Sunday, May 31, 2009

Entry caca merba

Isnin 1 jun, officially winter. Tak sanggup nak tgk weather forecast. Ok, ok, memang jauh kurang sejuk dr winter kat Europe. Tapi nak buat mcmana, dah badan tak tahan. Esok kena bungkus badan banyak lapis.

Bulan Jun jugak dijadualkan mula trial dalam lab untuk membuktikan hipotesis. Fuh, tak penah dibuat oleh diriku ini membuktikan hipotesis. Selalu takde hipotesis pon – main redah je. Takpelah kan, belajar untuk mencantikkan lagi pengendalian research.

Hari Jumaat pegi farm diserang pulak anjing besar nama Bili. Siap masa lunch dia menerpa dan duduk sebelah saya. Terkejut tuan-tuan dia – terus dia kena halau. Haish, agaknya anjing memang suka pompuan. Takpon anjing2 ingat saya nih budak perempuan sekolah rendah – yang mampu beri kasih sayang dan belaian. Manja sangat Bili ni – asik terpa jari jemariku yang comel ini dan suka lah nak bergolek2 kat kaki. Lady Di idaman anjing2 nampaknya. Nak buat macamana, di kalangan manusia tak laku, kan..

Semalam dapat email dr pihak asrama dalam kampus – sentap. Dulu masa dapat offer sini penah apply, tapi masa tu bebudak undergrad dah start sem – so depa bo layan. Rupanya bukan bo layan, dapa KIV. Ni depa bagi email suruh apply duk asrama dalam yang agak murah *sebab masak sendiri*. Saya nak apply. Kalau berjaya masuk bulan 7. Boleh jalan kaki ke lab.

Minggu lepas kawan indo – Milah bgtau bilik sebelah dia kosong. Tapi tempat dia tu bising sebab bebudak suka berparty dan buat kotor. Milah dah kol agent bgtau saya nak tgk bilik. Since 2 hari berturut2 pegi farm, tak dapat jumpa agent. Lusalah jumpa untuk tengok. Flat ni murah sikit, dekat dengan asrama dalam petikan di atas. Cuma mcm berantakan sikit. So, saya still akan consider dedua, flat berantakan dan juga asrama murah.

Mak bagitau laptop adik yang kat indon kena curi lagi. Dalam bilik berkunci dan disimpan dalam bag – masih kena curi. Tah dah bape kali barang kena curi. Horrible betul. Kesian kat dia. Dahla nak exam n segala notes dalam lappie. Semoga dia berjaya mengharunginya. Takpe, awek cun sentiasa memberi semangat, hope ok lah..hakhak.

Adik yang baru lepas spm dapat offer MARA gi Jordan untuk medic. Tapi napa tah, nama dia tercicir. Orang lain dah daftar, dia tak dapat panggilan daftar. Haish, ini keluarga drama kah? Ader je benda jadik.huhu. So, basically sekarang 2 orang kat tanah Arab..and I wonder adakah ini petanda untukku menekel mamat pantai timur tengah? Kehkehkeh.

Oh ya, bercakap pasal timur tengah *iran tu timur tengah ke?* - semalam telah berjumpa facebook encik peter *pengsan*. Dan adik ikan kata dia hot. Hot ke mcm tu? Entahla, I takla rasa dia HOT, cuma rasa dia comel je. *lelaki boleh terimakah kalau digelar comel?*.hakhakhak. Sapa mahu lihat foto encik peter sila ym saya *oh tuhan, kenapa aku gedik nih?*

Tadi pegi Sunday market sensorang. Malas nak ajak sesapa. Ini sindrom PMS – saya malas bercakap dan bersosial dgn org. Bila kawan2 tanya saya hanya akan jawab sepatah. Saya cuba senyum, tapi depa kata fake. Pinggang sakit. Bahagian-bahagian tertentu sakit. Perut jangan cakapla kan – pedih. Tapi nasib baik rasa nak lempang orang tu dan beransur pergi. Cuma malas nak sembang. Dharma penah nampak buku PMS kat rak dan dia agak paham – so, dia jarang tepon dah kat bilik. Kitorg main sms je – boleh? Over pulak rasa. Tapi memang pon – dengar bunyi fon berdering, saya terus cabut wayar. Pergh, macam kena rasuk. Tapi hari ni dah ok – saya sambung dah wayar balik.

Kat Sunday market tercicir bag Pooh. Uhhh. Dalam tu ada headfon hphone. Sebenarnya buh kamera dalam tu. Agaknya bila dah keluarkan kamera untuk amik gambar, beg tu tercicir. Mesti ada orang amik, bag Pooh tu agak kiutla sebab zip dia bentuk telinga. *sigh*

Malam ini makan sambal tumis sedap dengan telur rebus. Tips Am guna beras sebagai indicator kemasakan telur rebus tak berjaya sebelum ni *menjeling dengan tajam* – nasik dah jadi bubur hancur tapi telur tak masak. Hari ni sib baik masak lama – so masak. *balik malaysia leh tulis buku kompilasi tips mendapat telur rebus yang menawan*.

Im going to Melbourne untuk bergoss berjumpa dengan kak delinn. Sanggup tu beli tiket walaupun pokai. Mcm kena puasa je lepas nih..huhu. I'm too tensed untuk cek tiket tu tarikh betul ke tak. Saya forward kat kak delinn, mintak dia tgkkan, boleh?wah, mcm pesakit mental dah rasa nih. Tak boleh terkejut sensorang – kena ada org untuk terkejut sekali baru saya rasa ok. So far kak delinn senyap. Mungkin tandanya tarikh tiket tu betul.

Tolong sesapa ingatkan saya yang saya kena pegi melbourne hari jumaat pagi. Ingatkan hari khamis tengahari ye? *series dah kronik nih*

Nantikan drama-drama seterusnya selepas ini…huhuh

Saturday, May 30, 2009

Hari Raya

Over kan tajuk. Sebenarnya tajuk entry ni sebagai peringatan kepada kaum wanita sekalian untuk megqadha puasa yang tertinggal. Kita akan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan pada penghujung Ogos nanti insyaAllah.

Sebelum nih bila cakap pasal raya takla sayu sayan.. Mungkin sebab belum masuk bulan puasa, jadi tak rasa sangat. Ntah tetiba je jadi sayu semenjak dua menjak nih. Kesebakan mula terasa bila malas nak select lagu dan play semua lagu yang ada dalam playlist – tetiba keluar lagu raya. Lepas tu keluar pulak lagu Jauh – Mirwana. Bergetar jiwa! Sib baik takde dalam list lagu2 yang bertakbir raya – mau nangis guling-guling.

Sara suggest ambik gambo dengan bebiri kemudian send ke salam perantauan. Tapi saya sendiri tatau nak send ke tak *jeling Am*. Rasa macam malas. Malas sebab takde geng menggedik.

Untuk mempositifkan diri, saya cuba pikir benda yang best2 pasal raya kat sini, sebab kalau nak pikir negatif sure berkoyan2 fakta kenapa raya kat sini tak best..haha

  1. Tahun ni bulan puasa adalah winter. Maka, siang adalah pendek. muahaha.
  2. Dengarnya tetiap malam akan disediakan makanan kat masjid – moreh. Tapi yang tu saya kena confirmkan balik. Kalau betul, boleh berkenalan dengan muslim2 yang lain dan jimat duit *hiks*.
  3. Saya boleh pakai baju raya dan saya akan jadi glemer unik kat bangunan postgrad sebab sorang je malaysian – boleh memperkenalkan baju kurung songket tiruan. Kena pakai cantik-cantik pastu lalu lalang banyak kali depan bilik Peter Petrelli.
  4. Pasti diingati dan dirindui keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Entah2 banyak dapat kad raya tahun ni *jeling semua pembaca*. Saya mohon setiap kiriman kad disertakan pemberian wang ikhlas sebagai duit raya..Sian nih, mangsa kebuluran kan..

Oh, teruknya. Empat je kebaikan. Saya boleh pikir 10 kebestan raya kat Malaysia sambil menulis point di atas.

Whatever it is memang confirm takkan balik raya tahun ini. Baju raya anda kaler apa? Baju saya kaler cokelat! =)

Selamat qadha puasa kepada wanita2, juga lelaki yang tinggal puasa. Hiks.

Friday, May 29, 2009

Blog conference..keke

Semalam ke ladang dan kemudian ke lab. Habis kerja dekat pukul 7. Rasa penat macam gaban. Menyelamatkan dunia dari cengkaman mrraksase.
Hari ini juga sama, tapi sebab ladang jauh - tak kembali ke lab. Sampai asrama dekat pukul 6.
Pinggang rasa nak patah sebab asik membongkok masa sampling.
Badan calar balar dan tangan bengkak2 dan pedih2 sebab kena bristles tajam yang melekat pada bebulu bebiri.
Badan rasa lembik sebab beradu tenaga dan last sekali kena sepak dan hempap dengan bebiri betina yang gemuk.
Otak rasa penat sebab badan dah lembik.
Kesimpulan dari kisah di atas, saya adalah kurang berperasaan di alam nyata, tetapi emosi dari segi minda dan tak larat nak bersembang panjang.
Mohon maaf andai ada yang terasa hati,terusik jiwa.

Thursday, May 28, 2009

Pembaca lelaki ditegah tekan play.



Ini adalah video di farm tadi. Dimaklumkan ini adalah aksi terlampau sebab penggambaran pertama kali - tak dapat nak budget angle dan asik risau kamera jatuh. Saya asik jeling kat kamera sebab seriau kamera jatuh dek gegaran.
Juga tak perasan mana-mana bahagian yang terselak dan tertayang. Huhuh.. So, saya mintak pembaca lelaki tak klik button play. Nanti korang pengsan, saya pengsan.
Bebirinya tak nampak, sebab kalau letak kamera tepi sangat nanti jatuh. So, nampak muka saya sahaja..kekeke. Tapi kalau tunjuk video korek bontot bebiri lagi korang ngeri kan? Next time saya suh sesapa amik video masa tengah mengorek ok?

Rumusan video: kat Farm ni ada dekat 200 yang perlu disampel. Kitorg halau bebiri masuk dalam lorong dan sample sekor2 *amik tinja*. Kemudian bebiri ni akan ditimbang dan dinilai body skor.

Dalam video nih hanya pensampelan satu kumpulan. Lepas nih kitorg menjadi penat sebab berulang-ulang buat benda yang sama *termasuk panjat memanjat* sebanyak hampir berbelas kali.



Matahari

Dulu Am penah buat entry pasal tertipu dengan sinar mentari. Masa tu tak dapat nak bayangkan mcmana la keadaan bila sinar mentari memancar-mancar, tapi kita tetap kesejukan.

Sekarang saya dapat memahaminya. Kita selalu ingat sinar mentari menghangatkan. Tapi ada ketikanya, sinar mentari langsung tak mmberi kehangatan yang kita inginkan. Sinar terik memancar-mancar, tapi kita terketar-ketar kesejukan. Yang dapat hanya silau dan pedih mata. Mata merembeskan air – tanda tak selesa.

Mungkin ada orang mahu berteduh – melarikan diri dari sinaran. Mungkin ada juga yang perlukan sinaran. Maklumlah, vitamin D kan boleh dapat dari sinaran mentari pagi. Setialah dengan sinar mentari kalau kamu mahu, tapi pastikan kamu pakai cermin mata hitam.

Aku sudah tidak mahu tahu apa-apa, kerana aku takde spek mata hitam.

Aku doakan kulit kamu cantik mulus kerana dapat banyak vitamin D.

Wednesday, May 27, 2009

Dan pabila ada insan yang mengucapkan 'goat nite' instead of good nite, saya rasa sungguh gembira dan ceria.

Goat nite malaysia! Friendsheep forever!

Triple happiness

Yay! Dapat lagi satu poskad dr nee chan. Kali ini yang bergambar buah-buahan tempatan dan dipos ke asrama! Thank you!!! Akan upload gambar kemudian kerana line tenet yang slow - tak dapat upload gambar *kecuali gambar gerak2 yamapi*.
Wah, ketika diri ini dirasuk perasaan sayu dan hiba, kedatangan 2 keping poskad ini beserta buku teks yang mak pos sangat mengujakan!
Saya sudah niat untuk membalas poskad yang dikirim. Nee chan, sila bagi alamat *amik, kali nih saya mintak kat public sbb mintak private tidak diendahkan..keke* Cik pensyarah yang laaaaama menghilang diri - sini takde tudung untuk dipos. So, takleh nak balas hadiah tudung ngan tudung. Cadar boleh? hehehe.
And yes, kalau anda mengidam apa2 dr sini just let me know. Saya akan pelan-pelan beli dan akan bawak balik tahun depan.

Angah Tarudin - poskad kan? bagi alamat kat ym
Yoe - baju kan? akak tgh tggu harga jatuh
Tra - awek aussie yg solehah kan? aku tgh usha2kan bagi pihak ko..

Will be away tomorrow and the day after tomorrow - farm *ikon nari-nari*
Doakan saya selamat sejahtera dilindungi Allah sentiasa dan dapat poskad lagi dr Malaysia =)

Perfect timing

Perfect timing!
This postcard really made my day - setelah isu stagefright dan kedua2 PV baru Arashi yang mengecewakan.
Thanks nee-chan!



Fright

Uh, baru balik meeting dengan encik bos. Bos besar suruh present pada 2 orang bos lain tentang experimental design. Well, knowing me kan..Bila nervous mula cakap macam ketapi rosak brek, sampai bos besar cakap

'Woooo, woooo...dont be nervous. We are good people'

Bila berhenti dan mula balik pun mcm tu jugak.keke. Hancus u ols! hancus!
Sampai bos cakap lagi
'How we wish we can plug in a USB at you and download your ideas' - itu bukan sebab idea bagus ye, tapi sebab cakap laju sampai depa tak paham apekebenda yang saya rapukan.
Uhhhhh, benci betul.
Last-last bos besar yang tolong explain. Saya sentiasa gituh - sentiasa diselamatkan oleh orang lain untuk survive.
Yang melegakan hanya satu - bila bos2 kata progress saya melegakan depa.
Nampaknya saya bukan stagefright saje. Stage takde pon leh fright!!
Macamana nak present experimental design semua orang utk candidature confirmation nanti? *pengsan*

Tuesday, May 26, 2009

Rumusan

Rumusan karangan cerita

1. Anak wijdan yang bongsu - sanar - bagi saya candy. Dia pas kat mak dia sambil cakap dalam bahasa arab 'for khadijahdijah' . Ini kalau mengikut cerita versi wijdan. Oh, hati berbunga2. Sudah dikasihi oleh sanar yang comel dan tembam. Tapi masih konpius dengan nama yang telah dipanjangkan..hehehe

2. Kat sini selalu org akan tanya how are you (lepas ini saya tulis sebagai HAY). itu adalah cara berbudi bahasa kat sini - ala2 kita muslim bagi salam sesama kita. Tapi sini lawak sikit sebab kadang2 depa cakap HAY tanya tak pandang muka - especially cashier2. Nampak sangat tak ikhlas tanya kabar kita kan? keke. *ce bayangkan kalau org bagi salam tak pandang muka - pelik kan?*. Saya pun sudah berjinak2 dengan HAY. Sebelum ini guna hello, sekarang guna HAY - terasa mcm org tempatan sikit kannns...kekeke.
Tapi, nampaknya saya kena berhenti guna HAY a.s.a.p. Hari isnin ada org datang bilik saya dan saya menegur HAY - terus pompuan itu burst into tears dan cerita masalah dia. Terus jadi sesi kaunseling. Kemudian bila dah setel dan saya nak balik, bertembung dengan sorang lagi pompuan dan saya sekali lagi cuba jadi orang aussie, menuturkan HAY. Sentap, kali ni pompuan ni pulak nangis dan berlakulah sesi kaunseling pendek di depan pintu. Mungkin, cara saya sebut HAY sedikit keibuan (?) sampai kalau saya tanya mestilah jadi sesi luahan perasaan. hukkks.

3. Pagi Selasa naik bas dengan Ake lagi..hakhak. Sebelum dia turun dia sempat berpaling dan memberi lambaian kasih sayang istimewa....*pengsan*

----------
'You are just exhausted. Go back early today and have a good rest. I dont want to see you crying like this in my office ever again'
'At least you have a husband. Think of other ppl like me - I'm alone and I cant even find a single person who talks my language here'
Mungkin depa dua dah serik nak mengadu dekat saya. Ntah kenapa saya bermood ibu ratu yang tegas. Dan menyentapkan bila saya sikit pon tak nangis bila tengok depa nangis. Mungkin ratu air mata sudah berubah menjadi ratu adik ikan?
Mungkin.

ps: saya akan ubah url blog kerana merasakan guna nama sendiri sebagai address adalah tidak best. Lagipun saya bukanlah sazzy falak . Sapa mahu link baru sila ym saya..kekek *keji kan*
url akan diubah pada hari rabu 27 may 2009, bersempena meeting dengan encik-encik bos.kekeke.boleh?

Mimpiku jadi kenyataan?

Sesuatu yang mengerikan telah berlaku.
Saya mimpi co-sv bagi email, terus terjaga dari tidur dalam keadaan tak sempat bukak email.
Bila bangun terus terfikir, kenapa la tak baca dulu email sebelum sentap dan terjaga? keke
Tapi malas pikir sebab mimpi saya selalu terbalik - maknanya kalau mimpi co-sv bagi email, tandanya dia tak bagi email lah. As simple as that.

Sampai ofis, memang saya dapat email dr co-sv.
Orang yang sama dalam mimpi.
Nama yang sama tertera pada ruangan sender.
Kebetulan yang memang mengerikan!

Kalaulah dia tahu

Ini entry gedik. Sila abaikan. Series nih, abaikan.

Saya mahu share entry online Yamapi yang telah ditranslatekan:
Credits untuk page ini

05.23.2009

PM7:25
Konbachiwa.
i'm sorry that yesterday i didn't manage to update my nikki
i was moving my computer back and forth till dawn.
i, as an ambassador for Toshiba Note PC, is working very hard in promoting it!
even though this has nothing to do with me as their ambassador, it is very amazing.
consecutive for 2 years, its sales has clinched the number one spot
really am very happy.
i'm grateful for those people who bought Toshiba Note PC.

alright, now i'm going for my basketball practice
starting from july i'll be starring in a new drama titled 「Buzzer Beat ~ Gakeppuchi no Hero ~(temporary)」
everyone please watch it!
got to put my entire strength into it.

Tetiba menjadi bangga sebagai pembeli toshiba..hakhakhak. *seka air mata gembira*


Photobucket

*pengsan*
kredit gambar gerak-gerak - nikpi-0409.bspot.com

Monday, May 25, 2009

Bantulah saya

Dear all,
I found out lately ramai kawan-kawan lama jumpa blog nih dan jadi follower. Ada jugak yang add link ke blog saya. Hai! untuk kawan-kawan lama *sambil melambai*. Untuk makluman semua, ini adalah blog yang tiada kandungan ilmu yang tinggi. Sekadar tempat untuk melepaskan batuk di tangga apa yang saya rasa dan berkongsi updates dengan kawan-kawan. Dulu saya pernah menjadi seorang yang selfish dan terus shut off diri saya dari kawan-kawan, sehingga tersebar cerita saya sudah berkahwin dan mengandung. huhu. Maka, saya sedar tindakan saya melarikan diri dari kawan-kawan yang banyak memberi semangat kepada saya adalah tidak wajar sama sekali. Maka, blog ini sebenarnya adalah blog personal yang hanya bertujuan memberi updates dan tempat berkongsi rasa.
Saya amat terharu bila kawan-kawan link kan page saya. Tapi kini saya sedar, saya tak begitu selesa bila ramai orang jumpa blog ini dan menjadi pembaca. Ya, persepsi manusia berbeza-beza. Saya tak salahkan sesiapa kalau mahu menilai saya semata-mata berdasarkan entry blog. Cuma, saya rasa agak canggung bila mendapati semakin ramai orang yang tak saya kenali dan juga kenali masuk blog ini melalui blog-blog yang glemer *jeling orang-orang glemer*.
Maka saya menyeru *over kan statement ni* supaya anda-anda semua yang saya kasihi untuk membuang link ke blog saya. Saya adalah sangat pemalu orangnya. Saya juga adalah sangat sensitif dan cepat meroyan tak tentu hala kalau ada masalah timbul di kemudian hari. Blog ini penuh dengan sifat mazmumah buatan yang tidak wajar dijadikan contoh dan tauladan kepada mana-mana pon umat manusia di muka bumi ini. Blog ini juga tidak mengenengahkan penggunaan bahasa yang betul. Maka, sewajarnya link ke blog ini dilenyapkan dr blog list anda. terutama sekali jika ramai cerdik ilmuan masuk ke blog anda yang ilmiah dan mengenengahkan sifat mahmudah. =)
Kalau sampai ke suatu tahap yang menggusarkan, saya mungkin akan delete privatekan blog. Mungkin.
Oh, saya baru sedar saya bukan attention seeker dan gila glemer. Well, even url blog macam membuktikan sesuatu *hukkks*, tapi saya still rasa saya adalah low profile..hikhik

Sunday, May 24, 2009

Update tentang pemakanan

Sukacita dimaklumkan, tabiat pemakanan sudah semakin ok – jika abaikan hari2 yang saya terlambat bangun dan tak sempat bfast. Tapi tu pun bila ada free time akan bancuh milo panas kat opis.

Saya yakin kalau makcik Botswana itu masih di sini, dia akan terharu dan bangga. Sedangkan di hari2 akhir beliau kat uni, melihat saya makan nasik dengan telur rebus dan sayur pon dia dah menzahirkan rasa bangga. Padahal masa tuh jenuh nak telan sebab masih gagal rebus telur dengan sempurna – telur kuning tak berapa masak.

Saya perasan nafsu makan semakin membuak-buak – mungkin sebab semakin sejuk.

Dulu - makan satu pot kecik sekali makan. Kadang-kadang satu pot je sehari – setengah makan time lunch, setengah makan time dinner. Agaknya tu sebab berat drop 5 kilo.
Sekarang - sehari 2 pot. Makan satu pot sekali duduk.

Dulu – keropok jajan dan lada hitam pon leh jadik lauk. Makan nasik ngan sos n kicap pon penah.
Sekarang - lauk pauk pon semakin unggul. Sudah pandai beli marinated chicken dan masak guna oven.

Dulu – IndoMie goreng adalah makanan wajib time dinner.
Sekarang – IndoMie goreng adalah sekadar makanan tambahan kalau lapar tengah malam.

Dulu – kebab dirasakan makanan asasi. Ramai yang perasan saya asik beli kebab.
Sekarang – kurang mengunjungi kedai kebab. Hanya akan pergi beli bila balik dr skul lambat dan malas nak masak (selalunya bila stok lauk dah habis time lunch).

Dulu – kalau time buat kerja dalam ofis, tak makan. Tggu time makan baru makan.
Sekarang – Hampir sentiasa mengunyah. Buah-buahan dan biskut sentiasa ada di sisi. Milo pon hehari minum time dalam opis.

Dulu – beli roti kurang berkhasiat *bak kata wanita Botswana dulu*
Sekarang – buat sendiri sandwich, ada ayam, tomato, salad, selalunya untuk lunch.

Oh, Alhamdulillah, I'm improving. Mungkin salah satu faktor adalah mak selalu terjah memalam dan mintak update makan apa. Dia tak marah kalau makan tapahapa – which is lagi membuatkan rasa serba salah. Dia cuma kata 'rasa mcm nak terbang ke sana dan masak untuk kamu hari-hari'.
Mungkin itu tektik reverse psychology. Dan berjaya. Nak kalahkan saya mudah je – toksah marah2, maki2. Hanya reverse psycho.haha.

Semoga saya akan terus improve dan juga improve hal-hal yang lain juga. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!

Saturday, May 23, 2009

Timbang dan rasa

Kalau duduk di asrama mahupun rumah sewa, sila bertimbang rasa. Maknanya, pertimbangkan apa yang orang lain rasa. Kalau basuh kain, sila cepat-cepat keluarkan kain supaya orang lain boleh guna juga. Kalau rasa malas sangat nak angkat, sila sediakan bekas untuk orang lain yang rajin tolong keluarkan dan letak dalam bekas. Taklah susah mana pun kan?

Begitu juga kalau guna dapur, silalah kemas malapetaka yang telah anda hasilkan. Kita semua takda maid mcm Alang a.k.a bisneswoman berjaya - asik kena interview je ngan wartawan.
Kalau kita timbang-timbangkan tindak tanduk kita dan kemudian pikir perasaan orang, pasti semua akan jadi ok.

Oh, sekarang dapur telah kami dominasi. Dua puak telah bergaduh dan mereka semua tidak melepak di common room lagi. Mata bersinar-sinar kerana boleh memasak dengan keyakinan yang tinggi sebab takde org ramai tengok.
Huks, kena turun balik kat tempat laundry. Tunggu tuan2 punya baju dalam TIGA mesin pengering amik baju depa. Kalau takmo kosongkan jugak pengering tuh, saya nak amik and buang baju2 tu tampal notis kat situ. Dahla musim hujan nih….*Sigh*

Friday, May 22, 2009

K

Kabar-kabar angin pasal drama baru Yamapi sangat kuat bertiup kat banyak blog fangirls dan forum. Semua orang meroyan tak habih-habih.
Hari ini saya dapat tau sudah confirm.
Summer 2009 Drama (July) - Match Point.
Yamapi berlakon, dengan pompuan yang penah digossip dengannya - Keiko Kitagawa *pompuan yang berlakon dalam Tokyo Drift*. Uh!
Takpelah, at least nama pompuan tu mula hurup K kan. So, bila fangirls2 meroyan masa tersebar gambar Yamapi punya tatoo *dikatakan tattoo lekat* atas bahu dia 'K.K', saya tak meroyan. Sib baik nama mula hurup K.kekeke *mode perasan mcm artis naungan itew*.

Oh, buat rerakan yang nak kawin, before kedatangan sini, dalam satu ceramah agama panelnya Ustaz Hasan Din ada menyebut tentang lukis-lukis awan larat kat tangan tu dikategorikan sebagai tattoo sementara. Maka, tidak boleh. Sila rujuk pada orang yang lebih arif ye kalau mahu maklumat lanjut.

Mode: Insaf lepas dikatakan hidup dalam kemungkaran.

Selamat kawin! *jeling orang itu dan orang itu dan orang itu*

Mungkin kerana disayangi

Datang awal, encik bos kata nak jumpa pukul 9. Encik bos masuk lab dan macam terkejut nampak saya. Dia macam lupa dia yang suruh datang awalpagi. Otak saya makin slow sebab diperah setiap hari. Kering. Entah apa mimpi encik bos, minggu ini hari-hari mahu berbincang. Otak berdenyut-denyut. Tambah denyut bila dia suruh jumpa dia lagi tengahari ni. Lepas meeting langsung tak dan nak duduk dengan bertenang dan repair experimental design. Sentiasa kena pergi bincang sampai bebudak kat opis semua konpius. Mungkin encik bos nampak cahaya, tu sebab dia bersemangat. Tapi saya jadik sangap.

Di ofis, ada seorang muslim datang kepada saya menyatakan dia mahu cakap sesuatu tetapi segan. Katanya saya sekarang hidup dalam kemungkaran. Ok, that word really freaks me out. Saya sebenarnya sudah tangkap apa yang dia nak cakap, tapi saya diam. Mata je saya bulatkan. Dia kata dia akan forward email dalam bahasa Arab. Dia kata kalau tak paham dia akan translatekan. Dia kata lepas dapat email ni terpulanglah nak berubah ke tak, yang penting dia sudah terlepas dr tanggungjawab amar makruf nahi mungkar.
Saya agak, ini mesti soal pakaian.

Untuk menyedapkan hati, mungkin saya disayangi seluruh isi perut bumi. Sebab semua orang tak kisah pon pasal orang lain. Tapi semua orang sentiasa bersemangat highlightkan kesilapan kalau melibatkan saya.

Hari ini mode mandom, walaupun rasa semua berlaku kerana disayangi.

Saya tak emo..hikhikhik. Cuma mahu berkongsi rasa. =)

Thursday, May 21, 2009

Mungkinkah

Tido lambat - kelam kabut menyiapkan keje malam tadi dan email kepada encik bos. Kerana hari ini saya sepatutnya pergi ke bengkel penggunaan endnote. Sebelum tidur cek jadual program - SUDAH PENUH! Rupanya kitorg kena daftar online untuk bengkel2 yang hangat. Sebelum nih saya pegi seminar yang tak hangat, so takyah register. Kecewa jugak. Tapi takpelah, esok boleh bangun lambat - bisik hati kecil.
Memang bangun betul2 lambat. Padah bila tidur balik lepas solat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidur boleh kena tinggal bas. Mandi dengan mode multitasking *malas nak interpret*, dan tak dan bfast. Telan vitamin dan berlari ke bus stand. Target: 5 minit. Hujan!!!! Kali ini tiada kawan untuk memayungi. Maka peribahasa sediakan payung sebelum hujan sangat tepat. Berlari berhampiran dengan pokok-pokok kerana angin kuat. Bersedia berpaut kalau diterbangkan angin.keke.
Tiba-tiba.
Yer, tiba-tiba ada suara membuatkan saya memperlahankan langkah.
Beberapa ekor gagak sangat bising - seekor kawannya mati, atau hampir mati. Saya tak pasti sebab tak pakai spek mata. Yang saya nampak gagak itu sudah terbaring. Mungkin ia masih hidup. Mungkin ia masih bergerak - tapi sebab jarak berkaki-kaki antara saya dan ia, saya tidak pasti.
Saya dilema - mahu selamatkan gagak atau kejar bas. Dan saya telah memilih bas sebab bas yang akan lepas nih adalah setiap sejam. Saya berlari ke tempat bas sambil berharap ada orang selamatkan gagak itu.
Bas sampai lambat - cis! Saya terus diselubungi kekesalan. Mungkinkah gagak itu dapat diselamatkan kalau saya berhenti dan beri bantuan? Mungkinkah?
Ah, saya tak suka bermungkin-mungkin. Sungguh menyesakkan jiwa.

Wednesday, May 20, 2009

Update hari Rabu

1. Meeting yang melegakan *alhamdulillah*
Terima kasih buat semua yang mendoakan.

Nasib baik tak jadi seperti kuiz ini - tidak difahami orang lain
Err, tapi sho sakurai sangat comel



2. Hujan hampir hari-hari. Boot berlubang rupanya. Haish - saya adalah wanita yang ganas? Perlu beli boots baru. Kalau sesapa nak beri sebagai hadiah hari lahir pon boleh ye - 8 julai.hakhak.

3. Dharma tammo pindah keluar sebab dah jumpa bilik ada attached toilet dan kitchenette. Nampaknya saya kembali bersendiri, merantau mencari sesuap nasi tempat tinggal. Saya perlu cari alternatif sebab perlu ke lab walau hari Ahad. Saya tanya peter petrelli - kot2 ada tempat dekat dengan rumah dia yang vacant - tetiba Anney dengar dan membuat kesimpulan saya nak duduk ngan encik peter. Ni yang malas nak cakap apa2 nih - suka la buat kesimpulan gatal tanpa tanya. Sib baik en peter tu hensem paham apa yang saya maksudkan. Fuhhh.

4. Bebudak laki kat bangunan ini dok gadoh kata pompuan Asia selalu cakap kuat. Siap nak buat meeting segala. Padahal kitorg punyalah jarang bersembang sejak dharma dah pindah opis. Eiii, rasa nak jerit je kat telinga depa bagi pekak terus - tak kiralah kau hensem ke tak. So, sekarang kitorg *especially saya n makcik sri lanka tu* cakap bisik2 - hihihi. Lepas nih mebi kena amik kelas bahasa isyarat. Tak kira, kalau bertembung ngan depa nak cakap gak kuat-kuat! Siap nak nyanyi lagu hindustan. hakhak.

5. Dah cube berkali-kali upload gif guna photobucket dan imageshack, tapi tak berjaya. So, I will annoy some of you again. Wanita-wanita peminat suju - tumpukan perhatian pada eunhyuk pada minit 1.34. Ahaks *pengsan*. Amaran keras: Wanita2 solehah sila jangan tekan butang play.


Doa seorang pelajar

Scheduled entry

10 am waktu sini - 8 am waktu Malaysia. Progress meeting dengan encik-encik bos. Mode lelabah dalam perut - mengerikan dan menakutkan..dup dap, dup dap.

Kalaulah subjeknya adalah Yamapi atau Suju, pasti saya akan tercongok depan bilik bos seawal pukul 8 pagi, bersedia memberikan fakta tanpa henti - sehingga dihalau keluar dr bilik kerana pasti menjengkelkan bos.
Tapi subjek saya adalah cacing - tidak jambu, tidak pandai menari apatah lagi berlakon.
Sudah terlambat saya kira untuk tukar bidang *jeling org yg tukar bidang dan dapat sijil dekan setiap sem*.
Saya perlu teruskan.
Mungkin saya perlu lebih banyak berimaginasi. Membayangkan wajah Yamapi pada telur-telur cacing. Bila cacing dah menetas dan melentuk liuk - saya perlu bayangkan Yamapi menari, atau Suju menari berlatarbelakangkan lagu2 mereka yang menarik.
Ya, pasti boleh, pasti.

Mode tadah tangan dan berdoa *semoga encik-encik bos dalam mood yang baik dan diterangkan hati untuk memahami experimental design yang saya cadangkan. Semoga diri sendiri dikurniakan daya pendengaran dan penumpuan yang baik serta pemikiran yang tajam untuk memahami segala mak nenek benda yang akan dicadangkan oleh encik-encik bos* Amin....
Ayo semua kita katakan amin

Aminnnnnnnn.

Tuesday, May 19, 2009

Pagi yang indah

Pagi yang hampir sempurna.
Hari ni hujan - saya tiada payung.
Sedang otak ligat mengulang-ngulang 'sediakan payung sebelum hujan' dan berazam mahu beli payung, atik muncul dan memayungi saya.
Alhamdulillah.
Sediakan kawan ramai2 sebelum hujan.
Kalau kawan ada payung takyah beli payung dah.keke

Dalam bas berjumpa Ake yang comel.
Dia duduk setentang dengan saya.
Bergurau senda dan bercanda ria di dalam bas.
Luahan perasaan yang pendek tapi cukup mengujakan *kesat hingus hidung darah*.
Cukup memberikan semangat untuk memulakan hari ini.
Saya rasa sayalah calon kakak ikan yang paling vok di maya pada ini.hakhakhak.

Walaupon sebaik tiba di opis ada student PhD mengadu berkenaan discussionnya direjek oleh pensyarah.
Saya tidak gelabah seperti selalu.
Atau over emo.
Hanya memberi semangat, pada dia, dan diri sendiri.

Oh, pagi ini sungguh indah.
Sungguh semangat walaupun sebenarnya hampir mereng kerana esok ada miting lagi.
Ohhhhhhhhhhhhhhh *mode kedip-kedip mata*

Monday, May 18, 2009

Kehilangan

Kehilangan selalu buat kita sedar tentang kepentingan sesuatu.
Walau sekejap manapun kehilangan itu, pasti akan menyedarkan.
Pasti.

Kunci opis telah dijumpai di celah-celah pinggan mangkuk.kekeke.
Opp, pinggan mangkuk yang siap bercuci okeh! *kaver siap2 sebelum kena hentam*.
Hm, tu tandanya saya rajin memasak kan? Sampai kunci letak kat tmpt pinggan.
Rasa sangat lega dan gembira.

Walaupun sebenarnya kalau tak jumpa kunci lebih mendebarkan kerana perlu berjumpa peter petrelli untuk pinjam kunci yg ada dalam simpanannya - kunci hosmet dia yang dah habis belajar, belum dipulangkan.
Apa pun, ini lebih menenangkan jiwa. Kalau tak, timbul satu lagi kesesakan jiwa - nak pilih tudung utk pertemuan dengan encik peter.hikhik.
Er, abaikan perenggan gedik ini ya!

Hati berbunga-bunga bila berjumpa kunci kembali – sampai terlupa switch on rice cooker.
Hati kecil berbisik
Encik kunci, aku takkan mempersia-siakan kamu dalam hidup aku lagi.

Tammo kehilangan lagi.
Sudah serik.

Kawan-kawan, jaga barang baik-baik tau!

Isnin yang sayu

Tiada yang lebih mensayukan diri dari hari Isnin ini. Yer, isnin inilah.

1. Kunci opis misplace. Tatau kat mana letak. Mcm hilang terus je. Ni lah padahnya kalau mengemas. Bila mengemas mesti semua benda tak jumpa *sigh*. Erm, takpon tercicir tengah jalan. Tatau. Konpius. Kena beli rantai untuk kunci - sangkut kat leher!

2. Dharma terus tak pegi skul. Huks - kesian. Semoga dia cepat sembuh. Mesti pas nih dia tak berani dah nak cilok makanan saya. Tulah ke tuh eh? Ntah. keke

3. Suhu sini dah sejuk. Eh tak, semalam lagi sejuk - suhu minimum negatif. Tapi sebab dok tido melepak dalam bilik, so taklah rasa sejuk. Hari ni kena pegi skul. Sejuk. Mendung. Suram. Rasa mcm nak balut badan jadi mummy, pastu melompat2 naik bas. Mesti semua orang bertempiaran lari. Oh, dah mula merepek.

Gambar yang takde kena mengena dengan entry - gambar pintu.

Sadis kan? Label kat pintu kena lekat guna kertas..keke.

4. Ada orang tak suka entry-entry yang ada youtube. Lagi orang tak suka, lagi nak buat. Muahaha.
Buat Ayang dan Fadhilah khususnya, ni lagi satu version of It's You - Suju. Dance version. Boleh kejang. Cuma tak suka mekap Lee Teuk yang sungguh obvious bila close up. Lipstik sangat! Dan oh, baru pasan Kibum dan Eunhyuk langsung takdak line *urut dagu* - tapi no doubt ketereran Eunhyuk nari kan? Jenuh pokcik2 korean airlines tu nak tiru..keke. Shiwon dan Hankyung sangat bersinar! Is it just me atau memang depa semua semakin howt?
Yang tak suka tu takyah tekan butang tiga segi tu ye *sambil jeling*.


Sunday, May 17, 2009

Terlebih yakin

Hari ini, entah kenapa saya sungguh yakin memasak. Memula tidak yakin, tapi setelah mendapat kepastian dr cik student uni apex, saya yakin. Sangat yakin. Berbondong-bondong ke common room dan memasak sambal tumis ikan bilis. Guna paste dr indon sebab tak jumpa cili kering dan takde blender.Tak pernah guna paste tapi yakin. Sangat yakin.

Tumis paste,masukkan bawang besar, masukkan bawang putih, masukkan air, garam, gula, ikan bilis. Perfect!

Bau yang menyelerakan bagi saya, tapi menyesakkan wanita-wanita bangsa asing di common room. Semua terbatuk-batuk dan terbersin – saya jenuh mintak maaf. Dharma teruja, dia ambil sikit masakan saya yang kelihatan menyelerakan itu tanpa dipelawa..hihihi.

Tetiba saya mendapat panggilan interkom dari dharma. Dia hampir pengsan makan sambal tumis – pedas tahap naga! Bergelen2 air dia minum, katanya. Saya terkocoh2 ke biliknya – rasa bersalah menyelinap ke seluruh tubuh. Sweet dan candies bergelimpangan atas meja bilik. Dan air jus sudah habis satu botol. Katanya bibir terbakar dan takut ulser. OMG. Dia makan dengan bersemangat sambal tumis dengan nasi kerana kelaparan. Terbayang bakal anak saya yang lapar dan keracunan kerana makan makanan ibunya.Hukhuk.

'I pity your husband!' dia jerit2 sambil ketawa dan pegang perut.

Kami terkekeh-kekeh gelak, tapi jauh di sudut hati saya, saya amat bersimpati. Oh, memang sangat pedas. Mulut saya juga rasa terbakar bila makan cicah roti. Lunch hari isnin – bersedia untuk pecah perut.

Kawan-kawan, kita takleh terlebih yakin. Nanti beginilah padahnya. Tsk tsk tsk.*sambil pekup muka*

Saturday, May 16, 2009

Suju

Entry ini ditujukan khas buat peminat-peminat Suju.

1- Gabungan fangirls di Malaysia telah membuat petisyen kepada SM Ent. supaya Suju buat persembahan di Malaysia. Bunyi macam berjaya - tapi saya tak amik pusing sangat sebab tau takkan ada can pegi tengok. Kalau nak tau lebih lanjut sila masuk sini. Dengarnya album Suju Malaysian version pon depa berjaya mintak. Pergh, gigih2. Kagum.

2. Lagu sorry sorry kejap aje dah jadi glemer dan melambakla orang nak immitate. Ini immitation paling kelakar oleh pekerja korean airlines. Alahai pakcik2...keke


*sakit perut gelak - mereka sangat gigih*


Ini versi sebenar *panasss*




3. Dan tadaaaaaaa, ini MV baru. Sila enjoy. Fadhilah - Heechul rambut pendek.


*pengsan*

Seriously thinking

I'm seriously thinking

  1. Untuk pindah ke rumah dekat2 dengan uni. So, boleh jalan kaki saje ke uni kalau ada masa- masa tertentu yang memerlukan saya tercongok di lab pukul 8.00 pagi – sebab bas pertama hanya akan muncul pukul 8.05. Tapi rasanya time winter ni nak dok asrama dulu sebab sewa dah sekali ngan letrik. Penggunaan heater yang agak dasyat dirasakan hanya berbaloi di asrama. Maklumlah, kalau dok umah sewa biasanya letrik kena bayar sendiri – mau pitam nanti. Dahla saya dan mokcik itu sesama penghidap thyroid yg mempunyai toleransi pada sejuk yang sangat lemah. Lagipon sekarang ni susah nak cari rumah sewa =(
  2. Untuk berusaha mencari jodoh *ulps*. I'm getting older and older. Kat sini the culture is different. Kalau berusia seperti saya ini dan kelihatan tak berminat pada lelaki akan dicop sebagai lesbo – sangat menyentapkan. Sib baik saya amik bilik sorang - tak share ngan sesapa. Confirm kalau share ngan pompuan akan dicop lesbo, kalau share ngan laki dianggap normal. Orang putih sini senang je – terus tanya pada kawan kita 'is she a lesbian?'. Sentap kan? Sib baik orang asia tak mcm tu - saya sayang orang asia! Semalam sorang lelaki bangla muslim *saya gelarkan sebagai Anney* yang berpangkat pakcik jika melihat kepada penampilannya *no idea umur dia bape sebenarnya* – telah bertanya pada saya tentang status diriku ini. Nampaknya Anney risau dan bertanya saya kisah ke tak kalau kawin dengan laki2 benua lain. Sentappp. Tetiba muncul suara sumbang dari dalam bilik mokcik itu meminta Anney mencarikan jodoh di masjid. Dahi anney berkerut2 – ala2 mengscan muka sensorang umat islam kat masjid yg dia kenal. Makin berkerut. Geleng kepala. 'As far as I'm concern, all are married' katanya.. Jenuh saya tahan gelak sebab depa sangat semangat. Sebenarnya ada yang single, tapi saya malas sebut. Nampak sangatla kan dok sibuk tau status orang. Tetiba anney tanya 'Is it ok for you to be a second wife?' sentappppppppppppppppppp. Saya terus cakap buat masa nih saya langsung tak consider benda tuh. Akan datang saya tak tahu. Oh, akan datang tu saya harap bermakna berbelas-belas tahun lagi. Duda takpe lagi, second wife – hopefully it will never be an option for me to decide on. Tahun depan kalau jadi balik untuk sampling saya juga akan gigih mensampel calon suami.kekeke
  3. Untuk consider adik ikan aussie. Betul, tak taste. Tapi kejadian semalam membuatkan saya mahu consider sebab sini tak ramai adik2 jepang mahupon korea. Cina ramai, tapi sedikit asobiyah..kikiki. Kisah semalam – menaiki bas balik asrama. Balik awal sebab mokcik tuh tammo stay lewat. Then sebab dia sakan bergayutan dalam tepon dengan sapa tah, saya duduk dekat budak lelaki indo - lukman – kawan atik. Bersembang2 sehinggalah muncul 2 org budak lelaki. Sorang jambu, sorg tak. Yang jambu tegur lukman, dan bersembang2. Lukman kenalkan kami. Rupanya mamat tuh pelajar bahasa indo. Mamat itu agak ramah tapi malu-malu *apekah?* Saya pulak dalam mode – mari melawat malaysia – tergedik2 pomot malaysia di mata mamat itew..keke. Bila kami dah sampai asrama, tah ape kena bas brek mengejut. Kami hampir terjatuh dan tetiba mamat itew cakap 'hati-hati' sambil senyum. Saya balas senyum dan tunjuk isyarat bagus – untuk bagi dia semangat cakap bahasa indo. Adik-adik ikan di Malaysia, akak tetap ingat korang. Tapi korang dah lupakan akak. Mungkin sudah tiba masanya akak carik pengganti..kekeke

    Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Friday, May 15, 2009

Update tiru stail Am

Saya bukan lagi superman. Telah berubah menjadi keluang man dalam sekelip mata. Keluang man yang sebenarnya seorang manusia yang terlepas dari hospital sakit jiwa di tampoi dan terjumpa costume keluang. Itulah saya. Tak lebih, tak kurang. keke

Printer
Printer jadi pening. Eh,bukan printer tapi laptop. Setiap hari kalau masuk opis kena delete printer yg dalam network dan reinstall. Kalau tak, takleh berfungsi. Apekah? Sapa tau mcmana nak setelkan masalah ini? Dah kol It servis, tapi nampaknya depa busy hari ni. Next week baru consult depa balik.

Masak
Malam tadi malas gila masak - penat. Tapi dek tergoda dengan pujuk rayu pokcik 2 orang tu - join jugak masak. Kegagalan yang nyata nampaknya - terlur dadar sedikit hangus! Tak berjaya membuat hatrik bila memasak dengan mereka. Kejayaan masak spageti ngan ayam masak kunyit gagal ditempa bila goreng telur! Saya agak down masa makan nasik dan mereka memujuk
'Kalau jadi terus, nanti angkuh. Nggak apa nih, boleh lagi dimakan' - maknanya kalau tragedi hangus tak berlaku malam tadi, saya akan jadi angkuh. Sentap kan? Sempat lagi mengeji kan?


Pakcik Fir*soni, lady di dan pakcik Te*guh.

Nama
Cik pensyarah penah tanya - guna nama apa kat sini? Masa tu baru adapt kat sini - so masih menggunakan nama di*jah. Since dah sebulan kat sini dan berjumpa dengan ramai orang - penat okeh asik kena ulang pronounce nama sampai 3-4 kali. Rasa mcm senang je nama kan? Tapi sebab omputih tak biasa kot, jadi bunyi sangat pelat dan terseksa dgr depa sebut nama.
So, sejak kebelakangan ini perkenalkan diri sebagai DJ - terus omputih cakap 'cool! thats easy to remember'. Sebenarnya nama tu bebudak kat asrama yg rerajin panggil - agaknya bersimpul lidah nak panggil di*jah. Kat opis pulak, pakcik Ollie panggil saya Di. Orang-orang muslim kecuali peter petrelli - dia langsung tak penah panggil saya..hukhuk. pulak panggil saya nama penuh - omit nama ayah - dengan makhraj yang betul. Punyalah banyak nama - sampai sv tanya samaada prounciation dia buruk sangat ke sampai suh org lain panggil DJ. Memang bunyi dia pronounce agak pelik tapi takla rasa salah. So, i said no, cuma nak bagi org senang ingat. Semalam dia panggil saya DJ buat pertama kalinya - lidah dah kebas panggil saya di*jah kot.keke.

Dharma
Kalau ada election untuk wakil rakyat, pasti dia menang kalahkan tok mun. Sebab dia memanglah super duper ramah tahap gaban. Ramai orang akan datang menagih perhatian, kasih sayang, nasihat dan bantuan seperti makanan . Baru ni ada orang mintak bantuan heater kat dia. Gigihla makcik tu cari jalan nak bantu. Sebelum nih orang mintak bantual aerial tv. Apekah? Dikenali pakcik2 dan makcik2 yang jaga kedai dan yang membeli belah. Dikenali oleh orang-orang dalam bas. Pendek kata kalau jalan ngan dia tuh kena bersedia untuk berhenti di tengah2 jalan untuk memberinya peluang bertanya khabar kepada rakyat jelata. Since semakin busy - kitorg hanya ada masa untuk bercakap2 dr hati ke hati bila dah nak tidur. Best betul ada interkom dalam bilik - so, bergayutan sampai mengantuk.
Memberi semangat dan meluahkan kehappyan dan kesedihan sepanjang hari - nilah keje setiap kali sebelum tidur *mode pompuan-pompuan yang kesuyian..keke.*
Pompuan nih memang penuh dengan kejutan setiap hari. Hope takdelah salah paham antara kitorg di kemudian hari - sure kena buang daerah sebab daerah ni dia mcm dah conquer..keke

Malaysia
Hari nih ada perjumpaan bebudak malaysia yang sekerat nih. Semangat betul pakcik Adam dari minggu lepas. So, in few hours time akan jumpa dia dan pakcik Saa*di dekat ngan library. Takla semangat mcm gaban sebab mood hari ni adalah keluang man. Tapi still rasa nak jumpa derang - kotlah dapat jadi presiden menenangkan jiwa dan dapat apa2 info yang menggembirakan.

I miss u all so damn much. Kadang-kadang rasa down and nak balik. Bukan sebab lapar, tapi sebab rasa lonely. No worries, saya akan sibukkan diri. Doakan saya yer. Saya perlu bersemangat demi agama dan negara tercinta. Yoshhh! *keluang man berdiri atas bangunan sambil betulkan topeng yang senget*

Thursday, May 14, 2009

Mari berjuang

Sejak selasa telah join makcik tu *menunding jari ke arah wanita sri lanka itu* pulang lewat setiap hari. Ambil transport pukul 8 malam - percuma. Hanya perlu mendail 4 digit nombor dan zassss *tiru stail kak delinn* pakcik security akan muncul depan opis untuk hantar ke bandar. So, dari bandar akan terkedek2 jalan ke asrama sambil bergosip dalam keadaan terketar2.
I'm putting extra pressure on myself untuk progress dalam kerja sekarang sebab merasakan amat lembab. Miss bumblebee - ini bukan permainan minda, saya memang slow.hukhuk. Bergossip je saya laju.
So, bila wanita itu menggoda saya untuk join balik malam, saya terima dengan hati yang berbunga - walaupun tidak rela sebenarnya balik lambat, keadaan yang gelap dan sejuk, kedai-kedai semua dah tutup, keadaan keliling yang sunyi sepi. Bila balik terus mandi dan bersiap2 dan makan. Kadang2 masak, kadang2 menagih makanan dharma. Kemudian terus tidur. Laptop memang tak bawak dah balik asrama. Tinggal kat opis.
Tapi hari ini saya sedikit bersemangat, kerana telah membuatkan encik bos puas hati dengan progress. Experimental design untuk dipresent minggu depan telah siap semalam dan tadi telah berbincang untuk mencantikkannya. Walau ada baaaaanyak here and there yang perlu diperbaiki, tapi bila mendengar encik bos berkata 'good', 'excellent' dan 'i totally agree with you' bila membaca draft untuk experimental design telah membuatkan saya tetiba merasakan kekuasaan gaban telah merasuk diri saya. Lebih bersemangat untuk kerja keras!!!
Ini bukan entry takbur *jeling Am*
Ini motivasi untuk terus berjuang!!!!!! *mode berdiri dengan tangan seperti superman dan 'cape' yang terikat kat tengkuk berkibar2 di angkasa*.

Update: baru balik second discussion dengan encik bos. Nampaknya superman sudah jadi suparman..keke. Keadaan saya kini bagaikan superman yang telah dicampakkan kryptonite - menggelepar nak catch up dengan analisis statistik. Hari ini mahu balik awal. Superman perlu membeli belah groceries untuk mengelak kebuluran. Too much for today. Sudah mahu p.i.t.a.m. ~ 5.05pm.
Jangan tertipu dengan sinar mentari yang memancar-mancar.
Kita sangkakan kehangatan bila disirami sinar mentari.
Tapi ada ketikanya di tempat tertentu, sinar mentari langsung tidak memberi kehangatan.
Hanya mencerahkan keadaan seketika - membantu tumbuhan terus bernyawa.
Kesejukan masih mengigit tulang, sinar mentari tidak membantu mengurangkan kesejukan itu, hanya memberi silau yang menyakitkan mata.
Akhirnya air mata terembes tanpa kawal, dan badan terus menggigil kesejukan.
Jangan mengharap, terutama pada sinar mentari.
Bukan saja di sini, tapi mungkin juga di sana.
Mentari yang menghangatkan, semoga berjumpa lagi.

Wednesday, May 13, 2009

Ini Gambar..

Inilah asrama

Inilah kalender *kekeke*

Ini alpacas - bulunya lembut

Ini bebiri merino yang gemuk - sombong kemain

Ini pertandingan cukur bulu bebiri

Ini bebiri yang dah gondol

Ini semut yang membuatkan saya teringat kepada kawan baik *seka air mata*


Ini adalah bangunan opis saya, akan dirobohkan dalam masa terdekat..Mana nak merempat nih? hukkks

Ini Manar yang sibuk mengemas beg saya sambil membebel - bersepah katanya!

Ini stokin bebiri yang saya nak beli. Lepas dharma bulatkan mata dan saya berfikir secara waras, saya beli stokin lain yang lebih murah..keke

Oh, abaikan gambar ini.

Ini bebiri yang menunggu giliran untuk dikorek bontot, diambil darah, ditimbang dan diberi ubat cacing.

Ini Sara, sentap okeh dia amik darah dan handle animal sendiri. Sungguh cekap!

Ini adalah cubaan mensnap gambar bos - 2 dari kanan, sedang bagi penerangan pada farmer dan anak farmer. Kiri sekali Mark dr uni dan kanan sekali Sara. Saya pura2 garu ketiak. Berjaya jugak amik gambo kendid.hihi

Ini Mifi!

Siapakah dia?

Mode - take 5 untuk hilangkan stress.

-----------------

Sebagai menjawab persoalan siapakah yamapi oleh sesetengah pembaca blog…terimalah lagu solo beliau yang paling best. Kalau tak silap ini tahun 2006 punya lagu – tema cerita kurosagi. Tapi masih subur mekar berkumandang hingga ke hari ini. Gituhhhhh. Dia bukanlah jiran saya, mahupon artis bawah naungan dan nasihat saya. Adik saya – jauh sekali. Saya presiden fanclubnya pon bukan. Senang cerita dia adalah insan yang bertakhta di hati saya…kekekeke..Sila jangan hempuk saya. Dia adalah artislah. Artis yang mendarahkan hidung. Andai ditakdirkan Ustazah Haniza membaca entry ini, saya dengan rendah hati memohon beliau supaya pura-pura tak nampak entry ini dipublishkan.



Miss bumblebee dan cik pensyarah – sila bersabar dengan diriku. Hahaha *jangan muntah hijau ye* Mode: pitam-sedar-pengsan-sedar-kejang-hidung darah-eh, dah habis dah lagu nih?kekeke

Awal tahun, dia kalerkan rambut jadik ginih, hukkk *yeah, sempena pemergian saya*

Awal bulan Mei, dia appear dalam rancangan tv dengan rambut yang dah dikalerkan sedikit gelap dan lebih stret sket. Nampak kurus kan? *yer, dia mahu kurus bersama-samaku..haha*

Tuesday, May 12, 2009

...

Update on derma masjid

Saya telah mendapat kebenaran untuk mengutip derma untuk Masjid. Kepada sesiapa yang berniat menderma pada masjid bolehlah berbuat demikian ke akaun bank saya. Sila email saya di alamat : dijah_best.at.yahoo.dot.com utuk sebarang kemusykilan atau proses pendermaan. Do not to hesitate to add me in your ym list. Semoga niat baik kita ini diberkati Allah.

Ada lagi 50,000 dolar untuk dikutip. Semangat!
----------------

Post meeting syndrome - rasa seperti dunia berputar terlalu pantas, dan diri semakin kecil sehingga menjadi sebesar debu. Kemudian berterbangan bersama angin lalu. Di bawa terbang tanpa arah dan hala tuju. 'Tulah, sibuk main game online dan blogging je keje...Rasakannnnnnnnnnnnnn!!!!' suara itu bergema-gema dalam fikiran.
Telah disumbatkan dengan pelbagai idea kerana proposal saya masih belum jelas hanya tujunya.
Minggu depan perlu membentangkan idea untuk incubator study dalam lab, sebelum menjalankannya di lapangan.
Minggu depan.
Minggu depan.
Mode: stress dan jiwa kacau.
Mahu berpuasa dari menggedik di alam maya.
Doakan saya survive sampai minggu depan.
Hukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkks

ps: ayang, previous post tu acu post dr word, pesal tah tetiba disable komen. thanks ye bgtau.

Monday, May 11, 2009

Keji kejian jadi kenangan

Hari ini hari pertama pergi ke farm di sini. Malam tadi sangat nervous – tak boleh tido. Tido pukul 4. Bila alarm bunyik terus bangun sepantas kilat dan campak2 je stokin – selalu bukak satu2 dengan slow mo. Siap-siap, panaskan lunch and ready to go. Kepala berat sebenarnya sebab tido kejap je. So, sepanjang perjalanan lebih kurang sejam – sv cuba jugak mengajak saya berbual pelbagai topik. Saya jenuh tahan menguap dan cuba jugak jawab soalan-soalan dia. Tapi saya rasa dia boleh detect saya mengantuk sebab jawapan saya semua mcm kurang elaboration seperti selalu..hehehe. Cuma saya terkilan satu – bila dia tanya pasal Taliban. Aduh! Dahla saya memang tak baca paper dan tak tengok tv – so I have no idea apa isu Taliban kat Pakistan nun. Saya dengan rasa rendah hati dan malunya menjawab 'I'm not sure' berkenaan isu Taliban yang dia bangkitkan. Saya perlu banyak membaca berita dan perlu memperjelaskan dengan sebaiknya, supaya orang lebih memahami islam. Encik Adam T.C.L., saya memang perlu selalu menghubungi anda kerana andalah yang paling layak untuk dibuat rujukan..hehe

Sesampai saja di ladang, saya terus lupa daratan diri. Bebiri bebiri yang sangat gemuks dan comels menanti. Terpana, terkasima. Bumi berhenti berputar. Sampai saya tak sedar saya diserang hendap oleh seekor poodle yang comel. Saya ingat itu anak bebiri! Sentap sekejap. Saya tidak tahu persona apakah / aura apakah yang telah saya zahirkan, sehingga poodle itu asik2 mengekor saya dan memanjat saya dan mahu bermesra-mesraan dengan saya. Kalau ikutkan hatinya, mau dijilatnya muka saya. Tapi saya telah menahan kepalanya sambil menjerit – jangan! maka wajah saya belum sempat ternoda dan saya tak perlu menscrub muka saya dengan air tanah. Dari mula pensampelan sampai ke akhir, poodle bernama mifi itu sangat penyibuk dan manja. Anjing lain – baka yang besar dan bulu pendek kaler hitam *typical anjing gembala* juga kelihatan cuba-cuba menghampiri saya untuk bermanja barangkali, tetapi dek kerana saya sedikit fobia dgn anjing besar dan mungkin saya telah merembes aura 'aku tidak mahu berhampiran denganmu' - anjing2 yang lain akan berpatah balik bila saya memandang mereka. Kasihan, tapi apa boleh buat – saya takut dengan mereka.

Kejian: bila sampai uni, ambil bas bersama rakan jemaah dapur. Bersemangat bercerita perihal saya dikasihi anjing-anjing di ladang. Tahu apa respon salah seorang dr mereka? 'Because you look like bone! – enak dimakan dengan nasi'. Sentappppppppp! Yer, I lost 5 kilos already sejak sampai sini. Basically baju-baju sudah menjadi gelebeh. Muka semakin cengkung. Saya kini seperti pontianak harum bukan sundal malam. So, yeah, kena gain weight.

Berbalik kepada kisah di ladang – tragedi pasti ada. Mereka kerja sangat pantas sampai saya memang tak boleh catch up. Bebiri terlalu gemuk dan ganas dan bulu-bulu diselaputi sejenis kemuncup yang sangat besar dan boleh menyebabkan selumbar. Memula terluka terkena selumbar sampai luka – alah, sikit je kan. Bila saya sudah penat dan rasa perlu buat sesuatu untuk memastikan saya boleh ikut pace depa, saya telah dengan semangatnya menyiapkan barang-barang untuk persampelan darah ketika orang lain sedang take five – nanti taklah terkocoh-kocoh. Agaknya saya berangan, takpon kurang berhati-hati, saya telah tercucuk jari sendiri dengan jarum dan darah tak berhenti-henti keluar – jenuh lap kat baju: gagal, tekan kuat-kuat selama 20 saat: gagal. Akhirnya saya mengalah dan mangadu pada Sara – untuk dapat plaster. Kecohla sekejap sebab saya luka time orang tengah rehat kan, orang lain luka masa tengah buat kerja. Lepas tu buat kerja dengan sedikit terhuyung hayang mcm nak pitam sebab mabuk darah. Peluh sejuk keluar. Tapi saya tak boleh tumbang. Malu woooo! Saya terus teringat ajaran makcik jururawat masa saya mabuk darah dulu – bernafas dengan betul. Yeah, akhirnya ok. Kembali berlari-lari ke sana ke mari seperti kekanak rebina.

Kejian: Masa on the way balik bos (sv) mcm tak berapa faham mcmana saya boleh luka time orang tengah tak buat kerja. Lepas saya explain dia cakap apa tau 'Attention seeker!' *sambil buat muka keji*. Saya terlopong dan mata membulat 'No, I'm not!' – gosh, saya telah memberikan impression negatif! dan dia terus tumbuk bahu saya – menandakan dia bergurau. OMG, he freaked me out! Saya bukan attention seeker kan u ols? Bukan kan?

12 Mei – meeting dengan 3 bos untuk 1 month progress. Doakan semoga semua ok esok! Dup dap,dup dap. *pengsan*

Iklan – derma masjid


Dear Brothers and Sisters - Assalamualykum,
Re Appeal for donation for UNE Mosque development

We are writing on behalf of the Muslim community in Armidale, Australia. Armidale is a small university-based town in New South Wales, Australia, with an approximate population of 25,000. There
are about 300 Muslims in and around Armidale. The only mosque is in the University campus, called UNE Mosque. A small house allotted by the University has been converted into a Mosque not only for
prayers, but also teaching the Holy Quraan and Hadith to children and newly converted Muslims. The UNE Mosque can accommodate only 30-40 people for prayers.

Recently we spent about $30,000 to repair the old house. The roof has been replaced, new carpet laid and the walls and ceiling painted. After the refurbishment, it became an excellent facility for the
local Muslim community.

However, there being no separate space for the women, they are compelled to fulfill their prayer rituals in a corner of the Mosque, separated by a curtain. Moreover, there is no ablution and toilet
facilities for the ladies.

To solve the problem of space, the design of an extension of the existing building (11m x 4m) including a toilet and an ablution area has been approved by the FMS of the University. The estimated
cost of the extension project is nearly $100,000. The small Armidale Muslim community (mainly constituted of student) cannot afford to provide this large sum of money from their personal savings.

Therefore, on behalf of the Armidale Muslim community, we appeal to our Muslim brothers and sisters in Australia and overseas to come forward with generous donations to support the Mosque extension work.
Surely, you shall be rewarded for this bequest when you need it most - in the life hereafter.

Thank you in advance for your cooperation and support, Wassalam

Mr Hussein Megahed
President

Dr Fakhrul Islam
Secretary

You may send the cheques to the following address or deposit money to the following account:
Address:
UMMA
UNE Mosque
c/o International Office, UNE Armidale NSW 2351 Australia
Phone: + 61 2 6773 3192; Fax: + 61 2 6773 3325

Account:
UNE Mosque Management Association
New England Credit Union
BSB: 802-292
Account No: 651895

NB. The University of New England (through FMS) has approved the project and (through International Office) has no objection to seeking funding in this way.

------------------------------------------------------------------------
Saya sedang berbincang dengan setiausaha masjid berkenaan ingin mengutip derma online dari anda-anda semua. Mungkin untuk memudahkan anda semua, saya akan minta anda masukkan duit ke dalam bank saya (CIMB) *sila simpan bukti transaction* dan saya akan keluarkan duit elaun dari bank sini untuk bayar derma anda kepada masjid. Saya sedang berbincang soal resit dan harapnya dalam minggu ni boleh dapat maklumbalas dari setiausaha. Saya cuma terfikir soal currency change. Ada idea? *jeling Am*

Sunday, May 10, 2009

Sebulan

Hampir sebulan. Hampir sebulan sudah Allah campakkan saya ke bumi asing. Tercampak jauh dari keluarga, teman-teman gossip, makanan Tok Jembal Food Court yang menyelerakan, adik-adik ikan yang mengisi kekosongan di hati *kehkehkeh* dan kehidupan yang selesa. Dunia semakin kelam, cahaya semakin malap dari hari ke hari, sehinggalah dipertemukan dengan Ake dan Keichi..hahahaha

Oh, please bear with me yang saaaangat rajin update blog – sapa yg rasa jengkel takyah baca tau entry-entry yang merapu meraban ini. Keadaan saya kini sama seperti orang2 yang baru berkahwin atau baru dapat kerja baru atau budak baru masuk darjah satu – menghitung hari tanpa sedar. Lebih tepat keadaan saya ala2 mangsa kebuluran yang kesepian yang menghitung hari untuk diselamatkan..hehehe. I tend to write a lot sebab tak mampu nak kol anda-anda di tanahair – agak cepat habis kredit. So, bila sunyi saya menulis.

Saya terfikir dan terhitung dan terkejut. Pejam celik, pejam celik dah sebulan rupanya. Tapi kadang-kadang bila sunyi rasa mcm dah lama dok sini. Bertambah rasa sayu bila orang tanya bila nak balik kampung..kekeke. No offence pada yang tanya tu eh *kenyit mata*, I know u ols miss me *mode perasan*..tapi tulah..*speechless*

Ini entry sedikit emosi, tp no worries – I am ok. Cuma mahu berkongsi.

My mind works very slow bila masuk bab akademik – buktinya, result2 exam saya dr sekolah menengah sampai Masters tak memberangsangkan langsung. Tu sebab saya decide nak sambung belajar – untuk cuba improve lompang-lombang dalam previous studies. Kalau saya amik Jpop studies mungkin saya mampu jadi cemerlang, tapi masalahnya takde kan ditawarkan bidang itu. Satu-satunya anggota yang bergerak pantas dan cergas adalah mulut dan hanya mulut. Tapi sekarang, mulut pon sudah slow down sebab otak dah menghantar isyarat kepada mulut 'ko jangan cakap kalau tatau' dan otak saya lembab memproses perkataan bahasa Inggeris. So sekarang yang banyak berfungsi adalah kening dan dahi. Membuat kerutan-kerutan setiap kali berjumpa sv. Saya selalu rasa tak mampu catch up dengan idea bombastic mereka sampai saya cakap pada sv 'My mind works very slow. But I will try my best'. Nasib baik dia memahami dan tidak push2 sangat.

Dalam banyak-banyak budak PhD, sayalah yang paling laid back – sempat main facebook dan main mybrute sambil mengait scarf di asrama *saya takkan mengait di skul*. Di skul selalunya otak saya jam, maka saya membantu anak wijdan mewarna 'colouring book' dan kadangkala pergi ke lab untuk melihat apa yang mereka lakukan. Gayanya seperti wanita yang tiada hala tuju kan? Sedangkan orang lain hujung-hujung minggu pun pergi ke lab dan kalau weekdays itu kerja mereka asik print journals dan berjalan sangat laju – seperti ada amaran untuk evacuate building ketika gempa bumi. Pernah ada orang tanya saya 'are you a PhD student?'. Ada 2 sebab orang tanya – satu: mungkin sebab saya paling kemetot *beli pakaian dan kasut sentiasalah saiz untuk kanak-kanak, dan makcik di kedai pernah bgtau dia ingat saya doblas tahun. Sentappp* tapi saya rasa tu bukan alasan orang tanya begitu sebab kedutan di muka saya makin terzahir. So, soalan itu mungkin sebab yang kedua : depa tgk saya lebih relaks dari budak Masters yang buat coursework.

Oh no no no. Saya taklah relaks sangat sebenarnya sebab otak saya hanya didapati berfungsi pada kadar yang sangat optimum lepas pukul doblas malam waktu sini – pembayar-pembayar cukai, ini adalah statement sebagai justifikasi kenapa anda tak wajar hempuk saya hehehe. Saya pon tatau kenapa, tapi bila melabuhkan diri di atas katil baru otak saya tergedik-gedik berfungsi – kelam kabut membuka buku untuk mencatat apa yg difikir dan masa tu lah kalut bukak-bukak journal. Mungkin saya perlu berada dalam fasa relaks baru otak boleh berfungsi. Entah.

Tujuan saya tulis ini adalah untuk menzahirkan kadang-kadang saya down sebab orang lain progress sangat laju dan mereka sangat menggambarkan calon PhD selayaknya. Saya selalu rasa diri ini tidak ubah seperti anak angkat sv yang diletakkan di ofis untuk mengelakkan yuran mahal jika diletakkan di nursery. Saya tidak givap, jadi pembayar-pembayar cukai jangan risau. Cuma saya mahu mintak tolong satu perkara. Eh, dua. Ermm..tigalah. Boleh?

  1. Kalau boleh janganlah guna perkataan syok atau seronok untuk bertanya kepada saya tentang hidup saya di sini. Contoh 'uih, mesti seronokkan dok sana'/'syok dak dok sana'/'amacam?best?'. Sebab saya tatau nak jawab macamana sebagai respond dan saya jadi sayu *hehehe*. Saya tammo orang ingat saya berjoli katak di sini sedangkan saya sedang melalui benda yang saya tak pernah lalui, dan saya keseorangan dan kesepian. *agak over ayat di situ*
  2. Teruslah berkawan dengan saya walau selalu menjengkelkan dan menyusahkan anda semua, sebab anda semua banyak beri saya kekuatan zahir dan batin.hakhak. Cuma, tak perlu risaukan saya sangat. Saya bersyukur diambil berat *mcm salah je tatabahasa ayat ni*, tapi kadang2 jangan layan sangat status2 ym saya yang gila. Saya kena belajar jadi kuat sendiri tanpa perlu dimanjakan dengan dos yang berlebihan =D. Gossiping will refresh me *jeling cik penyarah dan cik bumblebee*
  3. Marilah bersama-sama memberi semangat dan mendoakan yang terbaik untuk satu sama lain. I lef you ols very mach. Kita kena bersemangat walau siapa jua kita dan apa jua yang kita lakukan.

Buat sahabat-sahabat yang mahu bergossip dan mahu meluahkan apa yang terbuku di hati seperti dahulu kala, do not hesitate to ym me *gituhla iklan kannnnns*. InsyaAllah saya masih ada masa *hikhik*. Diterjah pukul 4 pagi je saya takde masa *jeling orang itu dan sikit pon tak rasa bersalah larikan diri..haha*. Cuma mind you, tenet sini sungguhlah slow sebab charge dah masuk sekali sewa bilik – basically mcm free lah. Selalu msg2 saya appear lambat di windows anda dan mungkin anda merasakan saya sudah berubah menjadi wanita yang lembab pergerakan jarinya. Ok, I should stop writing sebab bilangan perkataannya dah nak menyaingi proposal untuk experimental design. Hahaha

Till then, bubbye! *sambil bagi flying kiss sekalik*

p.s: Tra, ni petanda aku dah start homesick kah? kekeke

Saturday, May 9, 2009

Kejutan dan rahsia

Hidup ini penuh dengan kejutan dah rahsia.

Kejutan seperti hari ini sangat mengujakan

Walau tido pukul 4 pagi, bersemangat bangun untuk pergi ke wool expo bersendirian.

  1. Berjumpa Ake dan Keichi dan seorang lagi yang tidak diingati namanya. Ake bersembang2 dengan saya dengan comel dan riang gembiranya dan Keichi melemparkan senyuman paling menawan. Namun, dek kerana saya dikelilingi oleh bebiri2 yang gemuk2 dan comel, keterujaan saya pada mereka agak hilang. Saya tidak bersembang sangat kerana sedang sibuk memerhati bebiri. Sungguhpon begitu, berjumpa dengan manusia2 comel ini adalah kejutan yang menggembirakan. Adakah ini petanda jodoh - sebab asik bertembung dengan mereka? Itu rahsia Allah *hikhik – gelak gatal*. Biarkan ia terus menjadi rahsia.
  2. Telah masuk ke kawasan penjualan barang2 kait dan telah membeli buku 'mari belajar mengait' dan satu bebola benang dan sepasang jarum mengait. Makcik di kanopi itu telah ajar saya macamana nak mengait dan saya telah diperhatikan orang keliling - terkedek2 menggerakkan jarum dan membelit benang di jari. Aneh, saya langsung tak malu. Kalau ada kelapangan saya akan mengait. *mode masih terkejut dengan diri sendiri*
  3. Malam tadi telah mula masak berjemaah. Saya masak spaghetti –ehem2, telah mendapat pujian positif dari Dharma dan 2 pakcik indo itew. Mereka telah ajar saya buat cucur sayur yang menyelerakan! Saya sangat terkejut dengan diri saya yang bersemangat memasak semalam. Agak kelam kabut tapi berakhir dengan kejayaan. Yess!

Ini adalah contoh kejutan-kejutan dah rahsia yang Allah simpan dari pengetahuan kita. Tugas kita – berusaha untuk memperbaiki diri dan menghargai setiap sesuatu yang berlaku di sekeliling kita. Allah menyimpan rahsia agar kita berusaha keras dan tidak berhenti berdoa agar kita diberikan jalan yang terbaik dalam hidup. Tu sebab haram kita jumpa penilik nasib -bukankah hidup lebih indah dengan kejutan dan rahsia Allah?

Itu kejutan dan rahsia Allah dalam hidup kita.

Rahsia manusia sedikit berbeza. Kita cenderung untuk berahsia kalau perkara yang dirahsiakan itu dirasakan akan menimbulkan mudarat, keaiban atau apa2 saya benda yang tak baik lah kepada orang lain. Tugas kita sebagai manusia pula adalah perlu menghormati orang yang mahu menyimpan rahsia itu dan memberi kepercayaan kepada penyimpan rahsia – pasti ada sebab dia berahsia. Dan penyimpan rahsia pulak, janganlah pulak mengkepochikan diri tak tentu hala memecahkan rahsia itu. Biar rahsia kekal menjadi rahsia demi kebaikan semua orang.

Tapi ada juga yang menghairankan saya di dunia yang fana ini - kita bersungguh-sungguh berahsia ingin menjaga keaiban seseorang, alih2 dia sendiri yang menggalakkan rahsia sendiri terbongkar. Akhirnya nanti siapa yang akan menderita?

Hidup memang penuh dengan kejutan kan? *terbayang senyuman Keichi sambil lap hidung darah*

Ps: sedikit gambar wool expo yang diambil menggunakan kamera handfon *kesat air mata* akan diupload mggu depan di uni. Server sana laju. =)

Friday, May 8, 2009

Gambar

Entry takbur ditunda. Hari ini kurang mood untuk bertakbur. You-know-who-you-are pasti tau what-i-mean. Hahaha. *gelak keji sebab menang*

Untuk cik pensyarah - ini gambar dengan tudung pemberianmu!hiks
Untuk Am - tak perlu dinyatakan niat kan penyiaran gambar kedua?

Ini gambar dengan Tiyapo - hari ini hari terakhir.


Ini gambar dengan Sanar - adik Manar berlatarbelakangkan mak dia.

Thursday, May 7, 2009

Mendebarkan!

Hari ini adalah hari pendarahan berterusan yang mendebarkan.

  1. Senggugut lagi di awal pagi dan memang decide tammo pegi skul. Kaki cramp – takut nanti tumbang tengah jalan. Tapi dek kerana dah janji pada Sara – technical officer dalam lab untuk refresh cara identify anak-anak cacing, maka gigihkan juga kaki melangkah sambil bercakap dalam hati 'tunggu ye anak2..ibu akan datang menemui kalian'. Tak masak. Pergi ke kedai kebab dan yang bertugas hari ini adalah adik arab yang saaaaaangat comel. Bersemangat memberi salam kepada saya dan memanggil saya sister…Mendebarkan! *kesat hidung darah*Haha. Mari tebar jala!!
  2. Debaran berterusan bila hidung mula darah – kali nih bukan main2. Dah darah betul. Entah kenapa. Sebab cuaca sejukkah? Dan saya pasrah aja. Since tak jumpa lagi geng nak pegi Japanese night malam nih, saya mula terfikir. Agaknya malam ni memang tak dapat pegi – sebab tu Allah bagi hidung darah sesiap. Malam nih taklah terkilan hidung tak darah..huhuhu.
  3. Mggu depan pegi farm hari isnin *kena bangun awal*, dan tadi sudah membeli boot untuk ke ladang. Sepanjang perjalanan membeli boot, Sara memberi penerangan ringkas aktiviti di farm nanti. Beratus ratus haiwan akan disampel. Mendebarkan…
  4. Sepanjang perlanan juga Sara explain cara isi minyak dalam kete jabatan. Oh gosh! Kalau nnti saya naik basikal ke sampling site takleh ke? Mendebarkanlah bawak kete jabatan. Kalau termasuk gaung mcmana..hukkks.
  5. Mamat Iran yang muka persis Peter Petrelli senyum pada saya setelah sekian lama bermuka sombong..Mendebarkan..hahaha..Ini point over – sila abaikan. Hidung tak darah ye, harap maklum.
  6. Students Indo ajak join depa organize Indo Culture Festival bulan August nnti. Pergh… Adakah ini boleh dikategorikan sebagai berpaling tadah terhadap negara tercinta? Berdebar pulak memikirkan akan join depa. Pasti sayu. Orang Malaysia, muncullah! Malaysia, aku cinta padamuuuuuuuuuuuuuuu.
  7. Akhirnya pergi Japanese night dengan Ifa dan Atik. Sebelum ni ajak Presiden Persatuan Indo untuk join *hamik, terus ajak presiden!* sebab tatau makcik dua orang tu nak pegi. Tapi mamat tu tammo. Lagi sejam lebih sebelum festival, Ifa bgtau dia nak pegi. Wah, terus tergedik2 menapak ke tempat itu. Sangat mendebarkan bila nampak adik ikan jepun jaga pintu.haha. *lap hidung darah*. Baru nak tegur adik penjaga pintu Ifa ajak blah sebab lambat lagi mula acara. Cis!
  8. Otw pegi Japanese night, teman ifa singgah library – dia jumpa AKE! Hakhakhak. *darah hidung*. Dan dia masih ingat saya! Yay! Yay! Ake sangat comel mencarik2 tiket flight nak balik bercuti ke Bangkok. Rasa mau je cakap – bawalah diriku..err, tapi dia tak paham kan? nampaknya kena mula belajar bahasa Siam. Ada sesapa reti?
  9. Ifa rupanya nak pegi audition soap opera *kelles kan?*, so dia dan Atik pergi library kejap untuk prektis lines dan cari lirik lagu kat tenet. Saya lepak kat dalam bangunan sebab kaki cramp. Since bosan takleh masuk-masuk lagi, telah melepak2 sambil bersembang dengan sorang makcik omputih. Dia minat Japanese culture dan bersemangat nak pegi jepun bulan oktober. Makcik tu sangat ramah. Saya yakin kalau dia muda sikit, pasti mudah menghasut dia minat jpop dan kumpulan2 jepun yang jambu2. Bila masuk dalam tempat persembahan, makcik tu ajak dok sebelah dia – sambung lagi sembang sampai mula program. We had so much fun nyanyi sesama dan main teka2 jawapan kuiz – masa awal acara depa bagi kuiz dan sapa tau jawapan kena angkat tangan. Bila dah tengah break sebelum acara lain mula, makcik tu tetiba ajak datang umah *ulps*. Dia siap bagi alamat umah dan num tepon dan dia cakap nnti dia dan husband akan fetch kat asrama, mebi mggu depan. Mendebarkan okeh. Nanti dia akan confirmkan kemudian. Mungkin ajak dharma – in case depa adalah sindiket nak jual pompuan. Alang2 kena jual, baik kena jual sesama.
  10. Ifa kenalkan Keichi – jejaka jepun yang kacak. *hidung darah*. Sempat bersembang2 dengan dia. Suatu hari nanti mungkin akan bertanya pasal Yamapi – kalau dia penah dengar nama Yamapi..keke.
  11. Salah sorang yang buat persembahan bermuka seperti Max Changmin DBSK. Mamat tuh dari Chubu Univ..Sungguh menggetarkan jiwa okeh! *sumbat hidung dengan tisu*.

Hari ini penuh dengan pendarahan dan debaran. Masih berterusan sehingga ke saat ini. Oh, saya perlu rehat!

Mentally saya tak ok – pikir banyak benda.

Physically saya tak ok – drained.

Tapi jiwaku…..seperti gadis remaja yang baru berusia 15 tahun..kekekeke

Wednesday, May 6, 2009

Kisah

Himpunan kisah-kisah teladan

  1. Dah pegi melihat2 kawasan kajian. Menarik! Dan sudah mula rasa cuak tapi disulami kebahagiaan bila membayangkan bebiri akan berkejaran di kawasan itu. Beberapa jam brainstorming dengan sv utama telah membuatkan saya sedikit nampak perjalanan projek *bayangkan, sendiri yg tulis proposal, sendiri tak paham, boleh?* tapi mungkin saya banyak buat muka konpius sebab asik2 sv cakap 'let me know if you are not following me'.

    Dan saya nampaknya kena start dah small experiments dalam lab time winter nih. Kena pulunlah nampaknya, sebab literature review tak berjalan-jalan lagik nih. Semangat! Semangat! Hukkkks.

    So saya akan allocate pukul 8pg – pukul 3ptg waktu Malaysia untuk pulun buat kerja. So, hope segala ym2, kita buat lepas waktu tu. Pengecualian untuk gossip sensasi atau proof-hearing lagu *adakah istilah ini* atau kecemasan. *gelakkan diri sendiri dengan azam ini*

  2. Sv rupanya pandai mengenakan org. Sentap! Wah, semua orang adalah menyentapkan!

    'So, after this we will go to my office and discuss about the design u've work out on'

    'Ok. Err,is it ok if I go back to my room first and print out the draft? Then I will go to your office'

    'No dijah, it is not ok' *sambil geleng2 kepala*

    'Erk..ok. I will go straight to ur office then' *suara perlahan*

    'Haha, of course its ok! Print out and then come to my room'

    'Erk….*apekah*

  3. Minggu depan ikut orang lab pegi farm. Berdebar tapi gedik juga mahu pergi. Semoga takde kejadian yg tak diingini berlaku.
  4. Wanita itu tidak dapat ikut ke Japanese night esok – confirm ada teleconferencing. Dia dalam mood cuak tahap gaban dan dalam fasa separa meroyan. So, hari ini kurang kacau dia – hope she will do fine tomorrow. Telah hasut wanita Cambodia – tapi misi GAGAL. Orang ajak dia join – dia tersasar berfantasi mcmana nak buat Cambodian night, padahal depa ada 6 orang je..hiks. Sentap! Tapi betterlah dr saya berangan nak buat Malaysian night. Ada 3 orang je kan? Main lat tali lat tamplom je lah sebagai persembahan. Aci?
  5. Usaha untuk mintak duit tambahan sship dr uni utk gagal – sebab kalau campur gaji *sukahati je campur gaji kan?* depa kata saya dapat duit banyak. Takla frust sangat sebenarnya sebab tak hantar pon surat tu lagi, baru tanya kat sv. Tapi bagus jugak bila buat ginih, sv ada cakap2 pasal tutoring and marking. So, dia sedikit alert yang saya nih takla kaya raya kan, sampai buat surat nak mintaksedekah bantuan. So, hope kalau ada peluang dia akan bgtau. Memula nih memang seram je kot pasal finance, hope later akan ok. Ps: pesanan kalau Cu membaca blog ini, sila rajin-rajin simpan duit, kalau2 anak saudaramu ini suatu hari nnti tetiba memerlukan duitmu..kekeke. Bukankah CD2mu CDku jua, maka seharusnya duitmu adalah duitku juga?kekeke*kidding – jangan repot kat opah*.
  6. Semalam kelas statistik. Belum sempat nganga kelas dah habis – ½ jam je. Kelas habis cepat sebab ramai tak datang. Taklah teruk sangat sebab dulu berkawan dgn org2 usm yg terer statistik. So, at least penah dengarla benda2 yg depa sebut.Walaupun tak paham apa yg depa sebut, tapi pernah dengar. So, kompidenlah sikit. Er, takpe kan kompiden walau tatau hapa?
  7. Pagi tadi bangun lambat sebab senggugut – so tak masak *alasan*. So, hanya makan nasik dan telur rebus dan tomato untuk lunch.

    'Lunch?' tanya mamat indo yang selalu saing naik bas sama.

    'Dah. Masak' *nada berlagak sambil buat muka keji sikit*

    'Wah, masak! *nada sedikit mengeji*

    Masak apa?'

    'Telur rebus' *nada dah kurang berlagak'

    'Hahaha..itu bukan masak namanya!'

    *Buat muka malas layan*

    'Kapan kita mau masak sama2?'

    'Orang Malaysia tak cakap kapan, teringat orang meninggal' *mode balas dendam sebab kena gelak*

    'Tak bollehlah cakap begitu dengan diyer. Jangan guna kapan, guna biller' *sampuk sorang lagi laki dengan muka keji dan nada yang over*

    'Ahhhh! Ada-ada aja! Biller nak masak sesamer?'

    series okeh bunyik sangat pelik. saya terus gelak sebab depa suka over2 ajuk saya cakap melayu. Tapi ok lah jugakkan, dapat gak cakap melayu. Bila gian nak cakap melayu, akan singgah bilik depa kat opis.

    So kalau ikut perbincangan sambil pengejian tadi, hujung mggu nnti nak masak berjemaah kat main kitchen kat satu building lain – konon nak masak banyak. Kitchen tu besar ya amat, tapi jauh dari bilik saya. Tengoklah apa jadi. Kalau depa buat-buat lupa, siap!

Kisah

Himpunan kisah-kisah teladan

  1. Dah pegi melihat2 kawasan kajian. Menarik! Dan sudah mula rasa cuak tapi disulami kebahagiaan bila membayangkan bebiri akan berkejaran di kawasan itu. Beberapa jam brainstorming dengan sv utama telah membuatkan saya sedikit nampak perjalanan projek *bayangkan, sendiri yg tulis proposal, sendiri tak paham, boleh?* tapi mungkin saya banyak buat muka konpius sebab asik2 sv cakap 'let me know if you are not following me'.

    Dan saya nampaknya kena start dah small experiments dalam lab time winter nih. Kena pulunlah nampaknya, sebab literature review tak berjalan-jalan lagik nih. Semangat! Semangat! Hukkkks.

    So saya akan allocate pukul 8pg – pukul 3ptg waktu Malaysia untuk pulun buat kerja. So, hope segala ym2, kita buat lepas waktu tu. Pengecualian untuk gossip sensasi atau proof-hearing lagu *adakah istilah ini* atau kecemasan. *gelakkan diri sendiri dengan azam ini*

  2. Sv rupanya pandai mengenakan org. Sentap! Wah, semua orang adalah menyentapkan!

    'So, after this we will go to my office and discuss about the design u've work out on'

    'Ok. Err,is it ok if I go back to my room first and print out the draft? Then I will go to your office'

    'No dijah, it is not ok' *sambil geleng2 kepala*

    'Erk..ok. I will go straight to ur office then' *suara perlahan*

    'Haha, of course its ok! Print out and then come to my room'

    'Erk….*apekah*

  3. Minggu depan ikut orang lab pegi farm. Berdebar tapi gedik juga mahu pergi. Semoga takde kejadian yg tak diingini berlaku.
  4. Wanita itu tidak dapat ikut ke Japanese night esok – confirm ada teleconferencing. Dia dalam mood cuak tahap gaban dan dalam fasa separa meroyan. So, hari ini kurang kacau dia – hope she will do fine tomorrow. Telah hasut wanita Cambodia – tapi misi GAGAL. Orang ajak dia join – dia tersasar berfantasi mcmana nak buat Cambodian night, padahal depa ada 6 orang je..hiks. Sentap! Tapi betterlah dr saya berangan nak buat Malaysian night. Ada 3 orang je kan? Main lat tali lat tamplom je lah sebagai persembahan. Aci?
  5. Usaha untuk mintak duit tambahan sship dr uni utk gagal – sebab kalau campur gaji *sukahati je campur gaji kan?* depa kata saya dapat duit banyak. Takla frust sangat sebenarnya sebab tak hantar pon surat tu lagi, baru tanya kat sv. Tapi bagus jugak bila buat ginih, sv ada cakap2 pasal tutoring and marking. So, dia sedikit alert yang saya nih takla kaya raya kan, sampai buat surat nak mintaksedekah bantuan. So, hope kalau ada peluang dia akan bgtau. Memula nih memang seram je kot pasal finance, hope later akan ok. Ps: pesanan kalau Cu membaca blog ini, sila rajin-rajin simpan duit, kalau2 anak saudaramu ini suatu hari nnti tetiba memerlukan duitmu..kekeke. Bukankah CD2mu CDku jua, maka seharusnya duitmu adalah duitku juga?kekeke*kidding – jangan repot kat opah*.
  6. Semalam kelas statistik. Belum sempat nganga kelas dah habis – ½ jam je. Kelas habis cepat sebab ramai tak datang. Taklah teruk sangat sebab dulu berkawan dgn org2 usm yg terer statistik. So, at least penah dengarla benda2 yg depa sebut.Walaupun tak paham apa yg depa sebut, tapi pernah dengar. So, kompidenlah sikit. Er, takpe kan kompiden walau tatau hapa?
  7. Pagi tadi bangun lambat sebab senggugut – so tak masak *alasan*. So, hanya makan nasik dan telur rebus dan tomato untuk lunch.

    'Lunch?' tanya mamat indo yang selalu saing naik bas sama.

    'Dah. Masak' *nada berlagak sambil buat muka keji sikit*

    'Wah, masak! *nada sedikit mengeji*

    Masak apa?'

    'Telur rebus' *nada dah kurang berlagak'

    'Hahaha..itu bukan masak namanya!'

    *Buat muka malas layan*

    'Kapan kita mau masak sama2?'

    'Orang Malaysia tak cakap kapan, teringat orang meninggal' *mode balas dendam sebab kena gelak*

    'Tak bollehlah cakap begitu dengan diyer. Jangan guna kapan, guna biller' *sampuk sorang lagi laki dengan muka keji dan nada yang over*

    'Ahhhh! Ada-ada aja! Biller nak masak sesamer?'

    series okeh bunyik sangat pelik. saya terus gelak sebab depa suka over2 ajuk saya cakap melayu. Tapi ok lah jugakkan, dapat gak cakap melayu. Bila gian nak cakap melayu, akan singgah bilik depa kat opis.

    So kalau ikut perbincangan sambil pengejian tadi, hujung mggu nnti nak masak berjemaah kat main kitchen kat satu building lain – konon nak masak banyak. Kitchen tu besar ya amat, tapi jauh dari bilik saya. Tengoklah apa jadi. Kalau depa buat-buat lupa, siap!

Monday, May 4, 2009

Menjelang 12 Mei

1. Drama ada di mana-mana saja. Kali nih, ada hamba Allah telah mencetuskan drama sensasi sampai ke peringkat jabatan, dan tempiasnya terkena pada saya. Since yang cetuskan isu itu adalah Muslim, orang opis ingat sayalah orangnya. Sib baik dharma cepat2 beking
‘no, its not her, she is my friend. I love her’.
Motif cakap lef2 segala depan orang opis?kekeke.. Hadehla. Dan hari ni adalah kemuncak – nasib baik semua sudah selesai di pihak kitorg. Semoga orang yang terlibat dalam masalah ini dapat selesaikan masalah dengan baik, amin.
Bila dharma citer dia cakap pasal lef2 segala tu depan orang opis saya jawab kat dia.
‘Thanks dharma, I love u too. We love each other but we are not lesbians.’ *sambil melemparkan senyuman keji paling menawan*.
ps: dalam proses memalaysiakan mokcik nih secara tak sengaja. Selalu sangat terguna '~lah 'dan 'kan?'. Tadi cakap 'padan muka' kat dia..kekeke. Tolong promot univ saya kat orang2 malaysia especially lelaki yang single dan hensem yang sanggup duduk pedalaman. help!!!!! saya mahu cakap melayu..hukkkks.

2. Kelas statistik 4 Mei – esok kelas pertama bagi saya. Mampus tatau apa. Notes dia tak bagi. Kelas nih khas untuk tanya apa yang tak paham – dia akan ajar. Kalau takde benda langsung yang paham nak suh dia ajar apa ye? Soalan satu habuk pon tatau. Hope bebudak lain cerdas sikit otak dapat tanya soalan yang senang2. Kang soalan pon tak paham, ada yang kejang jugak dalam kelas nanti!

3. Japanese night 7 Mei - Dharma cakap mebi dia tak jadi pegi Japanese night. Dia ada teleconferencing ke hapa tah sampai malam – sv akan hantar dia balik. Dia suruh pergi sorang. Hidung berhenti berdarah. Dunia berhenti berputar. Kelam. Makin kelam. Tapi dia cakap benda nih tak confirm. Dia suh rajin doa supaya teleconferencing tak jadi..Dunia terang kembali. PAsti ada cahaya di hujung jalan. Pasti.

4. Hujung minggu – belum daftar kelas memandu dah nak kensel kelas boleh gituh? Keke. Sabtu nih ada wool expo. Ada demo cukur bulu bebiri seme. So, musti kena pegi. Hope leh bangun awal.

5. Kemuncak – 12 Mei 10 pagi ada perjumpaan ngan sv2 yang gagah perkasa. I hope semua akan ok. Gant chart je siap - tu pon semangat sebab nak plan balik kampung.keke. Tetiba experimental design jadi stuck – otak membeku selari dengan suhu yang menjadi sejuk. Tambah pulak bila dah pilih method tetiba pulak tadi baru terjumpa paper yang mempertikaikan method yg sedia ada..Kena baca baliklah jawabnya! Literature review pon dah stop.
Tataula ini ada kena mengena ke tak dengan kejayaan menghapal nama bebudak suju – so, dah takde saingan untuk akademik. Sentap kan? Kena cari boyband baru untuk dihapal nama atau selaku presiden fanclub kena plan strategi pemasaran untuk artis yang semakin glemer itu baru rasa semangat nak pulun untuk PhD.
Haish, sindrom apekah ini? Saya kena sibukkan diri dengan banyak benda baru keje leh jalan. Kalau hadap satu keje ginih, lembab betul buat keje!!
Sebenarnya takde apa pon kan. Compared to Syaralicious kat UK nun,dia kena present progress setiap minggu. Hadehla. Sebulan sekali pon rasa pening2 ayam nih.
Good luck ye puan syara.

Semoga perkara yang dijadualkan pada 12 Mei selamat semuanya. Amin.