Monday, October 26, 2009

Mak tak ajar menyampah kat orang

Itu kata-kata mak, yang selalu berlegar2 dalam kepala kalau bertembung dengan orang yang kurang dikasihi. *mode: bodek mak supaya dapat tiket balik ipoh*.
Hari ini keluar ke bandar dengan charlie buat kesekian kalinya - mengalahkan bercinta dengan cashier je gayanya sebab hampir hari-hari membeli belah. Lepas beli, blah, tapi esoknya datang balik. *sigh* talking about retail therapy! heh.
Lepas habis membelanjakan wang simpanan yang sepatutnya disimpan untuk masa hadapan yang lebih gemilang, terkedek-kedeklah ke bus stop meredah hujan lebat. Sebenarnya charlie nak hantar balik, tapi dek kerana tak dengar bunyi hujan masa dalam bangunan, saya yakin dan semangat untuk balik dengan bas dan kami berpisah di persimpangan dilema menuruni escalator ke carpark.
Walaupun fokus mengangkat barang2 yang berat, saya masih mampu terkasima 1 saat bila ternampak orang yang kurang dikasihi duduk di dalam bas, paling hampir dengan drebar. Saya buat-buat tak nampak sambil membayangkan muka mak yang sedang memesan

'mak tak ajar menyampah kat orang'.

Tersirap sikit darah bila saya selesai membayar tambang, orang yang kurang dikasihi menegur
'Hi Kha-thi-jha'
'Hi', saya jawab sambil pandang plastik2 barang.

Mak tak ajar menyampah kat orang.
Mak tak ajar menyampah kat orang.
Mak tak ajar menyampah kat orang.

Tiba-tiba, dia berpusing 360 darjah menghadap saya yang duduk di belakangnya. Sungguh, kalau barang tak berat dan kalau hari tak hujan lebat, pasti saya akan duduk belakang sekali - tak duduk belakang dia. Duduk depan sebab barang berat dan sebab tak nampak jalan dengan jelas, yang akan menyukarkan penekanan loceng ketika waktunya. Dan kebetulan, encik driver yang bertugas hari ni adalah encik driver yang terkenal dengan sipat cepat cranky - sapa tekan loceng lambat sure kena sound.

Dia senyum.
Saya pengsan. Eh, tak. Saya sentap. haha
Dia buat aksi comel sambil tanya 'Nak pegi opis ke?'
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, berikanlah kesobaran pada hambaMu yang short tempered ini. Apekejadahnya pegi opis pukul 6 ptg dan berbondong2 dengan barang-barang seperti ikan, lobak merah, anggur dan tomato? 'Tak *sambil geleng2 kepala dan bulatkan mata*. Balik asrama. Duduk kat asrama.'
Dia senyum.
Saya diam.
Dia tak pusing balik ke depan.
Saya tanya 'pegi opis?' dengan niat dia boleh nampak betapa tak logiknya tanya soalan tu kat orang pada pukul 6 petang di waktu hujan lebat.
'Haah' dia senyum.
'Ha?' saya TERbuat muka sentap.
Dia kata nak pegi Sydney esok, tapi tertinggal tiket flight. Dia cerita panjang tapi saya tak fokus. Pura-pura dengar - angguk2 tanpa berhenti dan cakap ooo, sebenarnya tak dengar apa yg dia ckp sebab dalam hati dok bercakap..

cepatlah sampai
cepatlah sampai
cepatlah sampai

Dia pusing balik ke depan.
Lega.
Bas lalu kawasan keretapi. So, mcm jauh sikit perjalanan.
Dia pusing balik *pengsan*.

'Masak makanan Malaysia?' sambil senyum menongkat muka dekat seat bas.
Maka, saya selaku manusia biasa yang penuh dengan sifat terkeji dan mudah dipengaruhi syaitan yang direjam telah tiba-tiba sedikit panas hati sebab dia banyak tanya.
'Masak, tapi tak reti'
'Rendang?' - ingat ni musim raya?
'Roti canai?' - kalau I anak tokey Nasik Kandar Subaidah sekalipun, I takkan buat roti canai kat sini. Takde skill tebar.
'Kari bolehlah, sebab family saya ada darah India!' senyum yakin macam TOP.

Yes!!! syaitanirrojim sedang bersorak gembira dalam bas tu sebab hakikatnya saya highlight pasal India adalah dengan niat yang sangat jahat. Nak trigger supaya dia cakap dia tak suka Indian dan manusia-manusia yang ada darah India dan saya nak jawab 'I dont give a damn' dan semoga dia tak tegur saya dah.

Dia sentap bila saya mention pasal India.
'Atok saya India' saya tambah lagi keperisaan kesentapan.

Kerana Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu yang di langit dan di bumi, telefon dia terus berbunyi.
Dia angkat telefon dan bersembang sampailah ke kawasan asrama.
Saya masih diam, sentap dengan diri sendiri.
Sentap sebab purposely saya berniat nak carik pasal.
Memang nak trigger.
Memang nak gaduh.
Memang tak nak dia tegur dah, sebab memang dari awal dulu2 dia buat muka menyampah tetiap kali bertembung..kenapa sekarang tetiba nak jadik over baik pulak? Buat macam biasa je lah.

Ok, mak tak ajar menyampah kat orang.
Mak jugak tak ajar carik pasal dengan orang.
Keji sangat rasa. haha

Ketika nak turun, orang yang kurang dikasihi tegur
'Sorry dijah, I'll talk to you later' senyum dan terus sambung balik perbualan telefon.

Maka adik-adik dan kawan-kawan yang saya kasihi, kesimpulan dari cerita di atas adalah jangan cari pasal dengan orang yang dah tammo cari pasal.
Mungkin dia dah penat buat muka menyampah selama 5 bulan.
Mungkin PMS selama 5 bulan sudah berlalu.
Mungkin ketidakseimbangan hormon sudah kembali normal lepas 5 bulan.
Mungkin dia gaduh ngan awek dia selama 5 bulan sebelum ni dan sekarang sudah berbaik.
Apa pun kemungkinan, hakikat dia banyak kali cuba bersembang ngan saya atas dasar kemanusiaan sejagat adalah cubaan yang suci murni gunakan tanpa was-was dan selaku manusia yang cintakan kedamaian, saya perlu sematkan dalam hati sentiasa;

Mak tak ajar menyampah kat orang.
Mak tak ajar cari pasal ngan orang.

1 comment:

  1. entry nie sudah bawa ko ke tahap baru penulisan.huhuhu


    tra

    ReplyDelete