Salam pencinta konspirasi *sorry kak nur, cilok lagi*
Makan apa dinner tadi?
Masa lunch tadi beli makanan veggie, orang tu silap bagi. Dia bagi yang tak veggie.
Gila!
So, bila komplen dapat tukar, lepas tu dapat free lagi satu makanan veggie.
Sial betul, ni mesti saja nak pekena muslim ni.
Saya happy bila orang ambik berat. Saya happy bila orang tanya kabar. Saya happy bila orang nak bersembang dengan saya. Saya cuma kurang happy bila kita cenderung rasa setiap sesuatu yang berlaku adalah kerana niat jahat sesuatu golongan.
Kita suka teori konspirasi. Maka saya mahu berkongsi sesuatu - encik bos saya adalah seorang yang dibesarkan dalam environment yahudi yang kuat. Dia dihantar ke sekolah agama yahudi dan membesar menjadi seorang yahudi yang taat. Sehinggalah apabila dia menjadi semakin matang, dia isytiharkan dirinya sebagai atheis. Tapi dia masih berbual-bual dengan saya soal agama. Dia masih pandai berbahasa Hebrew, hinggakan dalam lab kami semua baca slaid dari kanan ke kiri kerana ikut sistem encik bos. Memandangkan tulisan Hebrew di baca dari kanan ke kiri, maka dia terbiasa membuat kerja dari kanan ke kiri dan minta kami semua baca slaid dengan sistem yang sama supaya mengelak kekeliruan.
Soalan saya, mungkinkah ada antara kita, yang bila saya mengadu tertekan dan ditekan oleh encik bos dalam lab, dan sekarang dedahkan encik bos adalah seorang yahudi suatu ketika dahulu, terfikir yang ini semua dakyah rejim zionis yang mahu umat islam lingkup dan tak berjaya dalam PhD?
Saya tak kata konspirasi tak wujud. Cuma, saya harap kita lebih cerdik dalam menghukum. Jangan semua benda kita nak kata dakyah yahudi. Jangan semua accident yang berlaku adalah kerana niat jahat sesuatu golongan. Ini, adalah kesan banyak sangat tengok drama. Sampaikan pokemon pon dikatakan konspirasi orang kafir untuk menyesatkan orang islam. Sampai sekarang saya menunggu bukti pokemon menghina islam.
Fangirls, mahu dengar teori konspirasi JYP?
Lepas Jay disentapkan dengan insiden hina korea di myspace, Samsung terus batalkan kontrak dengan Jay (dia sorang) bernilai jutaan ringgit sebab dia dah menunjukkan imej bencikan korea. Maka, JYPE dah kerugian jutaan ringgit. Jay was pressured until he leave 2pm and JYP didnt even bother to fight for him sebab dah kerugian berjuta sebab insiden Jay. JYP didnt stand for Jay dan mintak semua orang hormat keputusan Jay. Well, Jay wont come back soon and thats for sure sebab dia rasa bersalah berganda kerana mengecewakan semua orang. Sekarang 2pm takkan appear dalam mana-mana variety show. Nak tau sebab apa? Sebab JYP takut bebudak 2pm akan terekspresskan ketidakpuasan hati depa sebab obviously depa semua stand by Jays's side.JYPE memang kemaruk duit sebab dah takde duit. Sekarang ni sibuk buat tour untuk wonder girls kat US, siap buat ujibakat kat oversea untuk recruit artist baru. Mana datang duit tu? Dah perah bebudak 2pm separuh mati, kemudian ditch mcm tu je!
Ha, buruk kan teori konspirasi tanpa bukti? So, kalau anda menyampah baca entry ini, ingatlah..Sila jangan cepat buat teori sendiri.
Mari buat baju kurung macam ni untuk raya tahun depan
*pengsan*
hahahha
ReplyDelete*pengsan*
sila sila cilok..i like your *pengsan*, sangat kelakar ok!
pikacu tu yahudi tau
ReplyDeletepika = islam dalam bahasa hebrew
cu =cucur dalam bahasa hebrew
jadi maksud dia cucur orang islam.
bahaya!
en. konsulat
pikacu tu yahudi tau
ReplyDeletepika = islam dalam bahasa hebrew
cu =cucur dalam bahasa hebrew
jadi maksud dia cucur orang islam.
bahaya!
en. konsulat
Gigih la korek entry lama. OVERRRRR!!
ReplyDelete