Thursday, November 12, 2009

Unfair

Orang yang study coursework/mixmode terasa keberuntungan orang yang buat research sebab takyah nak stress stress tarik rambut untuk exam, takyah stress sebab assignment, takkan bermata panda kerana tidur sentiasa cukup. The fact is, kerisauan orang yang buat research ini biasanya kerisauan berterusan kerana research tu sendiri berterusan. Banyak kisah kawan-kawan terpaksa bermalam di lab, bertungkus lumus bersengkang mata, tapi tak dapat result. Ramai bebudak research yang kena kerja time cuti, maka istilah cuti sampai lupa diri nih takde untuk kebanyakan bebudak research. Tu belom masuk kalau dapat sv problematic. Boleh pecah kepala sebab kalau problem ngan sv sangat menjejaskan research.

Orang yang study kat Eropah terasa keberuntungan orang yang study kat Aussie sebab konon dekat dengan Tanah Melayu, siap ada air asia penerbangan tambang murah. The fact is, now not everyone can fly kalau encik bos tak bagi cuti..kekek. Dan hakikat lagi, nampaknya bebudak eropah yang lebih rajin balik compared to bebudak aussie. =p.

Orang yang tak study kat aussie terasa keberuntungan sistem aussie yang takda viva untuk defend thesis. Hakikatnya untuk mencapai ke tahap penghantaran thesis, student akan dibalun cukup2 sampai boleh ternangis seawal 6 bulan pengajian dan ianya berterusan bagi menjamin thesis yang dihantar mencapai tahap. Maka, kalau dipertikaikan mutu graduan yg tak defend thesis, ada lah hujah2 berbukti yang menunjukkan penilaian berterusan sudah dibuat seawal bulan keenam pengajian.

This is life. Its always greener on the other side. Hakikatnya kita untung banyak, tapi kita tak perasan.

'Kalau sambung PhD kat Malaysia mesti tak stress mcm nih'

Yakin? Tak mau talian hayat? Missbumblebee nak bagi celahan membunuh?

Dari dulu sampai sekarang saya rasakan belajar kat mana-mana pun sama. Maksudnya, stress itu pasti ada. Tercetus oleh banyak benda. Sambunglah ke uganda, ke myamnar, ke iraq, ke singapore, masalah pasti ada, stress sudah pasti.
Dulu saya rasakan bebudak coursework boleh bersenang lenangan, tapi saya tau, ujian mereka juga berat. Satu semester boleh dapat banyak assignment untuk satu subjek. Kalau banyak paper, leh pecah rekod ada 22 asignment. Maka, saya sudah berenti mengganggap orang tu senang, orang ni mudah, orang sinun kacang, orang sini untung. Semua orang ada kesusahan. SEMUA. Its either you are vocal or not. Drama queen or not.

I am vocal.
and I am a drama queen.
Kehkehkeh

Tapi saya tahu, kawan-kawan saya juga stress, tapi mereka lebih cool.
Missbumblebee, Kak Aida, Kak Ron, Kinah Prime, Dayah solehah, Geeman, Haza, Cik Kam, Fadhilah, Aidya, Illa, Am, Kak Khalid, Mahadi, Noure, Aman, Kerol, Kak Nur, Kamilah, Zeah, Abby tak fana, Qilah, Nazir , Mariani, Nik, Yoe, Ang-----> Goodluck dalam study and I adore you!

Buat Kak Delinn, Cik pensyarah dan Tra -----> Goodluck dalam misi mencari tempat dan I adore you too!

 =)

ps: Nama-nama yang tak terpapar bukanlah bermakna tidak diingati. Hanya membawa maksud saya ingat anda tak baca blog saya gagal dizahiran dengan tulisan. Masih tetap di hati! =)  *takut peminat lari*

Renung-renungkan dan selamat stress! =)

14 comments:

  1. Tak pe nanti kita berdoa agar cik dijah study kat europe plak ... dan buat perbandingan yang sebenarnya..

    Atau dah cukup dah study dengan pukulan "kekejaman" si kangaroo suruh buat thesis

    ReplyDelete
  2. encik hashim, yer..doakan saya untuk postdoc pulak. kalau saya masih panjang umur dan masih waras..hehe

    ReplyDelete
  3. Kitorang kan menjaga imej. So, takdelah nak meroyan kat blog. Keke.

    ReplyDelete
  4. sy stress sbb dh lama letak proposal ke tepi dh lupa nak buat research pasal apa ;P

    ReplyDelete
  5. balik balik balik jom! sini panas bangat. pesembur, mee mamak, tomyam campur...aish saje bakar. hohoho

    ReplyDelete
  6. "Nama-nama yang tak terpapar bukanlah bermakna tidak diingati."uhuk3x....(yelah...makasih sbb ingat-betul ke ingat?hehehehe)

    ohhh seronoknya idup di malaysia...abg tra,malam ni kita nak makan kat mana?banyaknye pilihan makanan yg enak2..hehehehe
    -mariani

    ReplyDelete
  7. betul3x k.dijah....sambung mane2 pn ade mslh....huhuuhu.byk gak dgr mcm2 versi crite psl student phd.org pn drama queen gak akak.tp x meroyan kat akak je.org lain jd mangsa.hehehehe....
    -kinah prime-

    ReplyDelete
  8. yeah.. grass always greener on the other side..

    ReplyDelete
  9. 'Kalau sambung PhD kat Malaysia mesti tak stress mcm nih'


    no comment.

    siapalah jek kan orang sambung blaja kat mesia aja....

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah saya doakan semoga Cik Dijah berjaya untuk postdoc dan sentiasa Waras..
    Dan pulang dengan penuh kejayaan

    ReplyDelete
  11. Mariani, dirimu sedang sambung belajar kah? manalah akak tau. len kali habaq mai..asik goda abang tra je kejenye..jarang beramah mesra ngan i ..itulah pasallll.

    encik doktor - namamu tiada sebab dah tak belajar. ni entry untuk prg yg tgh study..bibik tak masuk.

    ReplyDelete
  12. wah, nama qila ade! terima kasih kerana mengingatiku, kak dijah! i do feel the tense now..dah kene start analisis data, kene work on manuscript dengan en. sv plak..kite semua pun ada tahap ke'stress'an masing2..dun worry, u're not alone on that. tapi bezanya, u channel kan ke blog, i channel kan ke suami..kekekekeke

    ReplyDelete