Tuesday, November 24, 2009

Busy

Hectic day.
Pepagi buta encik bos dah panggil untuk meeting. Sekarang semua orang kena bergerak pantas sebab dah nak cuti krismas. Encik bos nak semua orang get things done sebelum cuti. Mulai hari ni, akan ada regular meeting setiap bulan untuk bagi update apa yang kita tengah buat, so that semua orang akan aware orang lain punya project PhD dan akan cuba involvekan diri. Noted!
So, mulai hari ni hidup tidak lagilah hanya berpeleseran depan lappie melayan Yamapi atau Jay atau TOP atau Sho menyanyi dan menari. I need to involve my body and soul *gituh* ke dalam project. Encik bos selalu bagi pop up questions utk test kita menjiwai projek ke tak. Bila tetiba encik bos tanya sesuatu yang maklumatnya saya tak bawak, encik bos tanya

'Do you have the information on paper now or you have it in your head?'
'Neither' saya jawab.
Sara giggled.
Saya diam, sebab dah segan.
 
Sebenarnya encik bos ada semua info tu, saya nampak! Tapi dia nak test, nak tau kita nih terurus ke tak. Maklumat tu ada kat bilik tapi saya tak hapal lah segala mak nenek jadual. Saya tak sangka pulak encik bos nak bincang pasal tu hari ni. Sebabnya hari ni kitorang suppose diskas pasal jadual mesin rumput dan setting untuk 2 jentera mesin rumput, pasal nak buat fencing untuk 4 paddock baru, pasal setting irrigator, pasal makanan bebiri, pasal treatments - ubat cacing dan immune supressant, pasal the 5'Bs yang kena dipulangkan ke ladang balik lepas bagi treatment, pasal penginapan bebiri minggu depan. So, kena take note lah kena angkut sebeban file untuk merafak sembah encik bos lain kali. Dia akan melilau sentuh SEMUA benda, untuk make sure kita tahu semua.  

Habis meeting tadi, semua pakat take turn untuk personal meeting dengan encik bos. Bila turn saya, sudah lunch break. Tapi dek kerana encik bos ada meeting lain pukul 2, maka saya terpaksa tinggalkan ratu2 gosip untuk meeting dengan encik bos dan Sara.
Heaps of thing to do. By hook or by crook saya kena siapkan banyak kerja minggu ni sebab kerja untuk next experimen punyalah banyak. Tapi hopefully bila dah setel semua preparation, nanti akan kurang berserabut dan hanya akan tunggu bulan 3 untuk stress.

Hari ni adalah hari bertomyaman dengan ratu-ratu gosip, One masak. Ala2 celebration habis exam.



Ratu2 gossip. Ya ampun, terkekeh2 saya dan One gelak masa snap gambar ni. Depa dua leh buat muka selamber badak. Sangat artis!


Ratu!!!!!!!!!!


Puteri dan One. Dah turun takhta, I bukan ratu!

No comments:

Post a Comment