Sunday, May 17, 2009

Terlebih yakin

Hari ini, entah kenapa saya sungguh yakin memasak. Memula tidak yakin, tapi setelah mendapat kepastian dr cik student uni apex, saya yakin. Sangat yakin. Berbondong-bondong ke common room dan memasak sambal tumis ikan bilis. Guna paste dr indon sebab tak jumpa cili kering dan takde blender.Tak pernah guna paste tapi yakin. Sangat yakin.

Tumis paste,masukkan bawang besar, masukkan bawang putih, masukkan air, garam, gula, ikan bilis. Perfect!

Bau yang menyelerakan bagi saya, tapi menyesakkan wanita-wanita bangsa asing di common room. Semua terbatuk-batuk dan terbersin – saya jenuh mintak maaf. Dharma teruja, dia ambil sikit masakan saya yang kelihatan menyelerakan itu tanpa dipelawa..hihihi.

Tetiba saya mendapat panggilan interkom dari dharma. Dia hampir pengsan makan sambal tumis – pedas tahap naga! Bergelen2 air dia minum, katanya. Saya terkocoh2 ke biliknya – rasa bersalah menyelinap ke seluruh tubuh. Sweet dan candies bergelimpangan atas meja bilik. Dan air jus sudah habis satu botol. Katanya bibir terbakar dan takut ulser. OMG. Dia makan dengan bersemangat sambal tumis dengan nasi kerana kelaparan. Terbayang bakal anak saya yang lapar dan keracunan kerana makan makanan ibunya.Hukhuk.

'I pity your husband!' dia jerit2 sambil ketawa dan pegang perut.

Kami terkekeh-kekeh gelak, tapi jauh di sudut hati saya, saya amat bersimpati. Oh, memang sangat pedas. Mulut saya juga rasa terbakar bila makan cicah roti. Lunch hari isnin – bersedia untuk pecah perut.

Kawan-kawan, kita takleh terlebih yakin. Nanti beginilah padahnya. Tsk tsk tsk.*sambil pekup muka*

10 comments:

  1. acu..asam x masukkan?acu,kalo nk kurangkan rase pedas..sila tambahkan gula lagi so rase pedas tu bercampur dgn rase manis..lagi cantik kalo ade asam, tp jgn masam sgt.. sekian,nasihat dari orang yang tak pandai masak gak..hiks...

    ReplyDelete
  2. hahaha, angah, paste tu dah ada asam jawa. erm, mebi kurang gula kot..hmmm.hmmm.*sambil urut2 dagu*
    thanks angah!

    ReplyDelete
  3. cakap dengan membet tu sambil tersenyum dalam BM

    "ha, macam nilah pedasnya kalau mulut lazer nanti. aku cili2kan mulut kau".

    pstu dity, pedia maksud nya?

    "i 'm sorry". tu la maksud dia.

    hahahha

    ReplyDelete
  4. idea pali sangat best!
    tapi kak dijah kena bagi intonasi sayu la waktu cakap
    "ha, macam nilah pedasnya kalau mulut lazer nanti. aku cili2kan mulut kau".

    supaya sejajar dengan 'i'm sorry'

    btw, kalo boh tomato, dia bleh sedut kepedasan sikit (dan minyak). tapi bukan untuk sambal ikan bilis la kan..

    kalo tak, boh jer air banyak sikit, bagi berkuah.

    dan lagi satu, kalau saya buat sambal apa-apa, saya biasanya bubuh gula. takpe, dia tak la bagi manis macam air milo. bagi lawan kepedasan jer.

    ReplyDelete
  5. Rain - meh sini meh. Pastu kompom MC seminggu..hahaha

    Pali - hahahah..boleh dipertimbangkan.

    Am - Hahahah, kena pektis baca statement tu dengan nada sayu ala2 mata berkaca2 kan?
    erm, gula akak tak cukup kot and I should bubuh air lagi. Yang nih kering..huhuh.Tomato tak penah buh ngan ikan bilis, tapi leh cuba.
    Haish, susahnya memasak.

    ReplyDelete
  6. banyak ke k dijah wat?

    dh takbleh mofified ke? ;P

    ReplyDelete
  7. Uh, tak reti modify - tapi akak makan time lunch tadi ok je. Mebi sebab gaul dengan nasik n taruk kicap n makan ngan telur rebus.

    Berselera je akak makan..kekeke

    ReplyDelete
  8. pergh,..deejah... telur rebus tu goreng, pastu masuk dlm sambal masyuuk,..!!! hehe tumpang lalu kat blog deejah sat:)

    nenek ku pesan, nak kurangkan pedas cili, masa tumis tu biar lama...:)
    selamat mencoba!

    ReplyDelete
  9. enul, sila tumpang..keke. Masak lama? Haish, ni pun dah melemaskan ramai orang...

    ReplyDelete