Friday, May 22, 2009

Mungkin kerana disayangi

Datang awal, encik bos kata nak jumpa pukul 9. Encik bos masuk lab dan macam terkejut nampak saya. Dia macam lupa dia yang suruh datang awalpagi. Otak saya makin slow sebab diperah setiap hari. Kering. Entah apa mimpi encik bos, minggu ini hari-hari mahu berbincang. Otak berdenyut-denyut. Tambah denyut bila dia suruh jumpa dia lagi tengahari ni. Lepas meeting langsung tak dan nak duduk dengan bertenang dan repair experimental design. Sentiasa kena pergi bincang sampai bebudak kat opis semua konpius. Mungkin encik bos nampak cahaya, tu sebab dia bersemangat. Tapi saya jadik sangap.

Di ofis, ada seorang muslim datang kepada saya menyatakan dia mahu cakap sesuatu tetapi segan. Katanya saya sekarang hidup dalam kemungkaran. Ok, that word really freaks me out. Saya sebenarnya sudah tangkap apa yang dia nak cakap, tapi saya diam. Mata je saya bulatkan. Dia kata dia akan forward email dalam bahasa Arab. Dia kata kalau tak paham dia akan translatekan. Dia kata lepas dapat email ni terpulanglah nak berubah ke tak, yang penting dia sudah terlepas dr tanggungjawab amar makruf nahi mungkar.
Saya agak, ini mesti soal pakaian.

Untuk menyedapkan hati, mungkin saya disayangi seluruh isi perut bumi. Sebab semua orang tak kisah pon pasal orang lain. Tapi semua orang sentiasa bersemangat highlightkan kesilapan kalau melibatkan saya.

Hari ini mode mandom, walaupun rasa semua berlaku kerana disayangi.

Saya tak emo..hikhikhik. Cuma mahu berkongsi rasa. =)

6 comments:

  1. acu, ye, mereka tegur kerana sayang (mode sedapkn hati) walaupun ayg kalo kena gtu sentap seminggu dua agaknya. acu kuatkan semangat. ambil yg positip2 saja ye. jgn sedey2.:)

    ReplyDelete
  2. Kita suka sentap tak tentu hala kan ayang?hehhe

    ReplyDelete
  3. berkenaan pakaian?

    adakah kau sekarang telah memakai hot pants dan tube jer? sejuk wei.ahaks

    ReplyDelete
  4. Adelah, mana leh bgtau aku pakai apa...kekeke
    Bape CD cetak rompak ko tengok hari nih?poslah sikit kat aku

    ReplyDelete
  5. mmm... nak tahu jugak apa agaknyer yg dia tegur tu...

    ReplyDelete
  6. I drop the case. Kena tegur pasal cara solat. Dia ternampak akak solat kot. Yang tegur ni syiah, so ada sedikit issue sbb depa rasa cara kita (sunni) solat tak betul, tak ikut cara rasulullah dan ikut cara org musyrikin. I cant elaborate much sebab akak sendiri nak refer ustaz.

    ReplyDelete