Tuesday, November 3, 2009

Sendu

Nota kepala. Entry ini penuh dengan pendedahan yang mungkin menyentapkan dan menyentuh hati banyak pihak, terutama hati ibu tersayang..hikhik.
So, saya sarankan kalau baca entry ini..silalah berada dalam good mood..dan janganlah marah/mengeji saya di kemudian hari wahai pembaca-pembaca sekalian.
Sekian terima kasih.

Jauh di lubuk hati saya *sudah ditegaskan berkali-kali dalam hidup ini rasanya*, saya cukup envy student-student PhD yang mempunya masa fleksible - kerja dan main ikut sesedap hati dan sesedap rasa. Kebanyakan student kat sini mcm tu, kecuali budak-budak lab saya. Yer, sebab encik2 bos adalah seperti space cop gaban dan mahu kami jadi protege, maka kami turut digabankan - secara paksa atau rela..hikhik. Sara selaku penasihat dan pemantau kehormat di lab selalu bagi semangat sebab dia kata ini semua berlaku sebab untuk masa depan yang gemilang. Yer, yer..kami tahu. Setiap kali emotional breakdown, kami akan ngadu kat Sara dan dia akan bertindak ikut kesesuaian - mengeji kitorang, menegur salah silap kitorang ataupun untuk kes-kes yang lebih berat, melaporkan kepada encik bos supaya beliau aware yang protege sedang kecelaruan jiwa, atau dalam bahasa kita - meroyan.
Ahad malam Sabtu, saya tidur pukul 4. Sebab semangat nak siapkan repot untuk dibawak mengadap kat bos. Mak dah siap libas rotan tu, tahu. Tapi in this period of study, memang cannot help it. I will cover balik beauty sleep itu, insyaAllah. Its so happen lepas jumpa bos semalam, banyak pembetulan *mcm biasa*. But it was fine dan ok. Sehinggalah dia kata

'yang untuk satu eksperimen lagi, i nak tengok result esok. kita dah drag masa lama sangat'

So, malam tadi dek kerana bersemangat lagi, saya tidur pukul 7 pagi dan bangun pukul 9. Alhamdulillah takde aksi2 ngeri *seperti terhantuk kepala kat pintu* yang berlaku. Orang nampak mata saya ada lingkaran gelap je. Tapi saya ok dan terasa comel macam panda china yang hampir pupus tuh.
Saya ok. Ok sehinggalah perbincangan dengan encik bos bermula. Saya tertinggal satu part analisis, dan part paling penting - interaction between the factors. Dan encik bos terpaksa eksplain lagi kepentingan interaction analisis. Itu belum masuk terjahan-terjahan encik bos tentang statistik. Sungguh..masa tu terbayang muka missbumblebee dan cik pensyarah yang celik stat sejak dulu lagi.

Apa maksud Rsquare?  Maksud nilai kecik? Mcmana nak include dalam kiraan?
Apa maksud graf regression nih?
Apa maksud persamaan nih? Macamana nak predict nilai dari persamaan?
Macamana you pilih nilai untuk regression?
Faktor standard error besar?
Buat stepwise regression?

Itulah antara soalan yang terpahat utuh dalam minda. Jawab dengan penuh rasa cemas sebab diterjah. Saya nih pantang kena terjah, tapi suka terjah orang..hehehe.
So, kesayuan bermula dari situ. Dari part tertinggal interaction analisis. Dari saat encik bos mengeluh sebab ala2 kecewa. Dan meleret2... Tapi saya masih ok. Gagah dan kental.

'Pegi lunch dan solat, nanti datang balik' kata encik bos.

Setelah menenangkan diri dengan lunch yang menarik *udang masak merah, tomato, nasik dan kicap* dan mengadap Tuhan Alam Semesta, saya masuk dengan semangat baru. Mahu diskas pasal future eksperimen dengan semangat space cop gaban.
Tapi semua hancur berkecai bersepai-sepai bila encik bos tetiba menjadi serius dan tanya saya ok ke tak.
Saya dengan penuh ceria dan gembira jawab saya ok.
Tiba-tiba encik bos mintak maaf.
Dia kata dia terasa yang saya mungkin pressure sebab dia selalu 'tekan' saya.
Saya kata takde.
'Betul tak marah?'
Maka teruslah berlaku drama swasta seperti yang tersiar di televisyen anda-anda sekalian.
He can see it coming!
Maka berdramalah dalam bilik tu, sampai dia kena amik kotak tisu letak kat depan saya.
Mula mula lap air mata, terasa mcm muka yamapi dalam ni



Lepas tu bila encik bos asik kata 'You must hate me', harus I bersuara dalam sendu - menegaskan I tak benci kan sesiapa *skrip drama sangat u ols!*.
Bila I dah ok...dia cakap dengan penuh nada kesugardaddyan.
'Lepas 3 tahun, mesti you jadik hebat dan ramai orang akan refer you'
zassssssssssssssssssss, air mata terus keluar balik.
Nak tau I jawab apa? I jawab dalam sendu lagi
'I dont know if I will ever going to make it' jangan tak caya u olsss...I boleh spiking sambil sendu..kekekekeke
Bila I dah ok dia tanya balik 'Homesick ke?'
Terus sendu balik sebab terpandang muka opah ngan mak ngan halim kat wallpaper. Sendu sambil geleng-geleng kepala. Tak, tak homesick. Sebab mak ngan halim ngan kerol ada blog..heheh.

Malu ya amat sebenarnya. Saya syak Sara bgtau bos pasal ketakstabilan emosi saya. Dia kata dia tak cakap apa2. Tapi mcmana lak dia ngan Fi menyambut kemasukan saya ke dalam lab dengan nada penuh kasih sayang berbunyi 'awwwwww' *bukan nada pondan* dan Fi cakap 'nak pelukan?'. Rupanya depa ternampak kotak tisu atas meja bos dan itu indicator ada kebanjiran berlaku.

So, I guess itulah kelebihan encik bos yang merupakan bapak orang. Dia aware dengan aura students. Dia aware yang saya dah takleh cope dengan emotional stress kali ni.

And yeah, no christmas break for me. Animals akan sampai hujung bulan ni dan akan terus berada di sini sampai Feb. So, kena datang hari-hari bagi makan. 100 ekor semuanya.

Sekian kisah sendu hari ini *getik ngan diri sendiri*. Kena buat detail plan on next experiment, submit ethics form, siapkan pembetulan report, buat analisis yang tak lengkap, marking lab report, proses sampel untuk research ayam.

Will not online tonight. Nak tidur.
I'm fine. No worries. =) *getik*

6 comments:

  1. sangat gediks. makkkkkk!!!!kakak emotional breakdown!!!hahahahhaa

    ReplyDelete
  2. saya nnti tak tahula nak hadapi stress cm ne nnti. bila pregnant ni makin sensitif. takde stresspun bley sedih. stress wat phd nnti tak tahula...

    ReplyDelete
  3. xpa xpa...
    Yakin boleh!!
    bersusah2 dulu,senang2 kemudian..
    graf phd kena ada turun naik. kalau mendatar je x menarik.. kalau asik dipuji nnt riak plk.. Isk kalau riak tu, Tuhan pn xsuka kan.. :P

    ReplyDelete
  4. encik doktor, i prektis watak heroin dalam drama air mata.haha
    fadhilah, ok je tu nanti insyaAllah. Suami ikut kan? Student Malaysia ramai kan? takde penyakit meroyan kan? InsyaAllah semua akan ok. akak doakan =). Jangan risau, I nih drama je lebih.hihihi

    Cik pensyarah..setelah sekian lama tak bersua perkataan dan suara di alam maya, dirimu muncul dengan ayat2 kesuchian..Memang sohihlah ini anak murid Dr. Maza.. =D.

    ReplyDelete
  5. acu..ayg boleh bayangkan "awww..wanna hug?"

    acu..acu kan watak utama teater tepet ke sepet ke ape ntah dulu..:)

    hope everything's ok..:)

    ReplyDelete
  6. Tepet kot. Yang acu jadik budak mereng pakai tudung senget, ikat kaki ngan tin2 minuman..kehkehkehkeh
    im fine. cuma resah sikit sebab yamapi merajuk ngan i sampai nak break off =(..kekekeke

    ReplyDelete