This is really scary! Pembaca blog ini semakin bertambah *separa riak*. Terima kasih kepada manusia2 glemer *roll eyes* yang boh link blog nih kat blog sensasi mereka. Blog ini telah dimasuki oleh manusia2 yang saya kenali. This is the last thing I want to happen, especially bila blog ini sudah berkonsepkan lelaki jambu. Kekantoian yang nyata di sini. Perlukah I ubah konsep? Perlu kah I pindah blog? Perlukah? Perlukah?
Ahaks, bajet glemer di situ.
Assalamualaikum dan selamat datang buat pembaca yang baru masuk *bertukar konsep tetiba*.
1. Ini adalah blog luahan perasaan.
2. Di harap segala maklumat yang tersiar dalam blog ini tidak dibawa keluar dari blog ini dan dijadikan bahan umpatan mahupun perbincangan di forum tempatan mahupun antarabangsa.
3. Oh juga, tidak boleh diterbitkan dalam media arus perdana mahupun media2 picisan yang lain. Hiks *mode perasan ganda lapan belas*.
4. Identiti sebenar saya adalah rahsia. Sapa yang tau siapa saya sila jangan dedahkan kepada umum. *kehkehkeh*.
5. Selain entry syok sendiri bercerita tentang diari kehidupan, blog ini juga akan dipenuhi dengan gambar2 serta video klip kurang sopan menguji keimanan yang mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Sila jangan tekan play kalau anda ustaz atau ustazahada video klip dari youtube *saya akan letakkan amaran*. Sila tutup mata kalau ada gambar kurang sopan. Sila juga tekan butang kaler merah yang ada X pada internet browser anda bagi menjamin ketenangan.
6. Akan wujudnya entry2 luahan perasaan dan kegedikan dengan emosi melampau yang tidak terjangkau dek akal manusia normal. Kalau boleh abaikan, abaikan. Saya sebenarnya baik dan pemalu dan penyabar. Semua ini adalah lakonan untuk hiburan *yeah, right!, sambil buka menyampah kat diri sendiri*.
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya --------> sila menyesal masuk blog nih..keke
No comments:
Post a Comment