Monday, November 9, 2009

*pengsan*

Hari ni adalah hari yang memenatkan dek kerana masih belum sehat. Kepala masih sakit - sampai rasa nak tumbang tengah jalan masa berjalan dari asrama *attention seeker*. Kalau ikut rasa hati, memang nak sambung tidur sampai tengahari, tapi dek kerana kena kerja demi bersuap-suap kebab sesuap nasi, saya cubalah juga kerja.
Alhamdulillah mesin dah dibaiki, menyebabkan saya buat kerja dengan pace yang laju. Saya kerja 4 jam hari ni - 2 jam sebelum lunch dan 2 jam selepas lunch, habis proses lebih kurang 48 sampel. Alhamdulillah. Mungkin perlu 8 jam lagi dan boleh selesai grind semua sampel tanah. Boleh melangkah ke proses seterusnya pulak.
'Grind apa?' tanya sorang budak laki.
'Tanah'
'Untuk recovery anak cacing you ke?' *ulps, sohih lah saya pernah cerita pasal research. Tapi apesal saya tatau nama dia?*
'Tak, ni untuk projek lecturer. Bukan research saya.'
'Heh? U dapat keje ngan lecturer?'
'Er, haah'
'I pon nak kerja! Tengah cari kerja nih!'

Adoi la. sakit kepala. The last thing yang saya nak buat adalah bergosipan dengan manusia yang tak diketahui namanya.

Berhenti lunch ngan charlie, bergossipan dengan wijdan dan kembali kerja.

Bila dah selesai kerja hari nih, bersemangat nak balik. Kena tahan dengan sorang mamat bangla yang rupanya persis zizan nin. Zizan nin yang comel versi bangla =D.

'Apa yang you grind?'
'Tanah'
'Boleh tengok?'
*suakan sampel*
'Berapa saiz filter?'
'Yang ni 2mm, yang ni 0.5mm'
'Berapa kedalaman dari permukaan?'
'Tu, ada kat label. Kedalaman lain-lain'
'I nak filter 2mm, tapi tammo jadi hancur mcm ni. I nak aggregate, tammo debu2'
'Takyah guna grinder lah, guna penapis'
'Memang tu lah yang I guna'
'Jadi?'
'Takde apa, tu je lah'

*pengsannnnnnnnnnnnnnnnnn*. Lagi sakit kepala I! Rasa nak benamkan kepala sendiri dalam tanah-tanah. Mcm ni lah agaknya perasaan orang-orang kalau I tanya benda pelik2. Atau lebih tepat bergaya mcm nak tanya soalan, tapi tak tanya apa-apa pun.

Dengan charlie, went to centro *shopping centre* dan beli rantai tangan silver untuk Sara, bday dia 13hb. Itupon jenuh hati-hati memilih sebab takut dia cekik kitorang sampai separa mati kalau bagi yang sangat keperempuanan - motif hati / kupu-kupu. So kitorang beli yang bermotif plain.

Semangat beli rantai tangan sampai lupa beli halia. Takde halia nak buat sup. So, malam nih buat kari ayam je. Lega sikit makan kari.

Malam ni akan stay up selagi mampu - tak siap lagi eksperimental design untuk next experiment. Esok miting pukul 10. Tadi masa balik dari bangunan greenhouse *tempat grind soil*, bertembung ngan encik bos. Urghhhhhhh!

Maka sudah kantoi yang saya gigih(?) bekerja part-time. Makaaaaaaaaaa, mesti dia strict esok. Sebab dia tammo study jadik benda kelas kedua..*pengsan*

Encik bos ketiga bagi email panjang berjelaaaaaaaaa. Masa memula dapat email dia, I mcm merajuk lah konon sebab dia mungkir janji mggu lepas pasal nak pi tengok padang ragut untuk eksperimen. Bila encik bos pertama balas email dia, baru lah I tersedar dari lamunan...keke. Ada carbon copy utk encik bos pertama email tuh rupanya. Lega dan tak serabut dah. At least encik bos pertama tahu whats going on.

Dah beli ubat untuk cold. Malam ni akan makan.
Freaking out for tomorrow.
Brain capasity will be lower than normal, which means will be really really low.

*pengsan*

ps: will not available for ym tonight. sorry. =(
pss: MV G-Dragon dah keluar untuk lagu A-Boy. Oklah, kreatif tapi I dont laike.I'm waiting for 2pm's MV. dup dap dup dap.

No comments:

Post a Comment