Ketika anda anda semua sedang membaca entry ini, saya mungkin saja sedang bersusah payah memejamkanlan mata kerana nervous.
Mungkin juga saya sedang menjalani interview - masih di dalam bilik seminar sedang melawan stagefright untuk membentangkan kepentingan dan matlamat kajian, hasil-hasil eksperimen, perancangan masa hadapan, progress penulisan literature review dan syarat-syarat yang sudah dan belum dipenuhi selaku pelajar di kawasan kampung ini.
Mungkin juga saya sedang berdukacita kerana gagal memahamkan panel dan mengecewakan encik bos.
Mungkin juga saya sedang lega kerana semuanya sudah berakhir.
Sistem di australia tiada viva voce setelah penyerahan tesis akhir, maka ini adalah seperti viva cuma lebih mudah kerana tak banyak result yg perlu dibentangkan. Tapi kenervousan tidaklah berbeza sikit pon.
Mungkin juga saya sedang
Mungkin juga saya sedang memberi nasihat kasih sayang kepada Peter yang akan melalui temuduga selepas saya.
Walau apa pun keadaan saya ketika anda semua membaca entry ini, saya harap doakanlah saya dikurniakan ketenangan sepanjang hari esok, terutama ketika proses temuduga.
Sebab sungguh, bila saya tidak tenang, saya akan memperbodohkan diri sendiri dan hodoh rupanya.haha
Doakanlah saya dapat fokus, memberi sepenuh tumpuan kepada perbincangan penyelidikan, dan melupakan hakikat Yamapi hampir membunuh saya dengan kehottannya dalam dua iklan di bawah. 17 saat kali 2 = pengsan kuasa dua.
Kak dijah, all the best! May Allah provide with you with the best guidance and protection, insyaAllah.
ReplyDelete2 weeks lagi...hu.
saya doakan k dijah berjaya. amiin...
ReplyDeletechaiyo3....semoga kurang debaran cinta n tenang mcm air tasik tanpa buaya..ehhe..cik G
ReplyDeleteNo viva voce dijah?sistem lain ker korang pake ni?
ReplyDeletegud lux acu!!!!!angah jerit dari tingkap windows XP.browser..Musang Api...
ReplyDelete