Thursday, July 29, 2010

@_@

"You have enough time, but you dont have spare time"

kata encik bos.

Kerana apa? Kerana saya ada lagi 2 eksperimen dan saya hanya ada tak sampai 2 tahun lagi untuk habis. Masa yang kritikal.

Maka kalau mengikut saranan encik bos, saya perlu:

1. Publish paper kat journal.
2. Work on literature review sbab kena submit 50% bulan Sept.
3. Plan eksperimen seterusnya.

Series rasa nak muntah. Macamana lah korang semua boleh keep up dengan pace PhD nih?

Tuesday, July 27, 2010

【English Subs】Yamapi-One In A Million PV

Yamapi dah keluarkan PV lagu baru.
Sebenarnya nak buat review lirik demi lirik. Tapi sebab sakit jantung tengok clip ni, saya batalkan.
Kesimpulannya video klip ni bertujuan hanya satu - mensakit jantungkan bekas awek yang telah lari ke Armidale. Sorry Yamapi, I'm with Jay Park right now. Meroyanlah macamana pun..I tak dapat tolong.
Sila tengok lirik dia, memang tuju kat i u ols, sungguh.



Kesimpulan sebenar:

1. Pompuan tu memang nak kena simbah asid. Eh jap. muka dia macam pelakon La Usurpadora, kan?
2. Pompuan tu tak patut ada dalam video klip.
3. Tak perlu ada mana-mana pompuan pon dalam klip nih. Boleh je buat Yamapi nyanyi pegang telefon. Dari mula sampai habis klip scene pegang telefon pon takpe.
4. Autotune yang mega banyak.
5. Yamapi makin kurus dan gelap.
6. Ini macam bukan imej dia. Kenapa nak berimej seperti Jin? (Akanishi Jin, bukan Jin Afrit yer).
7. Sedaplah lagu ni sebab Yamapi yang nyanyi. hahaha (bias)

Friday, July 23, 2010

Time to move on

Setiap hari saya doa semoga Allah jauhkan saya dari kekecewaan. Sebarang kekecewaan.
Kecewa kerana membuatkan encik2 bos rasa jengkel.
Kecewa kerana orang-orang yang ada tempat istimewa dalam hati menjauhkan diri, menyiat-nyiatkan hati.

I want to keep myself busy supaya takde masa dah meroyan.
Tadi saya volunter untuk jadik representative postgrad, dan mahu cuba untuk beberapa bulan.
Ahad akan ke masjid unuk meeting AJK, perancangan untuk ramadhan dan syawal.
3 kali sminggu akan pergi stat class, sekali seminggu tutorial dan sekali seminggu lab class.
Eksperimen baru akan start.
Lepas cikgu renang call akan start class.

Kalau lepas ni meroyan jugak sebab pikir benda-benda remeh memang jawabnya saya kena put myself to sleep.

Mom, Im fine. Its time to move on! Please support me. Love you!



I love One way. This song is on repeat! Bias adalah Young Sky!!!

Wednesday, July 21, 2010

Apekah?

Apekah??????

"On 8th July 2010,Yamashita Tomohisa has been spotted by fans at KLCC, Malaysia.It been rumors that Yamapi releasing his mind from work by travelling to Malaysia.

Apekah?????

Apekah 1: Kenapa pakat semua mai Malaysia time I takde kat sana?

Apekah 2: 8 Julai birthday bekas awek Yamapi. Adekah dia terjah Malaysia untuk rujuk balik dengan bekas aweknya itew?  Mesti bekas awek dia itu sangat hot kan sebab dengarnya dia tinggalkan Yamapi demi artis Korea baru...ahaks. Tulah Yamapi, gedik lagi ngan Keiko tu...padan muka gila talak sampai gigih datang Malaysia. muahahaha. (sapa yang gila sebenarnya nih???)

Monday, July 19, 2010

July

Entah kenapa sekarang malas gila update blog. Selalu kalau nak meroyan just kol mak, atau tunggu mak kol.

Rasa macam takde benda nak cerita, walau hakikatnya baaaaaanyak sebenarnya benda yang nak dicerita. Dah tak reti nak menulis agaknya. Saya buat bulletpointlah isi2 penting.

1. Awal bulan hari tu tolong Sara housesitting. Lebih kepada dogsitting sebenarnya. Sara cuti 12 hari, dan tanya if saya nak stay kat umah dia sambil jaga anjing dia. Walau rumah dia jauh (jauh skala Armidale), saya setuju sebab nak try dok sorang. Dan nak try jaga anjing. Susah okeh jaga anjing sebab anjing bukan pemalas macam kucing. Kucing takyah bawak berjalan. Kalau anjing tak bawak jalan, dia akan kaco. Kisahnya ada satu hari tu hujan dan saya decide tammo bawak dia jalan. Malam tu hazabnye bila saya buat kerja kat ruang tamu dia dok betul2 kat tepi sambil golekkan bola – nak ajak main!! Sebab Sara ni dah biasa bawak anjig dia berjalan 2 kali sehari (6 pagi dan 4.30 petang), maka sebab tu lah anjing dia kalau tak dibawak berjalan mcm kena sampuk jin je ketidakkeruanannya. Cuma yang bestnya anjing ni paham bahasa. Takyah jerit2 mcm kucing2 kat umah mak..hekhek. Kalau dia nak berjalan pukul 6 pagi tapi saya decide nak sambung tidur, saya akan suruh dia ‘on your bed!’ haha. Maka saya membuat kesimpulan untuk tidak membela anjing kerana wanita pemalas seperti saya akan menyebabkan anjing sengsara. Anjing tak suka menjilat seperti yang saya sangka. Labih senang dari bela kucing in terms of pandai bahasa, tapi perlu latihan la kot kan.

2. Eksperimen gagal. I mean it. Ini bukan mcm isu bebiri tammo berak atau incubator terswitch off atau tersilap irrigation atau kena marah dengan bos. Dalam bahasa kasarnya, 84 ekor yang disembelih itu sia-sia. But I just couldn’t afford to cry. Encik bos disappointed tapi dia taklah berubah jadi hijau. Maka hari rabu akan ada meeting dengan semua sv untuk bincang hala tuju seterusnya. I need to repeat the bloody experiment but this time saya nak simplifykan – buang semua variable yang saya rasa tak crucial sebab dah tak sanggup nak bunuh banyak2. Too heartbreaking…DAN, jenuh nak kena bersoal jawab dengan board animal ethics. Bebiri yang kini di syurga, maafkan diriku..

3. Baru lepas present oral untuk conference kat sini. Sangat down sebab sampaikan ke hari nak present pon encik bos masih tak puas hati. Nak present pukul 11.30, pukul 10.30 baru finalisedkan slide. Ngokngek sangat rasa. But overall it was ok. Stagefright is always my problem. ALWAYS. Dahla present lepas Gareth dan Encik bos kedua. Serams. I still need to work on the skill to answer people’s question. Hazabs sangat menjawab! kehkehkeh.

4. Bulan depan ke Melbourne untuk conference. Tak siap lagi poster =(. Tangguh dulu sebab nak focus siapkan report untuk meeting hari rabu. Agak eksaited ke Melbourne sebab akan jumpa kawan2 dari Malaysia. Hope rakan-rakan semua tak berebutkan I lah nanti di Melbourne.

5. Ake is back to Thailand. I’m fine, until orang tanya 
“How are you?”
“I’m fine” 
“Are you sure?”
“Opkos” 
“Do you miss Prarom?”
“No. I have other friends”. 
Ngokngek kan? Suppose saya takyah jawab. Saya senyum je patutnya. Tapi dah geram, terlepaslah jugak. Cuma saya agak rasa tak best bila orang semua kesiankan saya bila Ake takde. I’m fine. Sampaikan Ake pun dok asik pesan suruh ajak orang ni orang nun untuk lepak sama. Seriously, I’m fine. Cuma bila jumpa kaunselor je saya tak ok. Bela jin kot makcik tu. Cakap pasal Charlotte saya nangis, cakap pasal Ake saya nangis. I will get through, insyaAllah!

6. My birthday this year was a blast. Alhamdulillah =). Mendapat wish dari ramai orang, terima kasih!!!! Dan dicelebrate selama 4 hari berturut-turut. I am grateful to the Thai community here. Even I’m not one of them, they treat me as the Thai community’s friend. Alhamdulillah. Semua budak Thai baru akan diperkenalkan kepada saya dan saya sekarang menjadi ejen untuk memperkenalkan bebudak baru yang cun dan single pada Ake bila dia datang konvo nanti. kekekeke. 
“New Thai girl. Very cute! Doing bachelors! You must come back to dale NOW!” 
“Cute? Introduce to me on graduation day” LOL. Jantan2 ni sama je dari mana benua pon kan..kekkeke

7. Cultural day was fun. Walaupun Malaysia punya stall takde makanan (jangan tanya kenapa). But I’m grateful ada pakcik Sadi dari Sarawak tu. Sib baikla dia ada menjawab soalan orang-orang yang berminat pada negara kita. Saya dulu masa sejarah kat sekolah, tidur. Maka, hampir disepuk dengan Encik Sadi bila saya tanya ‘Malaysia pernah kena jajah ngan komunis kan? Berapa tahun eh?’ Sumpah baru tau Malaysia tak dijajah komunis, hanya diserang.

8. Will start swimming class soon, insyaAllah. Eksaiteddddddddddddddddd. 
“ Do you know how to swim at all?” 
“ I don’t even know how to float!” 
“You might need to go for basic class” 
kekeke. Mintak-mintak cikgu hensems ketul2 mcm Jay Park!

Monday, July 5, 2010

Plasterlah mulutku

Pagi tadi kelam kelibut bila perasan frost dah menutupi cermin2 dan tingkap2 kereta. Berlari2 carik paip dan cuba nak cairkan ais. Bila nak cabutkan paip, terpatah. Saya dah patahkah paip yang bersambung ke kepala paip di rumah sara!! (saya tinggal di umah sara, akan diceritakan dalam episod akan datang). Berdesup pegi amik kawan-kawan yang nak ke stesen keretapi. Saya terlewat sebab tak sangka lak kene cairkan ais. keke.

Nak dijadikan cerita, tangan saya luka..agaknya masa cabut paip dengan ganasnya. Luka sikit, so, tak wajarlah mengada-ngada, kan? Maka saya buat bodo dan hanya amik tisu dan pekup. Saya bukan budak medik maka saya agak konpius bila luka kecil tapi darah tak berenti-renti.
On the way pegi breakfast, kawan lelaki yang sorang ni dok pesan suruh pakai losyen segala. Tangan saya dah kedut2 sebab kering. Saya bagi alasan luka sebab tangan kering..malas nak bukak cerita paip patah..keke

Masa tengah breakfast, luka masih tak berhenti.

Kawan tadi asik tanya 'dah stop darah blom?'.
Setiap kali dia tanya, saya angkat tisu dan jawab 'blom'.
'Nak ubat?'
'Ubat?' Saya tergelak. 'Sikit je, cuma lambat kering'.
Sebab banyak kali dia tanya dan setiap kali dia tanya saya jawab 'Sikit je', dia bangun dan pegi amik beg ubat dalam kereta (mak, sebijik sejibun macam beg ubat ayah yang lutsinar tu!)
Duduk sebelah saya dan suakan iodin segala.
Saya tammo. Over tau beriodin segala padahal lukanya kecik beso bulu hidung je!
Saya amik plaster.

'Nak saya tolong pakaikan plaster?'
'Ha? Saya boleh pakai sendiri......'
'Kotlah tak reti pakai sendiri..'
'Senang je pakai sendiri..'

Saya tatau kenapa bodoh sangat pegi tanya
'Tak reti pakai plaster sendiri ke?'
'Err, tengok pada luka. Kadang2 susah nak pakai sendiri'

Masa makan, saya rasa nak kerat lidah sendiri dengan pisau plastik. Why cant I be a bit pompuan kan? Relakan ajelah bila orang nak bubuh plaster (hakhakhak). Tak pun, duduk diam-diam. Ni dahla tak ucap terima kasih pun atas plaster dan offer untuk pakaikan plaster. huks. Im feeling bad and sad, considering that was his last breakfast in Armidale.

Sekarang hati menjerit 'BALIK SINI BALIK!!!!!!!!!!!!!!'

And my bestfren is gone. Ini rasa yang sama masa Tra pegi UK. And I hope my friendship with him will remains, like my friendsheep with Tra!

Selamat datang meroyan. Mau seminggu baru ok ni..kekeke