Saturday, June 27, 2009

Mari berlatih guna bahasa melayu penuh

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja. - diambil dari laman Facebook.

1. Bekas kekasih saya adalah :
bermata sepet.

2. Saya sedang mendengar :
lagu korea yang lama (It’s Raining – Rain/Bi)

3. Mungkin saya patut :
mengemas bilik yang dah keadaannya seperti sarang tikus dan saya juga patut memikirkan untuk mendobi baju kotor yang telah tersimpan selama 2 minggu.

4. Saya suka :
Yamapi dan penyanyi-penyanyi yang comel dari korea dan jepon.

5. Sahabat-sahabat baik saya :
adalah rakan sepenggosipan dan sepengejian, sentiasa memastikan saya terus hidup.

6. Saya tak faham :
lelaki Malaysia.

7. Saya kehilangan :
penyendal subang ketika sedang mengeringkan rambut dengan agak ganas semalam di bilik air.

8. Ramai yang berkata :
saya perlu banyak berdoa untuk jodoh tiba segera.

9. Makna nama saya :
isteri Nabi Muhammad s.a.w.

10. Cinta itu adalah :
boleh membahayakan kesihatan dan boleh membutakan mata jika kita gagal memahami konsepnya.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
teringatkan saya. Mungkin.

12. Saya akan cuba :
kurangkan sikap panas baran ketika mengalami sindrom pra-menstruasi (PMS).

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
selama-lamanyalah. Soalan apakah ini?

14. Telefon bimbit saya :
tidak sesuai dipakai di sini kerana penerimaan gelombangnya adalah rendah.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
saya akan terus melihat waktu pada paparan skrin telefon bimbit.

16. Saya paling meluat apabila
orang buat status di ‘yahoo mesengger’ atau laman ‘facebook’ menggunakan ejaan bahasa inggeris yang sengaja disalahkan dan bercampur aduk huruf besar dan kecil. Sesungguhnya saya rasa menyampah.

17. Pesta / Parti adalah :
memabukkan di sini.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Miffy, anjing poodle yang menyerang saya di ladang bebiri.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
ketika di sekolah menengah, walau kena berdiri di depan perhimpunan. Nota: sekolah tanpa lelaki adalah seperti syurga dunia!

20. Hari ini :
saya masih ke makmal untuk meneruskan kajian walau keadaan sangat sejuk dan katil menggoda saya tanpa henti-henti.

21. Malam ini saya akan
cuba tidur awal kerana mahu ke makmal sesudah subuh esok.

22. Esok pula saya akan :
meneruskan kajian dan memulakan pemerhatian yang baru.

23. Saya betul-betul inginkan :
Yamapi. Wang yang banyak supaya boleh hidup dengan selesa di sini tanpa memikirkan soal kewangan.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
saya memastikan krim penghalang sinar matahari adalah sekata.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
bergantung kepada keadaan emosi dan kedudukan kewangan.

26. Makanan Barat atau Jepun :
makanan jepun kerana lelaki makanan barat sungguh tak menepati citarasa saya.

27. Bilik yang terang atau gelap :
terang, kerana saya adalah penakut dan suka berfikir yang bukan-bukan (orang minyak, hantu, penjenayah)

28. Makanan segera adalah :
makanan yang akan saya beli ketika malas memasak.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
‘Thank you’ kepada seorang lelaki yang membukakan pintu dan memberikan laluan.

30. Siapa yang anda mahu Tag?
sesiapa yang mahu mencuba menggunakan bahasa melayu yang betul sepenuhnya (sekurang-kurangnya satu artikel).

1 comment: