4 November - Charlie akan present kat conference. Saya dan Fi tak join sebab kitorg bukan scholar Sheep CRC. Gareth ngan Charlie je pegi. Tahun lepas Gareth menang untuk kategori presentation terbaik pelajar tahun pertama. Tahun ni kami jangkakan Charlie akan bolot kemenangan sebab poster dia cantik menarik dan memang da bomb! Encik bos pon dok yakin Charlie menang. Hmmmh..encik bos sangat yakin ngan kitorang, yang menyebabkan kadang-kadang ada extra pressure sebab tammo kecewakan dia. Mcm sebelum saya interview untuk confirmation..Punyalah gelabah ayam bila sedar yang tak prektis langsung presentation. Tapi alhamdulillah berkat restu dan keyakinan encik bos dan doa kalian2 dan peminat2 saya *haha*, saya semangat dan cuba sehabis baik mengontrol kegelabahan dan cuba untuk mengembanghidungkan encik bos.
Tidak keterlaluan saya katakan bahawa anak2 encik boslah yang paling glemer dalam kalangan student postgrad kat bangunan nih:
Fi yang sangat2 bijak sampai ramai lecturer offer dia kerja tolong research. Bayangkan, dia kerja sambilan untuk research sampai 10 jam seminggu!, di samping sentiasa bersedia untuk diminta jadik wakil sheep CRC untuk promote semangat cintakan bebiri dan kajian berkaitannya kat uni lain - walaupun dia bukan scholar *pengsan*
Gareth pulak glemer sebab dia sangat cool dan hebats. Bagi lecture dah macam lecturer. Cakap pon dah mcm lecturer. Series takleh catch up dengan apa yg dia pikir - tak terjangkau dek akalku. Masa charlie prektis present experimental design, dia membangkitkan isu2 yang saya langsung tak terpikir. 'Manusiakah ini? atau jelmaan makhluk asing?' pikir saya dalam hati..sebab encik2 bos pon tak terpikir soalan tu dan depa kata itu ada point yang sangat2 bagus.
Charlie pulak glemer sebab dia memang friendly dan bijak. Pengalaman di afrika selama beberapa bulan buat dia jadik sangat berdikari, berani, semangat dan hebat. Dalam tempoh dua bulan dia dah ada poster cantik meletup da bomb untuk menjelaskan apa hala tuju projek dia. Saya dulu dalam tempoh dua bulan masih lagi struggle rebus telur dan tatau apekebenda yang saya nak buat kat sini...heh.
Saya? Oh, sentiasa glemer dulu kini dan selamanya..Glemer sebab kepochi dan cakap laju dan shot tempered dan cranky ----> gelaran baru dapat tadi. Bila saya in good mood, encik bos kata saya adalah fun to be with. *hikhik* Bila saya in bad mood, kawan2 rapat akan gelakkan saya. Tapi orang yang tak rapat akan takut-takut tegur saya..huks.
So, I hope charlie buat yang terbaik dan enjoy herself there. Untung-untuk dia dapatlah jumpa mamat2 hensem yang single barang seorang dua. Boleh pas sini sorang...hahaha
Kesimpulan, anak2 murid encik bos adalah glemer..hikssssssssssssssss.
And yes, 4 November adalah bday pakwe ai yang baru Choi Seung Hyun *sila jangan kata choyyyyy kat ai okeh* a.k.a TOP Big Bang. Kalau betullah daya ingatan I 4 Nov bday dia. Kalau silap, halalkan je lah yek..hahaha
Maka......*sila jangan buat muka menyampah* saya bubuh video TOP yang saya suka. Lelaki-lelaki yang kecewa jangan nangis tau dengar lagu nih. Sayu u olsssssss!!
Terimalahhhhhhhhhhhhhhhhh, To act as if nothing is wrong *seka air mata, pengsan*
haih. kurang pahale pose nih. *pengsaaann* hepi besday T.O.P! ;D
ReplyDelete