Hidup ini penuh dengan kejutan dah rahsia.
Kejutan seperti hari ini sangat mengujakan
Walau tido pukul 4 pagi, bersemangat bangun untuk pergi ke wool expo bersendirian.
- Berjumpa Ake dan Keichi dan seorang lagi yang tidak diingati namanya. Ake bersembang2 dengan saya dengan comel dan riang gembiranya dan Keichi melemparkan senyuman paling menawan. Namun, dek kerana saya dikelilingi oleh bebiri2 yang gemuk2 dan comel, keterujaan saya pada mereka agak hilang. Saya tidak bersembang sangat kerana sedang sibuk memerhati bebiri. Sungguhpon begitu, berjumpa dengan manusia2 comel ini adalah kejutan yang menggembirakan. Adakah ini petanda jodoh - sebab asik bertembung dengan mereka? Itu rahsia Allah *hikhik – gelak gatal*. Biarkan ia terus menjadi rahsia.
- Telah masuk ke kawasan penjualan barang2 kait dan telah membeli buku 'mari belajar mengait' dan satu bebola benang dan sepasang jarum mengait. Makcik di kanopi itu telah ajar saya macamana nak mengait dan saya telah diperhatikan orang keliling - terkedek2 menggerakkan jarum dan membelit benang di jari. Aneh, saya langsung tak malu. Kalau ada kelapangan saya akan mengait. *mode masih terkejut dengan diri sendiri*
- Malam tadi telah mula masak berjemaah. Saya masak spaghetti –ehem2, telah mendapat pujian positif dari Dharma dan 2 pakcik indo itew. Mereka telah ajar saya buat cucur sayur yang menyelerakan! Saya sangat terkejut dengan diri saya yang bersemangat memasak semalam. Agak kelam kabut tapi berakhir dengan kejayaan. Yess!
Ini adalah contoh kejutan-kejutan dah rahsia yang Allah simpan dari pengetahuan kita. Tugas kita – berusaha untuk memperbaiki diri dan menghargai setiap sesuatu yang berlaku di sekeliling kita. Allah menyimpan rahsia agar kita berusaha keras dan tidak berhenti berdoa agar kita diberikan jalan yang terbaik dalam hidup. Tu sebab haram kita jumpa penilik nasib -bukankah hidup lebih indah dengan kejutan dan rahsia Allah?
Itu kejutan dan rahsia Allah dalam hidup kita.
Rahsia manusia sedikit berbeza. Kita cenderung untuk berahsia kalau perkara yang dirahsiakan itu dirasakan akan menimbulkan mudarat, keaiban atau apa2 saya benda yang tak baik lah kepada orang lain. Tugas kita sebagai manusia pula adalah perlu menghormati orang yang mahu menyimpan rahsia itu dan memberi kepercayaan kepada penyimpan rahsia – pasti ada sebab dia berahsia. Dan penyimpan rahsia pulak, janganlah pulak mengkepochikan diri tak tentu hala memecahkan rahsia itu. Biar rahsia kekal menjadi rahsia demi kebaikan semua orang.
Tapi ada juga yang menghairankan saya di dunia yang fana ini - kita bersungguh-sungguh berahsia ingin menjaga keaiban seseorang, alih2 dia sendiri yang menggalakkan rahsia sendiri terbongkar. Akhirnya nanti siapa yang akan menderita?
Hidup memang penuh dengan kejutan kan? *terbayang senyuman Keichi sambil lap hidung darah*
Ps: sedikit gambar wool expo yang diambil menggunakan kamera handfon *kesat air mata* akan diupload mggu depan di uni. Server sana laju. =)
ayangkah org itu?
ReplyDeleteayang,sila jangan pikir banyak2 ye..keke
ReplyDelete"Aneh, saya langsung tak malu"
ReplyDeleteEr... tak rasa aneh pun. Saya rasa Abang Tra boleh tolong sokong:D
Haha
aiyooohh..sgt bersemangat lady di kita..semoga berbahagia hendaknya disana
ReplyDeleteaiseyhh...ntah baper kali idung dia bdarah dlm bulan neh! :p
ReplyDelete