Friday, November 6, 2009

shdf kjysfh fskaicbxhd

1. Encik bos ketiga kata nak jumpa dan diskas pasal future eksperimen kat tapak pembinaan peragutan. Kalut mai awal. Kalut jalan laju2. Dia cakap dia busy tapi dia akan kol bila free.
Sejam.
Dua jam.
Tiga jam.
Empat jam.
Lima jam.
Takde khabar berita.
Ni dah kul 5
*sigh*.
Takdelah tu perbincangan di tapak peragutan.
Takde pon dia kol.
Takde pon dia email.
Frust =(.

2. Buat pembetulan pada analisis sementara tggu kol encik bos ketiga.
Hari tuh masa buat ngan encik bos pertama, kan tengah sedih2..habis semua table yang encik bos buat pembetulan ditutup tanpa save.
Lagipon encik bos kata dia nak saya buat sendiri - so, laju je close semua table.
Yelah, nak buat sendiri tu satu hal lah.
Yang pegi gedik tak save semua windows tu pehal pompuan sendu oiiii?
Kalau save sure leh refer dah fahamkan calculation tu.
Ni dah padan muka..Bila nak jumpa encik bos utk confirmkan betul ke tak kiraan saya, dia takde pulak.
Tau apa yang saya kena kira? predict kandungan air dalam taik kambing berdasarkan regression formula sebab ada datapoint yang takde nilai. Lepas tu kena predict nilai tersebut pada 4 rak berbeza yang mempunyai evaporation berbeza. Bunyi mcm dah takde keje lain. Yeah right! STRESS betul bila masuk part analisis nih.
Lantaklah, saya analyse je lah. Selasa tunjuk kat dia *isnin dia takde, dan saya nak pi keje*. Kalau salah, kembali meroyan dan kembali buat pembetulan. Kan senang ada pakwe parasitology yang ada basic stat yang kukuh. Gareth? Laki orang!!! *btw, gareth takde sebab dia gi conference ngan charlie. Kalau ada sure dah tanya dia*.

3. Megi tomyam yang mak pos tak sampai-sampai lagi. Isk..Bengang tau mcm ni. Benda lain sampai cepat je. Bila megi nih gigih la nak tahan lama-lama. Hari tu pon megi kari berapi sampai lambat! Lapar ni tau encik kastam!!!

4. Hah! Ingat tak pasal konsulat Malaysia nak mai? Sekarang orang uni asik kontek diriku ini - ala2 nama I naik jadik contact person pulak! *see? bukan i yang gila glemer! wartawan hiburan yang glemerkan i!!*

'I understand you are the UNE contact for the upcoming visit of the Malaysian Consulate'.

Motiffffffffffffffffffff? dah sah2 I berhubung ngan depa guna email uni dan signature ada tulis student. I tanya kat depa prosedur sebab pihak konsulat suruh tanya. Ofkoslah I student yang inesen dan bertindak mengikut arahan. Sekarang ni dah tak paham email2 depa sebab jadik mendalam. Dua tiga orang email I berkali2 cakap pasal prosedur dan bagitau apa borang yang kena isi, siap nak ajak jumpa. Oh apekahhhhhhhhhhhhhhh? Dah forward email kat konsulate Malaysia tapi senyap je. Dah bagitau kat orang uni yang saya tak tau apa2 details pasal lawatan rasmi tuh. Pastu tau pihak uni balas apa?

'There was some confusion by Marketing and Public Affairs regarding your role'

Hehhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!Gigih jugakla email I kan walau konpius. Konsulat pon...emmm, malaslah nak cakap. Kang mampus takleh jejak kaki kat tanahair sendiri. *tarik napas*.
Malas pulak rasa nak jumpa depa minggu depan. Haish. Tapi, bebudak lain mungkin takleh jumpa depa sebab exam. Baguslah sangat kan, mek meroyan jumpa 7 orang wakil malaysia. Dahla ramai pompuan pulak tu =((.

Oklah, nak balik tumpang wijdan. Hujan lebat! Laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

3 comments:

  1. ini cik khadijah je..cik khadijah kata kami buat bodoh je tentang cik khadijah..kami mengambil berat tentang kemaslahatan diri cik dan kambing-kambing cik, jadi cik khadijah jangan cakap bukan-bukan dalam blog ye.

    kerjasama anda sangat dihargai

    salam hormat
    en. konsulat
    Abdul halim bin Saad

    ReplyDelete
  2. 'There was some confusion by Marketing and Public Affairs regarding your role'

    hahaha... takleh tahan

    ReplyDelete
  3. 'There was some confusion by Marketing and Public Affairs regarding your role'

    hahaha... takleh tahan

    ReplyDelete