Monday, October 5, 2009

Sape nak sambung belajar ke aussie, meh nak share.

Sesapa yang ada benda nak tambah, sila komen, nanti i cut n paste dan bubuh dalam entry *jeling aidya n illa, jeling kak khalidah*

1. Buat yang nak smbung PhD, sila kenalpasti pensyarah yang terlibat dalam bidang kajian yang anda minati dan sila approach dengan penuh bergaya. Jangan lupa sertakan CV berkonsep malatop beserta gambar anda yang comel untuk perhatian pensyarah tersebut. Sila beri tempoh 2 minggu - 1 bulan untuk terima respond. Jika pengiriman email itu jatuh pada hari cuti perayaan seperti krismas-tahun baru, easter, semester break mahupun musim peperiksaan, masa yang lebih lama diperlukan untuk respond. Kalau nasib baik ada automatic reply.
Untuk yang nak sambung Masters, boleh terus pergi ke laman web universiti dan pergi ke bahagian admission untuk maklumat lanjut.

2. Sementara memupuk hubungan mesra dengan bakal supervisor, sila ambil IELTS dan sila hadiri BTN.

3. Bila sudah dapat greenlight dari bakal supervisor, sudah boleh apply officially berpandukan langkah demi langkah di laman web universiti berkenaan.

4. Pihak universiti akan beri borang maklumat pembayaran yuran untuk dikirim semula bagi membuktikan kita mampu membayar yuran (maklumat kredit card/maklumat pemberi biasiswa diperlukan. sesiapa under SLAB, mintak financial statement dr uni/kpt).

5. Email confirmation of enrollment (eCOE) akan dikirim kepada anda oleh uni bagi membuktikan anda boleh buat visa. Sila berhubung dengan ejen jika mahu visa siap cepat. Kalau banyak masa, download sendiri borang di laman web DIAC dan silalah ke klinik panel untuk menjalankan ujian pemeriksaan kesihatan. Visa boleh siap dalam tempoh 2 minggu. Harga ajen lebih mahal tapi take note untuk orang-orang SLAB, kpt hanya akan bayar harga visa, charge ejen takkan dibayar. Bagi resit pon tiada maknanya..kehkehkeh.

6. Bagi orang2 SLAB, bila sudah cukup rukun sambung belajar - IELTS, offer letter, tawaran bersyarat KPT, sijil BTN, silalah berhubung dengan KPT untuk mendapatkan surat perjanjian. Sila buat pemeriksaan kesihatan untuk KPT. Oh, sebenarnya boleh buat sekali gus medical cek up untuk KPT dan visa - atas budibicara pegawai. Sila telefon pegawai KPT sambil buat suara suci dan suara susah hati. Mungkin boleh dibenarkan walaupun dalam surat KPT kata hanya boleh buat medical checkup di klinik kerajaan sahaja. Jangan lupa isi borang claim dan borang elaun baju panas.

7. Untuk orang SLAB, bagi surat tawaran KPT kat uni, carik saksi dan penjamin, matikan stem. Sambil2 tu bolehlah tempah tiket. Lengkapkan borang perjanjian uni dan KPT. Pergi ke KPT untuk ambil cek pendahuluan.

8. Perkara yang paling penting sebenarnya - make sure ada orang yang boleh dihubungi di tempat tersebut untuk menyambut ketibaan anda dan membantu menyelenggarakan tempat penginapan di hari ketibaan. Kalau ada community malaysians, lagi bagus. Kalau tiada, hubungilah jiran dari indonesia kerana kat mana2 pon ada indonesians.

Untuk yang nak ke australia, sila jangan bawak sup bunjut, dikhuatiri akan dirampas.

Oh, jangan lupa bagi email progress pada bakal supervisor. Jangan jadi seperti saya yang hanya email last minit. Encik bos kata dia ingat saya tak jadi mai dah..hiks.

13 comments:

  1. lepas baca ni baru teringat blum bgtau sv yg ielts dh lepas n pasal pregnant. ;P

    ReplyDelete
  2. nak pegi sana tp takmau blaja. nak keja. tlg buat entri psl ni plak.

    ReplyDelete
  3. fadhilah - sila bgtau segera
    arin - di luar bidang pengetahuan. sebab kitorg kerja guna visa student..sila layari laman web embassy untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  4. "CV berkonsep malatop beserta gambar anda yang comel"...motif ayat ni????akak nk cakap yg sbb gambar akak malatop & comel,maka dpt sambung PHD?huh,mmg penuh isi tersurat dan tersirat....hahahahaha -mariani comeiii

    ReplyDelete
  5. Mariani,tak sia-sia dilatih oleh diva2 seperti abang shah dan Tra. Tra, tengoklah produk yang ko hasilkan..sangat hebat carik isi tersirat dan tersurat. =p

    *sakit perut gelak*

    ReplyDelete
  6. hahahaha hebatnya daku....mesti abg shah & abg tra bangga dgn saya. (ehem,kalau nak tau,saya pernah dpt 20/20 utk rumusan masa PMR...hehehe sbb tu blh cari isi tersurat dan tersirat)....mmm tp kan,saya tak hantar CV &gambar lagi,tp dah dipelawa sambung PHD.mcm mana tu?cuba kak dijah cari isi tersurat dan tersirat dlm situasi ni hehehehehehe-mariani comel

    ReplyDelete
  7. zoncapriku - lebih susah menangani godaan mamat2 hot. percaya lah..hahaha

    mariani - err, orang yang pelawa hang sambung PhD tu terdesak(?)..hahaha. itu isi tersirat.yang tersurat - hang memang pyo takbleh blah lah mariani.sekian..haha

    ReplyDelete
  8. hahahaha mmg poyo...mcm2 problem sbb tu ilang identiti jap.

    1.uwaaaaaaa mana gaji september aku????(cara melepas sedih plg afdhal)
    2.TNC tnya "nape tak sambung PHD?,ke pikir nak nikah?"...ohhh tidakkkkk sekali-kali....
    3. asyik kete kahwin cina lalu depan mata,pastu asyik bertembung ibu mengandung...bila balik opis, seorg adik bertanya "akak nak tak software nama2 anak yg soleh?"....huh,perlu ke saya melalui semua situasi ini?isyarat apakah ini wahai tuhanku?....huhuhuhu

    -mariani comel (yg kini ceria dpt bos baru hari ni)

    ReplyDelete
  9. Hahahaha..mariani..

    1. Hang keje mana? pegi goda abang tra nun, dia ka USM. Buat muka extra comel dan jangan lazer dia, pasti mendapat bantuan kecemasan..hahaha. Sabar ye dik, i pon duit gaji dah habis..kena tggu bulan depan baru leh bernapas..huks.

    2.Isi tersirat - nak bgtau hang nih baik ngan TNC la kannnnns? hahaha. Lain kali jawab, saya tggu abang TNC masuk meminang. Mariani, pegi nikah cepat, jangan tggu lelama. Hang dah melepas abang leman..hahaha. Sila contohi Bibah - usrah mahabbah mawaddah gituhh.

    3. Hadoi...kalau akak pon sure sentap kalau orang tanya pasal software tu. Hang nak ke software tu? Bukan hang punya taste nama2 vazzz ke? mcm Shasha aqasha liniera lewinsky? hahahahah.
    Mariani, kalau asik bertembung ngan kereta kawin, ngan orang mengandung..tandanya hang kena kawin cepat. lepas nih sure mimpi kena patuk ular.kehkehkeh.
    Akak takde bertembung ngan kereta kawin, takde bertembung ngan ibu mengandung..Asik bertembung ngan binatang je - itik, burung, koala, kucing, anjing. Petanda apakah?

    pssst, mariani..bos hang tu laki ke pompuan..single tak? *sila baca dengan nada berbisik*

    ReplyDelete
  10. acu, bolehkah semua ini diaplikasikan jika mahu belajar di korea? :p

    ReplyDelete
  11. ayang, boleh kot..hikhik. jom melancong gi korea!!!

    ReplyDelete
  12. sup bunjut.
    ceh.

    (tersirat cari sendrik)

    ReplyDelete