Monday, January 10, 2011

Cubaan menceriakan diri

Tadi takde miting dalam opis. Encik bos terjah dalam lab je, tapi dah mentally prepared so namanya terjahan terduga.Tapi ada beberapa benda yang bikin saya down sampai terus sakit kepala

1- Saya target lit review utk tesis just 20 pages (hikhik) tapi disarankan untuk buat lebih dari tu. So, saya letak 30. Hari ni encik bos upkan lagi 30-50. Aigooooo. Maknanya skang ni dari 50%, sebenarnya saya just tulis less than that. BUkan tak suka buat lit review, masalahnya skang ni cepat hilang fokus..asik terkenang2 benda lain - report, abstract, planning for experiments :(

2- Brainstorm dengan encik bos pasal plan for next experiment dan encik bos bagi masa kecederaan utk pikir semula. Sebabnya ada few methods tu saya berbolak balik nak buat. So, kalau takmo buat kena cari alternatif lain. Oh, takmo buat bukan sebab malas, tapi sebab method tu tak reliable.

3- Pemilik backpackers takmo refund duit kitorang hari tu. Saya dah malas nak gado tapi EL nak bawak benda ni pihak atasan. Uff, malas ler nak deal ngan jabatan/persatuan2. Malas.

So, akhirnya saya jem otak, pek barang, balik umah, start tengok heroes sizen 4. Then teringat yang fangirls dok meroyan pasal comeback 7 org hadik2 jambu Infinite. Ya ampunnnn chomel sangat depa nih. Saya lagi suka imej 'good boy' depa sebelum ni tapi kena lah terima hakikat yang depa nih dah membesar dan mahu tukar imej. Ok je imej baru - kalau abaikan rambut kaler merah dan blonde.

Hadik2 infinite,
Akak sakit kepala sebab kerja jadi akak tengok performance korang buat keberapa kalinya. Setiap kali akak tengok korang joget2, jantung akak berdegup kencang sebab eksaited, bak lirik lagu korang "listen to my heart beat one by one"...

Bila akak godek2 performance korang dan MV, akak rasa akak lagi suka tgk performance korang atas pentas dari MV. Dalam MV memangla macho gado2 segala tapi akak nak tengok korang joget, bukan gadoh2...Maklomlah, akak ni pencinta keamanan dikkkk.
So, akak godek punya godek youtube (gaya macam takde kerja lain, padahal kain belum lipat, pinggan belum basuh), akak jumpa klip korang prektis. Akak sikit lagi nak pengsan menengoknya.....



Komen akak: Korang ni manusia ke robot? Camne leh menari sama gila mcm tu. Berapa puluh jam korang prektis sampai nari smart camnih? Akak terlopong sekejap. Nari lekloklah..Sok kalau dah glemer jangan pulak main tikam2 teammate, jangan pulak maki fangirls, ok?

Oh ya, L (Myung Soo), akak hapal nama ko sorang je sebab ko very the comelsssss. Sila jangan kaler rambut dengan warna pelik2.Kalau yang lain teringin akak hapal nama, sila mencomelkan diri..hikhik.



yang benar,
noona yang teringin buat phd dalam kpop boybands.

2 comments:

  1. sini rupanya ye :)

    betul! adik2 infinite ni menari gila sama. tp ayg rasa faktornya ialah jenis tarian tu. kalo perati diorng menari banyak yg jenis pusing2 tgn slow motion pastu turun tgn tiba2 (atau kak). berbanding beast yg nari jenis gegar2 badan walaupun sama tp disebabkn saiz badan dan baju berbeza nmpk mcm x sharp wpun pd hakikatnya sharp.

    tp itu x bermakna noona ini x sukakan infinite. lagu diorng semua best (termasuk yg sebelum ni). and tarian juga besttttt.

    sekian. dari noona fan yg kalau dh ada phd bidang kpop dh lama dpt jadi professor.

    ReplyDelete
  2. ayang, I MISS YOU. setuju dengan ayang, konsep tarian depa sharp menyebabkan nampak sama :)
    sangat prof!! hikhik

    ReplyDelete