Monday, November 30, 2009

Update kepenatan

The jaybommies are cute! 30 ekor, bulu dah dicukur, so nampak kecik dan takde prickles melekat pada bulu. Tak ganas sangat tapi dah namanya binatang, bebiri pulak tu..benda senang jadi susah, degil, tammo dengar cakap. Tangan sudah lebam-lebam dan luka-luka sebab bergelut dengan mereka sebab timbang, tag telinga dan bagi ubat cacing. Ala2 crocodile hunter pulak rasa. Tapi I sheep hunter.kekeke.

I am so tired. Mahu tidur awal.
Tata.

Rumah54

This entry is to support kreativiti artis naungan.

Kalau anda mahukan sesuatu untuk mengisi masa lapang, please klik gambar Jay di bawah.


Anda akan diteleport ke Seattle blog e-novel bertajuk rumah54.

ps: ini iklan tak ikut konsep. Suppose kena bubuh poster seperti di blog Pagi Hari di Durham. kehkehkeh.

pps: Request: boleh tak buat Hero muka macam Jay????

Sunday, November 29, 2009

='(

I just found out that one of my friend, Syafie Tan dari Institut Penyelidikan Veterinar Ipoh telah meninggal dunia semalam akibat kemalangan. Beliau telah dikebumikan pada pukul 3.30 petang tadi waktu Malaysia.

Kami taklah terlalu rapat tapi saya banyak berurusan, berbual, dan bergurau senda dengan dia sepanjang saya bekerja di VRI. Saya selalu marah-marah manja, kalau dia cuba mengorat kawan-kawan saya (sebenarnya jeles sebab dia tammo ngorat saya), dan dia memang selalu buat-buat takut dengan saya.
Dia sangat muda (awal 20an), skema, tapi dengar cakap. Since saya dan geng2 di VRI adalah hampir sebaya, Pi'e kami anggap sebagai adik yang manja sebab selalu mengadu kalau dia kena tegur dengan ketua bahagian dia. Dia juga suka menyakat orang.
I am very very sad right know, terasa sebak walau sejak pindah ke UMT sudah tak berkontek dengan dia. Hanya sembang-sembang biasa kalau sesekali balik VRI. Dia budak yang sangat baik tapi agak nakal dan disayangi ramai orang. And I understand why kawan lelaki saya yang rapat dengan dia menangis tersedu-sedu bercerita pada kawan perempuan saya tentang arwah sudah tiada lagi.
Masih terngiang-ngiang dia panggil saya "Kak!"

Oh, mulai hari ni adik-adik ikan takyahla panggil saya 'Kak'. Panggilan tu sebenarnya buat saya rasa tua dan rasa ada emotional attachment dengan orang =(.
Just call me DiJay, ok?

Pi'e, semoga Allah tempatkan Pi'e dalam kalangan oleh yang dicintaiNya. Akak sedih sebab tak dapat jumpa Pi'e lagi. Akak tak sempat nak cerita pasal koala dan kanggaroo.

Syafie Tan, Al-fatihah.

Saturday, November 28, 2009

=)

I am happy.
Wah, gituhla intro.
1. Sekarang sedang menikmati flat 4 bilik, 2 bilik air sendiri. Muahaha. Flatmate pakat dah habis study dan sudah pulang ke kampung halaman. Sunyi sikit je, tapi I'm enjoying my own sweet quiet space. Saya suka bila takde emotional attachment dengan mana-mana manusia sebab saya takkan meroyan. Teringat masa kat UMT dulu bila pindah dari umah sewa cik pensyarah, i sedih sayu sayan. Bila Kak Ron keluar rumah sebab nak fly, sayu sayan jugak. So, ini rasanya kali pertama housemate keluar dan tak rasa sebak mencengkam jiwa, sebab saya jarang duduk rumah. Kalau duduk rumah pun akan berkurung dalam bilik macam wanita kemurungan. Kurung, murung..wah, it rhymes!

2. Semalam raya, tapi saya tak raya. Charlie was kind enough untuk seret saya ke rumah beliau untuk dinner. Being with her since September, nampaknya masing2 sudah memahami emosi masing2. Bila nampak mamat oriental yang comel dia akan cuit saya, bila saya nampak mamat aprika yang hot saya akan bagi signal kat dia..kekeke. Kami langsung takde persamaan, langsung. I dont like her song choice and she claimed that I like gays (boybands).
It's better takde persamaan tapi boleh hormat orang dari banyak persamaan tapi langsung tak bersefahaman.
One thing I like about her is dia suka gila tanya pasal Islam, ala2 nak tau dari mulut muslim sendiri vs dengar benda2 yg dilaporkan. Dia tanya pasal sejadah dan telekung dalam ofis, pasal tudung, pasal daging halal, pasal tidur dengan laki sebelum kawin, pasal arak, pasal samak lepas kena jilat ngan anjing, pasal tutup aurat, pasal kawin dengan bukan islam. Semalam tetiba dia kata nak try pilih daging2 halal untuk diet dia sebab teoretically ia lebih humane, dan semalam juga dia mintak saya ajar dia macamana pakai tudung. Terus jadi macam jelmaan wijdan! Sangat cantik tapi saya terguling2 gelakkan dia sebab dia dok perati muka dia dari pelbagai angle kat sliding door dengan muka eksaited. Over! Dan dia kata wanita bertudung ni lagi cantik kalau tak pakai tudung, so dia nampak hikmah bertudung - menghormati dan memelihara wanita katanya.

3. Saya dan charlie sudah meluaskan pasaran saham diri dengan warga thai di UNE. Thanks to One, opismet kesayangan yang telah mendedahkan kami dengan warga thai yang tidak kurang comelnya. Yang penting depa sangat sopan dan pemalu *pengsan*. Hampir setiap hari kami akan lunch berjamaah di kawasan cafe. Bukan adik2 ikan yer, ni dah pangkat abang2 ikan sebab semuanya sebaya dan lebih tua *pengsan lagi*. Saya harap bila habis study nanti boleh lah bercakap thai untuk sentence2 yang penting seperti I love you..hahahaha. Missbumblebee, mamat jelmaan you-know-who (please recall my phone call sebelum ni on jelmaan) adalah sangat comel! hahaha.

4. Saya semakin bersemangat walau kerja tak siap-siap. Thanks to adik2 ikan, artis naungan dan rakan2 yang selalu bergossipan memberi semangat secara tak langsung!
Just hangin sikit sebab masih lagi dapat lab report. Due bulan lepas!!!!
Since hari ni basuh segala mak nenek baju yang ada dan mengemas peti ais dan mengemas bilik, esoklah decide buat kerja. Fokus! Fokus!
Isnin dah kena mula menjadi space cop gaban sebab 30 bebiri dah sampai. Drenching, bagi makan, bagi kasih sayang, monitor egg count. Takleh terleka mulai isnin. So, Park Jaybom, kalau nak return to 2pm, tolonglah jangan di bulan 3 sebab masa tu akan gila berminggu2 dengan penyembelihan 80 ekor bebiri. Kalau nak balik, tolonglah lepas saya kira habis cacing. Tolonglah, tolonglah. Kalau sesapa baca allkpop dan ternampak berita suami I si Jay balik ke Korea dan tak nampak saya meroyan kat blog, sila sms saya/tinggalkan offline ym msg. Ayang wilda a.k.a bini kedua, dengan kuasa veto bini pertama, I want you to be my informer.kekekeke.

Sampai jumpa lagi, kurangkan meroyan!

Mereka yang kucinta, anak mithali

Salam pencinta pencinta Yamapi dan Jaybom, hikhik

Saya mendapat pelbagai respond 'kejian' dari insan-insan yang tidak dapat menerima hakikat perhubungan cinta terlarang, di alam khayalan antara saya dan Jay, dan juga antara saya dan Yamapi (bekas)..kehkehkeh.
Saya adalah fanwoman girl yang hanya akan jatuh cinta gedebuk seperti nangka jatuh jika lelaki itu mempunyai ciri-ciri yang menyentuh jiwa. Bukan semata2 kerana; si cinta hati ada muscle berketul-ketul, 6 pax, kulit cantik, mata sepet, suara sedap, pandai menari dan comel *pengsan*. I did my research sebelum betul-betul jatuh cinta tau! *gituhhhhhhhhh* (Nota: tulah pasal dalam alam nyata tak leh nak jatuh cinta, tak cukup masa nak buat research).

Both Yamapi and Jay adalah lelaki hebat yang sanggup menghambakan diri dalam industri hiburan yang kadangkala dilihat berkonsep kontrak perhambaan. Mereka berusaha bersungguh-sungguh separa mati dan sikit pun tak mahu give up. Yamapi kata dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk balas jasa mak dia yang ditinggalkan suami ketika dia dan adik perempuannya Rina masih kecil. Sebab tu Yamapi pergi audition untuk join Johnny's Entertainment masa dia berusia 11 tahun (walaupun sebenarnya dia pi audition sebab minat kat Hideaki Takizawa, tapi motivasi untuknya pergi adalah tidak lain untuk ibunya). Sedang kita sibuk main lompat getah atau bermain batu seremban di sekolah di usia 11 tahun, Yamapi sudah menandatangani kontrak untuk menjadi artis, untuk membalas jasa ibunya. Banyak clip dulu-dulu yang saya tengok, memaparkan Yamapi mengucapkan terima kasih kepada ibunya atas segala pengorbanan sehingga ibunya terkulat-kulat menahan tangisan depan kamera. Hanya ibunya di hati, membuatkan saya tersentuh hati dan meroyan separuh mati kerana gilakan Yamapi si anak mithali.

Jay, dibawa ke audition JYP di US oleh ibunya untuk mencuba nasib. Tahun ini di bulan Ogos, Jay bercerita di rancangan radio Korea di US yang dia takkan give up dalam kerjayanya sekarang. Walau melalui latihan melampau (sila lihat Hot Blood) ala tentera, hanya untuk memastikan Jay ada kekuatan mental dan fizikal untuk menjadi artis, dia tetap bertahan.
"Saya takkan give up kerana saya akan kecewakan ramai orang - keluarga, kawan-kawan dan dijah peminat", katanya. Dan dia pernah kata dia berusaha kuat untuk membalas jasa ibunya, mahu bantu ibunya bayar balik hutang. Thats why bila dia quit 2pm sebulan selepas statement tu dikeluarkan, orang tuduh ini konspirasi JYP.
Saya terfikir, lama. Sebenarnya saya rasa, ini bukan konspirasi. Ini strategi. Strategi JYP untuk redakan kemarahan pencinta-pencinta korea yang terhena dengan statement Jay 4 tahun lalu (yang baru dikorek dan didedahkan pada umum), memberi masa pada Jay untuk mengubat rasa bersalah yang bersarang dalam hati dan untuk memastikan 2pm terus glemer dan mendominasi artikel2 gossip dalam arena hiburan Korea *yeah, guess what, fangirl meroyan macam orang gila kat forum2 sampai kepala i pening*. And trust me, Jay will come back. Kontrak dia dengan JYP masih berbaki beberapa tahun lagi dan I have trust in JYP untuk panggil balik Jay when the time is right.

Maka pembaca-pembaca budiman, I do believe that pengorbanan yang dilakukan oleh anak untuk ibu yang melahirkan, dan untuk bapa yang membesarkan, akan diberi balasan yang setimpal di dunia lagi.
The fact that Jay dan Yamapi berkorban untuk keluarga, menyebabkan mereka berjaya in a way dalam hidup. Restu, kasih sayang.

Saya tidak pernah berkorban untuk kedua orang tua - saya hanya buat apa yang saya mahu sesuka hati dan sesedap rasa. Maka, saya sangat-sangat kagum dan sangat bangga dengan orang-orang yang lakukan sesuatu di luar kerelaan, demi memenuhi kehendak kedua orang tua. Demi menggembirakan dan menyenangkan hati kedua ibu bapa.

Saya langsung tak boleh terfikir bagaimana orang boleh kawin dengan pilihan keluarga, bagaimana orang boleh pupuk minat kerja belajar bidang yang dia tak suka, kerja di negeri yang dia tidak suka, makan benda yang dia tak suka. I am a selfish biatch. Dan saya sangat rasa malu bila membandingkan diri dengan manusia-manusia yang melakukan pengorbanan untuk keluarga, yang fikir keluarga dulu baru fikir diri sendiri.

Oh, bercakap pasal arranged marriage, saya kurang suka. Tetapi bila saya kenang-kenang balik, saya terfikir, mungkinkah ditakdirkan itu satu-satunya pengorbanan saya buat kedua ibu bapa?

Mak, jom kita pinang Jay! kekekekeke -----------------> kesimpulan entry panjang berjela-jela. GATAL!

Thursday, November 26, 2009

Eid Mubarak!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
Sini takde celebration rasanya. Again, macam Aidilfitri hari tuh, member2 syiah raya lewat sehari. Tapi kali ni lagi senyap sunyi sepi tak dengar pasal raya sampai kadang2 terlupa esok raya..hehehe

Gambar hiasan tapi boleh buat orang pengsan. Teknik penadahan tangan Jay yang comel!!!
Hulurkan tangan, ringankan beban, mari berkorban..kekekeke

Luahan hati

I am currently having goosebumps. Saya perasan apa saja luahan hati yang saya tulis sedikit sebanyak menjadi kenyataan, sampai ke hati pihak tertentu.
Kemuncak hari ni bila tetiba pihak pengambil kerja jumpa saya dan bagitau depa nak amik orang lain untuk cover kerja sambilan saya. Wah, depa baca blog I yang masyhur ni ke? kehkehkeh. I'm so relieved right know tapi sedikit seram sejuk sebab luahan hati di sini selalu sampai ke hati pihak yang dituju.
Contoh2: Macam bila saya komplen watak pompuan sakit dalam video klip big bang, terus ada video klip tanpa pompuan sakit. Bila saya rasa pompuan dalam video klip 2pm terover seksi sampai saya rasa nak santau pompuan tu, terus keluar klip tarian saja..keke. Bila saya komplen aksi Joon MBLAQ selak baju dalam beberapa performance, terus minggu depan Joon berlaku sopan dan tidak lagi menayang 6 paxnya, sampai jadi berita sensasi. Bila saya komplen suit Heartbeat 2pm tak cantik sebab bintat bintat dan rambut Tec dan Junho buruk, terus minggu depan depa tukar suit dan rambut jadi kurang hazab.
Thats why saya dah tak gosipkan diri dengan manusia di alam nyata. Cukuplah Jay di hati.

Oh, bercakap pasal Jay, kampeni penerbitan Korea gigih buang duit pi Seattle terjah kedai tukar tayar..kekeke. Sekarang fangirls2 meroyan nak pakwe yang pandai tukar tayar! Can you believe that?! Persatuan penukar tayar perlu amik Jay sebagai duta! hikhik. Tektik keji kan bila depa sanggup terjah kedai tukar tayar. Nak naikkan rating la tu. Seriously, depa nih tak paham bahasa ke? Can't you guys just LEAVE HIM ALONE? Motif sangat nak terjah2 macam melodi!

Update lagi

Pembaca-pembaca yang dikasihi..dimaklumkan..

1. Hari ni Kohei tak jaga sushi. Takeshi yang jaga. Takeshi malu-malu. Awww. kekeke. Mana agaknya pegi Kohei nih???? Sudah berminggu-minggu I kecewa.

2. Encik bos jumpa saya dan suruh plan untuk field experimen di Malaysia. Kiranya lepas habis eksperimen kat sini bulan 4 nanti, dah kena gerak maju ke hadapan untuk sampling kat Malaysia. *pengsan*. Series rasa nak muntah. Tapi I wont push it. Saya dah malas nak paksa diri tidur awal2 pagi, dah malas nak balik asrama memalam buta. I will only do my work siang2 hari dan malam akan buat benda ringan2. So, kena semangat buat kerja siang2. Semangat!!!!!!!!! *doakan yer* keke.

3. I'm thinking of moving out. SERIOUSLY! So, dah diskas ngan encik bos tadi. Dia akan mintak tolong wife dia tanyakan memana tempat yang kosong. Saya nak duduk sorang. I'm having issues sebenarnya dok kat asrama nih, tapi saya malas nak besarkan cerita. Taklah berat, tapi cukup untuk buat saya meroyan stress. Thats why saya kadang2 dok opis sampai memalam buta. Lucky encik bos nih sharp, dia memang leh detect saya stress pasal asrama. Doakanlah saya dapat tempat tinggal yang elok ye?

4. Isnin bebiri sampai. Irrigator tak setup lagi. Esok plan ngan Sara nak play around ngan irrigator tu. Trial an error untuk tentukan setting. Dah start debar2. Lepas nih kurang masa untuk meroyan depan lappie. Macam kena download gambo Jay jadik wallpaper phone *jeling missbumblebee* untuk bagi semangat untuk kerja kuat. Kalau Jay boleh kerja tukar tayar, saya pon boleh kerja dengan bebiri! Boleh!!

5. Pasal kerja sambilan pon malas nak stress. Ada gosip2 ngan artis naungan pasal sesuatu yang meragukan pasal kerja nih..kekek. So, I will just work mana yang termampu. Kalau tak kerja, takde gaji as simple as that. Malas nak serabut kepala lebih2. Kalau depa push2 nak cepat result, suppose depa awal-awal amik lima belas orang untuk pastikan kerja nih siap. Kalau harapkan saya sorang untuk siapkan semua secepat mungkin, sorrylah! I tak mampu. Lain kali kalau korang amik orang kerja, cuba bagitau awal2 bila korang nak task tu diselesaikan. Jangan last2 menet baru bagitau. Bionic woman pon boleh meroyan.

Ha, lagi satu. Kalau korang ni ada assignment ke lab report ke tolonglah hantar sebelum due date ye. Toksahla gedik2 hantar sebulan lepas due date. Jangan ingat examiner tu kerjanya asik layan kpop jpop je. Banyak lagi kerja lain tau! kekek. Ikutkan hati nak bagi kosong je sekor2. Tapi encik bos nih baik benor, berapi I marking bila encik bos kata bagi markah mcm biasa. Kuasa tolak markah hanya di tangan encik bos.kekeke.

Oklah, nak tido. Dah pukul satu pagi.

Tata

Yang benar
DJAY Park <3

Wednesday, November 25, 2009

Tag oleh Pingu

As always, saya suka buat tag Facebook kat sini, sebab kawan2 blog lebih meriah. Ngeh ngeh ngeh.

Bila korang kena tag, isi dan post balik dlm new notes korang sebagai "my autobiography" dan sile guna korang pnye jawapan sendirik, bukan tiru eh. kemudian tag 21 kawan korang termasuk saye ye. kalo takda 21 kawan..? hmm sian korang. ;p

1. Where did you take your profile pic (Facebook)?
Gambar suami tersayang diambil dari internet. Biasalah, artis tersohor suatu ketika dahulu sebelum dia dihina tanpa perikemanusiaan oleh manusia2 gila.

2. What exactly are you wearing right now?
Jeans biru, Tshirt pink, inner longsleeve kaler hitam, tudung bawal pink, kasut ballerina hitam pink.

3. What is your current problem?
Kuat meroyan.

4. What makes you happy most?
Gossiping, dan menerima senyuman manis menusuk kalbu dari mamat-mamat oriental. Oh, tidak lupa, dari suami tersayang juga..kekeke

5. What's the name of the song that you're listening to?
Wonderful - Big Bang

6. Any celeb you would marry?
Park Jaebeom - pat puluh kali dah cakap nih.

7. Name someone with the same birthday as you?
Rashid Sidek. Ala, yang dedolo glemer main badminton. Penah kena gossip ngan Ella.

8. Ever sang in front of a large audience?
Nope. Will never do. Kecuali kalau kemarau yang panjang dan perlukan bantuan untuk panggil hujan, I might change my mind. XD

9. Has anyone ever said you look like a celebrity?
Macam Yang Berbahagia Datin Sri Michelle Obama.

10. Do you still watch kiddie movies or kiddie TV shows?
Yes!

11. Do you speak any languages?
Broken Malay, broken english, bahasa isyarat untuk orang meroyan, bahasa badan.

12.Do you ever watch MTV?
Yes.

Chapter 1:
=====================

1. Middle name:
Takde

2. Nickname(s) (for friends)
Dijah / DiJAY

3. Current location
opis, baru balik farm. I'm HOT!!

4. Eye color:
Hitam, macam mata Jay.


Chapter 2:
=====================

Do you get along well with your parents?
Tengok isu. Kalau bergosip, memang boleh get along lah..kekeke


Chapter 3: Favorites
==========================


1. Ice cream
Sental semua kecuali keladi, dan peppermint

2. Shampoo/conditioner:
Garnier

Chapter 4: Do You...
===========================

1. Dance in the shower?
Tak, takut tergelincir.

2. Do you write on your hand?
Yes. Terpengaruh dengan charlie.

3. Call people back?
Always.

4. Believe in love?
No comment.

5. Any mental health issues?
Yes, obviously.

Chapter 5: Have You..
.=============================

1. Broken a bone?
Nope.

2. Sprained anything?
Nope.

3. Had physical therapy?
Nope, I need mental therapy.

4. Gotten stitches
Nope.

5. Taken painkillers?
Popping them like M&Ms every month!

HOW I END MY SENTENCES
===============================

1. I love: Park Jaeboem

2. I don't understand: MEN

3. When I wake up in the morning: I will look at the time and go back to sleep.

4. Life is full of: drama

5. I get annoyed very quickly when: I'm having my PMS. So, back off!

6. Parties are: fun

7. Dogs are: clever

8. Cats are: cute

9. Tomorrow is: Thursday

10. I have a low tolerance for: lelaki yang perasan best

11. If I had a million dollars I would: fly to Seattle and see Jay.

12. I'm totally terrified of: death

I'm tagging all of you, kecuali mak..kekeke

Tag diri sendiri dari blog manusia poyo


Mengantuk. So saya tag diri sendiri dari blog adik yang paling poyo kat muka bumi.

1)Beside your lips,where is the favourite spot to get kissed?
Apekebenda soalan tag merepek nih kerol oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Skip soalan ni. Hish!!!

2)How did you feel when you woke up this morning?
Mengantuk dan mahu tidur lagi sampai tengahari.

3)Who was the last person / people you took photo with?
One, masa tengah makan tomyam semalam.

4) Would you consider yourself spoiled?
Ntah. spoiled ke mak? kekeke

5)What are you listening now?
Big Bang's second full album (Remember, Vol 2). Highly recommended! Semua lagu best.

6)Do you want someone to be dead?
Memana artis pompuan jepon korea yang menggedik tahap gaban cuba nak goda kekasih hati I. kekeke

7) What does your last text message say?
'Takyah ym, saje kol' sms kepada dot dot dot.

8) What are you thinking right now?
Keje yang banyak tapi malas nak buat. Encik bos pulak tak datang lagi. Lagi lah malassssssssssssssssssss.

9) Do you want someone to be with you right now?
PARK JAEBEOM!!!!!!!




10) What was the time you went to bed last night?
Entah, tak tengok jam. Satu kot.

11) Where did you buy the tee you are wearing now?
Online. Tshirt yang bertulis Litle miss chatterbox, call me! call me! call me! kekekeke


Mak, ini bukan gambar dijah lepas pembedahan plastik.


12) Is someone on your mind right now?
Perlu ke soalan nih? Opkoslah!




13) Who was the last person who text you?
Charlie, tengah2 malam. kekeke

ps: Kepada pembaca blog ini yang kini berada di Seattle, dimaklumkan dari sumber yang sohih Jay sekarang keje tukar ganti tayar kat Seattle nun..sob sob sob...So, sesapa yang ada masalah tayar, saya harap pergilah ke workshop yang Jay keje. Toksah pegi workshop lain tau! Nanti saya update kalau dapat nama workshop yang sohih.


Jay Oppa, fighting!
ps: kegatalan tahap maksima sampai panggil Jay oppa! hakhakhak *pengsan*

Oppa = A respectful Korean term used by females to call older males such as older male friends or older brothers, but now with the Hallyu kickin' in, people are using it being as annoying as the Japanese, "Kawaii" wave.
Usually used in the annoying way by crazy kpop or jpop fangirls.

Tuesday, November 24, 2009

Update

1. Hari Jumaat kena pindah dari flat ni ke flat lain. Masih dalam asrama yang sama, tapi pindah flat sebab masa semester break hanya certain flat yang akan dibuka. Flat lain akan tutup untuk maintenance. Doalah saya dapat flatmate yang baik. Amin.

2. Hari ni ingat order sushi, lepas lebih 5 kali diingatkan *minggu lepas dah lupa*. Boleh je orang lain oderkan sebenarnya, tapi saya suka oderkan sebab untuk saya, saya akan order sushi tanpa ayam. Orang lain punya sushi ada ayam teriyaki.

3. Penat sangat rasa (cewah cewah) walau suhu dah sejuk balik hari ni, masih letih badan.

4. I just dont like her, masa memula lagi dia digossipkan dengan Kim Heechul. Tapi masa tu saya bersangka baik sebab hanya gosip. Bila dia menggedik dengan Nichkhun,saya jadi menyampah. Bukan sebab saya suka Nichkhun, bukan. Sebab saya rasa dia nih macam over melampau dot dot dot. Lawaknya industri hiburan korea nih. Lagu G-Dragon hangpa ban dari bebudak bawah 18 tahun dengar, si Ivy yang macam dot dot dot nih hangpa bagi pulak keluar tv. Memang pilih kasih. Tahun depan, sila tukar nama ye MAMA. Tak habis-habis kontroversi. Kinah, MAMA (Mnet Asian Music Awards) punya kontroversi lagi hangat dari MKMF (Mnet Korean Music Festival). TOP acah2 je ngan Lee Hyori masa MKMF tu, Lee Hyori pompuan tua tak sedar diri tu yang over.  Yang nih, bukan acah lagi dah...hazab!
Rasa nak buat petisyen suruh Ivy berenti menyanyi..kekekeke
Hottest! I menyokong anda torture pompuan tu sampai dia tutup blog! *emo!*. EAT THAT IVY!!



Busy

Hectic day.
Pepagi buta encik bos dah panggil untuk meeting. Sekarang semua orang kena bergerak pantas sebab dah nak cuti krismas. Encik bos nak semua orang get things done sebelum cuti. Mulai hari ni, akan ada regular meeting setiap bulan untuk bagi update apa yang kita tengah buat, so that semua orang akan aware orang lain punya project PhD dan akan cuba involvekan diri. Noted!
So, mulai hari ni hidup tidak lagilah hanya berpeleseran depan lappie melayan Yamapi atau Jay atau TOP atau Sho menyanyi dan menari. I need to involve my body and soul *gituh* ke dalam project. Encik bos selalu bagi pop up questions utk test kita menjiwai projek ke tak. Bila tetiba encik bos tanya sesuatu yang maklumatnya saya tak bawak, encik bos tanya

'Do you have the information on paper now or you have it in your head?'
'Neither' saya jawab.
Sara giggled.
Saya diam, sebab dah segan.
 
Sebenarnya encik bos ada semua info tu, saya nampak! Tapi dia nak test, nak tau kita nih terurus ke tak. Maklumat tu ada kat bilik tapi saya tak hapal lah segala mak nenek jadual. Saya tak sangka pulak encik bos nak bincang pasal tu hari ni. Sebabnya hari ni kitorang suppose diskas pasal jadual mesin rumput dan setting untuk 2 jentera mesin rumput, pasal nak buat fencing untuk 4 paddock baru, pasal setting irrigator, pasal makanan bebiri, pasal treatments - ubat cacing dan immune supressant, pasal the 5'Bs yang kena dipulangkan ke ladang balik lepas bagi treatment, pasal penginapan bebiri minggu depan. So, kena take note lah kena angkut sebeban file untuk merafak sembah encik bos lain kali. Dia akan melilau sentuh SEMUA benda, untuk make sure kita tahu semua.  

Habis meeting tadi, semua pakat take turn untuk personal meeting dengan encik bos. Bila turn saya, sudah lunch break. Tapi dek kerana encik bos ada meeting lain pukul 2, maka saya terpaksa tinggalkan ratu2 gosip untuk meeting dengan encik bos dan Sara.
Heaps of thing to do. By hook or by crook saya kena siapkan banyak kerja minggu ni sebab kerja untuk next experimen punyalah banyak. Tapi hopefully bila dah setel semua preparation, nanti akan kurang berserabut dan hanya akan tunggu bulan 3 untuk stress.

Hari ni adalah hari bertomyaman dengan ratu-ratu gosip, One masak. Ala2 celebration habis exam.



Ratu2 gossip. Ya ampun, terkekeh2 saya dan One gelak masa snap gambar ni. Depa dua leh buat muka selamber badak. Sangat artis!


Ratu!!!!!!!!!!


Puteri dan One. Dah turun takhta, I bukan ratu!

Sunday, November 22, 2009

2pm MAMA



Lantaklah kena bayar lebih, nak embed jugak.kekek *gigih sambil  tahan air mata*

Misi yang gagal

Dari sekolah menengah, saya sudah perasan kalau saya terlebih konfiden untuk menjalankan sesuatu misi, mesti jadi sesuatu yang menyebabkan misi gagal.
Hari ini adalah hari BBQ di rumah encik bos pertama, dengan misi menyakat anak encik bos yang berusia 14 tahun. Dari gambar di opis encik bos, Alex adalah sangat kecik dan comel dan inesen.
Sebaik kami tiba di rumah encik bos yang besar dan terletak di kawasan ladang, kami tercari-cari di manakah Alex. Bila kami ke dapur, kami hampir pengsan. Dia sangat tinggi *saya takat bahu dia* dan jantan *kesat hidung darah*, dan comel. Bila sentap, charlie terus kata
'Lainnya dari gambar dalam ofis encik bos!'
'Gambar tu masa dia umur 5 tahun!' kata bini encik bos pertama *pengsan*.
Saya sudah boleh sense yang misi akan gagal sebab dengan budak yang semakin dewasa nih kat aussie, susah gila nak sembang. Lepas diperkenalkan dia hilang masuk dalam bilik - maybe facebooking dan 'msn'ing. So, kitorang melepakan di ruang tamu.
Yang saya kagum dengan depa nih, lelaki buat keje seme - siapkan makanan, hidangkan air dan jaga anak. kekek. Pompuan2 seme bergosipan sakan di ruang tamu, goyang kaki tadah gelas bagi para lelaki top-up.
Bila saya nampak encik bos siap2kan makanan kat dapur, saya saja konon nak beramah mesra tanya mana Alex. Yelah kan, encik bos yang semangat nak kenalkan anak dia. Sekalik bila Alex terdengar pompuan vogue sebut nama, terus moncol. Masalahnya, terus saya tatau nak sembang apa. Encik bos dah gelak2 tengok kejanggalan saya sembang ngan Alex. Saya pon tatau la apa yang saya merepek tanya. Tapi dia nih typical teenager yang bila tanya lima puluh patah, dia jawab dua patah. Dia ada jugak tanya soalan kat saya, tapi sebab neves, tataula apa yang saya jawab..hahaha. Lepas Alex hilang, saya join balik perkumpulan penggosip wanita - bini encik bos pertama, bini encik bos kedua, sara, fi, bini gareth, charlie. Honestly saya sentap sebab bini encik bos pertama dan kedua adalah kepochi dan sangat over! Padanlah encik2 bos boleh tahan bila dapat anak murid over. hahaha. Memang saya ngan charlie kalah ngan depa dua orang!
Saya hanya sekejap-sekejap bergosipan sebab saya banyak tak dapat nak follow - pasal rumah, pasal hartanah, kalau ajak sembang pasal k-pop saya boleh cakap tanpa henti selama 5 jam. So, masa saya tak bergosip, saya bermain dengan anak perempuan Gareth yang umur 14 bulan. Emilia sangat comel, tapi saya tak amik gambar sebab sangat sibuk main dengan dia. Orang bergosip, saya dok main kejar2 ngan Emilia. Orang bergosip, saya dok main UNO stack ngan si charlie. Kitorang semangat main sebab bini encik bos ajar dan Alex muncul dan dipaksa jadi pemerhati, sebab kitorang tak penah main. Rupanya main UNO stack nih sama je macam main kad UNO. Tapi saya lebih suka main kad dari stack sebab cepat game over kalau main stack nih.
Sebelum makan, saya menyibuk kat dapur, konon nak mempromote diri jadik menantu sebab rasa janggal melepakan Bayangkan, orang pemalas pon boleh rasa aneh. Kalau manusia2 rajin dan kewanitaan macam u ols mesti pengsan!Walau mengoffer nak tolong, hakikatnya saya tak berdaya sebab rak pinggan tinggi dan saya takleh keluarkan pinggan. Kena lompat baru boleh cecah. Keke. Saya hanya mempu cedok cranberry jam masuk dalam mangkuk..kekeke. Jadi lah tu kan untuk mempamerkan impression bakal menantu yang rajin.
Masa tengah makan, bini encik bos kedua tanya saya dah kawin ke belom. Memang saya tggu soalan tu sebab kitorang nak smash encik bos pertama..keke.
So, do you have husband?
Nooooo
Boyfriend?
Well... *pandang Sara*
'She will find one here' Sara tolong jawab. Saya gelak gatal.
Tanpa perlu bagi isyarat kat Charlie dia menyampuk.
'Apparently, we cant get married or have babies, so, it wont really matter if we have a boyfriend or not!'
Masa tuh tuhan je tau betapa gamatnya suasana. Rasa nak hi five kat charlie!
Sara gelak.
Gareth gelak.
Bini encik bos pertama sentap sambil gelakkan encik bos. Dia siap kata kat kitorang
'Dont listen to him!'
Alex pon sentap dan gelak. Dia cakap something mcm 'Did you really say that?' saya tak sure sebab Alex duduk jauh dari saya.
Encik bos kedua gelak.
Bini encik bos kedua agak bersetuju tapi dia kata
'Too much too handle if you have babies while studying but having a boyfriend is ok!'
Semua orang gelak.
Merah muka encik bos pertama. Dia tetap nak mempertahankan undang-undang dia.
Whateverlah encik bos. kekeke.
Satu rumah di pihak kami, anak-anak murid yang comels.

So, bila dah petang2, Alex join kitorang balik lepas menghilang beberapa ketika. Saya cuba sembang lagi ngan dia *gigih betul I nih* dan dapat tau dia main kricket. Padanlah encik bos sangat suka kricket!

Saya dah bagitau kat bini encik bos nak pegi tengok next tournament cricket kalau Alex main sebab dia memang terror, siap buat hatrik minggu lepas. Nak jadik pompom girl. haha. Bini encik bos setuju I jadi pompom girl, hah! kekek. Walau dia gelak, tapi dia setuju. Restu bakal mak mertua tu penting kannnn? kekeke.

Oh, time to work. Sudah banyak buang masa. Kekeke.

Lepas pikir balik, tammolah ngorat Alex, dia tak oriental.keke. Jay tetap di hati. Fangirls, 2pm menang Best Artis of the Year kat MAMA. Pi cari kat Youtube. I takleh embed sebab dah over limit guna internet! HUH!!!



Ini bukan gambar MAMA



Gambar palsu 2pm - photoshop Jay

Saturday, November 21, 2009

Fan chant

Yang menaikkan semangat tengok performance 2pm adalah fan chant, atau sorakan fan2 perempuan. Untuk 2pm, takde sorakan macam perempuan meroyan, fangirl biasanya buat fan chant secara berjemaah yang berformat menyebabkan saya suka. Saya selalu menyampah kalau pompuan terjerit2 tengok pakwe saya artis korea perform, tapi saya suka peminat2 2pm.

Format fan chant adalah menjerit dengan semangat secara berirama ketika lagu tanpa lirik. Masa nih 2pm akan menari dan fangirls akan meroyan menjerit.

Mahu ikut serta? ini format.
Park Jaebom, Kim Junsu, Nichkhun, Ok Taecyoen, Jang Woo Young, Lee Junho, Hwang Chansung. 

fanchant: 0:15



Ni memang performance gila sebab live dan kena melompat2 berpusing2 mcm dalam sarkis sampai ternampak boxer pink termengah-mengah.. Saya suka depa live sebab tetap sedap dan hot sampai berpeluh-peluh.




Yang terharu, dalam lagu heartbeat pon depa buat fanchant ada nama Jay walaupun Jay takde!
Fanchant: 3.09


Mode: Waiting for 2pm's special performance for Jay on MAMA.

Save the earth

Cintakan bumi? Jimatkan tenaga
1. Sila tutup komputer jika tidak menggunakannya.
2. Gunakanlah kenderaan awam jika boleh.

Kan mamat-mamat 2pm dah pesan?








Oh yes, saya lanjutkan demam Jay lagi seminggu. Walaupun dah diannounce drama Code Blue2 lakonan Yamapi akan ada, saya tetap demam Jay. Sorry Yamapi, sapa suruh cari pasal dulu.



*pengsan*

Konspirasi?

 Salam pencinta konspirasi *sorry kak nur, cilok lagi*

Makan apa dinner tadi?
Masa lunch tadi beli makanan veggie, orang tu silap bagi. Dia bagi yang tak veggie.
Gila!
So, bila komplen dapat tukar, lepas tu dapat free lagi satu makanan veggie.
Sial betul, ni mesti saja nak pekena muslim ni.

Saya happy bila orang ambik berat. Saya happy bila orang tanya kabar. Saya happy bila orang  nak bersembang dengan saya. Saya cuma kurang happy bila kita cenderung rasa setiap sesuatu yang berlaku adalah kerana niat jahat sesuatu golongan.

Kita suka teori konspirasi. Maka saya mahu berkongsi sesuatu - encik bos saya adalah seorang yang dibesarkan dalam environment yahudi yang kuat. Dia dihantar ke sekolah agama yahudi dan membesar menjadi seorang yahudi yang taat. Sehinggalah apabila dia menjadi semakin matang, dia isytiharkan dirinya sebagai atheis. Tapi dia masih berbual-bual dengan saya soal agama. Dia masih pandai berbahasa Hebrew, hinggakan dalam lab kami semua baca slaid dari kanan ke kiri kerana ikut sistem encik bos. Memandangkan tulisan Hebrew di baca dari kanan ke kiri, maka dia terbiasa membuat kerja dari kanan ke kiri dan minta kami semua baca slaid dengan sistem yang sama supaya mengelak kekeliruan.
Soalan saya, mungkinkah ada antara kita, yang bila saya mengadu tertekan dan ditekan oleh encik bos dalam lab, dan sekarang dedahkan encik bos adalah seorang yahudi suatu ketika dahulu, terfikir yang ini semua dakyah rejim zionis yang mahu umat islam lingkup dan tak berjaya dalam PhD?

Saya tak kata konspirasi tak wujud. Cuma, saya harap kita lebih cerdik dalam menghukum. Jangan semua benda kita nak kata dakyah yahudi. Jangan semua accident yang berlaku adalah kerana niat jahat sesuatu golongan. Ini, adalah kesan banyak sangat tengok drama. Sampaikan pokemon pon dikatakan konspirasi orang kafir untuk menyesatkan orang islam. Sampai sekarang saya menunggu bukti pokemon menghina islam.

Fangirls, mahu dengar teori konspirasi JYP?
Lepas Jay disentapkan dengan insiden hina korea di myspace, Samsung terus batalkan kontrak dengan Jay (dia sorang) bernilai jutaan ringgit sebab dia dah menunjukkan imej bencikan korea. Maka, JYPE dah kerugian jutaan ringgit. Jay was pressured until he leave 2pm and JYP didnt even bother to fight for him sebab dah kerugian berjuta sebab insiden Jay. JYP didnt stand for Jay dan mintak semua orang hormat keputusan Jay. Well, Jay wont come back soon and thats for sure sebab dia rasa bersalah berganda kerana mengecewakan semua orang. Sekarang 2pm takkan appear dalam mana-mana variety show. Nak tau sebab apa? Sebab JYP takut bebudak 2pm akan terekspresskan ketidakpuasan hati depa sebab obviously depa semua stand by Jays's side.JYPE memang kemaruk duit sebab dah takde duit. Sekarang ni sibuk buat tour untuk wonder girls kat US, siap buat ujibakat kat oversea untuk recruit artist baru. Mana datang duit tu? Dah perah bebudak 2pm separuh mati, kemudian ditch mcm tu je!

Ha, buruk kan teori konspirasi tanpa bukti? So, kalau anda menyampah baca entry ini, ingatlah..Sila jangan cepat buat teori sendiri.


Mari buat baju kurung macam ni untuk raya tahun depan
*pengsan*

Thursday, November 19, 2009

Hiatus

Macam ni lah agaknya orang mabuk cinta.
Lemah tak bermaya je sepanjang masa.
On hiatus peeps!

See you in my dreams!



Yes! YOU!

Wednesday, November 18, 2009

Tetap di hati

Just a quick update on Australian Idol. Ahad ni final. Adik jambu si Nathan Brake dah terkeluar minggu lepas, jadi final 2 adalah Hayley Warner dan Stan Walker. I expect Nathan and Hayley yang masuk final, tapi takpelah. Stan pon berbakat. Cuma sebab dia suka mengR&B kan semua benda, I tak berapa minat. Few weeks ago I expect Hayley akan terkeluar sebab judge tanya soalan membunuh - kalau menang nak stick dengan band dia atau gerak solo. Hayley memula bagi jawapan safe tapi Dicko asak dia suruh jawab dengan honest. So, dengan tulus suci dia kata dia lagi suka gerak solo, which means dia takkan banyak perform dengan Bleached Academy yang semakin famous di myspace. Since ramai yang suka band nih dan sangsi samada Hayley akan stick dengan band or ditch the band, jawapan tulus ikhlas Hayley saya jangka akan menyebabkan fan akan meroyan dan tak undi beliau. Kali ini sangkaan saya meleset sekali. Hayley kekal dan I have a feeling dia akan menang based on performance dia yang mantap untuk ketiga-tiga lagu di malam semi final. Dan lagu 'kemenangan' *yang akan dirakam dalam studio kalau dia menang* yang dipilih adalah sangat catchy. I do believe experience dia perform dengan Bleach Academy banyak membantu dia menjadi konsisten *walau ada 2-3 minggu yg tak tak berapa umph*, pandai interact dengan audience dan pandai pilih lagu. She did justice on most of her song choices, especially Funhouse. So, prediction I dia akan menang. But if, Stan menang..I tak kisah sebab di hati I Hayley Warner adalah pemenang!



And Jay juga tetap di hati I
Wakkattakka Jay!

Penerangan: dia kena cakap I love you dalam 5 bahasa dalam 5 saat. Terus terkeluar wakkattakka! *pengsan* comel......

Tetap bahagia tanpa dirimu

Hari ni ok. Walaupun mengantuk sebab bangun awal - takut terlambat deting ngan encik bos di tapak peragutan, tetap rasa best.
Barulah betul-betul paham kenapa Sara membesar sebagai wanita yang sangat gagah perkasa. Bekerja dengan majority lelaki menyebabkan kita takleh ngengada. Ikut ajer apa yang dibuat., apa yang disuruh. Bila pagar dawai takat ketiak, kena jugak panjat walau kaki pendek, sebab semua orang panjat. Segala alat untuk pomen kena amik tau, kalau tak, jadi mcm hari ni - nganga je bila depa sebut pasal macam2 nama alat. bertukang. Saya tau playar je. Tak penah nak amik tau nama-nama lebih spesifik.
Pasal mesin potong rumput pon kena tau, since dalam eksperimen nanti rumput akan dipotong kepada 2 ketinggian berbeza. So, tadi dah tengok setting dan dah catat semua. Bukan, bukan saya yang kena bawak mesin rumput yang gedabak tuh *phew!*. Ada orang lain, encik Dave yang bertugas jaga kawasan ragut.
Maka tadi jadi sangat lega sebab dah pi menjejakkan kaki buat kali kedua di 10 plot ragutan yang setiap satunya bersaiz (80 X 13) meter persegi. Dalam perancangan untuk tambah lagi 4 plot sebelum eksperimen bermula.
Pasal mesin air pancut (yang macam orang guna untuk airkan padang golf) pon kena amik tau. Nanti kena play around dengan menatang tu untuk decide berapa lama mesin tu ke berfungsi untuk dapat precipitation yang berbeza.
Panas terik hari ni, tapi yang best jadi pendek dan kecik adalah boleh berlindung dari terik mentari dengan mudah! Hanya perlu senyap2 duduk atas bayang2 manusia besar gedabak..hikhik.
Terlupa oder sushi, tapi tetap gembira =).

Oh im currently into something interesting yang a bit personal. So maybe I will blog less. hikhik

Tuesday, November 17, 2009

Hari suci-suci Malaysia

Currently in my office at school.
Not feeling like going home yet.
Just yet.
Minggu depan kena pindah keluar asrama, masuk asrama lain. Sebab masa cuti hanya beberapa asrama (flat) je yang dibenarkan untuk diduduki.
Risaunya dapat dok ngan sapa lah kali ni. I hope that tak dapat dengan couple lagi. Susah. Rasa tak best kalau depa merajuk2 manja kita terdengar. Lagi tak best kalau bermaki-makian tak manja dan kita terdengar.
Esok date ngan encik bos kat tapak peragutan.
Esok jugak ada meeting dengan Tech Officer yang akan tolong dalam eksperimen. Muka garang macam nak makan orang. Hope tak pengsan la esok sebab ketakutan.
Sudah pukul 7.30 malam dan masih cerah. Balik pukul 10 lah..hehehe
To remind myself, kena figure out makanan 140 ekor bebiri, kena bagitau Sara untuk oder. Kena tengok irrigator berfungsi macamana, so, boleh plan jadual untuk mengirrigate tapak peragutan.
Anak cacing dah oder.
Report belom siap, tapi almost there. Alhamdulillah!
Hari ni hari suci2 sedunia. Tak menggedik sebab cuaca panas. Panas ya amat, mcm bahang api neraka. So, tu sebab tak menggedik sebab terasa ia amaran supaya berlaku sopan sentiasa. hiks
Untuk orang Melbourne kalau belom balik Ipoh, bertahanlah dengan kepanasan. Korang kat sana lebih tercabar iman. Sini tak sampai 35 darjah lagi rasanya.
Orang Perth, panaskah? Oh orang Perth, I rasa Hayley akan menang!! Next entry I akan boh performance dia untuk lagu kemenangan..kekek

Sebagai penutup entry kali ini, saya ingin mengucapkan..jangan menggedik!! istimewa buat pembaca setia. Janganlah menggedik seperti pompuan-pompuan tatau malu. Nak contoh? Ni ha, pompuan-pompuan SNSD yang tergedik2 tengok Jay menari. Over!! And please Jay, get over Jessica! Rambut dia keras kejung macam kena gam tumpah! kekeke. Oh, menyampah dengan Jessica dari dulu lagi. Ops, terover emo! keke.

Monday, November 16, 2009

Only you



*pengsan*

Alex

Datang tak rumah I hujung minggu nanti untuk BBQ?
Erm, tatau lagi.
I harap you datanglah.
Em?
Yelah, you tak pernah jumpa anak I - Alex lagi...
Hmmmmh.

Encik bos nak suruh I jumpa Alex masa BBQ! Silap besar!!
Helo pompuan, budak tu baru 14!
Well, menyakat budak kecik lagi best! I berani jamin, dia mesti pemalu mcm encik bos. 
Betul jugak kan? Best menyakat orang pemalu nih..hikhik. Nak sakat jugaklah.
Mampus encik bos halau kita balik nanti..kekkee

Hayley

Entry bergambar!

Dah lama tak update pasal kerja. Stressing out, so kalau update mesti jadi entry meroyan tanpa hala tujuan yang nyata. So, indicator saya jiwa kacau adelah updae blog berpuluh-puluh kali sehari dan lebih severe kalau entry tu pasal bandboys. Ah, kewujudan mereka di bumi ni memang best lah! Major distraction dari stress2 yang dihadapi. Bayangkan, masih boleh sengih peluk bantal tengok aksi comel depa, walau tengah jiwa kacau.
I'm getting better, alhamdulillah. Demam dah baik, sakit kepala dah baik, PMS dah lepas, cuma rindu kat Jay je yang semakin membuak2..kehkehkeh. Walaupun saya dah isytiharkan minggu ni minggu Daesung, saya tukar plan last minit. Nak biar demam Jay lama sikit. Sebab rasa dia memang comel lah! *pengsan*.
Finally dah boleh ada akal buat analisis bila sihat walafiat nih. Susah tu memang susah, tapi taklah sampai nak lari balik Malaysia macam hari tu..kekeke. Terasa malu dengan diri sendiri. Sengal sangat rasa.
Pagi ni discussion lagi ngan sv. Menyerah diri sebelum dia cari. Saya tau dia takkan kol dah lepas kes sendu. Kalau bertembug pon dia tak tegur gedik2 macam biasa. So, since hari ni saya dah serah diri untuk discussion dan dah boleh senyum, dia pon mula dah kembali menggedik seperti biasa. Hahaha. Saya menguap pon dia leh gelakkan. urghhhhhhhhhhhh.
Petang nih nak kena submit animal ethics application yang dah dimodify. Ada perubahan last minit. Jumlah animal yang nak digunakan adalah 140, bukan 100 macam yang plan dulu.
Dan yang best bila encik bos tanya dari hati ke hati apekah plan masa cuti krismas. So, selaku pelajar yang jujur, saya mengaku yang ada plan nak pi lawat ladang charlie dalam sehari dua. Then, dia kata dia boleh tolong bagi makan bebiri tu. Seminggu nak pi pon takpe. Ah....tetiba rasa muka encik bos adalah seperti muka Jay. *pengsan*.
So, I might take a break dan pi lawat charlie, tapi taklah sampai seminggu. Melampau pulak rasa.
Dapat jugak email yang saya kena buat presentation untuk Australian Society of Animal Production. Due date 30 November! *pengsan*.
Ah, kerja yang semakin menimbun.... Hope lebih bijak bahagi masa. =)

ps: Bluetooth dah ok. Laptop dah boleh terima hakikat Yamapi cari pasal dulu kot. Kekeke


Tiger dengan charlie. Tiger nih jantan gabak yang sangat pemalas dan penakut. Kalau bunyi guruh dia akan terketar2. Jenuh saya gelakkan dia!


Birthday girl(?). Kek tu Fi yang buat. White chocolate cake yang padat dan sedap. See? Orang putih pon takde berlilin segala atas kek. kekekeke



Ni Mick, betina. Tapi lebih gagah dari Tiger. Dia nih attention seeker la tapinya. Bila org sebok gosip n makan tanpa pedulikan dia, dia akan golekkan bola kecik ke arah meja makan dengan harapan ada sesapa akan kutip dan baling kat dia untuk dia tangkap. Over sangat pompuan nih. Tu muka tengah tengok bola yang digolekkan.

Sunday, November 15, 2009

Seok Hyun lagi =)

Sambungan kepada entry lepas pasal Seok Hyun yang comel lotey..
Budak ni rupanya berlakon dalam reality show macam Family Outing, tapi nama rancangannya I got an uncle.
Dalam episode Jay & Chansung 2pm sebagai jemputan, awek si Seok Hyun yang bernama Harin rupanya jatuh hati kat Jay, sampai gelabah Jay dibuatnya. ROTFL!
Sian Seok Hyun, dia memang minat kat Jay..Last2 awek pon minat kat Jay.
So, last sekali bebudak kecik dua orang nih broke up sebab Jay. LOL.
Sesapa yang boleh tgk youtube, sila tekan play untuk melihat cuts aksi2 menarik. hakhak.

Fangirl alert!

Budak comel *pengsan* nama Wang Seok Hyun, yang buat muka comel ngan Nichkhun dalam Star King.



Mendapat latihan koreografi dari 2pm ~ masa ni Jay ada lagi*pengsan*

Entry fangirl hilang akal

2pm dah jadi group paling glemer, even kalahkan Big Bang dek kerana kontroversi Jay.
Lagi suka performance depa dulu siap backflip segala dari merangkak-rangkak macam sekarang =(

Saturday, November 14, 2009

Jawapan Big Bang

Memula bapak dia buat kenyataan, budak pompuan nih suka kat G-Dragon.



 Over betul.....

Lepas tu, ayah dia kata, dia skang minat Taeyang pulak..Tengok aksi dia..pura-pura suchi..
 


Konsep giliran jugak budak perempuan nih! kekeke
Kesimpulan, bukan TOP. Phew! *kesat peluh kat dahi*. Gambar over dengan TOP just gedik2 konon nak jadi TOP versi budak pompuan kecik.kekekekekek

Update takde isi

Malam tadi dah siapkan satu part report dengan mengikut format yang encik bos bagi. Alhamdulillah lega. Walaupun lembab macam siput, lega jugak. Sejak isu sendu, encik bos dah kurang push2 saya dah.huhuhu. Langsung dia tak kol nak mintak pembetulan.
Esok akan berusaha!


Hari ni penyakit kewanitaan menyerang bahagian badan dari pinggang ke bawah. So, duduk melepap je kat bilik. Tapi, dek kerana charlie and chocolate factory kebosanan dan kesunyian, kitorang plan nak pagi wayang lagi dan akan didahului dengan upacara makan di kedai kebab. Muka kitorang je lah kat bandar nun. Terasa macam Paris Hilton and Nichole Ritchie. hahahaha.

Hope tak pitam kat bandar, mcm pitam masa kat ASTAKA Terengganu dulu. Kalau nak pitam pon, biarlah dekat2 mamat hot. Untung2 leh bertukar-tukar nombor telefon.

Semoga tiada drama lagi seperti hari-hari sebelum ini.


Comeback performance 2pm - Heartbeat. So emo!
Nak mencadangkan supaya album akan datang, bila Jay beom terbukak pintu hati nak masuk balik, kumpulan nih depa buat konsep 'Time for comeback' / 'Time for return' / 'Hottest come back' / 'Hottest return'.
Untuk makluman semua dek kerana kontroversi internet, ketua depa lari balik seattle. Terus konsep album 1:59. Ala2 satu saat tak lengkap untuk jadi 2pm. Eleh, konsep ni pon sebenarnya JYP tiru konsep flashmob Hottest *fans*.
Oh, hari ni Hottest Melbourne nak buat flashmob. Hope takdelah budak pompuan bertudung yang mengeliat2 sekali. hehehe

Get over it

Bila didatangi manusia baik2 yang mengadu diperlekehkan oleh si idaman hati, hati dipijak-pijak, saya hanya jawab - He/She doesnt deserve you! Get over it!
Bunyi macam takde perasaan.
Bunyi macam ego.
Tapi betullah kan?
Takkan nak ajak dia menangis berguling-guling secara berjemaah pulak.
Banyak berlaku - dengan ego dan riaknya insan yang perasaan digilai ramai akan bagi jawapan tipikal
'Eh...I selama ni anggap you kawan je tau, tak lebih'.

Hm, respond tu lagi baik dari respond saya masa darjah enam, bila kawan saya tetiba bagitau dia suka saya. Terus saya cakap 'Gila!' berulang kali kat dia tanpa henti setiap kali dia pandang saya. Oh, sampai sekarang saya rasa bersalah, bersalah sebab di usia belum akil baligh tu saya tatau nak hormat perasaan orang. Sebab masa tu saya ingat kalau orang kata orang suka kat kita, confirm kena kawin dengan dia. Masa darjah enam kan budak lelaki semua busuk2, so, saya memang tammo kat depa. Masa tu saya gilakan Yusry KRU.hahaha. Oh, tambahan maklumat, kelas darjah enam hanya 16 orang, perempuan ada 4 orang. So, pilihan terhad menyebabkan budak lelaki tersebut TERsuka kat saya. Kesian kan, takde pilihan..kekeke.
 

Lawak sebenarnya bila difikir...sebab biasanya kalau orang mengaku suka kat orang, orang tak nak tau pon apa respond. Hanya bagi tau apa yang dia rasa.

Itu konsep yang saya pegang bila usia menginjak akhir 20an..*pergh, terasa tua pulak*. Itu saya lah, tatau orang lain. Sebab selama nih kalau saya suka kat sesapa saya bagitau. Bukannya ajak kawin pon kan. And I dont give a damn apa pon yang dia rasa.

Hati dan perasaan adalah sesuatu luar kawal saya kira. Bayangkan, dalam banyak2 artis Jepon Korea yang mendarahkan hidung, kenapa hanya Yamapi dan TOP yang bertakhta di hati. Kenapa? Sebab hati dah suka. Kalau dah suka tu suka lah. Kutuklah yamapi tu mcm apek tak cukup zat *hehehe*, kutuklah TOP tu muka mcm pondan, I DONT CARE..kekekek.

Saya tersentuh bila mendengar kisah seorang lelaki kata 'Thank you very much. I'm touched' bila sorang pompuan bagitau kat sorang lelaki ni yang dia suka kat lelaki tu. Walaupun in the end takde apa2 yang jadi antara mereka. They end up being a friend, a good one. *hampir menitis air mata I you ols mendengar kisahnya* Tanpa pompuan perlu nangis-nangis remuk hati diberi statement menyentapkan. As time goes by mungkin depa sedar sendiri yang their relationship is no more than just a friend. Kita nih dah besar panjang, bukan mcm bebudak sekolah menengah yang perlu diberi amaran dan diberitahu segala sesuatu yang perlu dilakukan atau tak. Jangan suka kat I, I nih kawan you. Kawan takleh lebih tau..takleh. kekeke. contoh. contoh.

Being dumped before bukanlah lesen besar untuk balas dendam kat orang lain macam tu.
Respect other people's feeling towards you dengan menggunakan ayat yang berhemah, guna fikiran yang tindakan yang matang. Kalau kata tak matang karang melenting, tapi masalahnya tu lah dia. Perangai sekor-sekor macam bebudak baru lepas bersunat, mcm baru lepas dapat period buat kali pertama.

We, need to improve on how to communicate to people. We, need to appreciate other people more. We need to respect people.

Maka atas dasar inilah bila kawan-kawan saya mengadu dikecewakan, saya hanya akan jawab 'Get over it. Obviously he/she doesnt deserve you'.

Be nice people! Jangan ingat kita nih best sangat sampai takleh nak hormat perasaan orang lain.
Dan diriku juga, akan cuba bersungguh-sungguh menjadi matang dan berhemah dalam berhadapan dalam situasi2 begini.

So, ada sapa2 nak mengaku suka kat saya dak nih? kekekekek. -------------------------> kesimpulan entry panjang berjela.

Happy birthday Sara


Minit ke 0:20 dan minit ke 2.05 - Sara *technical officer kat lab kitorang*. Muka kontrol macho siot..kekekeke.
Semalam bday Sara.
Bluetooth laptop ni rosak, takleh upload gambo.
Tengahari kami ke rumah Sara.
Angkut kek yang Fi buatkan.
Charlie siapkan lunch.

Saya tukang angkut barang. kekekeke. Alah, dulu kat UMT pon tugas saya buat air je..tu pon jenuh! kekekeke.

'This is the best birthday in few years'
kami sengih. Walau hakikatnya bukan sebab kami je dia kata begitu. Tahun ni dia banyak gila dapat wish, dapat kad, dapat hadiah. Dan tahun ni dia cuti time hari lahir.

Selamat Hari Lahir! saya tulis dekat kad birthday dia =). Gigih dia cuba pronounce. Kembang kuncup hidung bila tengok orang usaha nak cakap bahasa kita. *padahalnya selama ni asik dok ucap happy birthday je kat negara sendiri kan? kekekekekek*

Hmmm, ada can dapat pangkat Datuk tak nih duta gedik kecil di Armidale yang gigih sekarang nak jadi wanita mamak melayu terakhir?

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

This is really scary! Pembaca blog ini semakin bertambah *separa riak*. Terima kasih kepada manusia2 glemer *roll eyes* yang boh link blog nih kat blog sensasi mereka. Blog ini telah dimasuki oleh manusia2 yang saya kenali. This is the last thing I want to happen, especially bila blog ini sudah berkonsepkan lelaki jambu. Kekantoian yang nyata di sini. Perlukah I ubah konsep? Perlu kah I pindah blog? Perlukah? Perlukah?
Ahaks, bajet glemer di situ.

Assalamualaikum dan selamat datang buat pembaca yang baru masuk *bertukar konsep tetiba*.
1. Ini adalah blog luahan perasaan.
2. Di harap segala maklumat yang tersiar dalam blog ini tidak dibawa keluar dari blog ini dan dijadikan bahan umpatan mahupun perbincangan di forum tempatan mahupun antarabangsa.
3. Oh juga, tidak boleh diterbitkan dalam media arus perdana mahupun media2 picisan yang lain. Hiks *mode perasan ganda lapan belas*.
4. Identiti sebenar saya adalah rahsia. Sapa yang tau siapa saya sila jangan dedahkan kepada umum. *kehkehkeh*.
5. Selain entry syok sendiri bercerita tentang diari kehidupan, blog ini juga akan dipenuhi dengan gambar2 serta video klip kurang sopan menguji keimanan yang mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Sila jangan tekan play kalau anda ustaz atau ustazahada video klip dari youtube *saya akan letakkan amaran*. Sila tutup mata kalau ada gambar kurang sopan. Sila juga tekan butang kaler merah yang ada X  pada internet browser anda bagi menjamin ketenangan.
6. Akan wujudnya entry2 luahan perasaan dan kegedikan dengan emosi melampau yang tidak terjangkau dek akal manusia normal. Kalau boleh abaikan, abaikan. Saya sebenarnya baik dan pemalu dan penyabar. Semua ini adalah lakonan untuk hiburan *yeah, right!, sambil buka menyampah kat diri sendiri*.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya --------> sila menyesal masuk blog nih..keke

Friday, November 13, 2009

This is too much!

This is just too much!
Lepas Yamapi releasekan lagu sendu, nampaknya ramai orang berpihak pada Yamapi.
Ramai yang tak puas hati dengan konsep giliran mamat jambu sebagai tema blog.
Ok, fine. Lantaklah kalau korang nak sebelahkan Yamapi. I'm innocent! Dia berlakon over dengan pompuan tak sedar diri tu takpe pulak?
Dia tak penah pikir perasaan I.
Apa pulak I je yang kena pikirkan perasaan dia? 
Motif laptop I pun buat tunjuk perasaan? Mentang-mentang Yamapi tu duta Toshiba, perlu ke USB port nak rosak?
Perlu ke tetiba Bluetooth device setting melingkup sendiri sampai takleh nak transfer gambar birthday party Sara tadi.
Fine Toshiba, fine!
Buatlah tunjuk perasaan demi Yamapi.
Huh!!!!!!!

Tak akademik dan tak ilmiah



 Dengan G-Dragon



dengan Seungri




dengan Daesung



dengan Taeyang

 
dengan TOP

Ayah dia tanya dalam semua ahli Big Bang, dia suka sapa?
Jawapan..dalam next entry..kehkehkeh

ps: sib baik pompuan ni budak kecik comel, bukan Lee Hyori yang dah tua tu. Kalau tak, lama dah santau ikut gambar.kekeke

Thursday, November 12, 2009

Unfair

Orang yang study coursework/mixmode terasa keberuntungan orang yang buat research sebab takyah nak stress stress tarik rambut untuk exam, takyah stress sebab assignment, takkan bermata panda kerana tidur sentiasa cukup. The fact is, kerisauan orang yang buat research ini biasanya kerisauan berterusan kerana research tu sendiri berterusan. Banyak kisah kawan-kawan terpaksa bermalam di lab, bertungkus lumus bersengkang mata, tapi tak dapat result. Ramai bebudak research yang kena kerja time cuti, maka istilah cuti sampai lupa diri nih takde untuk kebanyakan bebudak research. Tu belom masuk kalau dapat sv problematic. Boleh pecah kepala sebab kalau problem ngan sv sangat menjejaskan research.

Orang yang study kat Eropah terasa keberuntungan orang yang study kat Aussie sebab konon dekat dengan Tanah Melayu, siap ada air asia penerbangan tambang murah. The fact is, now not everyone can fly kalau encik bos tak bagi cuti..kekek. Dan hakikat lagi, nampaknya bebudak eropah yang lebih rajin balik compared to bebudak aussie. =p.

Orang yang tak study kat aussie terasa keberuntungan sistem aussie yang takda viva untuk defend thesis. Hakikatnya untuk mencapai ke tahap penghantaran thesis, student akan dibalun cukup2 sampai boleh ternangis seawal 6 bulan pengajian dan ianya berterusan bagi menjamin thesis yang dihantar mencapai tahap. Maka, kalau dipertikaikan mutu graduan yg tak defend thesis, ada lah hujah2 berbukti yang menunjukkan penilaian berterusan sudah dibuat seawal bulan keenam pengajian.

This is life. Its always greener on the other side. Hakikatnya kita untung banyak, tapi kita tak perasan.

'Kalau sambung PhD kat Malaysia mesti tak stress mcm nih'

Yakin? Tak mau talian hayat? Missbumblebee nak bagi celahan membunuh?

Dari dulu sampai sekarang saya rasakan belajar kat mana-mana pun sama. Maksudnya, stress itu pasti ada. Tercetus oleh banyak benda. Sambunglah ke uganda, ke myamnar, ke iraq, ke singapore, masalah pasti ada, stress sudah pasti.
Dulu saya rasakan bebudak coursework boleh bersenang lenangan, tapi saya tau, ujian mereka juga berat. Satu semester boleh dapat banyak assignment untuk satu subjek. Kalau banyak paper, leh pecah rekod ada 22 asignment. Maka, saya sudah berenti mengganggap orang tu senang, orang ni mudah, orang sinun kacang, orang sini untung. Semua orang ada kesusahan. SEMUA. Its either you are vocal or not. Drama queen or not.

I am vocal.
and I am a drama queen.
Kehkehkeh

Tapi saya tahu, kawan-kawan saya juga stress, tapi mereka lebih cool.
Missbumblebee, Kak Aida, Kak Ron, Kinah Prime, Dayah solehah, Geeman, Haza, Cik Kam, Fadhilah, Aidya, Illa, Am, Kak Khalid, Mahadi, Noure, Aman, Kerol, Kak Nur, Kamilah, Zeah, Abby tak fana, Qilah, Nazir , Mariani, Nik, Yoe, Ang-----> Goodluck dalam study and I adore you!

Buat Kak Delinn, Cik pensyarah dan Tra -----> Goodluck dalam misi mencari tempat dan I adore you too!

 =)

ps: Nama-nama yang tak terpapar bukanlah bermakna tidak diingati. Hanya membawa maksud saya ingat anda tak baca blog saya gagal dizahiran dengan tulisan. Masih tetap di hati! =)  *takut peminat lari*

Renung-renungkan dan selamat stress! =)

Wednesday, November 11, 2009

Tentang Khadijah *parodi tentang Kamilah*

1. Telah semakin sembuh dari sakit kepala dan badan sudah tidak panas lagi, alhamdulillah.

2. Keluar ke bandar setiap hari selepas waktu pejabat bersama charlie untuk mengcoklat sebab tak suka kopi. Charlie mengkopi.

3. Bertembung dengan Kohei ketika mahu mengambil sushi.
'Jumpa Takeshi', kata Kohei. Kohei telah menyerahkan tugas penjualan sushi hari ini kepada Takeshi *comel juga - pengsan*, kerana tiba lewat di bilik Jepun. Lambat doploh minit pon Kohei tammo tunggu. Merajuk la tuh...kekeke

4. Agak kecewa dengan MV Heartbeat 2pm dan sedang dalam mode menyeru Park Jaeboem untuk kembali. Maka gambar berlurah dendam akan diletakkan kat sebelah sampai rasa tetiba nak boh muka org lain.

5. Makan megi tomyam dengan penuh rasa gembira hari ini.

6. Rindu sesuatu seseorang. Tapi tatau apa siapa.

------------

Hari tuh ai mimpi tulis surat nak quit kat encik bos.
Yu mimpi? ai dah email dah kat encik bos!
Hah? dia kata apa?
Dia cool je, bila jumpa dia, dia siap tanya, ada apa2 lagi fakta dalam email yang nak ditambah?
Hahaha.

Heartbeat 2pm

As I expected, MV yang sangat creepy.
Yang saya suka:
1. Lagu yang simple, tapi ada elemen spooky, misteri dan emo. I just love mamat2 jambu mengemo!
2. The heartbeat masa memula! rasa nak pecah jantung.
3. Junsu hensem. Hotness!
4. Suit hitam putih - soooo misteri!
5. Suka chorus. Sangat catchy! Listen to my heart beat!

Yang saya tak suka
1. Pekejadahnya mentocangkan rambut Junho dan Nichkhun? Yang Taec pulak cat tumpah ke? Hazabsss!
2. Tarian mcm zombie. Really put me off. Tak suka tarian depa kali ni.
3. Suit kotak-kotak. TOP je yang hensem pakai suit kotak-kotak. Orang lain tak sesuai, series.
4. Rap yang tak best awal-awal. Banyak beno rapnya! Sikit-sikit dah lah.

Overall
This is emo! kekeke. I can sense that depa emo sebab Jay dah takde. Even dalam teaser Taec cakap yang hubungan depa berTUJUH yang buat jantung dia terus berdenyut *gituh*. Ketiadaan Jay agak menjejaskan koreografi saya kira sebab dia lah leader dan dia hebat backflip tertonggang tonggeng.
Lagu ni sekadar emo dan spooky dan misteri. Tarian hancus. Seriesly. Mesti depa upah koreografer murahan untuk lagu nih. I prefer tarian depa untuk lagu 10 out of 10, Again and Again serta I Hate You. Bersemangat. Yang ni macam tarian untuk orang yang dah tammo hidup lagi.  Oh..mungkin juga untuk orang2 yang tengah tensi study..boleh aplikasi tarian nih.
Ok, depa memenuhi konsep. I just can sense the 'emoness', tapi saya gagal menfangirl bila tengok depa. Obviously, 2pm will never be the same without 7 members. Mcm bebiri patah kaki. Hope Jay will come back =) and masa tuh kita boleh tanya netizens yang suka meroyan - what time is it now?

Tuesday, November 10, 2009

cerita HELL

Being a short tempered person memang tak best.
Langsung tak best.
Tapi compared to masa kat uni, saya rasa saya ada improve sikit. Especially bila tercampak kat armidale nih, saya jadik kurang melenting meletup kebabom. Feeling2 wanita melayu terakhir pulak.
But today, hell jadinya. Belum neraka jahannam. Just not yet.
Meeting hari ni dengan encik2 sv. Dek kerana encik bos kedua tak reply email, saya assume dia away, dia tak cek email *sebab tak dapat reply pon* dan secara logik akal takde lah miting sebab encik bos ketiga away 2 mggu, so tak cukup korum. Tapi dek kerana encik bos pertama ajak deting jumpa, saya sudah bersedia apa yang patut - bawak experimental design yang saya dah siapkan malam tadi.
Sekalik....dia suruh panggil encik bos kedua. Encik bos kedua mai miting dan malangnya dia tak dapat nak feel experimental design saya sebab dia nak tau result eksperimen sebelum nih., senang dia nak bagi improvement idea katanya. Kiranya kalau dia tau apa result sebelum nih, leh relate ngan planning untuk eksperimen yang akan datang nih.
Encik bos pertama suruh saya print out report. Terasa masa tuh fire alam dah bunyi - nak lari selamatkan diri. Tak siap lagi pembetulan, mcmana nak printout? Takde dalam agenda pon pasal bentang report nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
'Tak siap lagi'
'Print apa yang ada' suara encik bos tegas mcm suara optimus prime.
Sentapppppppppppppppppppppppp. Menggigil masa tuh tau sebab memang tak puas hati. Tak puas hati dengan diri sendiri sebab tak sempat siapkan.
Rasa macam nak pengsan masa masuk opis, carik file, kena alter sikit2 sebab memang caca merba. Bila kita tau encik2 bos tgh tggu kita, lagi rasa nak pengsan.
Tengah dok gigil2 panik tu........................muncullah hamba Allah sorang nih yang boleh diklasifikasikan sebagai penggosip tegar, datang nak mengumpat.
Boleh?
Kat sinih dengan kengkawan I memang tak mengumpat yer, selalu gossip2 perasan hot dan meroyan. Mengumpat tak masuk dalam list. ~Ha! dengan hang lain cerita noooo. Itu bukan mengumpat tu, tu menyakat..hahah *memerli orang yang ym artikel kosmo*.~

Bila mukaddimah pon dah mukaddimah mengumpat, ditujukan kat cik tutor yang dot dot dot yang sedang gigil sebab encik2 bos tengah tggu report dia yang tak siap....memang tataulah nak kata apa. Pencetus bebola api jurus ke lapan belas from HELL.

'Tammo sembang, stress ada keje' saya cakap dengan gaya mcm hero yang tegas sedang fokus kat laptop tanpa pandang muka penggoda. Bukan heroin tau. hero.

Pastu masuk pulak miss x dalam opis saya. Dia gagal kesan aura kelabu. Penggosip tegar ni nak mengumpat kat miss x, miss x pi tarik dok sedepa dari I, membiarkan pengumpatan berlaku kat situ. Boleh????kekekeke

Masa tuh memang leh perasan tangan dah gigil. Bulu telinga rasa macam kena cabut satu2 dengan kejam.

'Boleh tak sembang kat luar? Tengah buat kerja nih!' gaya pompuan hilang akal.

Maka berakhirlah episode kesabaran selama nih. I can tolerate gossip. Eh salah. I love gossips. Tapi I dont like pengumpatan yang mana kita lebih tau cerita buruk orang dari kenal orangnya, dan dalam kes ni its too much sebab hari-hari datang bilik kitorang nak mengumpat pasal orang yang sama. Seriesly overdose! Dah ignore hari-hari pon tak paham-paham lagi? And datang ketika saya kegigilan memang silap besar lah. Mcm menjolok sarang2 tebuan gituh. But still, saya silap jugak sebab tak tarik napas dalam2 dalam kiraan 10 saat, bercakap sambil senyum manis. Terasa mcm mamat perasan hensem yang saya tak kasihi tu - macam tu lah dia sound orang suruh diam. I hate his style but it seems now I'm his protege lah pulak. I just can help it. Bukan salah PMS. Bukan salah cuaca panas. Bukan salah demam yang kejap ada kejap takde. Bukan salah sakit kepala yang tak baik-baik. It's just me. Saya memang sangat short tempered dan hari ini saya gagal mengawalnya. As simple as that.

And the meeting didnt turn out to be fun. keke. Selalu pon tak fun kan kalau meeting. The supervisors suggest *ntahla suggest ke pinda* eksperimen yang akan datang nih. Nak tambah lagi satu faktor untuk eksperimen, maka tambah plot, dan tambah bilangan bebiri. Maka tuan-tua dan puan-puan, lebih dari seratus ekor akan digunakan dan untuk eksperimen tu nanti, saya dan encik bos pertama perlu ke paddock dari 6 ptg sampai 3 pagi for few days *pengsan*. Saya malas bangkang sebab ni part awal. Hope last2 nanti dapat konsensus untuk timing yang lebih menggembirakan.
Encik bos kedua agak happy dengan report saya, but encik bos pertama tak. As expected, dia memang super duper perfecto skematogenesis sampai dah tak mampu nak menurutinya. Its good but I'm currently cracking my heads. Sampai titik perpuluhan tak sama allignment pon leh highlight sampai leh rasa nak nangis. Mata bionik! Oh, tau tak macamana nak allignkan titik perpuluhan guna word? kalau sapa yang belum tau leh bgtau saya, nanti saya share dalam entry akan datang. Berilmiah la sikit dari video klip jejambu je semedang.

I'm just drained. Bukan salah tengok MV Korea jepon. Kalau tak tengok pon kerja tak siap. Honestly, tengok MV tu is an escapisme untuk distract otak. Sebab saya tau kalau tak tengok pon, tak buat kerja. I hate this konsep kemeroyanan berterusan *istiqamah la ni*. But I really really hope saya dapat kembali semangat ceria macam sebelum ni. Penat otak lebih bahaya dari penat badan =(.

---------


So, hows your relationship with that boy? *buat lirikan mata ke arah bangunan sebelah library*

Which boy?

The sushi boy!


Ini jelah yang buat saya ketawa hari ni. Over betul pelakon-pelakon tambahan!

Esok sushi day dan esok halim interview. Didoakan selamat semuanya. Amin.

ps: konsulate malaysia postpone visit. eerrrr, depa baca royanan i ke?