Hari ini adalah hari pendarahan berterusan yang mendebarkan.
- Senggugut lagi di awal pagi dan memang decide tammo pegi skul. Kaki cramp – takut nanti tumbang tengah jalan. Tapi dek kerana dah janji pada Sara – technical officer dalam lab untuk refresh cara identify anak-anak cacing, maka gigihkan juga kaki melangkah sambil bercakap dalam hati 'tunggu ye anak2..ibu akan datang menemui kalian'. Tak masak. Pergi ke kedai kebab dan yang bertugas hari ini adalah adik arab yang saaaaaangat comel. Bersemangat memberi salam kepada saya dan memanggil saya sister…Mendebarkan! *kesat hidung darah*Haha. Mari tebar jala!!
- Debaran berterusan bila hidung mula darah – kali nih bukan main2. Dah darah betul. Entah kenapa. Sebab cuaca sejukkah? Dan saya pasrah aja. Since tak jumpa lagi geng nak pegi Japanese night malam nih, saya mula terfikir. Agaknya malam ni memang tak dapat pegi – sebab tu Allah bagi hidung darah sesiap. Malam nih taklah terkilan hidung tak darah..huhuhu.
- Mggu depan pegi farm hari isnin *kena bangun awal*, dan tadi sudah membeli boot untuk ke ladang. Sepanjang perjalanan membeli boot, Sara memberi penerangan ringkas aktiviti di farm nanti. Beratus ratus haiwan akan disampel. Mendebarkan…
- Sepanjang perlanan juga Sara explain cara isi minyak dalam kete jabatan. Oh gosh! Kalau nnti saya naik basikal ke sampling site takleh ke? Mendebarkanlah bawak kete jabatan. Kalau termasuk gaung mcmana..hukkks.
- Mamat Iran yang muka persis Peter Petrelli senyum pada saya setelah sekian lama bermuka sombong..Mendebarkan..hahaha..Ini point over – sila abaikan. Hidung tak darah ye, harap maklum.
- Students Indo ajak join depa organize Indo Culture Festival bulan August nnti. Pergh… Adakah ini boleh dikategorikan sebagai berpaling tadah terhadap negara tercinta? Berdebar pulak memikirkan akan join depa. Pasti sayu. Orang Malaysia, muncullah! Malaysia, aku cinta padamuuuuuuuuuuuuuuu.
- Akhirnya pergi Japanese night dengan Ifa dan Atik. Sebelum ni ajak Presiden Persatuan Indo untuk join *hamik, terus ajak presiden!* sebab tatau makcik dua orang tu nak pegi. Tapi mamat tu tammo. Lagi sejam lebih sebelum festival, Ifa bgtau dia nak pegi. Wah, terus tergedik2 menapak ke tempat itu. Sangat mendebarkan bila nampak adik ikan jepun jaga pintu.haha. *lap hidung darah*. Baru nak tegur adik penjaga pintu Ifa ajak blah sebab lambat lagi mula acara. Cis!
- Otw pegi Japanese night, teman ifa singgah library – dia jumpa AKE! Hakhakhak. *darah hidung*. Dan dia masih ingat saya! Yay! Yay! Ake sangat comel mencarik2 tiket flight nak balik bercuti ke Bangkok. Rasa mau je cakap – bawalah diriku..err, tapi dia tak paham kan? nampaknya kena mula belajar bahasa Siam. Ada sesapa reti?
- Ifa rupanya nak pegi audition soap opera *kelles kan?*, so dia dan Atik pergi library kejap untuk prektis lines dan cari lirik lagu kat tenet. Saya lepak kat dalam bangunan sebab kaki cramp. Since bosan takleh masuk-masuk lagi, telah melepak2 sambil bersembang dengan sorang makcik omputih. Dia minat Japanese culture dan bersemangat nak pegi jepun bulan oktober. Makcik tu sangat ramah. Saya yakin kalau dia muda sikit, pasti mudah menghasut dia minat jpop dan kumpulan2 jepun yang jambu2. Bila masuk dalam tempat persembahan, makcik tu ajak dok sebelah dia – sambung lagi sembang sampai mula program. We had so much fun nyanyi sesama dan main teka2 jawapan kuiz – masa awal acara depa bagi kuiz dan sapa tau jawapan kena angkat tangan. Bila dah tengah break sebelum acara lain mula, makcik tu tetiba ajak datang umah *ulps*. Dia siap bagi alamat umah dan num tepon dan dia cakap nnti dia dan husband akan fetch kat asrama, mebi mggu depan. Mendebarkan okeh. Nanti dia akan confirmkan kemudian. Mungkin ajak dharma – in case depa adalah sindiket nak jual pompuan. Alang2 kena jual, baik kena jual sesama.
- Ifa kenalkan Keichi – jejaka jepun yang kacak. *hidung darah*. Sempat bersembang2 dengan dia. Suatu hari nanti mungkin akan bertanya pasal Yamapi – kalau dia penah dengar nama Yamapi..keke.
- Salah sorang yang buat persembahan bermuka seperti Max Changmin DBSK. Mamat tuh dari Chubu Univ..Sungguh menggetarkan jiwa okeh! *sumbat hidung dengan tisu*.
Hari ini penuh dengan pendarahan dan debaran. Masih berterusan sehingga ke saat ini. Oh, saya perlu rehat!
Mentally saya tak ok – pikir banyak benda.
Physically saya tak ok – drained.
Tapi jiwaku…..seperti gadis remaja yang baru berusia 15 tahun..kekekeke
Alang2 kena jual, baik kena jual sesama.
ReplyDeletewah relalah dijual.hahaha
Diskrimansi kaum sangat.
ReplyDeleteMuka Peter Petrelli tak darah hidung pulak?
Haha
Jepun.
ReplyDelete*hidung berdarah*
[pendarahan kekal hingga kini]
Tra, aku cuba pikir positif nih..kekeke
ReplyDeleteAm, tak tastelah muka omputis..hikhik
Miss bumblebee pon idung darahkah?hikshiks
kalo x over ...bukan khadijah saad kan!!!
ReplyDeleteoverrrrrrrrrrrrrrr!!!!!