Monday, November 2, 2009

Kena Tag!!!!!!!

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?.
Lelaki-lelaki jambu yang membuatan kita rasa mereka adalah hak milik mutlak kita, membuatkan kita tersenyum ceria setiap kali memandang wajahnya. Motivasi okeh.

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
Tambang bas 2.50aud dari bandar. Sebelum tuh, nasik dan ayam dari kedai kebab 7.50aud =D.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Armidale. Boleh? hahaha

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
Hubungan yang bermula sebelum akil baligh - 6 tahun.
Hubungan yang bermula selepas akil baligh - 5 tahun kot, entah. malas nak ingat.

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
Tak. Dilamun kemeroyanan terlampau..hehe

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
McD sebelum tengok movie Julia and Julie.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Have a little faith - Mitch Albom

8. Nama penuh anda?
Khadijah Saad Yamashita

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
Masa kecik saya lebih rapat dengan ayah sebab takut dengan mak. Sekarang lebih rapat dengan mak sebab kami sama-sama menuju menopos..haha. Tak, tak. BIla semakin dewasa kita lebih memahami hati mak2. Dan mak2 semakin cool dan smpoi..hehe

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
Bukan akademik - Yamashita Tomohisa.
Akademik - Lord L Soulsby

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
Saya adalah hot dan glemer. Sahabat saya lebih dari 80 okeh!!

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
What do you expect? KPT tak bagi elaun lebih untuk amik pembantu rumah.

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
Johnnys entertainment Jepun / YG Entertainment Korea. Tataula seronok ke tak kalau pendarahan hidung berlaku berterusan.

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
Am

1- Budak yang kononnya buat PhD, tapi erm.....erm.....erm..hahaha Sebenarnya dia lebih pandai bahagikan masa dan lebih pandai multitasking..hikhik
2 - Cranky bila lapar dan ngantuk - so obvious
3 - Balik Malaysia dengan kerap
4 - Ramai fangirl *cough*
5 - Kreatif, inovatif, suci murni gunakan tanpa was-was..haha

15. 8 perkara yang saya gilai?
1- Lelaki jambu yang senyum nampak gigi *pengsannnnn*
2 – Video klip yang memaparkan mamat2 jambu
3 – Lagu-lagu bersemangat, terutama dari lelaki-lelaki jambu
4- Bahasa asing, terutama jika ada motivasi mamat-mamat jambu
5- Bebiri *cis, bebiri dah jatuh ke tangga kelima!!!*
6- Meroyan - stress therapy
7- Bersembang, terutama dengan mamat-mamat jambu
8 – update blog..hahaha

16. Pelukan atau ciuman?
Pelukan dan sentuhan. Selalu kalau kena cium muka penuh rumput2. So, pelukan yang berhati2 lebih digemari. But I have to be aware of prickles yang melekat kat bulu depa!

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
Err, budaya membaca buku yang tidak terpupuk?

18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
Tema minggu ni
1- Big Bang - Top of the world
2- G-Dragon - A Boy
3 – G-Dragon - Heartbreaker
4 – TOP Big Bang - As if nothing wrong
5 – MBLAQ - Oh Yeah!
6 – Big Bang - So Beautiful
7 – Big Bang -Wonderful
8 – Big Bang - Sunset glow

19. mari main TAG 8 orang lain.
1- Tra - double tag
2- Missbumblebee
3- Cik pensyarah
4- Teha VRI
5- Angah SERATA
6- Ayang SERATA
7- Dr. Jutt SERATA
8 - Azree Akma SERATA

7 comments:

  1. k.dijah...org br perasan.k.dijah dah x citer psl suju dah skrg nih.berpaling tadah eh?...huhuhu.

    -kinah

    ReplyDelete
  2. kak yan, yay! tq

    kinah, suju punya strategi tak berapa menjadi. depa lambat keluarkan lagu baru. lagu supergirl tu ada jessica, lepas tu kangin banyak betul masalah dia, lepas tu heechul release lagu pon tak berapa havoc. Strategi Big Bang lebih menjadi menyebabkan fangirls meroyan secara istiqamah. Bayangkan, lepas lagu Gara-gara go keluar, tak putus2 publisiti depa, dvd konsert, lagu g-dragon sampai 3, lagu taeyang, ni keluar pulak album jepon pertama..
    suju yang makin senyap..bukan salah i kinah. jauh di lubuk hati i masih setia dengan mereka......

    ReplyDelete
  3. lama sggh tak ketemu diruang komen ini. hikhikhik..
    mlm ni keja byk, sbb tu tangan gatal menyelongkar blog org sbb nk melarikan dri dr keja!! huhu...

    beb, soklan no.10,
    hang bukan ke nk jumpa ayah pin ke??? wakakaka..

    ReplyDelete
  4. ya, ketemuk nih!!!!

    aku memang nak jumpa ayah pin, jika dan hanya jika yamapi tambah hurup n belakang nama dia - ayah yamaPIN! kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. ah, betul lah jawapan no 12.
    kenapa orang single takdak elaun pembantu rumah yek?

    yerlah, nanti kang kahwin tak ikhlas pulak sebab niat nak suruh jadi pembantu rumah kan (dan kasih saya terpaksa dikongsi bersama fangirl *cough balas)

    ReplyDelete
  6. motip nak jadikan bini pembantu umah? hahahahaha.
    pompuan zaman sekarang bijak2. mesti habis kena queen kontrol golongan-golongan hangpa nih .haha =)

    ReplyDelete