Friday, January 14, 2011

Selamat tinggal :(

Kalau ini zaman Puteri Gunung Ledang, 7 tempayan air mata anak dara sungguh mudah untuk diperolehi. Silap-silap tujuh lori air mata anak dara pon boleh dapat, tambah2 lagi di zaman Kpop sedang menular bagaikan wabak ke seluruh dunia. Terkujat saya bila diumumkan konsert kpop akan diadakan secara tahunan di Sydney. Itu belum masuk lagi Taiwan, Filipina, Jepun, Malaysia..Kenapa kami perlu berkongsi kasih dengan seluruh penduduk bumi???KE-NA-PA??
Sebenarnya perkongsian kasih bukanlah isu yang mahu saya ketengahkan dalam entry hari ni..Luahan ini adalah berkisahkan pasangan yang saya paling suka. Tak pernah seumur hidup saya suka tengok pasangan bercinta.hahaha. Tapi Adam Couple (JoKwon (pakweayangwilda) dan GaIn) memanglah couple yang saya paling suka sampai tak mampu saya nak luah dengan kata-kata. Biasanya saya akan menyampah bila ada pompuan bergandingan dengan pakwe best friend, tapi bayangkan..ayang sendiri suka pakwe dia bergandingan dengan Gain..hahaha.Sungguh menakjubkan!!!!

Kembali ke mode sedih. Rancangan We Got Married dah diumumkan akan berakhir untuk pasangan Kwon-In nih lepas setahun lebih bersiaran. Depa lah pasangan olok2 yang paling digilai ramai. Ramai fangirls meroyan dan bergenangan air mata kerana terpaksa ucap selamat tinggal kat depa yang perlu komited pada promosi album kumpulan depa...

Saya dulu tak suka Kwon. Sumpah. Walau saya suka kat mamat jambu, Kwon suka overdose memondan menyebabkan saya jadik getik. Tapi bila kat WGM, ternganga saya tengok dia sangat sweet dan ada six pax! Saya tak taste la kat Kwon (sbb dia pakwe ayang) tapi saya sangat suka dia ngan GaIn. Kwon muda dari GaIn, lebih lembut, lebih sensitip berbanding GaIn yang ganas dan sempoi. Memang lawak dari episode satu. Saya kena kaver balik episode lepas 40-an sebab hari tu sibuk meroyan.
Sedihnya depa dah takkan moncol di kaca lappie....................... :((((((((((((

Video ni sangat sweet...Saya isytiharkan esok tempoh mendiamkan diri bagi merindui Adam Couple :(

Cis.takleh embed plak VIDEONYA
Ayang, :(((((((((

3 comments:

  1. Dek kerana lost banyak membaca entri ini, saya simpul dengan satu soalan:-

    Apakah sudah terjadi pada Jay Park?

    ReplyDelete
  2. Tgh merajuk ngan Jay sebab dia meroyan hari tuh.Kalau dia behave baru akak gedik balik...boleh????kekekekkekek

    ReplyDelete
  3. hepppp...patutla tido x lena, ada org sebut2 nama pakwe. kekeke. kalo acu nk tahu, ayg nangis seharian bila diorng announce kat radio kata diorng akan end. dan selepas announce diorng rakamkan kejadian2 di rumah (seperti yg boleh dilihat dlm episod akhir). bayangkan sambil jual ubat, air mata bergenang. ah~

    skrg masih sedih, tp kalo itu yg terbaik utk kwon ayg sokong jek..nama pun pakwe kannnn. kekekekeke

    ReplyDelete