Saturday, October 24, 2009

Drama malam sabtu

Rasanya ok je, bukanlah jiwa kacau jurus ke lapan pun..cuma perlu masa bertenang. Tapi kawan-kawan kata saya tak ok. Depa kata saya diam. Entah, mungkin banyak benda yang berserabut dalam kepala, membuatkan saya banyak bercakap dalam kepala dan tanpa sedar semua tak terucap di mulut, which is very2 odd buat orang sekeliling. hahah *tergelak pulak*

So, Charlie decide kitorg chill out dengan bermovian di bandar *walau dah dua hari berturut-turut keluar shopping dengan dia*, dengan alasan dia perasan saya mengeluh banyak kali dan tak bercakap masa lunch. Dan Elodi pulak ajak tido rumah dia sabtu malam dan ajak join bush walking hari ahad pagi. Bush walking tu maybe saya tak join. Malas pulak rasa. Tapi insyaAllah ke rumah dia hari Sabtu - ala2 nak berpillowtalk sambil dia nak cek saya punya preparation untuk confirmation.

Maka telah ke movie menonton Julie and Julia. Dah agak dah cerita nih kegemaran wanita2 berusia bila kitorang je remaja muda belia(?) dalam panggung. Ada lah kot sorang dua lagi, tapi obviously wanita2 di fasa menopos mendominasi bilangan penonton. Since charlie suka cerita nih sebab ada bab memasak - dia sangat suka memasak, maka saya turutkan aje lah. And tak sangkalah best jugak cerita2 ginih. Cuma yang lawaknya kitorg berdua gelak part2 yang makcik2 tak gelak. hahaha. So, I'm feeling better lepas tengok movie..sehinggalah...ketika bersuka ria bergelak ketawa menuju kereta...kitorang dapat tau yang...

yang.....

parking lot bawah shopping complex dah terkunci dengan kereta charlie dalamnnya!

intai2 tak nampak kereta lain. Ah, sudah! Laptop yamapi dalam kereta. Begpack dalam kereta. Dahla takde duit nak naik teksi. Sara pulak pegi jalan2 jumpa kawan, sabtu baru balik.
Bila berdua, kepanikan berkurang, tapi bila dua perempuan *yang masing-masing kuat bercakap* dalam keadaan panik, macam amazing race pulak rasanya berkejaran ke sana kemari dengan mulut masing2 tak berhenti bergerak. Patah balik ke cinema dan terjah makcik yang baru keluar cinema. Makcik suruh tanya budak kaunter cinema. Budak cinema apa pun tatau. Apekah? Hampeh betul.
Kitorang nampak ada satu kaunter setentang ngan parking, terus terjah untuk mendapat kepastian sambil mulut masing potpetpotpet. Orang pandang2 saya, oh rupanya itu kaunter luar bar... agaknya makcik2 tu ingat saya nak bermabukan sambil pakai tudung..hahaha. Abang kaunter tu hensemlah jugak. Dia bagi num 1300-blablabla, so kitorang tepon. Orang yang kitorang kol tu bagi pulak number 1300-blablabla yang lain. Fon charlie dah bunyik2 menandakan bateri akan kong. Kalau depa bagi num 1300-blablabla yang lain lagi, memang dijamin fon dia akan terpadam. Fon saya pulak diragui taraf kekreditannya. Maka, saya gigih berdoa dlm hati sampai pejam2 mata, semoga fon charlie tak padam sebelum waktunya. Kalau tak, kena pi cari pablik fon pulak memalam buta.

'Pegi intai pintu plaza yang dekat dengan kedai nama Bi-lo, buat bising kat pintu untuk tarik perhatian cleaner sebab cleaner yang kunci pintu carpark. Suruh cleaner unlock. ' Itulah nasihat yang pelik dari orang yang kitorang tepon.

Maka terkedek-kedeklah menuju ke pintu dekat Bi-lo. Tetiba ternampak satu pintu carpark nih tak kunci. Saya buat dono sebab secara logik akal, carpark tempat charlie letak kereta tu macam jauh sikit dan obviously carpark ni tggi sikit. Tapi charlie lebih bijak, gigih nak terjah untuk kepastian! Maka, saya terkedek-kedeklah membontoti charlie melalui carpark yang agak gelap dan berliku *drama*. Jalan punya jalan, akhirnya jumpa kereta charlie sebab carpark tu bersambung2 rupanya.
Haiyohhhhhhhhhhhhhhhh!!!

'Rugi je tepon sana sini. Patut kita pusing-pusing dulu luar carpark. Kita nih saintis! Saintis patut siasat semua dulu baru buat keputusan dan amik tindakan' charlie membebel tak puas hati.
'Saintis tu saintis la, tapi kita nih saintis POMPUAN'
'Hahahaha, yang bercakap, bertindak dan berfikir serentak'

Oh, buat semua saintis-saintis wanita, sila jangan terasa hati. Tiada niat nak memperkecilkan anda semua. Ini adalah generalisasi dengan kami berdua sebagai subjek.

4 comments:

  1. teringat pula drama i di Gurney Plaza. bila mau keluar dr carpark, kereta utk keluar jem, maka sahabat saya terus masukkan kad untuk ditelan dimesin, kerana kereta di depan tidak bergerak, maka palang kembali tertutup.

    aduh. kelam kabut.
    buat muka malu reverse kereta and cari carpark. berfikir samada mahu jalan ke entrance ambil kad semula di mesin masuk atau ke pej security. (takleh keluarlah kan sbb kad dah ditelan kami dh byr). maka menapak ke opis security (jauh gaban juga)

    then security kata 'apsal tak tekan button interkom pada palang keluar? kami buleh ke check di cctv to make sure korang masukkan card and angkat palang'


    yer.

    kami juga scientist PEREMPUAN.

    ReplyDelete
  2. kami ialah scientist LELAKI.
    {tetiba}

    ReplyDelete
  3. Kak Yan - bwahahahaha. kalau saya pon saya akan amik tindakan yg sama. Pompuan lah katakan..hahaha

    Am - are you sure? hahahaha

    ReplyDelete
  4. a'ah la kak....scientist pompuan.mcm terkene kat btg idung sendiri je..slalu gak buat cam tu...3 skaligus.
    -kinah-

    ReplyDelete