I'm seriously thinking
- Untuk pindah ke rumah dekat2 dengan uni. So, boleh jalan kaki saje ke uni kalau ada masa- masa tertentu yang memerlukan saya tercongok di lab pukul 8.00 pagi – sebab bas pertama hanya akan muncul pukul 8.05. Tapi rasanya time winter ni nak dok asrama dulu sebab sewa dah sekali ngan letrik. Penggunaan heater yang agak dasyat dirasakan hanya berbaloi di asrama. Maklumlah, kalau dok umah sewa biasanya letrik kena bayar sendiri – mau pitam nanti. Dahla saya dan mokcik itu sesama penghidap thyroid yg mempunyai toleransi pada sejuk yang sangat lemah. Lagipon sekarang ni susah nak cari rumah sewa =(
- Untuk berusaha mencari jodoh *ulps*. I'm getting older and older. Kat sini the culture is different. Kalau berusia seperti saya ini dan kelihatan tak berminat pada lelaki akan dicop sebagai lesbo – sangat menyentapkan. Sib baik saya amik bilik sorang - tak share ngan sesapa. Confirm kalau share ngan pompuan akan dicop lesbo, kalau share ngan laki dianggap normal. Orang putih sini senang je – terus tanya pada kawan kita 'is she a lesbian?'. Sentap kan? Sib baik orang asia tak mcm tu - saya sayang orang asia! Semalam sorang lelaki bangla muslim *saya gelarkan sebagai Anney* yang berpangkat pakcik jika melihat kepada penampilannya *no idea umur dia bape sebenarnya* – telah bertanya pada saya tentang status diriku ini. Nampaknya Anney risau dan bertanya saya kisah ke tak kalau kawin dengan laki2 benua lain. Sentappp. Tetiba muncul suara sumbang dari dalam bilik mokcik itu meminta Anney mencarikan jodoh di masjid. Dahi anney berkerut2 – ala2 mengscan muka sensorang umat islam kat masjid yg dia kenal. Makin berkerut. Geleng kepala. 'As far as I'm concern, all are married' katanya.. Jenuh saya tahan gelak sebab depa sangat semangat. Sebenarnya ada yang single, tapi saya malas sebut. Nampak sangatla kan dok sibuk tau status orang. Tetiba anney tanya 'Is it ok for you to be a second wife?' sentappppppppppppppppppp. Saya terus cakap buat masa nih saya langsung tak consider benda tuh. Akan datang saya tak tahu. Oh, akan datang tu saya harap bermakna berbelas-belas tahun lagi. Duda takpe lagi, second wife – hopefully it will never be an option for me to decide on. Tahun depan kalau jadi balik untuk sampling saya juga akan gigih mensampel calon suami.kekeke
- Untuk consider adik ikan aussie. Betul, tak taste. Tapi kejadian semalam membuatkan saya mahu consider sebab sini tak ramai adik2 jepang mahupon korea. Cina ramai, tapi sedikit asobiyah..kikiki. Kisah semalam – menaiki bas balik asrama. Balik awal sebab mokcik tuh tammo stay lewat. Then sebab dia sakan bergayutan dalam tepon dengan sapa tah, saya duduk dekat budak lelaki indo - lukman – kawan atik. Bersembang2 sehinggalah muncul 2 org budak lelaki. Sorang jambu, sorg tak. Yang jambu tegur lukman, dan bersembang2. Lukman kenalkan kami. Rupanya mamat tuh pelajar bahasa indo. Mamat itu agak ramah tapi malu-malu *apekah?* Saya pulak dalam mode – mari melawat malaysia – tergedik2 pomot malaysia di mata mamat itew..keke. Bila kami dah sampai asrama, tah ape kena bas brek mengejut. Kami hampir terjatuh dan tetiba mamat itew cakap 'hati-hati' sambil senyum. Saya balas senyum dan tunjuk isyarat bagus – untuk bagi dia semangat cakap bahasa indo. Adik-adik ikan di Malaysia, akak tetap ingat korang. Tapi korang dah lupakan akak. Mungkin sudah tiba masanya akak carik pengganti..kekeke
Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
hohoho...
ReplyDeleteno 1!
ReplyDeletekepanasan lebih penting dari kedekatan
no 2!
ngoratlah mamat peter petrelli itu. muslim kan?
no 3!
konsep adik ikan nih mesti lain jantina ke? oh, kalau tak kena cop yang no2 tadi ek.
kat UK takde pun camtu. kena cop cop bagai.
1. Ye ke kepanasan lagi penting dr kedekatan? hukhuk.
ReplyDelete2. Erm,akan dipertimbangkan.kehkehkeh
3. Adik ikan WAJIB lain jantina ok! Erm, ntah pesal sini gituh. Tapi tak semua la gituh kan. Konpius gak depa nih, lagi dasat dari mulut noks!