Impian untuk ke uni untuk siapkan kerja hancur berkecai, bersepai-sepai sebab bangun lambat.
Sengaja bangun lambat sebab hujan.
Sebab malas.
Tidur hampir doblas jam - itupon terjaga sebab charlie telefon untuk ajak berjanji temu sambil bergosip di bandar.
Bersyukur charlie menggerakkan dari tidur saya kerana saya sedang alami mimpi yang menyentapkan.
Saya mimpi hasil2 analisis menggunakan software JMP muncul di depan saya, memenuhi ruang penglihatan. Dan saya mimpi saya nekad berhenti belajar, menulis surat bertulis dengan pensel yang berbunyi
'Dear Lewis, I had enough. I am sorry. I quit'
yang mana encik bos baca ketika saya sudah di dalam flight untuk pulang ke pangkuan keluarga. Soooooooo drama!
Overreacted sebenarnya.
Mungkin kecewa sebab tak dapat bercuti masa christmas holiday, yang mana saya dah rancang mahu belajar menunggang kuda di ladang charlie. This is why ladies and gentlemen, I hate to plan my holidays.
Kecewa sebab sentiasa rasa bodoh tetiap kali discussion dengan encik bos walau 6 bulan sudah berlalu.
Malam tadi masa kol ayah, ayah kata 'Jangan quit', walau saya tak sebut saya nak quit. Either ayah boleh sense I'm thinking of quitting, or saya tersebut tapi saya lupa..hehehehe.
The fact is - I overreacted. Itu hakikat. So, abaikanlah kalau saya over2 cakap nak quit. Drama je lebih.
And yes, saya dapat email - PMS reminder. Patutlah emotional breakdown *sedapkan hati*. See fadhilah? even tak sedar sedang mengalami PMS, akhirnya akan sedar jugak sebab its so obvious. So, 'buat tak tahu' adalah konsep yang sukar untuk PMS - akan tahu juga..kehkehkeh*. The simptom is worst this month sebab mebi ditambah dengan kestressan akademik. Hari ni bloating, asik rasa nak muntah dan sakit kepala. Effect terlebih tido juga rasanya nih.
But hanging out with charlie is helping me a lot. After a week tak bergossipan - hari ni masing-masing memberi update seminggu. Masa dia kat conference dia ada kol - bagitau yang dia jumpa mamat korea kat conference, tapi kitorang berenti gosip pasal mamat tu bila charlie dapat tau mamat tuh dah kawin..kekeke. Motif sangat pompuan nih. Dah seminggu tak gelak kuat mcm nih, dan dah seminggu tak gadoh pasal hal2 yang kecik. Pasal troli pon boleh gadoh2 manja sampai pakcik makcik sebelah leh senyum2 kat kitorang..over sangat rasa...hahahaha. Dan yeah, charlie gelak sakan bila saya cerita saya TERnangis depan encik bos. Kalau dia ternangis depan encik bos esok, turn saya pulak gelakkan dia..kehkehkeh.
And yes, sms dari miss bumblebee, chatting with ayu *semalam*, chatting with my long lost senior from taayah *semalam* dan sembang dengan ayah membuatkan rasa semangat sikit. I will be fine, insyaAllah. I will get through, I hope. =)
Just freaking out to take care of those 100 sheep. Lima ekor pon hari tuh tercungap-cungap. Ini pulak 100 ekor! *_*. Perbezaan yang nyata buat research kat sini adalah, kita takkan upah sapa-sapa jaga binatang. Kalau dulu masa buat kajian kat tanahair tercinta, upah orang untuk bagi makan, even 20 ekor kambing. So, kemaslahatan kambing akan dijaga oleh uncle Rama. Makan, minum, kesihatan. Kita just hanya fokus pada labwork dan kena update dengan uncle selalu. Stat analisis pon hantar kat statistician..kikikiki. Tapi kat sini, bermula dari mengoder - kena tahu nak bebiri jenis apa, umur, jantina, baka, berapa ekor dan kena uruskan makan, tempat tinggal, kesihatan dan segala mak nenek lah yang berkaitan. Its a good experience but in this period of time, its cracking my head!
Tonite I will slowly do my report. Esok kalau tak hujan, kena tengok bebiri yang 5 ekor tu *the 5B's* ok ke dak kat padang ragut. Nak make sure air depa cukup dan kesihatan terjaga. Dan kena siapkan experiMENTAL design untuk dibentangkan hari selasa.
Saya hanya perlu bertahan sampai bulan empat. Lepas tu I hope encik bos relaks sikit sebab dah lepas summer. Amin. Amin. Amin.
Doakanlah masa summer nanti tak hujan, sebab kalau hujan, my experiment will fail sebab kitorang simulate rain. Kalau hujan, experimental design telah tidak dipatuhi and theres no way to repeat it sebab pasture dah dicontaminate dan perlu at least setahun baru free of contamination.
Oh Im thinking so much, sebab tulah stress..hahaha *baru sedar ketika menulis*.
See mak? updating a blog is a stress therapy. Mak stress sebab mak gigih takut peminat kecewa. Belasah je tulis apa2 mak..hikhik.
Feel free to visit my mom's blog *belah kanan yang tulis sakinah, mawaddah, rahmah*. Gigih mak timbang2 bahan untuk resipi supaya anda-anda semua dapat hasil yang memuaskan *sebab tu lah stress*. hihihihihihi.
Till then, see you!
XOXO
pompuan meroyan yang tetap hot.
Patutla ayah kol mak. Sian ayah riso. Please work smart dan ingat mak sentiasa doakan dijah dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteAik? ayah kol? kenapa ayah bunyi cool je siap gelak2? hadoi..pandai kaver rupanya ayah.. will call him ASAP..heheh
ReplyDelete