Hari ni berjaya menahan diri dari berFB, alhamdulillah. Sungguhpun demikian, kerja saya melambak lagi yang masih belum selesai walau sudah nampak cahaya di hujung terowong..Bayangkan..hanya lepas seminggu, baru dapat sense untuk buat analisis. Baru dapat gambaran demi gambaran. Selalu gambaran-gambaran ni muncul ketika mandi atau berjalan sorang-sorang di bandar. Maka hari ini berniat buat kerja dari rumah sahaja tanpa bukak tv seperti selalu. Semua berjalan dengan lancar...namun, agak mengecewakan bila saya terlupa save dan tetiba program tersekat dan terpaksa close window secara paksa. Kesannya, tiada recovery dan menyebabkan saya terpaksa buat semula satu-satu. *pengsan* =(
Saya ke bandar untuk merehatkan minda di samping membeli belahlagi. Selesai membeli belah saya tunggu bas dan pelik bas tak sampai-sampai. Dek kerana sangsi, saya menuju ke bus stop B yang jaraknya satu ratus meter *anggaran* dari bus stop A yg saya tggu. Bas stop B merupakan bus stop utama - bas akan berhenti rehat di situ sebelum memulakan perjalanan dari bandar. Belumpun sempat saya sampai ke bus stop B, saya nakpak kelibat bas dah sampai di bus stop B! Nak lari tak sempat, maka saya patah balik ke bus stop A dan saya gagal mengejar bas sebab kaki saya pendek bas sangat laju. Sekelip mata je dia bas dah sampai ke bus stop A!!! Inilah namanya tak menyempat. Ini jugak namanya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Ini jugak boleh dikatakan macam scene kisah pak pandir. Padan muka! Kalau dok dendiam dengan sabar dan tenang di bus stop A sure boleh balik umah awal. *sigh*
Maka saya kembali masuk ke shopping kompleks untuk memanaskan badan dan turun ke Bus stop C yang paling hampir dengan shopping kompleks bila bosan. Bosan ya amat menunggu bas selama lebih 1/2 jam. Tiba-tiba, dalam kepekatan malam yang ditemani lampu jalan yang samar-samar muncullah manusia tinggi lampai bak galah berjalan. Dia menyapa saya dengan penuh kemesraan *pengsan*.
Peter. Dah lama saya tak bercerita tentang Peter sebab kami sudahberpisah jarang bersua muka dek kerana sibuk dengan hal masing2. Aneh rasanya sebab tak pernah nampak dia naik bas. Selalu jalan kaki atau menunggang basikal. Dia tanya khabar, saya jawab dengan penuh skema. Tanpa saya sangka tercetusnya royanan dari Peter. Peter meroyan. Sentap.
Saya tak pernah tengok dia stress sampai mcm ni sekali. Kalau dengan saya ni pon dia leh meroyan, tu tandanya dia memang sangat-sangat stress.
'.............stress sangat sampai saya merokok hari-hari. Dah tatau nak buat apa.'
*dalam hati* Aik? terasa dengan entry merokok ni ke? hahhahaha
'Takpe, mesti ada hikmahnya' jawab saya dengan penuh sopan, persis heroin drama korea jepon. Sebenarnya tersentap sebab Peter tak pernah meroyan depan saya - selalu cool dan sopan. Maka bila dia menjadi ekspresif saya memang sangat-sangat terkejut.
'Tuhan je yang boleh tolong saya sekarang, saya takleh buat apa2. Tolong doakan saya ye'
'InsyaAllah' *pengsan*
Saya ke bandar untuk merehatkan minda di samping membeli belah
Maka saya kembali masuk ke shopping kompleks untuk memanaskan badan dan turun ke Bus stop C yang paling hampir dengan shopping kompleks bila bosan. Bosan ya amat menunggu bas selama lebih 1/2 jam. Tiba-tiba, dalam kepekatan malam yang ditemani lampu jalan yang samar-samar muncullah manusia tinggi lampai bak galah berjalan. Dia menyapa saya dengan penuh kemesraan *pengsan*.
Peter. Dah lama saya tak bercerita tentang Peter sebab kami sudah
Saya tak pernah tengok dia stress sampai mcm ni sekali. Kalau dengan saya ni pon dia leh meroyan, tu tandanya dia memang sangat-sangat stress.
'.............stress sangat sampai saya merokok hari-hari. Dah tatau nak buat apa.'
*dalam hati* Aik? terasa dengan entry merokok ni ke? hahhahaha
'Takpe, mesti ada hikmahnya' jawab saya dengan penuh sopan, persis heroin drama korea jepon. Sebenarnya tersentap sebab Peter tak pernah meroyan depan saya - selalu cool dan sopan. Maka bila dia menjadi ekspresif saya memang sangat-sangat terkejut.
'Tuhan je yang boleh tolong saya sekarang, saya takleh buat apa2. Tolong doakan saya ye'
'InsyaAllah' *pengsan*
ayg masuk blog acu lagi sekali. hehe. mendengar guruh di langit, air di tempayan di curahkan. ayg juga selalu begitu. :p. tahniah acu, berjaya elak diri dr fb. ayg kalo xmo berfecebook bagai, memang kena delete account baru berjaya. kasian sama pe*ter. eh, acu dh x letak bintang pd nama mereka dh ye..:)
ReplyDeleteko patut beli basikal jugak laa..
ReplyDeleteayang, terlupa letak bintang..huhuhu
ReplyDelete*_*
arin, sini kawasan berbukit. jalan kaki pon hazab, berganda hazabnya nak tolak basikal bila daki bukit..selalu jalan kaki je, tapi ke bandar malas jalan kaki sebab sejuk..45 minit kalau jalan ke bandar..