I am happy.
Wah, gituhla intro.
1. Sekarang sedang menikmati flat 4 bilik, 2 bilik air sendiri. Muahaha. Flatmate pakat dah habis study dan sudah pulang ke kampung halaman. Sunyi sikit je, tapi I'm enjoying my own sweet quiet space. Saya suka bila takde emotional attachment dengan mana-mana manusia sebab saya takkan meroyan. Teringat masa kat UMT dulu bila pindah dari umah sewa cik pensyarah, i sedih sayu sayan. Bila Kak Ron keluar rumah sebab nak fly, sayu sayan jugak. So, ini rasanya kali pertama housemate keluar dan tak rasa sebak mencengkam jiwa, sebab saya jarang duduk rumah. Kalau duduk rumah pun akan berkurung dalam bilik macam wanita kemurungan. Kurung, murung..wah, it rhymes!
2. Semalam raya, tapi saya tak raya. Charlie was kind enough untuk seret saya ke rumah beliau untuk dinner. Being with her since September, nampaknya masing2 sudah memahami emosi masing2. Bila nampak mamat oriental yang comel dia akan cuit saya, bila saya nampak mamat aprika yang hot saya akan bagi signal kat dia..kekeke. Kami langsung takde persamaan, langsung. I dont like her song choice and she claimed that I like gays (boybands).
It's better takde persamaan tapi boleh hormat orang dari banyak persamaan tapi langsung tak bersefahaman.
One thing I like about her is dia suka gila tanya pasal Islam, ala2 nak tau dari mulut muslim sendiri vs dengar benda2 yg dilaporkan. Dia tanya pasal sejadah dan telekung dalam ofis, pasal tudung, pasal daging halal, pasal tidur dengan laki sebelum kawin, pasal arak, pasal samak lepas kena jilat ngan anjing, pasal tutup aurat, pasal kawin dengan bukan islam. Semalam tetiba dia kata nak try pilih daging2 halal untuk diet dia sebab teoretically ia lebih humane, dan semalam juga dia mintak saya ajar dia macamana pakai tudung. Terus jadi macam jelmaan wijdan! Sangat cantik tapi saya terguling2 gelakkan dia sebab dia dok perati muka dia dari pelbagai angle kat sliding door dengan muka eksaited. Over! Dan dia kata wanita bertudung ni lagi cantik kalau tak pakai tudung, so dia nampak hikmah bertudung - menghormati dan memelihara wanita katanya.
3. Saya dan charlie sudah meluaskan pasaran saham diri dengan warga thai di UNE. Thanks to One, opismet kesayangan yang telah mendedahkan kami dengan warga thai yang tidak kurang comelnya. Yang penting depa sangat sopan dan pemalu *pengsan*. Hampir setiap hari kami akan lunch berjamaah di kawasan cafe. Bukan adik2 ikan yer, ni dah pangkat abang2 ikan sebab semuanya sebaya dan lebih tua *pengsan lagi*. Saya harap bila habis study nanti boleh lah bercakap thai untuk sentence2 yang penting seperti I love you..hahahaha. Missbumblebee, mamat jelmaan you-know-who (please recall my phone call sebelum ni on jelmaan) adalah sangat comel! hahaha.
4. Saya semakin bersemangat walau kerja tak siap-siap. Thanks to adik2 ikan, artis naungan dan rakan2 yang selalu bergossipan memberi semangat secara tak langsung!
Just hangin sikit sebab masih lagi dapat lab report. Due bulan lepas!!!!
Since hari ni basuh segala mak nenek baju yang ada dan mengemas peti ais dan mengemas bilik, esoklah decide buat kerja. Fokus! Fokus!
Isnin dah kena mula menjadi space cop gaban sebab 30 bebiri dah sampai. Drenching, bagi makan, bagi kasih sayang, monitor egg count. Takleh terleka mulai isnin. So, Park Jaybom, kalau nak return to 2pm, tolonglah jangan di bulan 3 sebab masa tu akan gila berminggu2 dengan penyembelihan 80 ekor bebiri. Kalau nak balik, tolonglah lepas saya kira habis cacing. Tolonglah, tolonglah. Kalau sesapa baca allkpop dan ternampak berita suami I si Jay balik ke Korea dan tak nampak saya meroyan kat blog, sila sms saya/tinggalkan offline ym msg. Ayang wilda a.k.a bini kedua, dengan kuasa veto bini pertama, I want you to be my informer.kekekeke.
Sampai jumpa lagi, kurangkan meroyan!
wokeh wokeh
ReplyDelete*motivasi backup*
chomel itu penting.
sila lah...
setiap kali nampak you know who sini, saya akan teringat you know who sinun. Maka, muka akak menjelma setiap kali saya nampak you know who sini. hakhak.
ReplyDeleteroger! :)
ReplyDelete