Sunday, May 10, 2009

Sebulan

Hampir sebulan. Hampir sebulan sudah Allah campakkan saya ke bumi asing. Tercampak jauh dari keluarga, teman-teman gossip, makanan Tok Jembal Food Court yang menyelerakan, adik-adik ikan yang mengisi kekosongan di hati *kehkehkeh* dan kehidupan yang selesa. Dunia semakin kelam, cahaya semakin malap dari hari ke hari, sehinggalah dipertemukan dengan Ake dan Keichi..hahahaha

Oh, please bear with me yang saaaangat rajin update blog – sapa yg rasa jengkel takyah baca tau entry-entry yang merapu meraban ini. Keadaan saya kini sama seperti orang2 yang baru berkahwin atau baru dapat kerja baru atau budak baru masuk darjah satu – menghitung hari tanpa sedar. Lebih tepat keadaan saya ala2 mangsa kebuluran yang kesepian yang menghitung hari untuk diselamatkan..hehehe. I tend to write a lot sebab tak mampu nak kol anda-anda di tanahair – agak cepat habis kredit. So, bila sunyi saya menulis.

Saya terfikir dan terhitung dan terkejut. Pejam celik, pejam celik dah sebulan rupanya. Tapi kadang-kadang bila sunyi rasa mcm dah lama dok sini. Bertambah rasa sayu bila orang tanya bila nak balik kampung..kekeke. No offence pada yang tanya tu eh *kenyit mata*, I know u ols miss me *mode perasan*..tapi tulah..*speechless*

Ini entry sedikit emosi, tp no worries – I am ok. Cuma mahu berkongsi.

My mind works very slow bila masuk bab akademik – buktinya, result2 exam saya dr sekolah menengah sampai Masters tak memberangsangkan langsung. Tu sebab saya decide nak sambung belajar – untuk cuba improve lompang-lombang dalam previous studies. Kalau saya amik Jpop studies mungkin saya mampu jadi cemerlang, tapi masalahnya takde kan ditawarkan bidang itu. Satu-satunya anggota yang bergerak pantas dan cergas adalah mulut dan hanya mulut. Tapi sekarang, mulut pon sudah slow down sebab otak dah menghantar isyarat kepada mulut 'ko jangan cakap kalau tatau' dan otak saya lembab memproses perkataan bahasa Inggeris. So sekarang yang banyak berfungsi adalah kening dan dahi. Membuat kerutan-kerutan setiap kali berjumpa sv. Saya selalu rasa tak mampu catch up dengan idea bombastic mereka sampai saya cakap pada sv 'My mind works very slow. But I will try my best'. Nasib baik dia memahami dan tidak push2 sangat.

Dalam banyak-banyak budak PhD, sayalah yang paling laid back – sempat main facebook dan main mybrute sambil mengait scarf di asrama *saya takkan mengait di skul*. Di skul selalunya otak saya jam, maka saya membantu anak wijdan mewarna 'colouring book' dan kadangkala pergi ke lab untuk melihat apa yang mereka lakukan. Gayanya seperti wanita yang tiada hala tuju kan? Sedangkan orang lain hujung-hujung minggu pun pergi ke lab dan kalau weekdays itu kerja mereka asik print journals dan berjalan sangat laju – seperti ada amaran untuk evacuate building ketika gempa bumi. Pernah ada orang tanya saya 'are you a PhD student?'. Ada 2 sebab orang tanya – satu: mungkin sebab saya paling kemetot *beli pakaian dan kasut sentiasalah saiz untuk kanak-kanak, dan makcik di kedai pernah bgtau dia ingat saya doblas tahun. Sentappp* tapi saya rasa tu bukan alasan orang tanya begitu sebab kedutan di muka saya makin terzahir. So, soalan itu mungkin sebab yang kedua : depa tgk saya lebih relaks dari budak Masters yang buat coursework.

Oh no no no. Saya taklah relaks sangat sebenarnya sebab otak saya hanya didapati berfungsi pada kadar yang sangat optimum lepas pukul doblas malam waktu sini – pembayar-pembayar cukai, ini adalah statement sebagai justifikasi kenapa anda tak wajar hempuk saya hehehe. Saya pon tatau kenapa, tapi bila melabuhkan diri di atas katil baru otak saya tergedik-gedik berfungsi – kelam kabut membuka buku untuk mencatat apa yg difikir dan masa tu lah kalut bukak-bukak journal. Mungkin saya perlu berada dalam fasa relaks baru otak boleh berfungsi. Entah.

Tujuan saya tulis ini adalah untuk menzahirkan kadang-kadang saya down sebab orang lain progress sangat laju dan mereka sangat menggambarkan calon PhD selayaknya. Saya selalu rasa diri ini tidak ubah seperti anak angkat sv yang diletakkan di ofis untuk mengelakkan yuran mahal jika diletakkan di nursery. Saya tidak givap, jadi pembayar-pembayar cukai jangan risau. Cuma saya mahu mintak tolong satu perkara. Eh, dua. Ermm..tigalah. Boleh?

  1. Kalau boleh janganlah guna perkataan syok atau seronok untuk bertanya kepada saya tentang hidup saya di sini. Contoh 'uih, mesti seronokkan dok sana'/'syok dak dok sana'/'amacam?best?'. Sebab saya tatau nak jawab macamana sebagai respond dan saya jadi sayu *hehehe*. Saya tammo orang ingat saya berjoli katak di sini sedangkan saya sedang melalui benda yang saya tak pernah lalui, dan saya keseorangan dan kesepian. *agak over ayat di situ*
  2. Teruslah berkawan dengan saya walau selalu menjengkelkan dan menyusahkan anda semua, sebab anda semua banyak beri saya kekuatan zahir dan batin.hakhak. Cuma, tak perlu risaukan saya sangat. Saya bersyukur diambil berat *mcm salah je tatabahasa ayat ni*, tapi kadang2 jangan layan sangat status2 ym saya yang gila. Saya kena belajar jadi kuat sendiri tanpa perlu dimanjakan dengan dos yang berlebihan =D. Gossiping will refresh me *jeling cik penyarah dan cik bumblebee*
  3. Marilah bersama-sama memberi semangat dan mendoakan yang terbaik untuk satu sama lain. I lef you ols very mach. Kita kena bersemangat walau siapa jua kita dan apa jua yang kita lakukan.

Buat sahabat-sahabat yang mahu bergossip dan mahu meluahkan apa yang terbuku di hati seperti dahulu kala, do not hesitate to ym me *gituhla iklan kannnnns*. InsyaAllah saya masih ada masa *hikhik*. Diterjah pukul 4 pagi je saya takde masa *jeling orang itu dan sikit pon tak rasa bersalah larikan diri..haha*. Cuma mind you, tenet sini sungguhlah slow sebab charge dah masuk sekali sewa bilik – basically mcm free lah. Selalu msg2 saya appear lambat di windows anda dan mungkin anda merasakan saya sudah berubah menjadi wanita yang lembab pergerakan jarinya. Ok, I should stop writing sebab bilangan perkataannya dah nak menyaingi proposal untuk experimental design. Hahaha

Till then, bubbye! *sambil bagi flying kiss sekalik*

p.s: Tra, ni petanda aku dah start homesick kah? kekeke

5 comments:

  1. acu, ayg slalu tanya mak ayg " mama, kwn kaklong khadijah yg pakar kambing biri2 tu die sorang je org malaysia kat uni die, mcm mana die leh harung ek? mesti sunyi kan?"

    mak ayg "dia kena harung jugak sbb dia nk survive. sebab tula org2 mcm dia kuat semangat"

    acu, moga perbualan ini boleh buat acu lebih bersemangat!
    chayok!!!

    p/s. maaf acu, ayg gelarkn acu pakar kambing biri2. hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha...klu hg doblas thn, aku kompom depa igt lapan thn!
    gud luck 2 u. nntkan dedtgan aku...(ye ye oo ja la kan...)

    ReplyDelete
  3. Gigih sgt i habiskn N3 u kali ni...
    pjg yg amat...
    ape2 pn u go gurl...
    hihihihihi...;p

    ReplyDelete
  4. kak dijah, kuatkan semangat k?

    kite tau keupayaan diri kite sendiri so stick with it until the end. jangan underestimate urself dengan your friends tu.. it takes tyme to adapt to sumthing kan? u have ur own ability yang orang2 lain tu takde...(i mean dari segi study dan experience yang u ada)..hehe..

    one more sis, please keep a balance diet everyday k? beli roti, garlic butter ker, fruits, choc. bar, strawberry or choc jem ker dalam ur fridge supaya senang nak grab kalau tak sempat rebus telur every mownink *hikhik*.. qila slalu risau bile baca entry akak pasal makanan yang akak makan kat sana.. please no hurt feelings ya? i care for u sista!

    take care, miss u damn much!

    ReplyDelete