Saturday, May 23, 2009

Timbang dan rasa

Kalau duduk di asrama mahupun rumah sewa, sila bertimbang rasa. Maknanya, pertimbangkan apa yang orang lain rasa. Kalau basuh kain, sila cepat-cepat keluarkan kain supaya orang lain boleh guna juga. Kalau rasa malas sangat nak angkat, sila sediakan bekas untuk orang lain yang rajin tolong keluarkan dan letak dalam bekas. Taklah susah mana pun kan?

Begitu juga kalau guna dapur, silalah kemas malapetaka yang telah anda hasilkan. Kita semua takda maid mcm Alang a.k.a bisneswoman berjaya - asik kena interview je ngan wartawan.
Kalau kita timbang-timbangkan tindak tanduk kita dan kemudian pikir perasaan orang, pasti semua akan jadi ok.

Oh, sekarang dapur telah kami dominasi. Dua puak telah bergaduh dan mereka semua tidak melepak di common room lagi. Mata bersinar-sinar kerana boleh memasak dengan keyakinan yang tinggi sebab takde org ramai tengok.
Huks, kena turun balik kat tempat laundry. Tunggu tuan2 punya baju dalam TIGA mesin pengering amik baju depa. Kalau takmo kosongkan jugak pengering tuh, saya nak amik and buang baju2 tu tampal notis kat situ. Dahla musim hujan nih….*Sigh*

3 comments:

  1. ala... amik plastik shopping, boh jer baju diorang dalam tuh. Pastu boh tanda senyum sikit.

    ReplyDelete
  2. uh...banyak plastik shopping la kena guna camtuh..huhuhu

    ReplyDelete
  3. ehem ehem Alg nampak nama Alg dan statement itu macam kurang benar....(part maid dan asyik selalu tu... :P)

    see see cepat sentapz kan..kekek

    ReplyDelete