Monday, October 12, 2009

Entry ni takde ayat jiwang

Jam sudah pukul 12 tengah malam. Ting ting ting *doblas kali - penat nak taip*. Saya tak berubah pon menjadi apa2 kerana saya bukan cinderella. Saya adalah Kathy-lelah. haha. Ok, tak lawak sikit pon.
Hari sabtu terbuang sepanjang hari dengan tidur macam beruang kutub sedang berhibernasi. Series, sangat buang masa rasanya. Tapi bila difikir-fikir balik dah lama tak enjoy bangun lambat. Pulak tadi bila flatmate tegur kata ini kali pertama dia lihat saya tak ke skul dan dia mcm tumpang seronok, rasa lega sikit. Lega sebab depa nampak jugak sisi malas saya. Biasalah bila western people suka perati asians dan kata kita nih overworked - over serba serbi. Teringat minggu lepas bila bertembung ngan Em*ily, kawan pesangan flatmate, dia perkenalkan saya kepada kawannya sambil berkata - inilah budak PhD yang study sampai tak tidur. Series propa. Macamana dia leh kata saya tak tidur sedangkan saya asik mimpi balik Malaysia untuk makan? kalau tak tidur, takleh la mimpi kan? kan?
Taklah teruk sangat kan weekend saya*pujuk hati sendiri*. At least dah basuh dua mesin baju kotor. Errr, lepas tu buat apa ye? Main game online, tengok youtube, tengok tv *cerita flintstone pon tgk - nampak sangat buang masa*, main facebook, beli barang online, email admin game online bgtau tak boleh login neopets.com *hikhik*. Bila menjelang tengah malam semalam baru la menyesal ya amat sebab berliburan mcm tgh cuti krismas. So, hari ni dek kerana bangun tengahari lagi, bersemangat waja organise data dalam excel dan harapnya bolehla slow2 run stat analisis esok.
Keje menimbun, encik bos dah email lab report untuk bebudak hari selasa nih. Sentap bila banyak soalan stat. Encik bos cuba terapkan unsur stat walaupun dalam soal pengiraan telur cacing. So, sudah nampak tektik encik bos, sebenarnya dia nak saya belajar sama..tu yang dia offer marking lab report nih.
Esok kena plan jadual seminggu - kerja, remove semua 200 container dari incubator, download bacaan temperature dari dataloggers, analisis, repot, demonsrate lab dengan penuh kedivaan *nak pakai baju apa yer* , deting dengan amigo dan marking lab report.
Maka saya mengisytiharkan saya invisible dalam ym dan skype sepanjang malam minggu depan. Sila cek kewujudan saya menggunakan http://www.vizgin.com. Tapi, tiada jaminan sebarang msg akan dilayan.
Oh ya, AI minggu ni tak best sebab Hayley punya performance tak bagus. Dah agak dah sebab jazz bukan genre dia *minggu ni Big Band night*. Nathan meletop, tapi saya dah decide tammo embed performance depa. Sebab tak menarik sangat. Saya melayan Ai sambil arrange data kat excel - saya rajin @ AI bosan? Go figure! hikhik.

Saya embed WonderBang - cuteness!
Saya harap tahun nih adalah colab Wondergirls-BigBang lagi


2 comments:

  1. akak mmg pompuan yg cekal n tabah..saya tau tu..mmg betul ckp diorg..mmg akak rajin...bg sikit aura kat saya k..ahak

    ReplyDelete
  2. sentap tau nik main reverse saiko...hahahaha
    jangan main2 ngan i nik..ingat, awak tuh adik pompuan yang comey lotey! hikhik *sila ingat pesanan angah*

    ReplyDelete