filipina, Jepun, Malaysia..Kenapa kami perlu berkongsi kasih dengan seluruh penduduk bumi???KE-NA-PA??
Sebenarnya perkongsian kasih bukanlah isu yang mahu saya ketengahkan dalam entry hari ni..Luahan ini adalah berkisahkan pasangan yang saya paling suka. Tak pernah seumur hidup saya suka tengok pasangan bercinta.hahaha. Tapi Adam Couple (JoKwon (pakweayangwilda) dan GaIn) memanglah couple yang saya paling suka sampai tak mampu saya nak luah dengan kata-kata. Biasanya saya akan menyampah bila ada pompuan bergandingan dengan pakwe best friend, tapi bayangkan..ayang sendiri suka pakwe dia bergandingan dengan Gain..hahaha.Sungguh menakjubkan!!!!

Kembali ke mode sedih. Rancangan We Got Married dah diumumkan akan berakhir untuk pasangan Kwon-In nih lepas setahun lebih bersiaran. Depa lah pasangan olok2 yang paling digilai ramai. Ramai fangirls meroyan dan bergenangan air mata kerana terpaksa ucap selamat tinggal kat depa yang perlu komited pada promosi album kumpulan depa...

Saya dulu tak suka Kwon. Sumpah. Walau saya suka kat mamat jambu, Kwon suka overdose memondan menyebabkan saya jadik getik. Tapi bila kat WGM, ternganga saya tengok dia sangat sweet dan ada six pax! Saya tak taste la kat Kwon (sbb dia pakwe ayang) tapi saya sangat suka dia ngan GaIn. Kwon muda dari GaIn, lebih lembut, lebih sensitip berbanding GaIn yang ganas dan sempoi. Memang lawak dari episode satu. Saya kena kaver balik episode lepas 40-an sebab hari tu sibuk meroyan.
Sedihnya depa dah takkan moncol di kaca lappie....................... :((((((((((((

Video ni sangat sweet...Saya isytiharkan esok tempoh mendiamkan diri bagi merindui Adam Couple :(

Cis.takleh embed plak VIDEONYA
Ayang, :(((((((((

friendsheep

Tak ingat le plak gambo ni dah pernah upload ke belom..hehehehehhehe
Ni gambo berjaman dah, masa raya tahun lepas..hehehehhehehehehheheheheheh. Gigih pakai baju kurung segala pi animal house.


Mintak tolong Miranda amikkan gambo
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
alih2 dia yang posing sakan! Cis!




Dia tengah sampling kat Cambodia (sambil balik kampung jumpa awek)..kekekekkekekekekkeke

Thursday, January 13, 2011

Gambar cuti-cuti menjelang tahun baru

Kami memula pegi Koala Hospital. Best! Dapat tengok banyak Koala yang dah diselamatkan dari bushfire.


Tapi yang tak best, Koala kuat tido. Kalau tak silap depa just jaga bape jam je utk makan. Selebihnya megholoh, bak kata orang Perak (maksudnya tidor) .hehehehhee. So semua Koala tengah tido baekkkk punya atas pokok. Yang pelik, tak pulak jatuh tergolek! Dan satu lagi yang tak best kat sini takleh peluk cium Koala. So just tgk dr luar..

Punyalah ramai orang sini moskel bila dengar saya masuk kelas renang (depa bayang saya pakai bikini - tapi macam takleh diterima dek akal). Anak-anak tuan rumah siap datang umah, nak tengok baju renang. Curious gituh...Rupanya mak depa yang kepochi siap tanya Elodie dan suh anak depa jadik spy...OMG. Ingat Melayu je menjoyah! hahahahahahhahahaha.
Terimalah teletubbies di tepi pantai
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tapi sebab orang semua pandang pelik dan sebab panas nak mampus mcm bahang api neraka, saya tak berenang dah esok dan lusa. Takpelah, lagi best mandi dalam kolam kat Armidale nih. Orang tak pandang pelik dan tak berombak. ps: Ini bukan pose untuk majalah mangga! hahah.


Setelah berjaya jumpa tempat berteduh untuk satu malam dan diberi pinjam tempat masak BBQ neh, maka malam tu kami sakan kenduri..hehehehehhehe







Pantai mana tah tak ingat. Sebab pegi 3 pantai..Konpius!!




Masa tidur kat backpackers di malam kedua, katil mengadap benda alah ni. El kata benda ni memotivasikan dia. Hahahaha. So, amik gambo supaya dia kenang kata-kata nih.

Cinta fantasi

Saya dan wilda sangat suka k-pop dan sentiasa cop memana budak comel dari apa sahaja group yang moncol. Yer, yer, ramai orang getik. Ramai orang menyampah tahap nenek tiri gaban..hahahahhaha. Saya sendiri dah tak boleh nak track bape puluh orang saya dah cop – Yamapi, Sho, Toma, Koki, Chinen, Jin – bukan sedara mara jin afrit tau, Keita (walau depa bukan kpop). Kalau kpop lagilah hazab – Jay, TOP, GD, Taeyang, Outsider, The Quiett, KiKwang, Changmin (ayang, acu taste kat Changminnnnnnnnnnnnnnnnnnn puleks), Myung Soo (L), Mickey, Dongwoon, Key, LeeTeuk, Tablo, Siwon, Eunhyuk, Jinwoon, Maknae infinite, Taemin, Max, Yunho, Eli, Dongho dan senarai bertambah dari semasa ke semasa. Ramai orang kata kami gila, kami pon rasa kami gila..hahaha

Hakikatnya berada dalam tempurung alam fantasi sungguh lepak. Well, ada jugak time meroyan mcm orang sasau especially kalau melibatkan drama dan konspirasi but other than that, semuanya comel2 belaka. Sebabnya selaku fangirls yang dewasa kami tau semua ni just for fun dan kami sebenarnya mahu lari dari dunia yang nyata.

Saya dikelilingi insan2 hebat berhati mulia yang bepersonaliti menarik (yer, anda lah tu). But for most of my close friends, yang menerjah ke benak hati adalah royanan akibat kekecewaan. Ditinggalkan, diabaikan, tidak dipedulikan, taken for granted, dipermainkan. Saya suka berkongsi cerita – mendengar dan bercerita, tapi hakikatnya saya tak mampu nak tanggung kesedihan yang diluah rakan-rakan. Remuk jiwa akibat ditinggalkan, jantung terhenti bila bertembung dengan si dia, bumi berhenti berputar bila terlihat gambar dia dan kekasih/isteri/suami/anak/tunang di alam maya. Saya hanya mampu terdiam bila mendengar suara tangisan di corong belah sana, sebab saya tahu kesakitan yang dia rasa – mungkin darjah tidak sama, tapi dibelenggu perasaan rindu, benci dan malangnya rasa sayang yang masih bersisa menyebabkan kita rasa bersendiri di donia nan fana ini. Sebab itulah wujud hadek2 ikan pengubat hati yang duka lara. Setiap gerakan anggota menari, setiap gerakan bibir mereka menyanyi menghapus air mata dan kelukaan hati (wah gitewwww, propa jurus ke 17).

Saya dah janji dengan diri saya, selagi single, saya tidak akan benarkan mana-mana jasad yang berakal mengawal emosi saya sepertimana berlaku bertahun-tahun dahulu. Nak datang dalam hidup saya - datanglah, buat perangai macam setan – I WARN YOU, YOU WILL SEE HELL, nak pergi bila-bila – pergilah. Saya kisah sebenarnya tapi saya malas nak terlalu kisah.

Hidup kita terlalu singkat. Charlie putus hayat bila mencecah 26. Kita entah esok, entah lusa. Saya tak mahu bersedih-sedihan atas jasad tak guna yang selfish. Yes, selfish. Bagi saya selfish bilamana lepas putus tak sampai berapa bulan dah jumpa pengganti. Paling tak guna bila belum putus dah ada pengganti. Ada orang kata itu maknanya meneruskan hidup. Watdehek meneruskan hidup dengan mempermainkan perasaan, hati dan yang penting kepercayaan orang yang konon disayang.

Saya sudah serik dengan jantan2 dan betina2 pura-pura suci – sentiasa berlakon mangsa keadaan tapi hakikatnya depa manipulate orang dengan 'penampilan ala2 suchi'.

Serik.





Buat rakan-rakan yang sedang berduka nestapa kerana ibunya batuk, I love you so much and I hope the pain will go away. Allah sentiasa ada dengan kita. Janganlah berdendam macam saya, teruslah memaafkan dan teruskanlah hidup. InsyaAllah di hujung sana pasti ada adik kpop jambu yang menanti dengan tangan yang terbuka. So, marilah ramai-ramai minat kpop supaya tidak meroyan yang mampu membawa kerosakan kekal pada anggota dalaman. :)


Wednesday, January 12, 2011

Rasa yang membelenggu

Dah habis tengok Heroes season 4 semalam. Maknanya saya sudah bebas dari belenggu rasa tidak keruan kerana ingin tahu jalan cerita episod seterusnya. Tapi saya masih dibelenggu rasa kasih pada Gabriel Gray aka Sylar.


*pengsan*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*sedar dari pengsan*

Agak mengecewakan bila depa dah decide takdak sizen 5. Motipppppppppppppppppppppp???? hahaha, saje meroyan, hakikatnya Heoroes punya rating jatuh merudum, dengan isu pasal writers mogok lah, apa lah. Harap sizen 1 je yang tinggi, then jatuh gedebuk gedebab.. :( So fair enough depa decide takmo buat dah sambungan. Cuma penonton gila mcm saya ni jer kot yang bersedih-sedihan.....Macamana nak ubati rasa rindu yang bersarang dalam hati? Mencik. Mencik. Mencik.

Oh, takboleh gedik, kena buat keje. 24 hb meeting ngan bos number 2 pulak. Motip sangat kan tetiga sv ni suka buat miting asing2. Menggelegak dah otak neh. huks.

Ok bai.

Monday, January 10, 2011

Cubaan menceriakan diri

Tadi takde miting dalam opis. Encik bos terjah dalam lab je, tapi dah mentally prepared so namanya terjahan terduga.Tapi ada beberapa benda yang bikin saya down sampai terus sakit kepala

1- Saya target lit review utk tesis just 20 pages (hikhik) tapi disarankan untuk buat lebih dari tu. So, saya letak 30. Hari ni encik bos upkan lagi 30-50. Aigooooo. Maknanya skang ni dari 50%, sebenarnya saya just tulis less than that. BUkan tak suka buat lit review, masalahnya skang ni cepat hilang fokus..asik terkenang2 benda lain - report, abstract, planning for experiments :(

2- Brainstorm dengan encik bos pasal plan for next experiment dan encik bos bagi masa kecederaan utk pikir semula. Sebabnya ada few methods tu saya berbolak balik nak buat. So, kalau takmo buat kena cari alternatif lain. Oh, takmo buat bukan sebab malas, tapi sebab method tu tak reliable.

3- Pemilik backpackers takmo refund duit kitorang hari tu. Saya dah malas nak gado tapi EL nak bawak benda ni pihak atasan. Uff, malas ler nak deal ngan jabatan/persatuan2. Malas.

So, akhirnya saya jem otak, pek barang, balik umah, start tengok heroes sizen 4. Then teringat yang fangirls dok meroyan pasal comeback 7 org hadik2 jambu Infinite. Ya ampunnnn chomel sangat depa nih. Saya lagi suka imej 'good boy' depa sebelum ni tapi kena lah terima hakikat yang depa nih dah membesar dan mahu tukar imej. Ok je imej baru - kalau abaikan rambut kaler merah dan blonde.

Hadik2 infinite,
Akak sakit kepala sebab kerja jadi akak tengok performance korang buat keberapa kalinya. Setiap kali akak tengok korang joget2, jantung akak berdegup kencang sebab eksaited, bak lirik lagu korang "listen to my heart beat one by one"...

Bila akak godek2 performance korang dan MV, akak rasa akak lagi suka tgk performance korang atas pentas dari MV. Dalam MV memangla macho gado2 segala tapi akak nak tengok korang joget, bukan gadoh2...Maklomlah, akak ni pencinta keamanan dikkkk.
So, akak godek punya godek youtube (gaya macam takde kerja lain, padahal kain belum lipat, pinggan belum basuh), akak jumpa klip korang prektis. Akak sikit lagi nak pengsan menengoknya.....



Komen akak: Korang ni manusia ke robot? Camne leh menari sama gila mcm tu. Berapa puluh jam korang prektis sampai nari smart camnih? Akak terlopong sekejap. Nari lekloklah..Sok kalau dah glemer jangan pulak main tikam2 teammate, jangan pulak maki fangirls, ok?

Oh ya, L (Myung Soo), akak hapal nama ko sorang je sebab ko very the comelsssss. Sila jangan kaler rambut dengan warna pelik2.Kalau yang lain teringin akak hapal nama, sila mencomelkan diri..hikhik.



yang benar,
noona yang teringin buat phd dalam kpop boybands.

Sunday, January 9, 2011

Matahariku

Kehkehkeh. Tajuk bukan main, kan?
Esok meeting ngan supervisor untuk 'caj otak' - for the next experiment. Next experiment akan jadi lebih tricky sebab akan guna bilik climate apekebendantah dan pakcik yang incharge tu cuti-cuti krismas dan new year lagi. Saya dah draft experiment, tapi sebab takde idea bape sampel leh muat, saya stuck. Lit review dah membeku takat tu je lah. hahaha. Dah lebih 50% and I'm happy with that, walau saya tau encik bos takkan berapa happy.hiksssss. Ahkak dah malas nak stress lantaklah.
So tadi sempat godek2 sikit data experiment hari tu. Ada jumpa satu point menarik utk masuk tesis. So yeah, alhamdulillah. The rest of day, habiskan tengok season 3 Heroes. Lama dah terbengkalai. Puas hati menengoknya. Nanti bebila stress bolehlah sambung tgk sizen 4 plaks pastu leh buat royanan berkonsep fangirl. Hikhik.
Novel pon ada 2 lagi tak baca. So nampaknya utk tahun ni I'm well planned untuk mengubati diri di kala tensen dan stress dan tidak mampu menggunakan otak dalam bidang akademik.hikhiks.

Tajuk entry adalah matahariKU.Ahaks. Sebenarnya saje gedik. Nak cakap pasal Taeyang. Dalam bahasa ibunda Korea Taeyang maksudnya Matahari kalau tak silap. Sebab tu la nama album solo dia 'Solar'. Yer, Taeyang atau Yong Bae dari BigBang. Lagi taste kat TOP (tetiba rasa TOP ada iras Sylar, apekah?) tapi sukaaaaaaaaaaaaa sangat lagu Tra, eh Taeyang ni. Bila buat kerja, saya mesti ada lagu latar sbb nak fokus (tak suka sunyi sgt atau bunyi org mengumpat hahah) tapi tetiap kali lagu ni keluar saya akan terbehenti dan feeling-feeling. huks. Oh apekah? Rasanya lagu feeling2 Taeyang dan 2am je saya boleh layan.

Terimalah...Wedding Dress :)



ps: ok, rasa dah pernah post MV nih..kekekeke.takpelah kan...hiks

Project 2011 - 2

Ini pemandangan dari ruang tamu. Selalu nampak lembu meragut, tapi dah lama tak nampak encik/cik/puan lembu meragut..Makanya, rumput sudah panjang. Nanti bila dah siap kemas umah baru amik gambo umah. kekeke. Skang ni umah macam penempatan mangsa banjir.kekekekke. Oh, btw, tempat saya tak kena banjir. Hujan hari-hari tapi alhamdulillah tak banjir sebab tempat kitorang ni tinggi. :)

Thursday, January 6, 2011

Bila Jay Park meroyan

Kecoh tetiba fans Jay sebab dia buat tattoo (lagi!). Ini yang keempat okes. Satu kat telinga, satu kat dada, satu kat belakang badan. Hat yang terbaru ni kat lengan puleks. So, selaku fangirls yang gedik2 manja adalah jugak dok tweet Jay cakap jgn buat tattoo dah. Rupanya ramai yang tweet dia. Sampai dia meroyan..hahahhahahha.lawoks.
Maka terusla mamat sorang ni meroyan kat twitter

(TRANS)

I hear a lot of you guys’ concerns in my ear. Why does Jaebummie keep getting tattoos, then his image becomes worse and he can’t go on programs, is Jaebummie going to work underground, why does Jaebummie keep working with ChaCha instead of with a famous producer, why does Jaebummie give AOM plane tickets and a place to stay with food and give them pay and keep them around, when is Jaebummie planning to earn money. I usually don’t say these kinds of things. I’m the style that keeps quiet and then shows through my actions, and I do want to go out into TV programs and go on music programs and such but I’m not preparing an album to get no. 1 on a music program once. Along with me, you guys think those things really important, but honestly In any situation I want to show that if you try really hard and your heart’s good you can make it. [AOM is my family] it’s stupid in businesslike ways but I’m really happy, seeing my friends’ families and friends be proud of seeing my friends do what they love and also earn money with it. My friends’ parents thank me, and I really like it that they get fans and like my parents, they can look up their sons’ material. Also, most importantly, I have to have my friends to not be bored.~ And I trust in ChaCha’s ability, and I produce with him because he’s good at this. If he wasn’t good, even if he was my friend I wouldn’t do this with him. To the people who doubt us, in this song with the beat ChaCha made, I wrote, and Dok2 featured in the rapping, you won’t be disappointed. When it gets out, you won’t ever doubt again. And I don’t try to help to get something out of it but [if we're fam] and we’re close then I like helping out. And if you say not to get tattoos it’s pretty much like telling me not to rap or to dance. I show my feelings through those kind of things. I won’t do it too much. [most importantly] I lurk a lot and since you guys tell me to release an album, I work hard and write songs like this and record, and am trying to film a legit movie. Since it shouldn’t be postponed in its release like Demon, since this time I’m in control of everything, it’ll come out for sure. If I can make a lot of people happy, and enjoy dancing with friends, and receive love from you guys, it’s enough for me. But the album will be real legit, seriously, I can’t show all my feelings through this kind of writing, so I’ll just show it slowly, step by step. ^ã… ^


credit: jinastar@itsjaypark.com



Komen:
kesianla jugak kat dia nih...Tapiiiii, dia nih pon satu, motip nak amik pot segala apa yang orang cakap? Hadoila, susah tau kalau nak jadik retis kalau cakap orang semua nak amik kisah...Fangirls pon ngokngek, sukatilah dia nak buat lagu ngan member dia.I tak pernah mempertikaikan dia buat lagu dengan kawan dia sebab I percaya kepada prinsip: kawan kekasih hati kita, kawan kita jugak. hiks
Hari ni terkeluar semua isi perut apa yang dia rasa. Isu2 ni semua dah lama. Isk, susah gak kan bercinta minat kat orang pendiam ginih. Semua benda dia ungkit di waktu yang kita tak sangka!....hukhuk.

Wednesday, January 5, 2011

Selamat Hari Lahir dan Good Luck

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir pada Encik Nikaz Nikal, jejaka idaman gadis2 Malaya, masih singel mingel bujang trang tang tang *sila ym saya untuk mendapat nombor telefon atau email beliau, hiks*. Semoga dengan peningkatan usia, meningkatlah juga kehenseman, kemachoan, kehottan, kematangan, kerajinan, kesopansantunan dan kebudi-bahasaan. Terima kasih atas segala khidmat nasihat di alam maya *wah gituh* dan perbincangan bercorak ilmiah mahupun perbualan berkonsep gosip dengan jiran sebelah rumah *hikhik*. Terima kasih kerana mengamalkan gaya hidup hormat-menghormati. Tapi awas ya kalau berani cuba menduga lautan yang dalam (betul ke ayat nih?)! Sesama lah kita bersemangat untuk post doc pulak. Go go go!

----------------

Hari ni juga hari penting buat insan teristimewa *hikhik*. Selamat menempuh temuduga dengan berpakaian vogue. Diriku disi senantiasa mendoakan kesejahteraan dirimu. Senantiasa.  Walau kita terpisah jauh beribu batu, walau kita dah berbulan tak bertemu, walau kita sudah tidak lagi terjangkau dek tangan *wah gituh*. Semoga dipermudahkan urusan dan senantiasa ditunjukkan jalan yang terbaik. Semoga Allah kurniakan ketenangan untuk temuduga esok! Good luck, love! Senyum, senyum, senyum! Go go go!!

Tuesday, January 4, 2011

Project 2011 - 1

Pagi tadi jalan jammed masa on the way ke farm untuk bantu Fi. Bukan jammed dengan bas lori basikal motosikal, jam dengan....






BEBIRI!

Pagi tadi pihak ladang pindahkan bebiri ke padang ragut lain. Penat membontoti depa nih. Last-last saya drive rentas semak belah kanan..hehehehe. Kalau tak, lepas Fi habis sampling baru saya sampai. Ikut hati memula nak mencilok je antara bebiri nih tapi sebab ada baby-baby yang chomellll dan depa jalan lembab ya hamat, terpaksa lah buat cilokan ke semak samun sebab takut terlanggar depa. Kiut miut kan bontot depa yang gebus tu??


Over

Dalam kehidupan sehari-hari (cewah, intro mcm ceramah kat tv..hiks) kita mesti tak sedar yang kita nih kenkadang over. Tak kisahla over apa pun yang penting over. Saya nak cakap pasal overestimate kemampuan diri. Mcm saya yang over konpiden mampu buat 2 eksperimen serentak (sebab eksperimen kecik je ponnnn), rupanya tersungkur emosi di tengah jalan. Macam jugak minggu lepas bila saya over yakin boleh berenang kat laut - last2 telan air masin dekat segelen, pedih pulak air masuk mata, hidung - dan mungkin telinga. Takler lemas sebab air pangkal dada jer..tapi saya ala2 sentap ler sebab kenapa kat kolam renang boleh tapi kat laut tak boleh? So saya salahkan ombak - "Ombak jahat!" ala2 dialog iklan ape ntah kat tv dulu yang ada dua budak kecik main tepi pantai.
Saya tataula orang lain, tapi secara peribadi saya perlukan rakan untuk menyedarkan saya supaya jangan terlalu yakin menempuh ombak dan badai kehidupan *wah gituh*. Saya teringat bila saya bagitau Ake yang saya join memacam benda kat sini - saya ingat dia bangga. Tapi dia meyentapkan saya dengan komen ringkas dan padat - "you overestimate yourself. this is too much to handle. just focus on your study".
Diam.
Diam bukan sebab marah. Diam sebab mencik bila dia tau saya join benda2 merepek sebab nak point bosan. hehehehehehe. Sebab dulu saya kurang boleh berguling-gulingan-bangun lambat sesuka hati-malas basuh pinggan atau lambat angkat kain kat umah sendiri, saya suka buat aktiviti luar umah. Saya ingat saya hero la kan boleh buat itu ini segala. Sekarang apa sudah jadi?

Toastmasters saya kensel jadi ahli hari tu sebab busy ngan eksperimen - depa mesti ingat saya sentap sbb hari first depa terus suruh saya bagi spontanious talk pasal sheep! terus gelabah ayam. Lepas tu terus tak moncol2 dah. Drama sangat kan walau hakikatnya saya dah tak join sebab eksperimen...hehe

DJ radio - suppose saya start masuk konti untuk training bulan nih. Tapi sebab preparation eksperimen DAN observation start bulan nih, saya tetiba meragui diri. Ok, tu alasan. sebenarnya dah start freak out. Depa nak suh masuk konti sensorang, tapi saya nak berpasang, hiks. Depa mcm takmo bagi berpasangan puleks. mencik. So, entahler. Saya tak reply pon email manager radio tanya sapa nak masuk konti bulan ni.. Tengoklah kalau dapat mimpi pulak malam nih.hehehe

Macam tu jugak dalam berkawan dengan orang, saya takleh yakin sangat orang paham apa yang saya sensitip apa yang tak. Saya rasa saya makin tua nih makin sensitip..saya takleh kalau orang cakap kat saya berulang kali: 'ko cantik ker???' / "ko nih lembablah, itu pon takleh nak paham"/ 'sedihkan jadi ko takde orang nak?'.
Dan saya pon takleh nak yakin sangat yang saya tahu nak melawak kena pada masanya. Yelah kan, jgn ingat pompuan jer yang ada PMS. Lelaki pon ada. Nak-nak pulak yang feeling-feeling nak jadi pompuan tapi tak dapat..oooops. Jadiknya, saya rasa pas nih saya akan cubalah bergurau berpada-pada. Kalau kawan-kawan nampak saya kurang menggedik..tandanya saya khuatir (wah, ayat buku!!) saya akan menyentapkan orang pulak. Maklumlah, skang ni kan PMS merupakan penyakit berjangkit yang dah jadik wabak! Tggu masa je nak tersenarai dalam website WHO. Tungguuuuuuu

So, kesimpulan dari royanan tak berfaedah di atas adalah saya akan cuba tidak over konfiden dengan kemampuan fizikal sendiri. Kemampuan mental memang dah sah2 dah tau apa limitnya. Saya juga akan bersungguh-sungguh belajar berenang walau sering menjadi tumpuan ramai terutama kanak-kanak kerana berpakaian seperti teletubbies masuk kolam. Mencik! Nasib baik depa tak bubuh telinga kat atas cap tuh!

Dan bila bercakap pasal overrated, saya cukup hangens bila orang kata GD dan TOP di overrate oleh peminat fanatik mereka. Nonsense! *wah gitu I marah!*. Dalam klip nih kalau abaikan pompuan2 yang tergedik2 mengeliat macam pacat dalam hutan - depa memang superb! Saya harap encik YG tidak akan mengekalkan konsep penari 'memacat' untuk lagu Big Bang yang akan datang!

GD and TOP, I love you. Sorry Jay, sila release MV baru akak kembali!




ps: PALING SUKA SCENE KERETA KEBAL!! sjybskjytsuyajnhkjsdyvsudyhtukdru *pengsan*

Monday, January 3, 2011

2011

What a waste mulakan entry 2011 dengan royanan sakit ati kat orang, kan? So, sebelum masuk tidur rasanya nak tulis sikit.

2011 ni kalau boleh nak habiskan eksperimen. Memohon kepada Allah supaya dilancarkan semuanya.

Sadly, itu je aim untuk 2011. Kalau 2010 dulu ada la jugak target nak buat itu ini...Tapi rasanya 2011 ni harapnya dapat teruskan apa yang dah dimulakan - menabung, memasak, driving, swimming.

And I hope to minimise communication with people. Mungkin orang rimas dengan kemeroyanan saya or keoversensitifan saya. So, saya akan cuba minimakan hubungan sosial dengan manusia. Walau saya tau cuba tak semestinya berjaya, tapi saya harap sangat niat saya ni dipermudahkan Allah. I'm going to be 29 dan dah malas nak carik pasal ngan orang. hehehehe.
Esok start masuk keje. Badan penat lagi sebenarnya dipaksa trekking (betul ke istilah nih?) ngan Elodie (El)- sumpah, sampai rasa nak nangis trekking dalam panas terik lebih dari 2 jam - 2 hari berturut2. Bukan lemak je terbakar, rasa mcm daging dah tulang pon terbakar. Sekarang kalau timbang sure ringan sebab tinggal berat kering jer dah..hehehe.

Masa bercuti dengan El ada la sebabak dua drama - depa letak kitorang sebilik dengan pat lima orang jantan2 hot kat hostel backpackers. Tu pon sedar sebab masa berenti nak solat, sedar dalam bilik ada kasut jantan, rokok ngan arak. So, mintak tukar bilik, takleh. Apekah?

So, kitorang bagitau dia kitorang nak blah tido tempat lain (dengan penuh yakin) dan management pulangkan duit deposit kunci masa saya nak angkat takbir - so takdan nak sembang apa. Lepas solat El tanya saya sempat tak mintak refund untuk bayaran 2 malam. Camno nak mintak refund tgh solat? Ingatkan El mintak refund - rupanya dia sebok punggah segala bahan mentah yang kitorang beli (untuk BBQ di malam tahun baru) dari peti ais. Pokcik tu dah larikan diri. cis.

Yang kitorang hangin bukan apa: Bebudak laki ni semua beli bertin2 beer dan berbotol2 arak. Motip letakkan kitorang sebilik dengan laki walaupun depa tak mabuk? Dahtu pulak org kaunter kata management takde malam ni ngan besok. Jadik kiranya keselamatan 2 orang pompuan yang diletakkan sebilik dengan jejanz2 nih takde sapa nak jamin. Then pulak ada 2 lagi bilik yang kosong, dalam 4 katil 2 tingkat setiap bilik. KOSONG. Tapi dia tak bagi kitorang dik situ. Malas mengemas katanya. Haiyohhhhh. So, misi pelarian bermula. Sedih sangat mencari tempat tido malam tahun baru. Most tempat mmg dah fully booked - tambah pulak ni cuti sekolah sampai hujung bulan.

Dipendekkan citer dalam kul 8 lebih jumpa satu motel terpencil tepi jalan ada vacancy. Dapatla tumpang berteduh satu malam dan masak segala bahan mentah yg dah beli tadi. Kul 11.30 dah tido dah..tak larat nk tunggu tahun baru sebab siang sebelum drama penat pi jenjalan lawat koala ngan pi berenang mcm orang gila kat laut...hehehhehehehhe.
Hari kedua juga gila sebab skang plan dah tukar habis. Pegi pantai lain tapi saya tak mandi sbb mmg panas nak mampus. Then kena seret gi mendaki waktu tengahari rembang. Dah menitis air mata dah sebab mmg pekejadah la mendaki bila matahari panas terik dengan topi tak bawak. Ingat nak pengsankan diri supaya helikopter datang rescue. Pastu dengan penat separuh mati, sesat pulak tak jumpa jalan keluar....Pulak, tetiba tercongok sekor kangaroo lagi besor dari saya dalam jarak 2 meter. Dia stare kitorg sampai tatau nak watper. Then dalam 5 minit jugakla berdirian berpelukan kekakuan - sebab El cakap jgn bergerak. Sib baik dia tak kata jangan bernapas. Kalau tak kejung dah. Last2 kitorang blah je slow2 bila dia mcm tak heran kat kitorng - makan rmput sambil sekali sekala tgk kitorg. Cis. Kalau tau dia tak attack takde la gigih berpelukan sakan kaku maku segala.
Dengan penat nak pengsan, misi cari tempat tidur bermula lagi. SEMUA hotel/motel/caravan park yang kitorg pegi takde vacancy. LAst2 baru kitorg guna otak - telefon dulu segala hotel/motel/tempat backpackers sebelum terjah and dapat tau ada kosong kat tpt backpackers dalam sejam lebih dr tempat kitorg telefon. Then sampai situ okeylah walaupun toilet/shower share. Depa bukan rajin mandi sangat pon. Best le jugak kat tpt backpackers ni ada jugak org2 ramah.Ada org tanya2 soalan pasal PhD kitorg masa dinner- terus rasa mcm confirmation seminar..keke.Then masa nak balik tadi tetiba ada pakcik tua bagi salam. Sentap. Dia kata dari Malaysia ke? Dia kenai cara pakai tudung..hahahhahahahahahahah. Lawoks.
So tadi pi teman El mandi sungai. Ingat nak masuk dalam sungai sekalik, tapi depa nih tak baca papan arahan yang anjing prohibited mandi sungai - ada la lebih 2-3 ekor mandi dalam sungai tu which I dont like. Motip tak baca arahan? So, in the end saya tido bawah pokok dan tggu El habis berenang. Then menuju ke balik ke Armidale - singgah pulak natural park. Ala2 trekking lagi 3 jam. Panat tapi tak nangis la tadi sebab teduh. Kalau terik mcm semalam memang saya akan pepura pengsan je biar org seret balik. Tak koserrrrrr. Ya hampun, lepas ni kalau El ajak bercuti lagi ngan dia, nak serender awal2..hahahahah. Gila berjalan ler dia nih. So, kesimpulan - sangat penat. Ada drama jugakla masa jalan tadi sbb banyak pacat. Dia nih penggeli gila kat pacat tapi pakai shorts trekking. Asik bergema bunyi dia menjerit hysterically - hahahahhahahaah.mati la semua anak-anak burung dalam tu. Orang yang belakang kitorng pon jadi seriau bila tgk kitorg over berperang ngan pacat..Semua pon cek2 kaki/selipar segala..hahahahahha
Dah puas berdrama - time to work tomorrow.


Err, kalau bangun pagi. hiks.

Sunday, January 2, 2011

Diam

Biasanya kalau saya terkecik hati, saya diam. Saya diam sebab banyak berfikir. Saya tau saya oversensitif, jadi mendiamkan diri adalah langkah untuk saya bertenang. Saya takde pon simpan dendam. Cumanya bila saya dalam fasa diam tu tandanya saya masih sedih. Saya tak benci. Kalau saya benci:

Saya akan terus confront dan cakap apa yang saya pikir. Like what happened today. Bila seorang 'kawan baik' dalam 10 kali kata saya lemau - konon lembap nak paham segala mak nenek lawak kurang berkualiti dia, saya masih boleh bertahan but I lost it gradually. Until I just cant stand it anymore.
I know I shouldn't but I said something directly to the person. Tau pulak nak emo kata aku takbur segala.

So for friends yang nampak saya menjauh..hakikatnya takde apa pun. Attention seeking pon bukan, nak gedik pon bukan. Just perlu masa untuk ubat kesedihan. Sedih sebab tak sangka. Tu je. Takde dendam kesumat marah menyumpah bagai pun.

Tapi buat yang kata saya lemau (dia tak masuk pon blog ni dah): Jangan nak feeling-feeling orang hadap sgt nak kawan ngan ko kalau asik melazer orang jer. Ingat, aku tak pernah cakap pon aku hebat, tapi aku benci beli ko suka melawak yang tak pikir perasaan orang. Macamana ko marah orang panggil ko ------, mcm tulah aku marah bila ko kata otak aku lembab berulang-ulang kali. And sorry, I think I just cant talk to you anymore.