Hari ini birthday mak. Katanya yang ke 15..hihihi
Dan bila mendengar suara mak ketika menunggu bas, mamat2 persis bapak org kelihatan seperti artis-artis jepon dan korea *tapi bukan yamapi lah*, langit kelihatan cerah, udara dirasakan menghangatkan. Hanya kerana mendengar suara mak.
Dan saya berharap, benda kecil - mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan memberi makna yang besar buat mak. Kerana kewujudan mak dalam hidup kita besar maknanya. Dan benda kecil yang dilakukan oleh mak sudah pasti menjadi benda yang besar dan signifikan pada kita.
Mak, hari ini adalah hari ulangtahun mak dilahirkan. Terima kasih kerana terus berjuang untuk hidup sehingga diri ini mampu berada di sini hari ini - bergelak ketawa, sedih, meroyan, gembira. Terima kasih kerana selalu mendoakan anak yang degil, pemalas, kuat meroyan, kuat membebel dan kurang ciri kewanitaan ini.
Opah, terima kasih kerana lahirkan mak. Kalau opah berputus asa dalam hidup pasti anak-anak dan cucu opah tak wujud di dunia ini.
Tuhan, terima kasih atas segalanya. Tanpa kekuasaanmu, kami semua tiada dan cik tutor yang dot dot dot takkan wujud di dunia yang fana inih.

No comments:
Post a Comment