Saturday, May 30, 2009

Hari Raya

Over kan tajuk. Sebenarnya tajuk entry ni sebagai peringatan kepada kaum wanita sekalian untuk megqadha puasa yang tertinggal. Kita akan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan pada penghujung Ogos nanti insyaAllah.

Sebelum nih bila cakap pasal raya takla sayu sayan.. Mungkin sebab belum masuk bulan puasa, jadi tak rasa sangat. Ntah tetiba je jadi sayu semenjak dua menjak nih. Kesebakan mula terasa bila malas nak select lagu dan play semua lagu yang ada dalam playlist – tetiba keluar lagu raya. Lepas tu keluar pulak lagu Jauh – Mirwana. Bergetar jiwa! Sib baik takde dalam list lagu2 yang bertakbir raya – mau nangis guling-guling.

Sara suggest ambik gambo dengan bebiri kemudian send ke salam perantauan. Tapi saya sendiri tatau nak send ke tak *jeling Am*. Rasa macam malas. Malas sebab takde geng menggedik.

Untuk mempositifkan diri, saya cuba pikir benda yang best2 pasal raya kat sini, sebab kalau nak pikir negatif sure berkoyan2 fakta kenapa raya kat sini tak best..haha

  1. Tahun ni bulan puasa adalah winter. Maka, siang adalah pendek. muahaha.
  2. Dengarnya tetiap malam akan disediakan makanan kat masjid – moreh. Tapi yang tu saya kena confirmkan balik. Kalau betul, boleh berkenalan dengan muslim2 yang lain dan jimat duit *hiks*.
  3. Saya boleh pakai baju raya dan saya akan jadi glemer unik kat bangunan postgrad sebab sorang je malaysian – boleh memperkenalkan baju kurung songket tiruan. Kena pakai cantik-cantik pastu lalu lalang banyak kali depan bilik Peter Petrelli.
  4. Pasti diingati dan dirindui keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Entah2 banyak dapat kad raya tahun ni *jeling semua pembaca*. Saya mohon setiap kiriman kad disertakan pemberian wang ikhlas sebagai duit raya..Sian nih, mangsa kebuluran kan..

Oh, teruknya. Empat je kebaikan. Saya boleh pikir 10 kebestan raya kat Malaysia sambil menulis point di atas.

Whatever it is memang confirm takkan balik raya tahun ini. Baju raya anda kaler apa? Baju saya kaler cokelat! =)

Selamat qadha puasa kepada wanita2, juga lelaki yang tinggal puasa. Hiks.

3 comments:

  1. Make sure pakai baju raya sambil bergambar dengan bebiri. barulah nampak kegersangan nak beraya tapi hanya mampu beraya dengan bebiri sahaja:)

    Oit, perlu ke sedih dengar lagu raya waktu tak musim raya. Over keh.

    ReplyDelete
  2. haiyoh...over tau pakai baju kurung songket tiruan dengan tudung bawal segala pastu bergambar dgn bebiri..haha.takpe, nak ajak peter bergambar - baru kegersangan yg nyata.

    ahhh, sekarang dok forward tetiap kali lagu raya keluar..ala, i'm lonelylah..tu yang sayu sayan tak tentu hala...keke

    ReplyDelete
  3. puasa 2tahun lepas saya berhempas pulas nak siapkan dissertation. sengaja tak pasang lagu raya time tu sbb taknak sedih~

    ReplyDelete