Saturday, June 20, 2009

Ini entry penuh emosi dan tidak rasional

Serius sakit hati. Sangat sakit hati. Lebih menyakitkan hati dari dilabel sebagai pompuan PMS yang menjengkelkan.
Memula masih boleh sabar, sekarang saya rasa pedih hati. Sangat pedih.
Tuhan bagi kita akal untuk guna sebaiknya. Tuhan bagi kita jari untuk guna sebaik-baiknya. Kalau kita guna jari untuk menaip benda2 yang akan memudaratkan, jari tu nanti akan bagi laporan lengkap kat Tuhan kelak tentang kemusnahan yang telah dilakukan. Saya rasa nak tunjal kepala orang. Tapi sebab pikir kesan dan akibat yang dasyat di dunia, *belum lagi melihat akibatnya di akhirat* saya pendam saja. Tak payah belajar 4 thanawi dah boleh tau dosa laga-laga kan orang.
Tak paham betul manusia yang suka laga-lagakan orang negara dia dengan negara kita nih. Pasal rakyat negara dia sokong negara china instead of negara kita dalam pertandingan badminton yang berlangsung kat negara depa pon jadikan persoalan. Sebelum nih berterima kasih kat kita atas sepak terajang kita yang telah menyedarkan depa. *sila jawab 'sama-sama ' walau kita tak sepak terajang hatta kucing sekalipun - takyah bidas, tau depa guna metafora*
Cuba bayangkan, pensyarah ye yang buat mcm ni! Lepas dia balik PhD ni ntah berapa ramai lagi rakyat negara dia yang akan dirosakkan minda. Kalau ye pon nak suntik semangat patriotik, perlu ke nak tiup semangat bencikan negara lain? Ko duduk tengah padang tu, nyanyi lagu kebangsaan sambil kibar2 bendera sudahlah!
Isu-isu kecik pulak tu yang jadi modal nak tiupkan api kemarahan orang dan kejengkelan orang kat negara kita.
Nak gadoh boleh je sebenarnya, kita boleh buat headline pasal pembantu2 rumah yang goda laki orang, yang dera anak majikan, yang songlapkan duit majikan, yang tak bagi anak majikan makan sebab malas nak kemas bila budak buat sepah sampai malnutrisi dan masuk sepital *this happen to my aunt, siap pasang cctv segala untuk siasatan*, yang samun orang. Tapi kita tak buat kan? sebab kita malas nak amik pot besarkan cerita. kita tak suka generalisasikan orang. err, ataupon kita lebih suka bergossip pasal artis?oh, abaikan.
Tak selesai satu habuk pon masalah kalau main gadoh-gadoh gini. Adik yang kat indon tu, asik kena rompak, samun, barang kena curi..agaknya kena beli mangga cap bapak gajah pulak..tapi tak pernah sekali pon dengar mak marah2 kat bangsa depa. Mak kata takpelah, beli lain. mak kata ni harta donia *gituhla mode wanita solehah*. Kalau ikut hati ini yang sedang meluap2 nak santaukan je. Tapi mak kata dosa. So, kensel plan pasal santau. keke.
Tolongla..terutama bakal2 pendidik. Toksahla buat perangai racist tak tentu hala, tak kira lah kita bengang ngan bangsa apa sekali pun. Buruk rupanya. Buruk akibatnya. Selagi kita racist, selagi tuh la kita takleh nak maju. Bayangkan kalau kita tengah sambung belajar ni dapat encik bos yang racist. Dalam pada tak racist pon dah nangis tersedu sedan diriku ini.
Kita tak pernah sokong majikan2 yang mendera pembantu rumah, sindiket2 yang tipu pendatang, tapi tu bukan lesen besar untuk depa nak cari pasal ngan kita. Tuh, wartawan TV9 yang tinggi lampai tuh siap merantau interview depa masuk tv lagi nak menyedarkan masyarakat kita pasal depa mai sini cari rezeki halal. Pon, nak cari pasal lagi..
Daripada api-apikan orang untuk benci negara kita dan laung-laung Ganyang Malaysia *tu je lah slogan yang depa tau, takdak slogan yang lebih vok* baiklah nyanyi lagu Gee. Rela lagi dengar orang nyanyi lagu Gee! Sebab slogan ganyang mengganyang mungkin berakhir dengan pertumpahan darah manakala lagu Gee paling habis pon buat telinga darah je - kesan kerosakan akibat nyanyi lagu Gee adalah kecil.
Yang pasti - dedua negara mempunyai populasi Islam paling ramai. Jangan hairan la orang takut masuk Islam, brutal semuanya. Sikit2 nak gado. Sikit2 nak cari isu. Minda kelas lapan belas lah! Bukan lagi kelas ketiga.

"Kita muslim sibuk membincangkan apakah kita wajar mendekap tangan atau meluruskan tangan ketika bersolat, sedang musuh Islam membincangkan bagaimana untuk memotong tangan kita orang Islam." - Ayatullah Khomeni *dipetik dari blog Faisal Tehrani*
nota kaki: dekap tangan ketika solat - sunni, lurus- syi'i

Ini series tengah hangin, nasibla kalau sesapa bengang sebab entry takde perenggan yang nyata.keke

Betul-betul off to bed!

6 comments:

  1. wahhh..ini yang bara* ni..selalu je macam ni, kalau ada isu je selalu pakai kepala lutut untuk buat penilaian. kat sini ramai juga 'mereka'..tapi mmg malas nak campur.Baik kawan ngan org negara lain, even tak seagama. Yang mengaku satu agama ni selalu bertindak mcm org takde agama, malahan kdg2 lebih teruk lagi..(harap2 ada antara 'mereka' yg baca blog ni dan dapat merenung kembali)

    ReplyDelete
  2. haiyoh kak, series saya geram. pelik kan main sukahati nak cari gado? mentang2 populasi depa ramai..kita tak cari pasal pun..

    ReplyDelete
  3. eeiii..jahat! jgn kawan dgn depa dah..

    ReplyDelete
  4. Bebudak yg tgh study kat sana lagi teruk wei, kena caci maki, kena pukul..Takpe2..kita buktikan kita ada akal. Kita jangan menyalak mcm depa.

    ReplyDelete
  5. yer fadhilah, tengah sabar nih...
    tarik
    hembus
    senyum
    =)

    ReplyDelete