Tuesday, June 30, 2009

Hari yang mengujakan dan mendebarkan

Rupanya ada benda lebih yang lebih mengujakan dan mendebarkan dr menonton 2pm atau suju buat persembahan.

1. As i mentioned earlier, bila bos masuk keje kelam kelibutlah I. Esok bebiri sampai. Rupanya saya kena bertanggugjawab sepenuhnya bermula ketibaan mereka esok. Tempat penginapan, makanan, ubat-ubatan, keselesaan. Pendek kata semualah yang melibatkan mereka. Maka saya mahu letakkan nama pada 5 ekor jantan ini. Sila bagi idea nama apa mahu diberi. Esok saya akan timbang mereka, bagi ubat dan bagi makan. Saya kena email Fi*ona, untuk mintak lebihan makanan. Tak sanggup melihat mereka kebulur seperti tuannya inih. Sangat nerves untuk esok.

2. Encik bos sudah sound saya sebab 'hujan' masih tak ok. Yeah, saya memang berhenti buat sebab fedap. Sekalik encik bos perasan dan sudah kena sound. Tapi saya tak sedih. Saya mengaku tak buat sebab frust dan masih berfikir. Dengan penuh kebapaan dia suggest satu test simple esok. Kena goyang gerudi lagilah nampaknya dan buat esok.
'Anything that could stop you from doing it tomorrow?'
'Frustration' Tak, saya tak jawab mcm tu. Saya jawab 'ok'. Frustration tu jawapan dalam hati. Frust sebab banyak filter paper dah buang. Gam pon sama. Jar lagilah banyak yang dibuang. Tapi hasilnya nan ado! *sigh*

3. Tadi dah pergi tengok asrama. Senior officer yang bawak I pusing2 tengok bilik adalah budak undergrad bernama Joe yang kacak. Ingat nak mintak masuk flat sama dgn Joe, tapi bila dia ckp dia dok kat flat 8 bilik - semua lelaki, so tak jadi. haha. Ni statement gedik, abaikan. Basically flat-flat tu bersih walaupun kitorg terjah flat yg ada penghuni. Toilet yang cantik, dapur yang kemas, persekitaran yang menarik, ada volleyball court untuk cuci mata di hujung mggu time summer *ahaks*. Satu je yang risau - flatmate..yelah, tatau flatmate mcmana kan? Harapnya ok. So, rasanya I'm moving out. Its way better than smith house dr beberapa segi. Jalan kaki pon dalam 20 minit je. Siap experimen tadi bape lama jalan kaki nak sampai opis.

4. Masa turun bas menuju asrama nampak sorg pompuan cina. Terus terjah tanya mana opis. Dia pon tunjukkan. Kitorg sembang2 otw ke opis..rupanya dia bukan dr China. Dia dari jepun! Teruslah terbayang bekas pakwe yang akan dirujuk kelak - yamapi. Harus bersembang sakan, tapi tak sebutla nama yamapi kan sebab baru 1st time jumpa. Kang dia kata I nih fangirls tua tak sedar diri.hahaha. Tapi we had a great time sembang2. Malangnya dia kata esok hari last dia kat armidale. Dia suruh add kat Facebook! ahaks. Dia nak dtg Malaysia nnti - harus I pesan poster yamapi yang besar manusia kat dia. kekeke. Dia kawan ngan Adam, budak malaysia tu..harus I pon berkawan ngan budak pompuan ni - Haruka nama dia. English fluent! kagum2.

5. Ntahla lelaki2 mat salleh ni. Makin hari menakutkan I tau. Hari ni saje ada dua kes yg libatkan mata.
Satu - ada org explain kat saya pasal sesuatu (saya ada buat sedikit kesilapan) tapi dia explain sambil tengok tepat kat mata sambil bercakap gaya jantanz dan dekatkan muka. Haiyoh..nak pengsan rasa okeh. Perluke tenung mata segala kan? Sib baik dia cakap slow - air liur tak merecik-recik. Terus jadik patung dan sentap. Hanya boleh jawab 'oh, ok'. Mana I biasa org ckp cara jantan..kawan2 laki I semua menyempreng (nyempreng - bercakap dengan meninggikan dan menyaringkan suara) je pandai sambil cekak pinggang sebelah.keke *jeling adik ikan ratu dan adik ikan gentle*.
Dua - ada la member sorg nih (mamat aussie) tetiba ajak sembang2 masa tggu bas. Saya nak pi asrama masa tuh. Tetiba dia ckp pasal kawan kitorg yang sedang ada masalah cinta *kat sini pon org ajak i gossip tau*. Then tetiba tengah sembang dia ckp dia suka tgk mata I u ols!! Cantik katanya. Ah, sudah! sentap tapi terus pecah gelak. Kat Malaysia semua org kata mata i besar tersembul..kekeke *As, aku menang ngan hasber sebab mata aku besar kan*. I tak boleh la org puji2 nih tak kira lah org ikhlas ke tak kan..sebab I rasa mcm tak betul. Tapi alhamdulillah lah kan sebab ada jugak org nampak mata i nih cantik walaupun ada lingkaran gelap bawah mata. Semangat pokcik tu puji, rupanya dia suka mata hitam. Kalau u ols semua dtg sini pon mesti dia kata mata u ols semua cantik..hehe. Dari mata cantik teruslah meleret kepada kawin u ols!! Sampai dia suh dok sebelah dia dalam bas sebab nak tanya soalan lagi. Katanya dia dan rakan-rakan termasuk dharma *haiyoh, kaki gossip okeh* dok konpius napa saya takde pakwe or tak kawin lagi.
'I am straight' - untuk explain orientasi seksual saya adalah normal. Kang tetiba dia promot kawan lesbonya jenuh tau! So, last2 dia sendiri buat kesimpulan yang mungkin kerana culture, saya kurang digemari lelaki tempatan *lelaki tempatan kan mahu wanita yang lemah lembut, pandai masak, tak menjengkelkan time PMS, tak kuat membebel, takde halkum* - dia pon nampak saya tak cukup traditional. Tapi katanya kalau bagi laki aussie, dia rasa I'm a big catch! Sentap! haruslah big catch kan, kakak ikan tersohor sampai joe pon i nak ngorat!hahaha. Siap tanya kalau kawin ngan orang aussie kisah ke tak. Sentap I!!!Sib baik dah sampai asrama. So, perbincangan terhenti. Mengerikanlah depa nih. Ha, lelaki melaysia, sila pinang saya. Tak kuasa okeh saya nak kawin ngan omputis. Tak cukup taste, haha.

6. Tammo meroyan pasal junsu dah. Suara je sedap, tapi mcm poyo lak pulak gaya dia tuh. Cinta beralih arah pada Taec - bermadu ngan Ayang Wilda.hahaha. Best dia ckp omputis dlm ni.. ps: cepatla keluar lagu baru yamapi oi..penat nih suka kat org lain..haha






ps: doakan semua ok esok. encik bos takde. basically saya akan buat semua senirik..dengan kekelamkabutan, selalunya mesti ada je yang tak ok..hoho

5 comments:

  1. 5 pilihan nama:
    tra1
    tra2
    tra3
    tra4
    tar5

    Sambil menyempreng dr kejauhan....
    kuang ajaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq!!!!

    ~ yoe

    ReplyDelete
  2. "Siap tanya kalau kawin ngan orang aussie kisah ke tak. Sentap I!!!"

    Ala.. salah soalan tuh. Kalau tanya sanggup tak kawin dengan adik-beradik suku sakat Yamapi, conform sentap sambil mengangguk-angguk kepala, ye tak?

    [Hulur tisu]

    ReplyDelete
  3. 1. Yah!setuju dgn azrul utk nama2 tersbt..(rasa cm samting je sbt nama tra stlh mengalami mimpi buruk pg td.hahaha)

    2. kan i dh kata..jodoh u dgn org2 obersea je...terimalah hakikat tersbt.hehe

    ReplyDelete
  4. apa yg susah nak pilih nama, yamapi, ahli suju, ahli 2pm kan byk choice tu...

    so biasanya bila org tanya nape xde pakwe, kdijah jwb pe?

    ReplyDelete
  5. oh, ayg cadangkan

    1. biri
    2. bulu
    3. bek (diambil dr perkataan embek, bunyi kambing)
    4. bulat (lebih sesuai diberi pd yg paling gemok)
    5. bush (beri pada yg paling kuang hajaq)

    lengkaplah the gengs of B. hehe

    oh, kita bermadu, ya? boleh2, ayg x kisah sbb ayg pun rotate. arini madu ngan acu, esok madu ngan org lain lak.

    tp seriously, senyuman die manissss kan?

    acu, mata bulat sememangnya cantik. tambah pula bila ada natural eyeshadow kat bwh mata. hehehe. kita kan geng mata besar. nk tunggu org lain puji mmg mustahil, jd ayg puji jela diri sendiri..org aussie suke mata besar? org korea agak2nya suka x?

    *hidung berdarah...

    ReplyDelete