Bila didatangi manusia baik2 yang mengadu diperlekehkan oleh si idaman hati, hati dipijak-pijak, saya hanya jawab - He/She doesnt deserve you! Get over it!
Bunyi macam takde perasaan.
Bunyi macam ego.
Tapi betullah kan?
Takkan nak ajak dia menangis berguling-guling secara berjemaah pulak.
Banyak berlaku - dengan ego dan riaknya insan yang perasaan digilai ramai akan bagi jawapan tipikal
'Eh...I selama ni anggap you kawan je tau, tak lebih'.
Hm, respond tu lagi baik dari respond saya masa darjah enam, bila kawan saya tetiba bagitau dia suka saya. Terus saya cakap 'Gila!' berulang kali kat dia tanpa henti setiap kali dia pandang saya. Oh, sampai sekarang saya rasa bersalah, bersalah sebab di usia belum akil baligh tu saya tatau nak hormat perasaan orang. Sebab masa tu saya ingat kalau orang kata orang suka kat kita, confirm kena kawin dengan dia. Masa darjah enam kan budak lelaki semua busuk2, so, saya memang tammo kat depa. Masa tu saya gilakan Yusry KRU.hahaha. Oh, tambahan maklumat, kelas darjah enam hanya 16 orang, perempuan ada 4 orang. So, pilihan terhad menyebabkan budak lelaki tersebut TERsuka kat saya. Kesian kan, takde pilihan..kekeke.
Lawak sebenarnya bila difikir...sebab biasanya kalau orang mengaku suka kat orang, orang tak nak tau pon apa respond. Hanya bagi tau apa yang dia rasa.
Itu konsep yang saya pegang bila usia menginjak akhir 20an..*pergh, terasa tua pulak*. Itu saya lah, tatau orang lain. Sebab selama nih kalau saya suka kat sesapa saya bagitau. Bukannya ajak kawin pon kan. And I dont give a damn apa pon yang dia rasa.
Hati dan perasaan adalah sesuatu luar kawal saya kira. Bayangkan, dalam banyak2 artis Jepon Korea yang mendarahkan hidung, kenapa hanya Yamapi dan TOP yang bertakhta di hati. Kenapa? Sebab hati dah suka. Kalau dah suka tu suka lah. Kutuklah yamapi tu mcm apek tak cukup zat *hehehe*, kutuklah TOP tu muka mcm pondan, I DONT CARE..kekekek.
Saya tersentuh bila mendengar kisah seorang lelaki kata 'Thank you very much. I'm touched' bila sorang pompuan bagitau kat sorang lelaki ni yang dia suka kat lelaki tu. Walaupun in the end takde apa2 yang jadi antara mereka. They end up being a friend, a good one. *hampir menitis air mata I you ols mendengar kisahnya* Tanpa pompuan perlu nangis-nangis remuk hati diberi statement menyentapkan. As time goes by mungkin depa sedar sendiri yang their relationship is no more than just a friend. Kita nih dah besar panjang, bukan mcm bebudak sekolah menengah yang perlu diberi amaran dan diberitahu segala sesuatu yang perlu dilakukan atau tak. Jangan suka kat I, I nih kawan you. Kawan takleh lebih tau..takleh. kekeke. contoh. contoh.
Being dumped before bukanlah lesen besar untuk balas dendam kat orang lain macam tu.
Respect other people's feeling towards you dengan menggunakan ayat yang berhemah, guna fikiran yang tindakan yang matang. Kalau kata tak matang karang melenting, tapi masalahnya tu lah dia. Perangai sekor-sekor macam bebudak baru lepas bersunat, mcm baru lepas dapat period buat kali pertama.
We, need to improve on how to communicate to people. We, need to appreciate other people more. We need to respect people.
Maka atas dasar inilah bila kawan-kawan saya mengadu dikecewakan, saya hanya akan jawab 'Get over it. Obviously he/she doesnt deserve you'.
Be nice people! Jangan ingat kita nih best sangat sampai takleh nak hormat perasaan orang lain.
Dan diriku juga, akan cuba bersungguh-sungguh menjadi matang dan berhemah dalam berhadapan dalam situasi2 begini.
So, ada sapa2 nak mengaku suka kat saya dak nih? kekekekek. -------------------------> kesimpulan entry panjang berjela.
fuh kene catat ni. ilmu kehidupan lol
ReplyDeleteEh Cik Pengurus...I selama ni anggap you kawan je tau, tak lebih
ReplyDeleteI kan insan yang perasaan digilai ramai dan akan bagi jawapan tipikal
Keke. Boleh kot na lagu tu?
pemimpi indah - takde maknanya ilmu kehidupan. ini pandangan peribadi wanita yang tak hot. kalau wanita hot pandangan dia lain. lol.
ReplyDeleteAm - I selama anggap you artis bawah pengurusan I tau, tak lebih. Harap you jangan salah faham atas sikap ambil berat I selama ni. Semua ni demi populariti dan keuntungan masa hadapan..
kekekekekee, hambik!
jgn maki prmpuan yg amik lelaki kita. ntah2 kita yg sbnrnya teramik org punya klu kita masih fight utk dptkan dia balik. statemnt plg ekstrem penah dikeluarkan. ngeh.
ReplyDeleteBuang masa berebut jantan. Buang masa fight untuk orang yang takleh appreciate kita...kan?
ReplyDeleteKamon, hidup nih bukan abadi *gituh*.
"saya xnk teruskan sbb saya dh xde perasaan" lelaki.
ReplyDelete"baiklah, terima kasih." perempuan.
alangkah indahnya kehidupan jika perpisahan setenang ini. tp hakikatnya semua perpisahan memerlukan masa. masa untuk menerima hakikat dan memositifkan diri. terutamanya bila kita di kandang pesalah dan punca perpisahan.
for me, getting over it perlukan kekuatan berganda seperti mendaki gunung everest. erk, tp x penah daki lg. emm..ye, saya boleh lakukannya!!!!!!! (menggenggam tangan ke udara dan membayangkan kegembiraan bila dpt bergambar dgn bigbang dan 2ne1. )
Ayang, ni untuk sesi luahan perasaan suka..bukan putus cinta.
ReplyDeletePutus cinta memerlukan kekentalan yang tidak berbalah bahagi.
We've been there and done that kan? kekekeke
saye suke awak
ReplyDeletehahahahahahahaha
saya suka van ayaaaaahhhh!!!hahahaha.siap ada P lagi kat van.
ReplyDeleteen.konsulat