Saya berharap lepas ini saya tak menghitung hari lagi. Sebab apa? Kalau menghitung hari, seolah-olah menandakan betapa hati kita tak sepenuhnya di sini. Saya tidak mahu menghitung hari untuk balik kampung for good, sebab kalau saya lakukannya sekarang bermakna saya tak menghargai masa saya di sini. Walaupun secara hakikinya, saya memang menghitung hari untuk balik dan sumbat diri sendiri dengan masakan emak dan fastfood halal! kekeke
Dua bulan. Apa yang sudah saya dapat?
1. Dapat jamu perut dengan makanan halal yang sedap. Kebab, nasik ayam, fish and chips, sandwich telur. Saya sudah jumpa kedai2 yang menghidangkan makanan yang menyelerakan ini. Sudah pangkah lokasi kedai dalam otak dan selalunya laju menuju ke destinasi untuk menghabiskan duit bila perut berkeroncong. Dek kerana jadual makin sibuk, saya memang jarang gila masak, tambahan pula memang tak suka memasak. Saya sentiasa guna konsepgores dan menang rebus dan tinggal kan, atau campak dan siap atau bakar dan tinggalkan. Tanpa saya sangka ada makhluk Tuhan yang mengikut jejak saya *jimat masa okeh* dan apabila pakwenya tahu dia guna konsep ini, pakwenya kata dia pemalas. Saya benci lelaki yang sewenang2nya label pompuan pemalas atau apa2 saja label yang membabi buta. Kompom nanti bini dia akan dijadikan hamba abdi, takpun akan merana sepanjang hayat dek kerana penderaan emosi yang tidak berbelah bahagi.
2. Dapat memperbaiki cara buat research. Yang ni saya malas elaborate. Jawapan cliche utk org yg sedang sambung belajar dan buat research. Yang saya perhatikan mereka sangat enjoy buat research. Bos saya siap bersiul2 dalam lab sambil buat keje di kala saya sedang kesat air mata. Betapa relaks dan coolnya dia. Dan mereka suka buat satu projek tapi banyak benda diincorporatekan. So, banyak paper dapat. Bukan mcm satu tempat itu yang mahu buat banyak gila projek tapi semuanya surface research. Rugi. *sambil geleng2 kepala*
3. Dapat belajar menjadi lebih berperikemanusiaan, tapi tidak menjadi 'doormat' *jeling tauke ikan salmon*. Encik bos merupakan seorang bos yang sangat bagus. Tidak pernah sekali pun dia menunjukkan gaya bos. Dia tegas, tapi tak menjengkelkan. Dia sentiasa jaga staf bawahannya. Dia boleh dibawa bergurau dengan staff bawahannya. Memerhatikannya sudah cukup membuat saya banyak berfikir. Dia tak penah lazer orang. Perli lagi la tak penah. Dia banyak nasihati saya supaya jalani kehidupan yang sihat *dia tak suka saya tidur lewat*, dan dia sentiasa mahu mendengar pandangan orang lain. Kalau dia tak setuju, dia akan bagi penjelasan yang panjang lebar. Jadi kita yakin idea kita diterima tapi masih ada benda lain yang perlu dipertimbangkan. Bukan ditolak mentah-mentah kerana kasta yang direka-reka oleh kita sendiri. Kita Islam, tapi kita lazer orang, kita kutuk org, kita perli orang, kita perasan hebat sebab kita bos, kita perkecilkan orang lain sebab orang lain bukan bos mcm kita. Mahu tahu arah ke neraka? Tanya diri sendiri.
Dua bulan. Apa yang sudah saya dapat?
1. Dapat jamu perut dengan makanan halal yang sedap. Kebab, nasik ayam, fish and chips, sandwich telur. Saya sudah jumpa kedai2 yang menghidangkan makanan yang menyelerakan ini. Sudah pangkah lokasi kedai dalam otak dan selalunya laju menuju ke destinasi untuk menghabiskan duit bila perut berkeroncong. Dek kerana jadual makin sibuk, saya memang jarang gila masak, tambahan pula memang tak suka memasak. Saya sentiasa guna konsep
2. Dapat memperbaiki cara buat research. Yang ni saya malas elaborate. Jawapan cliche utk org yg sedang sambung belajar dan buat research. Yang saya perhatikan mereka sangat enjoy buat research. Bos saya siap bersiul2 dalam lab sambil buat keje di kala saya sedang kesat air mata. Betapa relaks dan coolnya dia. Dan mereka suka buat satu projek tapi banyak benda diincorporatekan. So, banyak paper dapat. Bukan mcm satu tempat itu yang mahu buat banyak gila projek tapi semuanya surface research. Rugi. *sambil geleng2 kepala*
3. Dapat belajar menjadi lebih berperikemanusiaan, tapi tidak menjadi 'doormat' *jeling tauke ikan salmon*. Encik bos merupakan seorang bos yang sangat bagus. Tidak pernah sekali pun dia menunjukkan gaya bos. Dia tegas, tapi tak menjengkelkan. Dia sentiasa jaga staf bawahannya. Dia boleh dibawa bergurau dengan staff bawahannya. Memerhatikannya sudah cukup membuat saya banyak berfikir. Dia tak penah lazer orang. Perli lagi la tak penah. Dia banyak nasihati saya supaya jalani kehidupan yang sihat *dia tak suka saya tidur lewat*, dan dia sentiasa mahu mendengar pandangan orang lain. Kalau dia tak setuju, dia akan bagi penjelasan yang panjang lebar. Jadi kita yakin idea kita diterima tapi masih ada benda lain yang perlu dipertimbangkan. Bukan ditolak mentah-mentah kerana kasta yang direka-reka oleh kita sendiri. Kita Islam, tapi kita lazer orang, kita kutuk org, kita perli orang, kita perasan hebat sebab kita bos, kita perkecilkan orang lain sebab orang lain bukan bos mcm kita. Mahu tahu arah ke neraka? Tanya diri sendiri.
bertuah kak dijah, dapat sv yang understanding dan concern...doakan qila dapat sv yang macam tu juga ye?
ReplyDeleteqila, akak rasa semua sv adalah begini..yang penting, kita juga kena pahami budaya depa. U r such a nice girl..err, girl?keke Akak doakan semoga Allah permudahkan urusan qilah. Goosebumps suda? good luck tau!
ReplyDeleteentry yg memberi semangat.
ReplyDeletefighting!
fighting! keke
ReplyDelete=)