Sunday, May 3, 2009

Improvement

Bila kita rasa kita tak sempurna, kita kena cuba untuk baiki diri. kan? kan?

Masak
sudah boleh masak benda-benda yg tak menimbulkan unsur2 keracunan pada diri sendiri atau pada orang lain. Alhamdulillah. tapi malam td rebus telur tak jadi..hukkks. Terima kasih atas kejian dan teguran semua, saya cuba untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Research
sudah lebih memahami perjalanan projek, dan lebih bersemangat sebab akan balik ke Malaysia beberapa bulan untuk buat satu kajian – mcm hampir jadi nyata sebab setiap kali jumpa sv dia bangkitkan isu ini. *yes, yes, yes! – sila doakan..saya sudah beberapa kali hampir kebuluran*. Lagi 9 hari saya akan bermeeting semula dengan sv2. Semoga kali nih ada improvement – tak nampak bodoh dan lembab sangat. Amin.

Sosial
sudah bertambah baik walaupun saya banyak mengurung diri dalam bilik. Saya bersosial banyak kat skul. Saya banyak spend masa dengan dharma – ini sudah menjamin networking saya meluas sbb dia dulu buat masters kat sini. Hari jumaat lepas kitorg seminar jauh gila dari skul – kena naik bas/jalan kaki. Tapi makcik nih dengan selambernya telah mintak tumpang kereta faculty punya Research Director. Sentapppp! So, research director sudah kenal kitorg – ‘senang nak mintak scholarship’ kata makcik tu. Sentap lagikkk!!! Kekekeke. Terima kasih atas kejian-kejian dharma, saya telah cuba untuk bersosial demi masa depan.

Benda yang tak berfaedah
sudah hapal nama seme bebudak SuJu. Leeteuk, Shindong, Siwon, Donghae, Yesung, Sungmin, Heechul, Reowook, Kyuhyun, Hangeng, Kibum, Kangin, Eunhyuk. Yay! Hanya perlu spend masa 15 minit setiap hari dan recall nama bila muka depa muncul di dalam video klip.kekeke. Ini adalah latihan untuk otak..
Ada lagi kumpulan yang nak direkemen? *jeling kat fadhilah*

------------


Change – Monkey Majik

7 comments:

  1. acuuuuu..ayg kipas susah mati sujuuuuuuuuuu :)

    ReplyDelete
  2. ayg cop donghae, eechul, kangin, yesung, ah semualah. ayg mau kumpul duit ke korea :) mana tahu jodoh dgn org korea. hehehe. aminnn

    ReplyDelete
  3. Ye ke ayang? hikhik...Senyuman dan kegedikan leeteuk boleh bikin acu pengsan, kesedapan sore kyuhyun boleh bikin acu kejang dan ketereran donghae menari boleh bikin acu eksaited!
    heechul makin hensem sebab sekarang rambut pendek.dulu mcm pompuan.errr, nama panggilannya cinderella kan?kekeke
    sungmin hensem juga, tambah lagi kalau buat muka berlagak..kekeke
    yang lain acu cuci mata saje..kekeke

    ReplyDelete
  4. cuba tampal sket gambo dharma. (tetiba teringat kuiz FB yg kembar seiras yg kamu buat harituh). manatahu selain genetic mulut berpopcorn yg sama ciri2 resemblance lain buleh diperolehi.

    huhuhu.

    ReplyDelete
  5. ha ah, nak la jugak kenal dharma tu. dia tahu tak kak dijah slalu tulis pasal dia kt blog ni?

    heechul makin ensem ke?

    ReplyDelete
  6. missbumblebee - akan!keke
    fadhilah - dia tau. hihi. heechul makin comel dengan rambut pendek. series.

    ReplyDelete
  7. heechul padan x ngan ayg? double eyelid. hehehe. tp ayg suke kangin dlm we got married. sweet. cuma kadang2 childish. :)

    ReplyDelete