Pening kepala I bila membaca pertelingkahan pasal isu perempuan haid takleh masuk masjid. Mungkin dalam silibus fardhu ain sekolah dah macam tu, maka kita semua membesar ikut apa dalam buku teks menonong-nonong. Saya amat menghormati para ustaz ustazah di taayah yang suka menjelaskan benda supaya kita faham hikmah dan sebab sesuatu itu diarahkan, bukan hanya ikut membabi buta.
Lawatan ke kelantan masa tingkatan lima, pernah ditegur oleh makcik-makcik ketika berehat di perkarangan dalam masjid. Perkarangan je, bukan dalam ruang solat.
'Dah solat?'
'Tak boleh makcik'
'Mana boleh kamu duduk dalam masjid! Haram!'
Terkulat-kulatlah dibuatnya.
Dan sebab makcik2 sibuk potpetpotpet tak berhenti, maka melepaklah di perkarangan luar masjid dengan rasa malu ya amat.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Saidatina Aisyah r.a, “Ambilkan khumrah (sajadah kecil) di masjid,”
maka Aisyah menjawab, “Saya sedang haid,”
maka beliau bersabda, “Sesungguhnya haidmu bukan di tanganmu,”
(HR. Muslim: 1/245) yakni:
Haid itu penentuannya bukan di tanganmu akan tetapi di tangan Allah.
Kebanyakan hadith yang melarang keras wanita haid masuk dalam masjid adalah hadith yang lemah sebab muncul kekeliruan dalam mentafsir ayat al-quraan yang sebenarnya menjurus kepada perihal solat, bukan masjid. Untuk kepastian, sila rujuk ustaz2.
Dahtu ustaz, boleh masuk masjid ke tak kalau haid?
Kalau haid 'berat' (heavy) dan dikhuatiri akan meninggalkan kesan pada lantai/karpet masjid, elakkanlah. Kalau yakin takkan tinggalkan kesan (haid dah tak berat), boleh.
Macamana pulak kalau orang kafir masuk masjid?
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. at-Taubah (9) : 28
Dalam surah ni kata takleh masuk Masjidilharam. Fuqaha (cendekiawan islam) bersepakat mengatakan bahawa non-muslim boleh masuk masjid kecuali Masjidilharam, dengan syarat
1. mendapat kebenaran muslim
2. menutup aurat ketika di dalam masjid
3. menghormati masjid
4. ada tujuan masuk dalam masjid
Mak dulu penah cakap yang Prince Charles pernah melawat masjid kat UK. Tataula pulak ade ke tak isu hangat mcm ni kan?
Kita nih, yang kononnya lebih Islam dari orang lain, suka sentap ke hulu, sentap ke hilir. Konon berpegang teguh pada Mazhab syafie. Mazhab lain tammo pakai, boleh menyesatkan katanya. Sedangkan pandangan Mazhab Syafie yang kata non-muslim boleh masuk masjid dengan kebenaran muslim. Just to let you know, kalau betul-betul ikut mazhab syafie, semayang dengan bulu kucing pon tak boleh sebab dikira najis. So, in my personal view toksahla nak cakap kalau tatau. Kita berpegang pada ajaran Islam. Mazhab-mazhab tu wujud lepas wafatnya Rasulullah s.a.w, sebagai panduan. Toksahla taksub2 nih.
Grow up people. Belajar agama bukan melalui forum. Pegi tanya ustaz-ustaz.
tension jugak dgn org mcm ni. lebih2 lagi ngan org yg lagi senior. nak ckp lebih2 malas nak berhujah.
ReplyDelete